Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, December 31, 2011

Dibicarakan Mencuri Di GAMA





Sehari sebelum menyambut tahun baru seorang hakim sedang dalam suasana hati yang gembira saat dia bertanya kepada tahanan, "awak didakwa atas tuduhan apa?"

"Shopping sempena tahun baru terlalu awal," jawab terdakwa.

"Itu bukan suatu kesalahan," kata hakim. 



"Seberapa awal anda melakukan belanja?"

"Sebelum shopping complex dibuka."


Monday, December 26, 2011

Soalan Licik, Jawapan Cerdik






Seorang guru, Cikgu Murni yang berumur dalam lingkungan 22 tahun menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya, Abu. 


Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut, "apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "saya terlalu cerdik untuk berada dalam darjah 3, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga."

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal dalam darjah 3 dan berkelakuan
baik. 



Abu di bawa masuk ke pejabat pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua : Apa 3 x 3?


Abu : 9


Pengetua : Apa 6 x 6?


Abu : 36

Pengetua terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. 



Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "saya rasa murid ini sepatutnya berada dalam
darjah 6." 



Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?"


Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu : (berfikir) Kaki.

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu : Saku.

Cikgu Murni : Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu : Kelapa.

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu : Gula-gula getah (Bubblegum).

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata pengetua sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu : Bersalaman.

Cikgu Murni : Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu : Baik, cikgu.

Cikgu Murni : Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu : Khemah.

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in 1.

Abu : Cincin perkahwinan.

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung.

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu : Anak panah.

Cikgu Murni : Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu : Okay.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?


Abu : Firetruck.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and ends in 'K', if you don't get it you have to use your hand.


Abu : Fork.

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?



Abu : Surname.

Cikgu Murni : What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu : Heart.

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata, "baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah."



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. He!he!he!

   

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Menangis?


Pada suatu hari di sebuah sekolah rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.


“Kenapa menangis?”


“Duit saya hilang sepuluh ringgit cikgu,” jawab pelajar itu sambil menangis.


“Sudahlah jangan menangis lagi. Nah, cikgu beri sepuluh ringgit.”


Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
“Aik! menangis semakin kuat? Kan cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”
 “Iya, cikgu tapi kalau tadi duit saya tidak hilang, kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”


Guru : :P

Ibu Lebih Penting Daripada Isteri



Cerita ini sebagai bukti bahawa ibu lebih penting dari segala apa pun. Di sebuah lapangan terbang, ada seorang lelaki yang kehilangan isterinya. Dia bertemu dengan seorang budak kecil yang sedang menangis kerana terpisah dari ibunya. Akhirnya mereka sepakat untuk sama-sama mencari.

Lelaki itu bertanya, "cuba kamu sebutkan ciri-ciri ibumu agar senang kita mencari?"

Jawab si anak, "ibu saya tingginya 172 cm, wajah dan dadanya sexy seperti Angelina Jolie, badannya langsing seperti gitar Sepanyol, kulitnya putih, pakai mini skirt dan kasut tumit tinggi seperti Jennifer Lopez..."

Lelaki itu terperanjat, "Haaaaah, lagi?"

Si anak bertanya kembali, "Kalau isteri uncle ciri-cirinya seperti apa?"

"Sudahlah, lupakan dulu isteriku, kita cari dulu ibumu saja."




Friday, December 23, 2011

Tipah Menipu


Satu hari, Tipah telah tersesat di dalam hutan semasa mengikuti program jungle trekking yang dianjurkan oleh syarikatnya. Setelah beberapa lama, dia sampai ke sebuah kampung orang asli.

Oleh kerana rupanya yang lawa dan kulitnya yang putih, Tok Batin di situ menyatakan hasrat untuk menjadikan Tipah isterinya. Tipah, merasakan jika dia menolak hasrat Tok Batin akan membuatkan Tok Batin marah dan kemungkinan menjadikan dia makanan tengahari. Dia memikirkan cara untuk melepaskan diri dari kemelut tersebut dengan cara yang baik.
 
"Saya boleh jadi isteri tok tapi dengan 3 syarat," kata Tipah.

"3 syarat? Aku sanggup, aku sanggup," jawap Tok Batin selamba.
 
"Syarat pertama, Tok mesti buatkan banglo 3 tingkat dalam hutan ni untuk kita tinggal," kata Tipah sambil senyum meleret.

"Boleh, boleh, aku buat aku buat," kata Tok Batin separuh gelojoh.
 
"Okey. Syarat kedua, Tok kena pasang lif dari emas untuk saya turun naik ke banglo ini," terang Tipah walaupun berasa cemas setelah Tok Batin yakin mampu merealisasikan syarat pertama Tipah tadi.
 
"Boleh, boleh, aku pasang," kata Tok Batin setelah bertanya kepada penasihat 25 persen apa sebenarnya lif.
 
"Alamak, sanggup lagi, mampus aku kali ni, apa lagi aku nak letakkan syarat ni," Tipah bermonolog sendiri dalam hati.

"Okey Tok, syarat ketiga. Saya hanya akan jadi isteri kepada lelaki yang mempunyai kemaluan sepanjang 15 inci," kata Tipah sambil tersenyum tanda kemenangan.

Tok Batin terdiam, wajahnya muram dan sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Digaru-garu kepalanya beberapa kali sambil matanya memandang sayu. Akhirnya berkata Tok Batin, "Okey! Boleh, boleh, aku kasi potong. Aku potong 6 inci."

Mata Tipah berpinar lalu rebah.

Wednesday, December 21, 2011

Rahsia Umur


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya.


Wanita itu membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati dengan hasilnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan itu, dia singgah sekejap di sebuah kedai mamak untuk beli surat khabar.

Semasa membayar duit surat khabar, dia bertanya kat mamak tuan punya kedai itu.

"Mamak, boleh tanya tak? Awak agak-agak berapa umur saya sekarang?" tanya wanita tu.


"Lebih kurang 30 tahun," mamak itu menjawab.


"Takdalah, sebenarnya saya dah 50 tahun," jawab wanita itu riang kerana orang menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu.


Tidak lama kemudian, dia singgah pula kat McDonald's. Semasa memesan burger, wanita itu mencelah dan bertanya pada awek yang menjaga kaunter dengan soalan yang sama macam dia tanya kat mamak tadi.


Awek itu menjawab selamba, "entah la, rasanya dalam 29 tahun."


Wanita tu pun menjawab, "takde la dik, akak dah 50 tahun dah."


Wanita itu bertambah-tambah happy, dan menyambung perjalanan balik ke rumah. Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pak cik tua kat satu bus stop.


Kerana boring tunggu bas lambat sangat, wanita itu pun bertanya kepada pak cik tadi dengan soalan yang sama.


Pakcik itu pun menjawab, "pak cik dah tua dah. Umur pun dah 75 tahun. Mata pak cik dah kabur, uban dah berterabur, gigi dah gugur, kulit dah kendur, makan sayur dan bubur tapi pak cik boleh tau berapa umur seseorang wanita dengan satu cara. Dulu masa muda-muda dulu pak cik ada belajar."

"Macam mana caranya?" tanya wanita itu ingin tahu.

"Pak cik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita tu, baru pakcik boleh bagi tau dengan tepat."


Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tahu sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua tu.


Akhirnya wanita itu berkata, "Ah! tak kisah lah pak cik, pak cik buleh rasa bahagian sulit saya, saya nak tau macam mana pakcik boleh tahu umur saya."


"Baiklah,"' kata pak cik tua itu. Mereka berdua pun pergi ke bahagian belakang bangunan di mana tiada orang. Kemudian pak cik tua menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan meraba alat sulit wanita tersebut.

Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata, "Okay! Okay! cukup tu pak cik, sekarang saya nak pak cik bagi tahu berapa umur saya."

Pak cik itu berhenti meraba dan menjawab, "umur awak dah 50 tahun."


Mendengar jawapan pak cik itu, maka terkejut beruk wanita itu.


"Fuiyooo macam magic sahaja, macam mana pak cik boleh tahu?" tanya wanita tersebut.


Pak cik tua dengan tersenyum lebar menjawab, "pak cik beratur belakang awak tadi kat McDonald's, he! he! he! he!"

"Lagi satu pak cik lupa sebut tadi. Rumah kata pergi mari sini kata kubur," kata perempuan itu dalam hati. 

Lambat Ke Sekolah





Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah. Di hadapan pintu gurunya sudah menunggu dengan muka garang.

“Abu, kenapa kamu selalu terlambat?”

“Err! err! err! tadi saya dah bangun awal, pukul lima tapi tertidur semula akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai.”

“Sudah, sudah kamu pulak Milah kenapa terlambat juga?”

“Saya tumpang Abu naik motor tadi.”

Topi Baru Nenek



Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin.

Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata, "maaf nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap di tiup angin kencang ni?"

"Ya, nenek tahu," jawab wanita tua itu, "tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini."

"Tapi nenek, semua orang memandang nenek. Tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni," tegur lelaki itu.

Akhirnya wanita tua itu melihat ke bawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, "nak, apapun yang anak lihat di bawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini baru nenek beli kemarin."


Kisah 20 Tahun Lalu





Sepasang suami isteri sedang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 20 tahun. Malam itu si isteri yang terjaga dari tidur mendapati suaminya tiada di katil. Dia lalu turun ke bawah dan melihat suaminya duduk termenung di tepi tingkap memandang keluar, kelihatan air mata suaminya mengalir perlahan.

"Kenapa ni bang, kita kan baru saja sambut anniversary 20 tahun perkahwinan," tanya isteri.

"Kamu ingat tak 20 tahun dulu masa aku termengandungkan kau, bapak kau cakap kalau aku tak nak kahwin dengan kau, dia akan bawak kes aku rogol kau dan pastikan aku kena penjara 20 tahun."

"Ingat," kata isteri ringkas.

"Kamu tau tak, kalau dulu aku masuk penjara, hari ini aku dah bebas dah."


Tuesday, December 13, 2011

Tikus Membunuh Rottweiler


Seorang lelaki masuk ke sebuah bar dan bertanya, "apakah ada orang di sini yang memiliki Rottweiler di luar?"

"Ya! aku," kata seorang biker, sambil berdiri, "kenapa?"
 
Lelaki itu berkata, "begini, kelihatan ada seekor tikus besar yang membunuhnya ..."

"Apa yang kau merepek?" kata biker seperti tidak percaya. "Bagaimana mungkin tikus kerdil kecil membunuh Rottweiler saya?"
 
Lelaki itu berkata, "kelihatan tikus itu tersekat di kerongkong anjing awak."

Friday, November 18, 2011

Menelan Pembuka Tin


Seorang ibu kelihatan panik menelepon doktor dan berkata,  "doktor, anak saya menelan pembuka tin."

"Jangan kuatir, ibu. Anak awak akan baik-baik saja," kata doktor.

Kata ibu itu,  "tapi masalahnya, bagaimana cara saya membuka tin sardin ini, kerana minyak di kuali sudah terlalu panas."



Dua Kali Lima


Seorang isteri yang gemar `memboroskan` wangnya ke salon membuat protes kepada suaminya yang menghabiskan wangnya untuk mabuk.

"Papa memang seorang pemboros. Tiap-tiap malam mabuk. Buang duit saja," nasihat si isteri.
 
"Mama yang buang duit, tiap hari pergi ke salon," bangkang si suami.
 
"Pa, mama pergi ke salon agar sentiasa nampak cantik," bela si isteri.
 
"Sama, papa mabuk agar mama kelihatan lebih cantik."

Memiliki Hati Yang Keras


Seorang lelaki berjalan masuk ke sebuah hospital, melihat dua orang doktor dengan baju putih mencari sesuatu di taman bunga.

"Maaf mengganggu," katanya, "kamu kehilangan sesuatu?"

"Tidak," jawab salah seorang doktor. "Kami melakukan transplant hati untuk seorang anggota parti politik dan sedang mencari batu yang sesuai."

Friday, November 11, 2011

Kisah Mr. Bean


Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk bertemu dengan neneknya.

Setibanya di rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.

Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, dia pun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya. Setengah jam kemudian habis semangkuk kacang itu dimakannya.

Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu.

"Nenek, inilah teman lelaki yang saya ceritakan tadi. Yang, saya minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis.
 
"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan," kata pemuda itu pula.

"Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenek pun hisaplah coklat tu sampai habis. Kacangnya nenek letakkan dalam mangkuk tu."

Jumlah Tulang Di Tubuh Manusia


Apakah anda tahu bahawa ada lebih dari 1.000 tulang dalam tubuh manusia?," kata seorang doktor kepada seorang pesakit.

 "Ssst, doktor, jangan cakap kuat-kuat. Ada tiga ekor anjing yang sedang berada di ruang tunggu di luar," kata Jono.

Monday, October 10, 2011

Pekerja Seks Yang Mahal


Dino menemui seorang pekerja seks yang direkomenkan oleh kawannya.

Ketika Dino bertanya harganya, si pelacur berkata, "menggunakan tangan RM200."

"Hah! mahal sangat. Biar betul," kata Dino.

"Kamu tahu tak kelab malam, yang di hujung jalan ini?," tanya pelacur itu.

"Ya, kenapa?"

"Ada tiga kelab malam di kota ini dan semuanya kepunyaanku, dari hasil usaha tanganku mengerjakan penis lelaki."

Tergoda juga Dino untuk mencubanya. Ternyata perempuan itu benar-benar pakar dan Dino merasakan kenikmatan yang belum pernah dia rasakan sebelumnya.

Setelah selesai, Dino bertanya, "kalau oral seks RM400 ya?"

"RM500," jawab si pekerja seks.

"Gila! Oral seks apa semahal itu," kata Dino.

"Sejumlah hotel di kota ini aku beli dengan duit yang aku peroleh dari pekerjaanku mengoral. Itu kerana para pelangganku sangat puas dan selalu kembali lagi," kata pekerja seks itu.

Dino akhirnya tergoda untuk mencubanya dan merasa sangat puas.

Kerana ingin tahu, Dino bertanya, "kalau penetration ke pepek, berapa ya?"

Si pekerja seks mengajak Dino ke jendela dan sambil menunjuk gedung-gedung di sekitarnya, dia berkata, "kamu lihat mall-mall dan gedung-gedung pejabat itu?"

"Semua itu milik kamu juga?" tanya Dino.

"Mungkin, kalau aku mempunyai pepek."

Lawak Antara Benua

Interview Dengan K.Rajagopal


"Datuk, saya nak tanya satu soalan boleh? Tapi ini tak ada kaitan dengan bola sepak," tanya seorang wartawan sukan kepada K.Rajagopal. 

"Boleh. Tanya la," kata Rajagopal. 

"Kenapa Datuk terima gelaran 'Datuk' tu? Kan gelaran tu merendahkan martabat datuk?" 

"Rendah? Saya kurang faham." 

"Ya la. Awak kan sudah jadi Raja, kenapa nak jadi Datuk?"


Sunday, October 9, 2011

Jam Ganjil


Datuk Ismail baru saja meninggal. Sebelum meninggal datuknya mewariskan sebuah jam keramat pada Ismail. Ismail menyimpan jam itu di rumahnya.

Semenjak jam itu ada di rumahnya, Ismail merasa ada banyak keganjilan pada jam itu, misalnya berdenting 13 kali, juga posisi angka - angkanya sering bertukar.

Walaupun Ismail membawa jam itu ke pakar jam, pakar-pakar jam mengatakan sememangnya jam itu tidak rosak.

Suatu hari Ismail memanggil seorang detektif untuk memeriksa jamnya dan memperlihatkan jam itu kepada detektif.

"Bagaimana detektif, ada yang ganjil pada jam saya?," tanya Ismail.

"Waah," kata detektif.

"Ada apa detektif?," tanya Ismail kurang sabar.

"Banyak sekali yang ganjil."

"Apa yang ganjil?," tanya Ismail yang semakin ketakutan.

"Itu awak tak nampak. Nombor 1, 3, 5, 7, 9, dan 11."

 "!*&@@###!!!!!"


Pak Iman Dan Anaknya


Seorang pak imam terkejut melihat rambut anaknya yang kerinting bertukar menjadi lurus.
 
"Kenapa dengan rambut kamu tu?," tanya pak iman.
 
"rebonding ayah," jawab si anak.

"Apa rebonding tu?," tanya pak iman kurang faham.

"Diluruskan."
 
"Ooo."

Tiba waktu solat, pak imam pergi ke masjid. Sebelum mengangkat takbir, pak imam menoleh ke belakang dan berkata, "safnya tolong direbonding ya."

Bunga Mawar Di Bahu Gadis


Seorang gadis cantik sedang berdiri dalam sebuah bas. Gadis itu memakai baju ketat tanpa lengan dan di sekitar bahunya ada sebuah tatoo berukir sekuntum bunga mawar.

Seorang pemuda berdiri di sebelahnya berkata pada gadis itu, "adik bunga mawarnya cantik sangat."

Gadis itu diam saja.

Pemuda itu berkata lagi, "boleh saya cium bunga mawarnya?"

Gadis itu tetap saja diam. Untuk kesekian kalinya pemuda itu berkata lagi, "boleh tak saya cium mawarnya?"

Kerana dari tadi pemuda itu tak berhenti meminta, gadis itu berkata, "sebelum kamu cium bunga mawar ini, kamu cium dulu akarnya," sambil mengangkat tangannya ke atas dan memperlihatkan bulu ketiaknya yang lebat.

Tuesday, October 4, 2011

Abdul Jalil Memiliki Tiga Kolam Renang


Suatu hari ketika mertuanya menziarahi rumahnya, Abdul Jalil menunjukkan halaman belakang rumahnya yang memiliki tiga kolam renang.

"Kenapa kamu sampai memiliki tiga kolam renang?" tanya bapa mertuanya.

"Sebenarnya kolam pertama airnya panas dan kolam kedua airnya dingin," jelas Abdul Jalil.

"Tapi kenapa kolam yang ketiga itu tidak ada airnya?" bapa mertuanya kehairanan.

"Saya harus adil pada kawan-kawan saya. Jadi kolam ketiga itu saya buat khusus untuk kawan-kawan yang tidak pandai berenang."


Salon Percuma


Seorang wanita separuh umur memasuki salon sambil menggendong seorang anak. Setelah wanita itu selesai potong rambut, kini giliran anak tersebut.

"Tunggu sebentar ya?" kata wanita itu kepada si anak yang duduk di kerusi salon, "aku beli minuman sebentar."

Ketika anak itu selesai potong rambut, wanita itu belum juga kembali. 

"Mungkin ibumu lupa kamu masih di sini," kata seorang staff salon kepada anak tersebut.

"Dia bukan ibuku," jawabnya, "aku bertemu dengannya di jalan, dan dia berkata padaku, 'hai, nak. Kau mahu ke salon percuma?"


Saturday, October 1, 2011

Aku Inginkan Seorang Lelaki


Orang tua Johan baru bercerai beberapa bulan yang lalu. Suatu hari, ketika Johan pulang dari sekolah dan melewati bilik ibunya, dia mendengar ibunya merintih dan mengerang.

Johan pun mengintip dan dia melihat ibunya sedang meramas-ramas tubuhnya sendiri, dan menggelinjang sambil berkata, "Oh! Aku inginkan seorang lelaki."

Johan hanya berdiam saja dan kembali ke biliknya.

Dua hari kemudian, Johan pulang dari sekolah dan mendengar ibunya merintih dan mengerang lagi. Dia lalu berjingkit-jingkit mengintip bilik ibunya.

Di dalam dia melihat ibunya sedang ditindih oleh seorang lelaki dan merintih lagi dengan laungan kenikmatan luar biasa. Johan lalu berfikir dengan cepat dan bergegas ke biliknya sendiri.

Dia lalu membuka baju sekolahnya dan telanjang bulat di atas katil. Sambil meramas-ramas tubuhnya dia berkata, "Oh! Aku inginkan PS2. Aku inginkan PS2."

Friday, September 30, 2011

Tabung Cinta


Ada sepasang suami isteri yang hidup sangat rukun dan damai. Mereka saling mencintai satu sama lain. Sebagai wujudnya cinta, mereka menyediakan tabung cinta di sisi katil yang akan di isi wang sepuluh ringgit oleh suaminya, sebagai ungkapan cinta suami terhadap isteri sehabis berasmara.

Begitulah setiap hari, wang dalam tabungan itu bertambah banyak. Di akhir bulan sepasang suami isteri tersebut membuka tabung itu. Alangkah terkejutnya si suami ketika melihat isi tabungan. Di sana tidak saja ada wang sepuluh ringgit, tapi juga beberapa helai lima puluh dan seratus ringgit.

"Sayang, bukankah aku selalu memasukkan duit sepuluh ringgit ke dalam tabung ini sehabis kita bersama, tapi mengapa sekarang ada beberapa wang lima puluh dan seratus ringit?," tanya suami kehairanan.

Si isteri menjawab, "abang, tidak semua lelaki bakhil seperti kamu. Buktinya banyak yang bagi wang lima puluh dan seratus ringgit." 

Thursday, September 29, 2011

Racun Tikus


Dalam sebuah keluarga, ada seorang ibu yang sedang hamil tua dan anak pertamanya baru berumur 5 tahun.

Akhirnya tiba hari si ibu melahirkan.

Di tahun pertama si ibu sangat memberi perhatian penuh untuk bayinya, dan selalu memberikan susu ibu secara rutin, dan anak pertamanya pun merasa diabaikan oleh ibunya kerana kelahiran adiknya.

Suatu ketika timbul niat jahat si anak pertama untuk membunuh adiknya, dia membeli racun tikus.

Suatu malam si anak pertama mendatangi ibunya yang sedang tidur kerana kepenatan. Anak itu meletakkan racun tikus pada kedua puting si ibu, tetapi kerana terlalu letih si ibu tidak merasakan apa-apa.
 
Sepanjang malam anak itu tidak tidur menunggu rancangannya berjalan.

Pukul enam pagi si ibu telah bangun dan menggendong bayinya, si anak pertama tertanya-tanya kenapa adiknya tidak mati setelah di racun.

Kerana merasa kecewa, anak itu lari keluar rumah dan merancang menukarkan racun yang dia beli.
 
Ketika sampai di halaman rumah, budak itu tersentak kerana dia mendapati pemandu ibunya telah terkapar dengan mulut penuh buih.

Sunday, September 25, 2011

Insuran Rumah


Payid pergi ke Jogja dan tanpa sengaja bertemu sahabatnya, Hassan. 

Dia bertanya, "Hassan, kamu buat apa di sini?"

"Kamu ingat rumah yang aku beli tahun lepas di sini?"

Jawab Hassan lagi,  "rumah itu minggu lepas terbakar dan aku sekarang sedang mengurus ganti rugi insurannya. Kamu sebab apa ada kat sini?"

"Oh,"  jawab Payid,  "kamu ingat rumah yang aku beli di Bantul tahun lepas? Bulan lepas rumah itu habis terkena gempa bumi, jadi aku juga sedang mengurus ganti rugi insuransnya."

"Wow," jawab Hassan, "menarik sekali. Yang membuat aku hairan, bagaimana cara kamu buat gempa bumi?"


Sunday, September 18, 2011

Menceduk Kata-Kata Motivator


Seorang motivator berkata, "tahun-tahun terbaik dalam hidupku, aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri aku."

Hadirin terkejut dan terpaku.

Beliau kemudian menambah, "dia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah.

Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur.

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang motivator.

Ketika Mamat membuka mata, dia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas.

Peristiwa Yang Dilakukan Bersama-Sama


Seorang wartawan wanita mendapat tugas membuat liputan ke dusun-dusun terpencil untuk mengetahui kehidupan penduduk setempat. Dia tiba di sebuah desa terpencil dan mewawancara seorang lelaki tua.

Setelah menanyakan banyak hal, si wartawan bertanya, “bolehkah pak cik menceritakan peristiwa tertentu yang pernah terjadi di dusun ini yang melibatkan banyak penduduk dan peristiwa itu membuatkan semua orang bergembira?”

Lelaki tua itu menjawab sambil tersenyum, “suatu malam kambing ketua dusun hilang, jadi seluruh penduduk lelaki mencari kambing itu bersama-sama. Setelah mencari ke sana ke mari kami akhirnya menemukan kambing itu. Mungkin kerana malam itu dingin kami jadi horny dan akhirnya kami semua menggilir kambing itu.”

Sambil berkedip-kedip si wartawan berkata, “maaf pak cik, kami tak mungkin menerbitkan kisah seperti itu. Ada tak peristiwa menggembirakan lain yang dilakukan bersama-sama oleh penduduk di sini?”

Lelaki itu sekali lagi berkata dengan wajah gembira, “suatu malam isteri salah seorang penduduk hilang. Semua penduduk lelaki segera turun mencarinya. Setelah mencari ke sana ke mari, akhirnya wanita tersebut kami temui. Mungkin kerana malam itu dingin kami jadi horny dan akhirnya kami semua bergantian menggilirnya.”

Dengan perasaan frust sang wartawan memberitahu berita seperti itu tak mungkin diterbitkan di akhbarnya. 

Kemudian si wartawan berkata, “kalau begitu kita cuba tukar peristiwanya. Kali ini cuba pak cik ceritakan peristiwa yang sedih.”

Lelaki tua itu diam menunduk sebentar, lalu diangkat wajahnya yang penuh kesedihan sambil berkata, “satu malam saya hilang...”

Saturday, September 17, 2011

Cerita Dua Beranak


Seorang budak kecil bertanya kepada ayahnya,“adakah menjadi seorang ayah akan menyebabkan dia mengetahui lebih banyak perkara dari anaknya?”

Ayahnya menjawab, “sudah tentu.”

“Siapa yang menemui elektrik, ayah?”

“Tentu saja Edison.”

“Kalau begitu mengapa bukan ayah Edison yang menjumpai elektrik?”

Monday, September 12, 2011

Si Buta, Si Bongkok, Dan Si Capik Yang Cerdik

Satu hari, seorang lelaki buta, seorang lelaki bongkok dan seorang lagi lelaki capik ingin pergi menonton wayang. Sampai di pintu gerbang tempat menjual tiket, ada sebuah tulisan yang mengecewakan mereka:

“ORANG CACAT DILARANG MASUK.”

“Wah, macam mana ni? Takkan kita tak boleh masuk cuma gara-gara kita cacat?,” kata lelaki bongkok.

“Ya la. Takkan datang jauh-jauh kita kena pulang?,” kata si capik pula.

“Tunggu-tunggu, aku ada idea,” kata lelaki buta.

Yang mula masuk ke pintu utama adalah si buta.

“Wah,ada tahi! ada tahi,” kata si buta sambil menutup mata dengan tangannya dan tangan satu lagi menunjuk ke lantai, dan menerobos masuk ke pawagam.

Tertipulah si penjaga pintu gerbang pawagam.

Giliran kedua adalah si bongkok.

“Mana tahinya?,” sambil membongkokkan badan yang memang sudah bongkok dan berlagak mencari-cari ke kiri dan kanan sambil menerobos ke pintu.

Tertipulah penjaga pintu pawagam.

Giliran terakhir adalah si capik.

“Aku terpijak tahi. Aku terpijak tahi,” sambil terloncat-loncat dengan satu kaki, menerobos pintu masuk pawagam. 

Si penjaga pintu hanya memerhati.

Surat Wasiat


Seoarang peguam membacakan surat wasiat lelaki kaya kepada keluarganya.

"Untuk isteriku tercinta, Shasikala, yang mendampingi aku saat susah dan senang, aku mewariskan rumah dan dua juta dollar."


Si peguam melanjutkan, "Untuk anakku, Letchumy, yang menjagaku saat sakit dan menguruskan perniagaanku, aku mewariskan sebuah kapal, perniagaan dan satu juta dolar."



"Dan untuk sepupuku, Thanikody, yang membenciku, bertengkar denganku, dan berfikir aku tidak akan menyebut namanya di dalam surat wasiatku ini, Ya, fikiranmu salah, 'Hai Thani bila lagi kau akan menyusulku'."

Memberitahu Secara Halus


Imah pergi melancong dan meminta Payid menjaga rumahnya. Setelah seminggu kemudian, Imah menelefon rumah dan bertanya, “bagaimana kucingku?”
 
Payid ragu dan dengan sedih memberitahu Imah bahawa kucingnya mati.
 
“Apa? Kamu seharusnya jangan memberitahuku dengan cara seperti itu. Kamu harus memberitahuku dengan lebih halus dan perlahan-lahan. Waktu aku telefon, sepatutnya kamu bagitahu bahawa kucingku ada di atas bumbung. Bila aku menelefon lagi, sepatutnya kamu beritahu bahawa tidak ada yang boleh dilakukan untuk menurunkannya.
Ketiga kalinya aku telefon, sepatutnya kamu beritahu bahawa kamu sudah mencuba menurunkannya, tapi dia jatuh dan mati,” jelas Imah.
 
Payid meminta maaf dan meneruskan hidupnya.
 
Sekitar seminggu kemudian, Imah menelefon lagi dan bertanya,“bagaimana keadaan nenekku?”
 
Setelah terdiam agak lama, Payid kemudian menjawab,“Hmm, dia ada di atas bumbung.”

Sunday, September 11, 2011

Telur Siapa



Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu pagi dia pergi ke kebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. 

"Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya," jerit Azhar.

"Mana boleh, dia bertelur di dalam kebun saya, maknanya saya punyalah," balas Herman. 

"Saya kata itu telur ayam saya," kata Azhar. 

Mereka pun bertengkar. 

"Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu," kata Azhar. 

Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar balik ke bangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula," kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. 

"Nanti dulu, ambillah telur ini," kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

Saturday, September 10, 2011

Kisah Sembilan Bulan Lepas


Hassan dan Payid melancong ketika musim salji ke Amerika. Di sana mereka menikmati salji yang belum pernah mereka lihat sebelumnya. Ketika menikmati panorama indah, suatu hari ribut salji membadai sehingga mereka terdampar ke suatu daerah. Susah payah mereka berjalan dan bertemu sebuah peternakan dengan rumah besar di tengahnya.

Pintu dibuka seorang wanita yang sangat cantik dan bertubuh luar biasa seksi. Walaupun di luar sangat dingin nampaknya di dalam berbeza sekali, kerana si tuan rumah hanya mengenakan baju tidur
transparent yang jelas memperlihatkan lekuk-lekuk tubuhnya.

"Di luar sana memang ribut salji sedang turun dan rumah besar ini hanya saya seorang yang menghuninya. Tapi saya baru saja menjanda, jadi jiran tetangga akan mengata kalau saya menerima kamu berdua bermalam di dalam rumah."


"Jangan kuatir, miss," jawab Payid dalam bahasa English. "Kalau tak keberatan izinkan kami tidur di gudang sebelah, yang penting tidak kena angin dan salji. Bila cuaca dah
okey kami akan segera beredar."

Mereka bermalam di gudang itu dan seperti dijanjikan mereka meninggalkan tempat itu esok paginya.


Sembilan bulan kemudian.

 
Payid menerima sepucuk surat dari peguam. Perlu beberapa minit untuknya memahami semua, tapi akhirnya dia dapat pastikan itu adalah surat dari peguam janda Amerika itu.
 
Payid mendatangi Hassan dan berkata, "Hassan, kamu ingat tak janda Amerika seksi yang pernah menolong kita waktu bercuti dulu?"

"Ingat," jawab Hassan pendek.


"Sekarang kamu bercakap jujur, sewaktu kita tidur di kandang malam itu, adakah kamu diam-diam masuk ke rumah menemui dia?"


Hassan menjawab tergagap-gagap, "Mmm, Payid aku menemui dia."


"Lalu kamu bagitahu nama kamu Payid, guna nama aku."


Muka Hassan jadi merah dan dia menjawab perlahan, "maafkan aku Payid. Memang waktu itu aku mengaku nama aku Payid. Tetapi ada apa kamu tiba-tiba bertanya soal itu?"


"Dia baru meninggal dan semua hartanya dia wariskan untuk aku."

Hai khusyuk sangat membaca.

Monday, September 5, 2011

Kapten Sengal



Seorang kapten lulusan akademi tentera memerintahkan seorang pekerja menyiram rumput setiap petang. Dia memerintahkan pekerja itu menyiram rumput setiap hari pada pukul 5 petang dan setiap hari dia datang memantau pekerja itu. Pekerja itu melakukan tugasnya dengan tekun. 

Pada suatu hari, langit gelap dan kemungkinan besar hujan akan turun. Hujan turun pada kira-kira pukul 4.30 petang dan oleh itu, pekerja tadi tidak menyiram rumput.

Pada pukul 5 petang, hujan masih turun rintik-rintik dan kapten itu pun datang hendak memantau pekerjanya. Dia melihat pekerja itu sedang berehat lalu mengherdik, "mengapa kamu tidak menyiram rumput? Bukankah sekarang ini pukul 5?"

Pekerja itu menjawab, "tetapi kapten, hujan turun dan rumput semua basah."

Kapten itu berkata lagi, "jadi apa masalahnya? Pakailah baju hujan."

Thursday, September 1, 2011

Perompak Bodoh


Seorang lelaki masuk ke sebuah kedai 24 jam dengan membawa sepucuk pistol dan meminta cashier meletakkan semua wang dari cash register ke dalam sebuah beg. Teller pun melakukannya. 

Kemudian orang itu melihat sebotol Vodka di belakang meja dan mengatakan kepada cashier untuk memyerahkan kepadanya. Cashier enggan dan berkata dia tidak percaya umur lelaki itu lebih dari 21 tahun. Lelaki itu berkeras mengatakan bahawa dia berumur lebih dari itu.
 
Cashier tetap berdegil. Akhirnya, lelaki itu mengeluarkan ICnya dan menunjukkan kepada cashier. Cashier itu melihatnya dengan berhati-hati dan cukup yakin, dia lebih dari 21 tahun. Dia memberinya Vodka dan lelaki itu berlalu pergi. Dua jam kemudian dia ditangkap setelah cashier menelepon polis dengan nama dan alamat lengkap dari si perompak.

Sunday, August 28, 2011

Tisu Toilet


Di sebuah kedai serbaguna yang baru di buka, seorang lelaki membeli makanan tin buat anjingnya. Tetapi bila sampai di kaunter pembayaran, seorang cashier berkata, "jika hendak beli makanan untuk anjing kena bawa anjingnya sekali. Ini peraturan di kedai kami."

Kerana syarat tersebut lelaki itu tidak jadi membeli.

Esoknya lelaki tersebut datang lagi kerana kedai itu tidak jauh dari rumahnya. Kali ini dia hendak membeli makanan bagi kucingnya pula.

Sekali lagi ketika sampai untuk membuat pembayaran, cashier berkata, "jika hendak beli makanan kucing kena bawa kucingnya sekali."

Sekali lagi lelaki itu pulang dengan kecewa kerana peraturan yang tidak masuk akal.

Pada hari berikutnya, lelaki tadi datang sekali lagi ke kedai itu. Kali ini dia membawa satu bekas yang dibalut dengan kertas dan menyuruh cashier memasukkan tangan ke dalam bekas itu.

Cashier  tersebut menurut sahaja dan tidak lama kemudian menjerit, "ah! tahi," sambil menarik segera tangannya.

"Memang betul tahi. Saya datang hendak membeli tisu toilet. Jadi sesuai dengan peraturan kedai anda, saya terpaksa membawa tahi bagi membuktikan saya benar-benar hendak membeli tisu toilet."