Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, February 17, 2016

Berlambak Di Negara Saya



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi, bersama aku ada tiga orang yang duduk, dua di depan aku dan seorang duduk di sebelah. 

Duduk di hadapan aku, lelaki sado dari Amerika dan di sebelahnya seorang lelaki warganegara Cuba. Duduk di sebelah aku pula seorang lelaki Bangladesh. 

Dalam perjalanan, kami pun bersembang mengenai kehebatan negara masing-masing. Borak punya borak, tiba-tiba lelaki Amerika tadi mengeluarkan duit dollar negaranya lalu dibakar, dikeluarkan sebatang rokok lalu dibakar rokok itu dengan duit tadi dan dibuangnya duit itu keluar tingkap. 

Terkejut semua orang melihat kelakuan lelaki Amerika tadi lalu bertanya lelaki Cuba tadi, “why you do that for?” 

Dengan selamba mat salleh tu menjawab, “don't worry, I got a lot American dollar in my country.”  

Tercenggang semua orang yang berada di situ. Belum habis tercenggang, lelaki Cuba tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Hanya beberapa sedut, terus dia membuang curut yang masih panjang ke luar tingkap. 

“Why you do that for,” kata lelaki Amerika tadi.

“Don't worry, I got a lot cigar in my country.”  

Terkejut aku dibuatnya. Aku asyik perhati Bangladesh tu tengah fikir apa nak dibuat untuk membanggakan negaranya. Masa dia kalut berfikir, aku tanpa berlengah, pegang Bangla itu kejap-kejap terus aku campak dia keluar tingkap.

Belum sempat dua orang lelaki itu tanya, aku pun cakap, “Don't worry, I got a lot Bangladeshis in my country.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”   
Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan, “Dan orang yang muda kepada orang yang tua.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                                                                               







Thursday, February 11, 2016

Wednesday, January 6, 2016

Bersunat Di Rumah Tok Wan



Musim cuti sekolah, cucu-cucu balik kampung rumah Tok Wan. Tok Wan ambil kesempatan buat kenduri khatan cucu-cucunya. 

Bila mudim datang, Tok Wan lari ke pekan dan masjid kerana sayang pada cucu-cucu, tak sampai hati nak tengok.  

Tengah malam baru Tok Wan balik. Terhendap-hendap. Disuluh satu persatu cucu-cucunya yang berbaris lena di serambi rumah. Dibilang cucu-cucunya. Aii, terlebih sorang. Ah, mungkin anak jiran tumpang bersunat bersama cucu-cucunya.  

Diselak kain cucu-cucunya untuk memastikan darah sudah kering atau bentan. Semuanya okey. Cantik kemas mudim ini potong. Cuma bila diselak kain yang terakhir, bederau darah Tok Wan. Kecut perut Tok Wan. Terkejut sungguh Tok Wan. Nak marah dengan mudim. Mudim potong sampai habis, tak tinggai sikit pun. Tok Wan gelisah. Disuluhnya dengan toslight sekali lagi. Memang potong habis. Cucu mana satu yang cedera teruk ni? 

Untuk memastikannya, Tok Wan suluh muka pula. Hah! legaaaa...  
Rupanya Tok Wan selak kain Mak Tok. Malam pertama Mak Tok terpaksa teman cucu-cucu tidoq kerana Tok Wan cabut lari.




Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah al-Mulk.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)




Sunday, January 11, 2015

Suami Teladan



Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri.

Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya.

“Abang, abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!” isteri mula bersuara.

Ayang, ingat lagi tak 5 tahun lepas, sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang. Kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000 dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?  

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata, “ye bang, saya masih ingat.”  

Lalu si suami membalas, “baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus.”



Mutiara Hikmah: Daripada ‘Iyad Bin Himar R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”





Friday, November 28, 2014

Sembang Sahabat Lama



Jalil Ramli, bekas jurulatih Liga Super Sarawak bertemu dengan seorang lagi jurulatih dari negeri Perak, Abu Bakar Fadzim. Mereka bersembang di cafe Astro sebelum dijemput sebagai tetamu Bola At Mamak di Astro Arena. Selain bersembang mengenai perkembangan bolasepak, mereka berdua berbual mengenai negeri masing-masing.

“Burn, awak memang berasal dari Perak kan?” tanya Jalil Ramli.


“Ya, kenapa?” jawab Abu Bakar Fadzim yang mesra dipanggil Burn.


“Bahasa korang berbeza sikit kan?”


“Ada le sikit,” jawab Burn.


“Kalau terbakar, korang panggil apa?”


Terbako, terbako,” jawab Burn ramah.


“Hmm! Memang lain, kita orang panggil lain.”


Korang panggil apa?”


“Kita orang panggil bomba,” jawab Jalil Ramli mengekek.


“Cis @#!!”




Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Esok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.  Riwayat: (Al-Bukhari)


Wednesday, September 24, 2014

Wanita Cantik Dan Pelayan Bar




Seorang wanita yang sangat menarik masuk ke sebuah bar di pinggir bandar yang tenang. Dia melambaikan tangan ke arah pelayan, kemudian pelayan itu segera datang. Ketika pelayan itu tiba, wanita itu memberi isyarat menggoda agar wajah pelayan itu mendekatinya. Sebaik pelayan itu melakukannya, wanita itu mula membelai lembut janggut sang pelayan bar.

“Adakah anda pengurus di sini?” dia bertanya, lembut membelai wajah si pelayan dengan kedua-dua belah tangan.

“Sebenarnya, tidak,” sahut si lelaki.

“Bolehkah anda memanggilnya untuk saya? Saya perlu bercakap dengannya,” katanya, menjalarkan tangannya ke atas janggut dan ke rambut si pelayan.

“Tidak boleh,” lelaki pelayan mendesah, “dia tidak ada di sini. Apa yang boleh saya lakukan?”

“Ya, ada. Aku ingin anda memberinya mesej,” katanya lagi, sambil membawa jari telunjuknya di bibir sang pelayan bar dan memasukkan beberapa jari-jarinya ke dalam mulut pelayan bar itu dan membolehkan pelayan untuk menghisap jari-jari itu dengan lembut.

“Apa yang harus kukatakan padanya?” pelayan bar akhirnya berjaya berkata-kata.

“Katakan padanya,” bisiknya, “tidak ada kertas tandas, sabun tangan, atau tuala kertas di tandas wanita.”



Mutiara Hikmah: Daripada Anas R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim.”