Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, April 27, 2012

Calon Isteri

Suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, seorang ibu yang gusar  kerana anak sulung lelakinya tak kahwin-kahwin lagi. Suatu hari, si ibu pun membawa calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya.


Dia pun menjemput ke semuanya ke dalam rumahnya.


Lalu memanggil anak sulung lelakinya untuk memilih yang mana-mana dia berkenan.

CALON PERTAMA:

Ciri-ciri : Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT besar.
Pekerjaan : Operator telefon merangkap receptionist.

Si anak lelaki menolak calon pertama. Si ibu bertanya mengapa dia menolak, lalu si anaknya pun 
berkata, 
"Ala, mak. Ini tak syiioookkkk. Dia ni selalu cakap, 'SILA TUNGGU SEBENTAR, TUNGGU SEBENTAR'." 


CALON KEDUA: 



Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar, badan 100% bergetah, BUKITnya just nice.
Pekerjaan : Setiausaha.

Lalu si anak lelaki berkata, "yang ini lagi tak syyiiiooookkkk. Asyik-asyik cakap 'HARAP BERSABAR. BERSABAR'."

Si ibu kelihatan gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya, lalu dia pun menjemput calon terakhir.

CALON TERAKHIR:


Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita, mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Si ibu pun pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini.

Lalu anaknya pun memberitahu, "Hah! mak ni la syyiookkk sikit. Kalau cikgu best sikit, pasal dia selalu cakap 'ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NI, BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN. HAH, TERUSKAN DAH BETUL TU'."

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak.


"Bang. Konduktor bas mini lagi bagus bang. Mereka selalu cakap, 'NAIK CEPAT, NAIK CEPAT. MASUK, MASUK. MASUK LAGI, DALAM LAGI. DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG. BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG SANA. BELAKANG BANYAK KOSONG'."




 Mutiara Kata: Daripada Abu Mas'ud Uqbah Bin Amru Al-Ansori Al-Badri RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, "Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu." 

Saturday, April 21, 2012

Kisah Rumah Tangga



Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “malam tadi Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari ulang tahun perkahwinan kita. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak,” jawab suaminya sambil membisik manja. 



Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-Jenis Mimpi Dan Maksudnya“.







Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. 


"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?," tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 


"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. 


Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. 


Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."




 Mutiara Kata: 
Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daraipada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut."



Friday, April 13, 2012

Saudagar Keldai



Seorang saudagar keldai dari tanah Arab ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya untuk menjual keldai-keldainya dia mengira satu per satu keldai-keldainya. Sambil menunggang salah seekor keldai, dia mengira, 1,2,3....9.


"Huh, tak boleh jadi ni, kurang seekor," dia merungut.


Lalu dia turun dari keldai yang ditunggangnya untuk mengira semula bilangan keldainya.


"1,2,3,4,5,6,7,8,9,10. Huh, cukup pun," katanya.


Dia kembali menunggang keldainya untuk meneruskan perjalanan ke pasar. Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai-keldainya. Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai-keldainya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.


Lalu dia mengambil keputusan, "lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku tak menunggang keldai nescaya aku untung seekor."


 Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda, "Akan masuk ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benar-benar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya.)"                                                 


Monday, April 9, 2012

Sial Kerana Menjumpai Wang


Seorang suami pulang dengan muka masam, si isteri bertanya dengan penuh rasa prihatin.


"Nampaknya seperti ada sesuatu yang membuat abang tidak begitu gembira."


"Hari ini di atas bas aku menjumpai duit RM500," terang si suami.


"La, itu kan suatu perkara yang mengembirakan."


"Tetapi perkara ini kemudian diketahui oleh seorang penumpang lainnya, oleh itu mahu tak mahu aku harus berbahagi dua dengannya," terang si suami lagi.


"Di tangan abang kan masih ada baki RM250."


"Sebelum sampai ke rumah, baru  aku sedar bahawa duit  RM500 yang aku jumpa dan aku kutip tadi sebenarnya adalah duit aku sendiri. Raplah jingga sungguh," jerit si suami separuh histeria.



 Mutiara Kata: Dari Al-Mughirah r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." [Riwayat Bukhari] 

Saturday, April 7, 2012

Rahsia Orang Dewasa



Di sekolah, Supardi diberitahu oleh rakan sekelasnya, bahawa sebahagian besar orang dewasa pasti menyembunyikan sekurang-kurangnya satu rahsia, dan begitu mudah sekali mengugut mereka dengan mengatakan, 'Saya sudah tahu semuanya'.

Supardi kembali ke rumah dan mengambil keputusan untuk mencubanya.

Ketika tiba di rumah, sambil memberi salam kepada ibunya, dia mengatakan, "saya sudah tahu semuanya."

Ibunya segera memberinya RM50 dan berkata, "jangan ceritakan pada ayahmu."

Kemudian dengan sabar, kanak-kanak itu menanti ayahnya pulang kerja dan menyalaminya dengan berkata, "saya sudah tahu semuanya."

Ayahnya cepat-cepat memberinya RM100 dan berkata, "tolong jangan cakap apa-apa pada ibumu."

Pada hari berikutnya, ketika Supardi hendak ke sekolah, dia bertemu dengan driver ayahnya di pintu depan. Kanak-kanak itu menyalaminya sambil berkata,"Saya sudah tahu semuanya."

Pemandu itu segera membongkok, menghulurkan tangannya dan berkata, "ke mari, nak. Peluklah ayahmu ini."

 Mutiara Kata: Daripada Abu Yaala Syaddad Bin Aus R.A daripada Nabi SAW sabdanya, "Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita  untuk menjadi hamba Allah yang diredhai."

Tuesday, April 3, 2012

Kisah 'Couple'



Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size."

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sungguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. 

Dengan perasaan marah dia berteriak, "baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?"

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini," kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.





Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke-15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.


"Apakah abang masih ingat sewaktu abang melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"

"Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku," kata si suami selamba.






 Mutiara Kata: Daripada Abu Dzar Jundub Bin Janadah dan Abu Abdul Rahman Muaz Bin Jabal R.A, daripada Rasulullah SAW, telah bersabda, "Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia."