Pages

Tuesday, March 15, 2011

Gelak Khas

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : Kenapa kamu merokok?

Pelajar : Saya suka, tok.

Polis : Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?

Pelajar : Dari wang saku saya.

Polis : Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?

Pelajar : Paling kurang satu bungkus dan harganya sekitar RM10.50, tok.

Polis : Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.

Pelajar : Sekarang saya nak tanya sama tok?

Polis : Boleh.

Pelajar : Adakah tok merokok?

Polis : Tentu tidak.

Pelajar : Tapi saya tidak nampak motor tok?

No comments:

Post a Comment