Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, May 31, 2011

Kucing Bercakap


Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar anak kucing tersebut bercakap.

Dari hari ke hari dia mengajar tanpa jemu, tetapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkata walau sepatah haram pun.

Setelah enam tahun berlalu, terjadilah keajaiban. Kucing tersebut mula berkata-kata, "hey, awas. Rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku di situ dan tiba-tiba rantai besi itu benar-benar jatuh di atas kepalanya.

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata, "selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap, tapi setelah aku bercakap engkau tidak mahu mendengar pun cakapku."

Bill Dan Hillary Clinton


Kali pertama Bill Clinton dan Hillary berkahwin, Bill berkata, "saya akan meletakkan satu kotak di bawah katil kita. Kamu mesti berjanji tidak akan membuka kotak ini."

Selama 30 tahun perkahwinan mereka, Hillary tidak pernah membuka kotak itu.
Pada satu tengah hari, pada hari perkahwinan Chelsea, anak perempuan mereka, perasaan curiga Hillary tidak dapat dibendung lagi. Hillary pun membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat 3 tin arak yang kosong dan terdapat USD81,874.25.

Hillary segera menutup kotak itu dan meletakkan kembali ke tempat asal. Sekarang, dia sudah tahu apa yang ada dalam kotak itu. Hatinya tertanya-tanya kenapa Bill menyimpan tin dan wang dalam kotak itu.

Selepas makan malam, Hillary memulakan perbualan, "Bill, saya minta maaf. Selepas 30 tahun kita berkahwin, saya telah pegang kepada janji saya yang saya tidak akan membuka kotak itu sehingga petang tadi dan saya ingin tahu kenapa ada 3 tin kosong arak dalam kotak itu?"

Bill termenung sejenak dan berkata, "saya rasa selepas 30 tahun kita bersama, kamu berhak tahu perkara yang sebenar. Apabila saya kecewa dengan sikap awak, saya akan minum 3 tin arak dan membawa perempuan ke bilik tidur dan memasukkan tin kosong itu dalam kotak tadi."


Hillary terkejut dan berkata, "Hmmm, Jennifer, Paula dan Monica. Saya juga amat kecewa dan sedih dengan kelakuan buruk awak, Bill. Namun, sejak kamu ketagih kepada seks, saya agak hanya 1 kali sahaja awak kecewa dengan sikap saya jika hendak dibandingkan dengan masalah awak."


Bill mengucapkan terima kasih kepada Hillary kerana memahami dirinya. Mereka berpelukan. Seketika kemudian Hillary bertanya lagi, "jadi, kenapa terdapat sebegitu banyak wang di dalam kotak itu?"


Bill menjawab, "setiap kali kotak itu dipenuhi dengan tin kosong, saya membawa tin-tin tadi ke tempat kitar semula dan menebus wang dari jualan tin itu."

Mercedes Dan LRT


Seorang putera raja Arab dihantar melanjutkan pelajaran ke Jerman. Sebulan kemudian, putera raja tersebut mengirimkan emel kepada ayahandanya.

Salam ayahanda. Anakanda seronok menuntut di Berlin. Orangnya ramah-tamah dan baik hati. Anakanda terpesona dengan kebaikan orang di sini.

Tapi ayahanda, ada sesuatu yang membuatkan anakanda malu. Anakanda pergi kuliah naik mercedes warna emas pemberian ayahanda, walhal pensyarah-pensyarah dan penuntut lain di sini semuanya naik LRT. Sembah takzim ayahanda.

Anakanda,

Naseer.

Keesokan harinya, putera raja Arab itu menerima balasan emel daripada ayahandanya.

Anakanda, usah malukan beta. Ayahanda dah pindahkan USD10 juta ke dalam akaun anakanda. Dapatkan sebuah LRT sekarang juga.

Ayahanda,

Raja Al-Saud.


Monday, May 30, 2011

Ayam


Kisah terjadi di pasar tani di Balik Pulau.

Man : Tokey, sayap ayam ada?

Tokey : Habis bos.

Man : Paha ayam?

Tokey : Habis juga lah bos.

Man : Puki ayam betul.

Tokey : Itu pun habis.

Man : @###%5&8 Errghhh!

Hassan Dan Payid 2

“Lega betul. Terlepas satu bala. Nasib baik kadi tak tanya banyak masa majlis akad nikah. Aku nak tanya sikit pasal malam pertama. Hang dah kahwin. Mesti banyak pengalaman. Macamana nak besarkan alat kelamin? Tanpa kesan sampingan, tanpa was was, tanpa bahan kimia mahupun dadah dan alcohol. Jaminan 100% dan berkesan,” luah Hassan lepas majlis akad nikahnya.

“Gunalah kanta pembesar,” kata Payid selamba.

Hassan Dan Payid

Hassan memberitahu Payid tentang keresahannya pada majlis akad nikadnya pada minggu hadapan.

Lalu Payid pun menasihati, “jika kamu resah, pandanglah wajahmu di cermin dan katakan, 'Ya Allah, Ya tuhanku, kiutnya aku'. Tapi kena ingat, jangan buat selalu sebab tak elok menipu.”

“Nasihat busuk,” kata Hassan sambil beredar.

Atuk Dan Cucu


Seorang datuk dan cucu sedang berbual-bual pada waktu petang di bawah pangkin.

“Tuk, kenapa rambut atas atuk beruban?”

“Sebab kurang mendapat hiburan,” kata datuk.

“Tapi nenek kata, rambut kat bawah atuk tak ada pun putih,” kata cucu.

“Apa mau hairan, itu kan pusat hiburan.”

Gigi


Ketika hampir waktu rehat, masuk seorang wanita ke dalam klinik gigi untuk berjumpa doktor.

“Selamat tengahari doktor,” wanita itu membuka perbualan.

“Selamat tengahari. Boleh saya bantu?”

Sambil naik ke tempat pembaringan, wanita tersebut lalu mengangkangkan kakinya. Doktor itu terkejut dan berkata, “maaf puan saya doktor gigi bukan doktor sakit puan.

“Saya tahu lagi pula saya tidak bermasalah dengan 'faraj' saya,” terang wanita itu.

“Lalu kenapa puan mengangkang?”

“Saya ingin doktor mencabut gigi suami saya yang tersangkut di 'faraj' saya.”

Lawak Sarjana

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Gurdwara. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas di depannya dan tanpa berfikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik, tumpang tanya. Apa betul ini Jalan Gurdwara?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, “ha’ah.”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’. Namun kerana budak kecil itu mengangguk, dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya, “maaf dik, tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini adalah Jalan Gurdwara?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “benar.”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’. Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintas pula seorang lelaki dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya, “maaf encik, saya tumpang tanya. Apa betul nama jalan ini Jalan Gurdwara?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas, tapi masih kehairanan. Untuk menghapus rasa keraguannya, dia bertanya lagi, “saya keliru. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya, ‘ha’ah’. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama saja. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah saja. Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah. Dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu.

“Jadi, anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya?,” tanya pelancong lagi.

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah.”

Lari Tajuk

Seorang suami pulang ke rumah pukul 3 pagi dalam keadaan terhoyong hayang. Sebaik melangkah masuk ke bilik tidur, dia mendapati isterinya sedang berasmara dengan seorang lelaki.

"Awak dari mana ni? Pagi buta baru ingat rumah," tanya isterinya yang hampir terkejut.

Suaminya pula bertanya, "siapakah lelaki durjana itu?"

"Jangan cuba menukar tajuk. Jawab dahulu soalan saya," kata isterinya dengan perasaan marah.

Tiada Fulus



Borhan melangkah masuk ke pejabat peguam kerana ingin mendapatkan perkhidmatannya.

"Awak inginkan perkhidmatan saya? Tapi, adakah awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?," tanya peguam.

"Tidak. Saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW," terang Borhan.

"Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"

"Mencuri BMW," jawab Borhan.



Sunday, May 29, 2011

Bush dan Powell

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "bukankah itu Bush dan Powell?"

Bartender menjawab, "iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa, "hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

Bush menjawab, "kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki itu, "perang dunia ke-3? Apa yang akan terjadi?"

Bush menjawab, "kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual basikal."

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut, "penjual basikal?"

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata, "lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Friday, May 27, 2011

Kisah Letchumy Dan Sasikala

Seperti kebiasaan dua orang jiran berbual-bual sambil menikmati hidangan teh dan maruku di atas pangkin. Topik perbualan berkisar tentang anak-anak, suami, artis dan juga mengenai dunia fesyen.

"Letchumy, awak sering berpakaian baru dan mahal. Beruntunglah awak mendapat suami yang kaya dan sayangkan awak," kata Sasikala.

"Apa? Awak kata suami saya sayangkan saya," balas Letchumy.

Tambahnya, "bukanya senang untuk meminta duit daripada suami. Satu sen pun dia berkira. Apa yang saya dapat ni pun bukannya mudah. Pelbagai cara dilakukan termasuk memujuk dan merayu."

"Tetapi, kini saya ada teknik baru," ceritanya kepada Sasikala yang khusyuk mendengar.

"Bagaimana?," tanya Sasikala pendek.

"Begini caranya. Satu pagi ketika dia masih di katil, saya berjalan di hadapannya tanpa seurat benang dengan membawa bakul pasar. Saya meminta izinnya untuk membeli keperluan dapur di pasar. Lalu saya mengugutnya yang saya akan ke pasar dalam keadaan begitu sekiranya tidak diberikan duit belanja. Sebaik mendengar, dia lantas bangun mencium dan menghulurkan RM200 dengan syarat berpakaian dengan sopan," terang Letchumy panjang lebar.

Berdasarkan pengalaman Letchumy yang berjaya dengan teknik itu membuatkan Sasikala tidak sabar ingin mencuba.

Pada keesokan pagi, Sasikala mempraktikkan seperti apa yang dilakukan oleh Letchumy. Suaminya berasa hairan dan bertanya, "mahu ke mana?"

"Pasar," jawab Sasikala pendek.

"Sebaiknya awak bercukur dulu," kata suaminya selamba.

Wednesday, May 25, 2011

Radio


Semasa hendak tidur, seorang isteri berkata kepada suaminya, "abang nak tau tak?"

"Apa dia?," tanya suami.

"Perempuan boleh diibaratkan seperti sebuah radio," terang si isteri.

"Radio? Tak faham abang. Macam mana tu?," tanya suami pinta kepastian.

"Mulut umpama speaker."

"Lagi," tanya suami.

"Buah dada kiri sebagai tuner. Buah dada kanan pula sebagai volume," terang si isteri lagi.

"Ha'ah. Boleh abang cuba on kan radio ni tak?"

"Boleh saja. Kan radio ini abang punya."

Sang suami terus menyentuh buah dada kanan isterinya.

"Tak ada bunyi pun."

"Nak bunyi macam mana. Abang belum cucuk "plug"nya lagi," kata isteri selamba.


Tuesday, May 24, 2011

Hadiah Hari Guru

Cerita berkisar di dalam sebuah kelas 4 Melati, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

"Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan," kata cikgu Latipah Hatim Thai.

"Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?," tanya Muhamamad Ishak, ketua kelas.

"Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung, jagunglah hadiahnya. Jika nelayan, ikan pun boleh. Kalau bapa kamu buka kedai handphone, handphone pun cikgu terima," terang cikgu Latipah Hatim Thai.

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah, macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu Latipah.

"Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak," tanya cikgu Latipah.

"Usung hadiah, cikgu. Ada kat luar kelas."

Cikgu Latipah menjenguk ke luar kelas.

"Ya Allah, batu nesan Mamat?"

"Ha'ah," jawab Mamat dengan bangga

"Ayah kamu kerja apa?," tanya cikgu Latipah

"Penggali kubur, cikgu."

"Patutlah."

Banduan

Seorang banduan berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun.

Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk ke dalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya di kerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya, "isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya. Dia mungkin sudah lama di penjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu. Jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang. Abang cintakan ayang."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia beritahu saya, dia ni gay dan katanya abang seksi sekali dan dia bertanya di mana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga."

Supervisor

"Aku baru saja kena buang kerja," Bain memulakan cerita ketika berada di kedai Pak Munawir.

"Apa pasal?," tanya Man Laksa.

"Supervisor aku punya pasal la."

"Kenapa?," Man Laksa ingin kepastian.

"Engkau tau supervisor kerja macam mana. Tercegat saja. Cekak pinggang,tengok orang buat kerja."

"Memang la, tapi kenapa dia pecat engkau pulak."

"Dia bengang kat aku. Sebab semua orang ingat aku supervisor."

Rompakan Bank

Seorang lelaki telah merompak bank dan menjadikan pelanggan bank sebagai tebusan.

Dia bertanya pada tebusan pertama, “kau nampak tak aku merompak bank ini?”

Tebusan tersebut menjawab, “ya.”

Secara tiba-tiba perompak itu terus melepaskan tembakan di kepala tebusan tersebut.

Perompak itu dengan wajah bengis bertanya lagi soalan yang sama pada seorang lagi tebusan lelaki.

Dengan konfiden yang tinggi lelaki tebusan tersebut jawab, "tidak encik, tapi isteri saya yang nampak."

Pelancong China Dan Spielberg

Seorang pelancong China masuk ke dalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana di dalamnya terdapat Steven Spielberg, pengarah filem yang ternama.

Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit, "kenapa engkau tumbuk aku?"

Pengarah filem tersebut berkata, "itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbour, datuk aku mati pada masa tu."

Pelancong China tersebut membantah, "aku bangsa Cina la, bodoh. Apa kena mengena dengan
Jepun pulak?"

Pengarah filem tadi membalas, "Jepun, Cina, Burma, Vietnam, kamu semua sama saja."

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, lelaki Cina tadi terus meluru kepada pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?," balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal itu dan mati," balas Cina tadi.

"Hey, budak. Titanic tenggelam pasal Iceberg la, bodoh," jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg, kamu semua sama saja."

Kapal Terbang Rosak






Tersebutlah kisah satu pasangan yang baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah, emak pengantin lelaki menasihati anaknya, "nak, apabila menghampiri isteri kamu pada malam pertama, maka kamu harus kata kapal terbang ingin mendarat".

Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, "nak, bila suami kamu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya lapangan terbang sudah sedia."

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Si suami tak sabar-sabar dan apabila malam tiba, hatinya berdebar-debar. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan, "kapal terbang ingin mendarat."


Si isteri seperti tidak faham dan berkata, "saya penat bang. Mari kita tidur."


Si suami hampa. Namun dalam hatinya berkata, "tak apa mungkin isteri aku malu. Beri dia peluang kedua."

Tiba malam kedua si suami mendekati si isteri dan berkata lagi, "kapal terbang ingin mendarat."


Malangnya si isteri masih tidak faham, kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya berkata, "berita apa pula ini. Ah! pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun. Tak ada kena mengena dengan saya."


Kemudian dia berkata kepada si suami, "sudahlah tu bang. Janganlah baca surat khabar lagi. Mari kita tidur."


Si suami hampa lagi, tetapi dalam hatinya berkata, "tak apalah esok masih ada."

Tiba malam ketiga, si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat, lalu mendekati si isteri dan berkata lagi, "kapal terbang ingin mendarat."


Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata, "mana ada kapal terbang."


Melihatkan si isteri menggelengkan kepala, si suami hampa dan berkata dalam hati, "kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku."


Si suami dengan muka yang masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.

Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, "ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, kapal terbang ingin mendarat?"


Si ibu pun berkata, "apa yang kamu jawab nak?"


Si anak berkata, "saya tidak jawab apa-apa."

Si ibu berkata lagi, "apa anak sudah lupa apa yang ibu nasihatkan tentang malam pertama. Sepatutnya anak menjawab lapangan terbang sudah sedia. Sebagai tanda bersetuju."


"Oh! saya lupalah ibu. Tak mengapa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul."

Maka tiba malam keempat. Si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yang sama.


Malam kian larut. Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya. Si isteri akhirnya berkata dalam hati, "mengapa harus aku tunggu lagi. Apa salahnya aku sendiri meng`offer' kan diri.


Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata, "lapangan terbang sudah sedia."



Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri dengan muka yang masam menjawab, "kapal terbang rosak.''



Saturday, May 21, 2011

Pemabuk Yang Bengap

Pada suatu malam, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas puas meneguk arak di pub.

Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur, dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira 1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "sayang, kenapa ada 6 kaki atas katil kita ni."

Hana menjawab dalam nada mengantuk, "abang, lebih baik abang tidur saja. Lagipun abangkan mabuk. Mana mungkin 6 kaki, 4 kaki saja la."

Si Razi baring semula untuk tidur selepas isterinya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula 1, 2, 3, 4, 5, 6.

Sekali lagi dia mengejutkan isterinya dan berkata, "sayang, betullah ada 6 kaki atas katil kita ni."

Hana yang bengang akan perangai Razi lantas menjawab, " apalah abang ni, sayang nak tidur pun susah la. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil ni. Selepas itu cuba kira semula."

Razi bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katil sambil mengira, 1, 2, 3, 4.

Kemudian dia berkata, "a'ah sayang, betul cakap sayang tadi. Cuma ada 4 kaki saja."

Perempuan Orang Asli

Hujan turun renyai-renyai ketika satu operasi membanteras komunis oleh askar melayu di pinggir hutan belantara.

Sepasukan tentera ketika sedang meronda di sebatang anak sungai berdekatan dengan sebuah kampung orang asli, terdengar ada orang sedang mandi.

Mereka terfikir mungkin ada komunis yang sedang mandi. Sambil bergerak, askar-askar itu mengintai-ngintai di celah-celah daun kayu.

Terkejut mereka kerana ternampak seorang perempuan orang asli sedang mandi dalam keadaan yang memberahikan. Kerana sudah dua bulan berada dalam hutan, perempuan orang asli pun pada pandangan askar-askar itu nampak mengalahkan ratu cantik.

Ketika semakin dekat askar-askar itu ke arah perempuan orang asli, terperanjat bukan kepalang perempuan orang asli itu apabila ternampak kelibat askar-askar itu, sedang memerhatikan dia mandi bogel tanpa mata berkelip.

Dengan pantas perempuan orang asli itu mencapai kain basahan yang dibawanya lalu menutup mukanya dengan keadaan diri menjadi kaku.

Bila semakim dekat askar-askar yang macam harimau lapar lantas bertanya pada perempuan orang asli itu, "kenapa kamu tutup muka, tak tutup seluruh badan kamu?"

Perempuan orang asli jawab, "barang itu semua serupa, tapi muka lain-lain."

Janda Dan Lelaki Kudung

Dikisahkan orang, seorang janda yang telah 2 kali bersuami. Bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya itu suka memukul dan mendera. Sementara suami kedua pula walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu meninggalkan dia dan berkahwin dengan perempuan lain.

Selepas beberapa tahun menjanda, si perempuan yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. Dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya dalam facebook:1. lelaki yang nak memperisterikan saya mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. lelaki itu tak akan lari meninggalkan saya
3. hebat di ranjang
8 minit yang lalu ·Suka · Komen


Selang beberapa hari, datang seorang mengetuk pintu dengan kuat. Si janda mengintai dahulu melalui peeping hole, sebelum membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia, apabila terpandang di depan pintu berdiri seorang lelaki tak berkaki dan bertangan.

"Saya datang untuk cuba nasib jadi isteri awak," kata si lelaki kudung itu.

Lalu si janda itu meminta si lelaki itu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu lelaki tu berhujah, "syarat yang pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak."

"Syarat kedua?," tanya janda minta kepastian.

"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari."

"Jadi syarat yang ketiga itu bagaimana nak buktikan," celah si janda.

"Eeerrrrr, cuba awak fikir. Tadi saya ketuk pintu dengan apa," ujar lelaki kudung itu dengan bangga.

Burung Cerdik


Di sebuah kedai burung yang agak eksklusif, seorang penjual burung berkata kepada pelanggannya, "burung ini bukan sembarangan burung. Dia boleh terbang jauh sekali."

Kemudian seorang pelanggan berkata, "buktikan."

"Boleh," kata si penjual.

Sambil melepas burungnya dia berkata, "esok encik kena datang lagi ke sini pada masa yang sama."

Keesokkan harinya pada masa yang sama, dengan disaksikan penonton yang sama, "lihat, itu burung saya baru saja kembali," kata si penjual. Diparuh burung tersebut ternyata terselit postcard, "NEW YORK CITY, THE CITY THAT NEVER SLEEPS".

"Wuihh!!" penonton bersorak.

"Hebat," fikir mereka semua. Burung tersebut dalam masa 24 jam sudah mencapai New York dan mampu kembali.

"Begini encik. Kalau burung ini boleh membuktikan kemampuannya lagi saya akan membeli dengan harga 1 juta, dengan syarat terbang lebih jauh dari sekarang dan mampu kembali dalam 24 jam," kata salah seorang dari mereka yang bertaraf jutawan.

"No problem. Encik datang esok," jawab si penjual.

Keesokkan harinya di masa yang sama, si pembeli tersebut kembali dan membawa wang RM1 juta. Ditunggu-tunggu 1 jam, 2 jam, 3 jam, 4 jam masih belum kembali.

"Wah! Belum pernah selama ini. Pasti dia pergi ke hujung dunia," kata pedagang penjual bimbang. Sejam kemudian burungnya akhirnya balik.

"Dari mana ni? Aku nyaris terlepas 1 juta tau," marah penjual kepada burungnya.

"Dari Cameron Highland, tuan," jawab si burung ajaib.

"Hah? Cameron Highland saja. Kan dekat tu?"

"Iya tuan," jawab si burung.

"Gila. Kalau Cameron Highland kenapa lambat kembali?"

"Mmm, udaranya segar sekali. Jadi saya pilih jalan kaki saja," jawab si burung ajaib.
_____________________________________________________________

Friday, May 20, 2011

Kalau Sampai Ipoh


Pada pagi yang rintik, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspress Kuala Lumpur - Kangar.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas, "encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, beritahu pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya, "sudah sampai Ipoh belum?"

Hari mulai merangkak ke petang dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang di sebelahnya menjawab, "tidur dahulu. Belum sampai lagi. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan."

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "pak cik, sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata, "belum. Tidur saja dahulu. Nanti kalau sudah sampai Ipoh, pak cik kejutkan."

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh. Tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.

Lalu ia bertanya pada para penumpang, "encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni? Perlukah kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembali rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak, sudah sampai di Ipoh. Cepat bangun," kata pemandu.

Si anak bangun dan berkata, "oh! Sudah sampai ya," lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.

Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?," tanya pemandu kebingungan.

"Tidak. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni."



Ayam

Ketika Fasha sedang memandu dalam kelajuan 60 km/j, dia melihat seekor ayam ikut berlari mengikut kelajuan keretanya.

Dia merasa hairan dan cuba memecut pada kelajuaan 70 km/j. Bila lihat di sebelah, ayam tersebut masih mengikutinya.

Dia memecut lagi pada kelajuan 80 km/j. Tapi kali ini, ayam tersebut telah memotongnya. Fasha perhatikan ayam tersebut memotongnya dan dia ternampak yang ayam itu berkaki tiga.

Fasha mengikut ayam itu sehingga sampai ke kawasan ternakannya. Fasha bertanya kepada pemilik ayam, "apa sebenarnya yang berlaku?"

Peternak itu menjawab, "sekarang orang suka makan kaki ayam. Saya telah mencipta ayam yang berkaki tiga. Tidak lama lagi saya akan menjadi jutawan."

Fasha bertanya lagi, "tentu sedap rasa ayam itu kan?"

Penternak itu menjawab, "itulah masalah saya sekarang. Sampai sekarang saya belum berjaya tangkap ayam tu untuk teruskan kajian saya. Lariannya mengalahkan Usain Bolt."

Cerita 18SX

Dalam satu kampung, diam seorang cucu dengan datuknya sebab kedua orang tuanya pergi menoreh getah.

Si datuk ni merangkap baby sitterlah kononnya. Satu hari si cucu pulang ke rumah daripada bermain-main lalu bertanyalah kepada datuknya, "tok, tadi Dol sebut pelir. Pelir tu apa tok?"

Terkejut datuknya. Mulanya si atuk hanya diam. Setelah diasak berulang kali datuk menerangkan sambil berbohong, "pelir tu songkoklah, macam atuk pakai ni."

"Oh! Ingat benda apa tadi," kata si cucu.

Pada hari lain pula si cucu bertanya lagi, "tok, tadi Minah sebut burit. Apa bendanya tu tok?"

Terkejut bukan kepalang datuknya. Tapi dengan selambanya dia menjawab untuk mengelak dari terus ditanya,"alah, benda itu sejenis kain. Yang emak kau pakai tu."

Satu hari yang lain pula si cucu bertanya lagi, "tok melancap tu apa?"

Si datuk malas nak melayan lalu dikatakannya melancap tu makan nasi.

Petangnya pula si cucu bertanya lagi, "tok,berjubur tu apa?"

"Kau ni banyak sangat bertanya. Berjubur tu macam ayah dan mak kau. Kerjanya menorehlah."

Suatu hari yang panas, tok penghulu berkunjung ke rumah kanak-kanak itu. Selepas diberi salam beberapa kali lalu dijawap oleh kanak-kanak itu.

"Datuk kau ada?," tanya tol penghulu.

"Tak ada tok penghulu. Dia pergi kedai. Naiklah tok penghulu."

Tok penghulu pun naik sambil mengipas-ngipas dengan songkoknya. Lalu berkata budak yang keletah itu, "tok penghulu, kalau panas sangkutlah pelir tu kat dinding."

Terkejut yang amat sangat tok penghulu dengan kata-kata budak itu.

"Eh! Mana abang kau?"

"Ada kat dapur tengah melancap," terang budak itu jujur.

"Kakak kau?," tanya tok penghulu lagi.

"Ada kat perigi tengah basuh burit. Banyak burit dia kena basuh."

"Mak ayah kau mana?"

"Eh! Tok penghulu kan hari tak hujan berjuburlah mereka."

Wednesday, May 18, 2011

Kisah Udin

Terlupa Makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan Udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri : Bang, bangun bang. Bangun la cepat.

Udin : Hish! Apa ni kejutkan orang tengah-tengah malam ni.

Isteri : Abang lupa makan ubat la. Cepat la bangun. Kan doktor dah pesan kena makan ubat sebelum masuk tidur.

Udin : Ubat apa?

Isteri : Ubat tidur.

Udin : @#%^#^????


Nenek Udin

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin : Mari la naik nek. Pegang kuat-kuat ya. Nanti jatuh.

Nenek : Iyalah, nenek pegang kuat-kuat la ni.

Udin : Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek. (kata Udin lagi mengingatkan).

Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la ni, takut sangat.

Udin : Okey, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin : La, kenapa boleh jatuh juga ni, nek? Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya?

Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi.

Udin : Nenek pegang kat mana?

Nenek : Pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


Masalah Pendengaran

Udin berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?," tanya doktor.

"Entahlah, doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam ni. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "makan apa kita malam ini?"

Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, Udin berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?," katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit, "untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING."

Rupa-rupanya si Udin yg pekak.

Tipah Tertipu

Pada suatu pagi hari bekerja, dalam bas Rapid penuh sesak dengan penumpang.

Semasa singgah di perhentian, naiklah Tipah seorang wanita muda yang cantik, seksi dan menggunakan pakaian yang boleh membuat nafsu lelaki naik turun.

Rizal salah seorang pemuda yang duduk di tengah bas tiba-tiba melambaikan tangannya kepada Tipah.

Tipah dengan segera menghampiri tempat duduk Rizal dengan bersusah payah kerana penumpang bas tersebut memang padat.

Dengan tersenyum manis, Tipah berharap tentunya Rizal akan memberikannya tempat duduk.

Setelah sampai di sebelah Rizal dengan selamba Rizal berkata, "cik adik, berdiri saja di sebelah saya ya."

Tak Jamah

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya dalam keadaaan tergesa-gesa, lalu ditegur oleh isterinya, "abang tak sarapan dulu?"

"Tidak. Abang nak cepat ni."

Lalu si suami mencium bibir isterinya dengan mesra dan berkata, "inilah sarapan pagi abang."

Tengaharinya si suami pulang ke rumah.

"Ada apa abang balik ke rumah tengahari ni?"

"Ada sesuatu yang tertinggal," jawab si suami.

"Marilah makan tengahari dulu," pelawa si isteri.

"Tak apalah. Abang nak cepat ni."

Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan mencium dada isterinya sambil berkata, "inilah makan tengahari abang."

Petangnya, ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian di atas periuk nasi yang panas membara, lalu bertanya, "awak sedang buat apa tu, sayang?"

"Panaskan makan malam abang," jawab isteri selamba.

Perjanjian Pangkor

"Muhamad Ishak, sebutkan siapakah yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor?"

"Siti Saleha Fakarudin dan Ahmad Dali Che Embi, cikgu," jawab Muhamad Ishak.

"Siapakah mereka ini yang awak sebutkan?"

"Kakak dan abang ipar saya cikgu. Mereka telah membuat perjanjian untuk ke Pulau Pangkor sempena bulan madu mereka," jawab Muhamad Ishak.

Malam Pengantin



Seorang gadis yang bersuamikan pemain basketball sedang berdebar-debar menantikan malam pertama setelah pesta pernikahannya.

Selepas pesta selesai mereka pun masuk ke bilik. Si suami terus membuka seluruh pakaiannya. Apabila bajunya terbuka, si isteri melihat sebuah tattoo bertuliskan "Reebok" di dada suaminya.

Si suami menerangkan bahawa tattoo tersebut dibuat sewaktu menjalani kontrak sebagai model iklan produk tersebut.

Dengan rasa teruja, si suami membuka seluar panjangnya, maka terlihat satu lagi tatto lambang "Nike" di pahanya. Si suami menjelaskan hal yang sama kepada isterinya.

Akhirnya setelah semuanya terbuka, si isteri melihat tattoo bertuliskan "AIDS" pada 'anu' si suami.

Dengan ketakutan si isteri menanyakan tattoo tersebut.

Namun dengan tenangnya si suami menjawab, "bertenang sayang. Tulisan itu bukan bererti sesuatu yang menakutkan. Teruslah pegang. Setelah anunya tegang dan memanjang maka tulisan AIDS menjadi 'ADIDAS'."

Tuesday, May 17, 2011

Anak Cemerlang

"Tahun ini ada berita baik, ayah," ujar seorang anak yang baru saja menerima hasil keputusan SPM kepada ayahnya.

"Berita baik apa?," tanya ayahnya.

"Ayah ingat tak ayah berjanji akan memberi RM1000 jika saya lulus dengan cemerlang," jawab si anak.

"Ya, ayah ingat. Apa kau lulus dengan cemerlang? Adakah itu berita baiknya?," tanya si ayah dengan wajah yang bercahaya.

"Bukan Ayah. Berita baiknya, ayah boleh simpan duit RM1000 ayah itu," jawab anaknya dengan selamba.

Sunday, May 15, 2011

Perompak Bank


"Esok kita rompak bank di hujung jalan sebelah kedai Seven Eleven," kata ketua perompak.

"Jangan bos. Bukankah duit rompakan kita minggu lalu disimpan di bank itu?," kata anak buahnya.

Pengemis Tua


Ketika menuggu bas seorang mahasiswa sedang asyik memerhati seorang pengemis tua di depan kampus UITM. Ketika asyik memerhati, pengemis tua itu perasan bahawa dirinya diperhatikan.

Untuk menutup malu mahasiswa itu menegur pengemis itu sambil tersenyum, "sudah lama mengemis di sini pakcik?"

"Ya, lebih kurang sudah 8 tahun, nak."

"Wah, sudah lama juga ya pakcik. Sehari biasanya dapat berapa pak cik?"

"Paling sedikit RM50.00 nak."

"Banyak juga ya pak cik."

"Bolehlah nak, untuk keluarga."

"Eh! Keluarga ada di mana?"

"Anak pak cik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang," jawab pengemis panjang lebar.

"Subhanallah, hebat-hebat keluarga pak cik ni. Boleh tahan juga ya. Eh! Anak pak cik tu semuanya masih kuliah?"

"Taklah. Semuanya mengemis seperti pak cik," jawab pengemis perlahan.

Ikan Emas Subkidin


Subkidin budak kecil yang comel berusia 8 tahun, mengorek lubang di laman rumahnya.

Encik Bustamam, jiran sebelah rumah Subkidin mengintai apa yang dibuat Subkidin dari celah pagar. Hati encik Bustamam tertanya-tanya apa yang dibuat Subkidin .
Dengan ramahnya encik Bustamam menegur Subkidin, "tengah buat apa tu Din?"

"Ikan emas saya mati. Saya sedang korek lubang untuk tanam ikan emas saya,” jawab Subkidin tanpa memandang encik Bustamam .

Dengan kehairanan encik Bustamam bertanya lagi, "bukankah lubang yang dikorek itu terlalu besar untuk seekor ikan emas?"

Subkidin meletakkan cangkul dan dengan selambanya berkata, "sebenarnya, ikan tu ada kat dalam perut kucing pak cik."

Tongkat Ali Punya Hal


Pada suatu pagi, seorang isteri dengan lembut telah bertanya kepada suaminya, “abang nak makan apa pagi, ini? Saya buatkan nasi lemak, nak? Adakah abang nak nasi goreng atau roti canai? Atau saya buatkan roti telur nak?”

Suaminya pun berkata, ”tak payahlah. Abang tak ada selera langsung nak makan. Ini semua tongkat ali punya pasal.”

Sampai ke tengahari, isterinya pun bertanya lagi, “abang nak makan apa tengahari ini? Saya masakkan abang kari daging nak? Atau abang nak makan ikan atau ayam kah? Saya boleh masakkan sambal atau sup atau sweet and sour.”

Suaminya berkata lagi, “tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua tongkat ali punya pasal.”

Sampai ke malam, isterinya pun bertanya lagi, “abang nak makan apa malam ini? Saya masakkan abang ayam goreng, nak? Atau abang nak makan fish and chips atau burger ka? Atau abang nak hot-dog?”

Suaminya berkata lagi, “tak payahlah. Abang masih tak ada selera nak makan. Ini semua tongkat ali punya pasal.”

Lalu isterinya pun berkata, “kalau begitu, boleh tak abang tolong bangun dari atas saya sekejap. Saya nak pergi makan kerana dah lapar sangat. Dari pagi tadi tak makan. Ini semua tongkat ali punya pasal.”

Air Tin Dan Duit Syiling


Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka.

Seperti ditetapkan mereka pergi ke pejabat agama, berjumpa kadi untuk mendapatkan nasihat.

Kadi tanya pada perempuan, "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak itu?"

Perempuan itu jawab, "saya yang mengandungkan anak itu. Saya yang melahirkan anak itu. Dia keluar dari perut saya."

Si jantan terkedu sebab dia tahu lepas ini kadi akan tanya dia pula.

"Kamu, bagi alasan kenapa anak itu kamu yang patut bela," tanya kadi kepada lelaki itu.

"Tuan kadi, kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, lepas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanya tuan, air tin yang keluar dari mesin itu hak saya atau hak mesin?," lelaki itu cuba memancing.

Jawab kadi, "hak kamu la."

"Hah. Sama la kes ni pun. Betulkan tuan."


Saturday, May 14, 2011

Lumba Lari

Dari jauh kelihatan dua orang pekerja eletrik sedang membaiki wayar eletrik di sebuah kawasan perumahan. Sebelum itu mereka meletakkan kereta di hujung kawasan perumahan dan berjalan kaki ke tempat yang hendak dibaiki.

Di sebuah rumah seorang wanita memerhatikan mereka bekerja dari pintu hadapan.

Sesudah menyelesaikan tugas mereka, salah seorang pekerja eletrik itu mengajak kawannya untuk berlumba lari dari tempat mereka memeriksa tadi ke tempat di mana kereta mereka diletakkan.

Ketika mereka hampir sampai ke tempat letak kereta, baru mereka menyedari wanita yang melihat mereka tadi turut ikut berlari di belakang.

Kedua pekerja tadi segera menanyakan apa yang telah terjadi.

Sambil termengah-mengah wanita itu menjawab, "tadi saya melihat kamu berdua memeriksa wayar eletrik dan tiba-tiba melarikan diri dengan laju. Saya merasa khuatir dan mengambil keputusan untuk menyelamatkan diri."

Kenapa Tak Dimanfaatkan


Sepasang suami isteri dalam perjalanan keluar kota yang jaraknya tersangat jauh. Dalam perjalanan mereka berniat menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka singgah di sebuah hotel budget dan menginap di situ semalaman.

Pada keesokan paginya ketika ingin checkout daripada hotel, mereka terkejut apabila dikehendaki membayar sebanyak RM1000.

Dengan marahnya si suami berkata, "hah? Ini bukannya hotel bertaraf lima bintang. Kenapa saya harus membayar sebanyak itu?"

Pasangan suami isteri itu memanggil pengurus hotel dan bertanyakan jumlah sebenar yang perlu dibayar.

Pengurus hotel menjawab, "hotel ini dilengkapi dengan kolam renang yang standard, ruang rehat yang luas dan berbagai hiburan bertaraf antarabangsa disediakan."

Jawab si suami, "tapi kami tidak menggunakan semua kemudahan yang kamu sebutkan tadi."

"Salah anda sendiri sebab kemudahan yang disediakan itu untuk dimanfaatkan," kata pengurus hotel.

Setelah termenung sejenak, si suami mengeluarkan duit RM10 dan menghulurkan kepada si pengurus.

"Kenapa hanya RM10?," tanya si pengurus.

Jawab si suami, "kamu perlu membayar RM990 untuk tidur dengan isteri saya."

"Tapi saya tak tidur dengan isteri encik."

"Salah sendiri. Sudah sedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan," kata si suami lagi.

Buku Catatan Isteri

Diari Isteri

Sabtu 14hb May 2011 - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di KFC Sunshine Square. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal kerana aku agak lewat sampai di KFC, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung. Jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang. Dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Nothing".

Aku tanyakan apakah kesalahan aku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan aku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, aku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "aku cinta kamu juga."

Sesampainya di rumah, aku merasa kehilangan dia. Seolah-olah dia tak menghendaki aku lagi. Dia hanya duduk dan menonton depan TV. Dia terlihat jauh dan menghilang.

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya. Tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.

Dairi Suami

Hari ini Chelsea kalah. SIALLLLL!!!

Lalat

Suatu petang ketika sepasang lalat menghurung tahi, tiba-tiba isteri lalat bersuara, "bang, kenapa kita hari-hari makan tahi?"

Si suami pun menjawab, "isshh! jangan cakap benda-benda kotor masa makan. Tak baik."

Tersalah Rendam

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa dengan bapa saudaranya yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.

"Pak Cu, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti," tanya Zally.

"Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti," terang Pak Cu buka mukadimah.

"Bagaimanakah caranya Pak Cu?"

"Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelamin kamu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."

"Bagaimana caranya Pak Cu?," tanya Zally lagi.

"Kamu mesti merendam alat kelamin kamu dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertama kamu."

Zally balik ke rumah dan melakukan apa yang diajar oleh unclenya pada setiap malam.

Pada malam pertama, unclenya juga berada di rumah . Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Pak Cu mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada Zally.

Zally keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Pak Cu kelihatan hairan lalu bertanya kepada Zally.

"Kenapa cepat sangat?," tanya Pak Cu.

"Saya punya memang panjang Pak Cu, tapi kenapa hanya sebesar pensil saja?"

"Adakah kamu ikut petua yang Pak Cu ajarkan?"

"Sudah Pak Cu. Tiap-tiap malam saya merendam 'anu' saya dalam segelas air teh."

"Teh apa yang kamu gunakan?"

"Mustika Ratu - Slimming Tea."

Disko Copa Cabana

Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.

"Bini aku dah berlaku curang terhadap aku. Setiap malam dia ke Disko Copa Cabana untuk mencari jantan. Malah dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?"

"Bertenang," kata si teman.

"Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi ke sana dan lokasi Disko Copa Cabana itu."

Mayat Berpeluh

Seorang lelaki meninggal akibat sakit tua. Semasa hendak menuntut mayatnya, hanya isteri dan seorang cucunya sahaja yang berada di dalam bilik mayat tersebut.

Semasa kain penutup jenazah di singkap, si isteri merangkap nenek kepada budak tadi mula menangis teresak-esak.

Budak kecik yang dari tadi asyik mendiamkan diri nampak air mengalir keluar dari dahi atuknya. Terkejut dengan kejadian aneh lagi misteri tersebut, dia menyampaikan khabar tersebut kepada neneknya.

"Nek, atuk keluar peluh la nek."

Neneknya dengan spontan tersenyum lalu memberitahu cucunya yang confuse tadi, "ala, biasalah cu. Atuk kamu first time meninggal, memang la nervous sikit."

Kucing


Payid dan Hassan baru sahaja habis belajar. Kerana susah untuk dapat pekerjaan dan majikan hanya memilih pekerja-pekerja yang berpengalaman sahaja mereka berdua berpakat untuk merompak di sebuah rumah orang kaya di atas bukit.

Suatu malam kedua-dua sahabat baik ini berjaya menyusup masuk ke dalam rumah orang kaya Haji Jalil.

Payid yang berminat dengan home theater system Haji Jalil, mengangkat set itu satu per satu dan meletakannya di luar.

Ketika dalam keadaan kelam kabut, dia terjatuhkan mikropon ke lantai.

Haji Jalil yang tidur dalam bilik yang tak jauh dari ruang tamu terjaga dan menjerit, "siapa tu?"

Dengan tenang Payid menjawab, "mmmeeeeooooowwwwwww."

Kemudian seluruh rumah senyap seketika.

"Haji Jalil dah tidur balik agaknya," fikir Payid. Dia terus sambung angkat set home system keluar rumah.

Hassan pula sibuk mengangkat set barang antik dalam almari Haji Jalil yang tak berapa jauh dari ruang tamu tadi.

Sedang asyik membawa barang-barang itu, Hassan terjatuhkan satu mangkuk kaca, jatuh ke lantai dan bersepai. Kaca berselerakan.

Sekali lagi terdengar suara Haji Jalil.

"Siapa tu?"

Hassan menjawab, "ini kucing yang lagi satu."

Risau

Seorang lelaki mengalami patah tangan ketika jatuh motor semasa pulang dari kerja.

Isterinya yang sangat risau bertanya kepada doktor, "tolonglah doktor, katakan sejujurnya. Adakah suami saya nanti masih dapat mengemop lantai dan mencuci pinggan."

Thursday, May 12, 2011

Orang Asli

Dr. Kadir seorang botanis telah menghabiskan masanya bertahun-tahun dalam hutan Borneo. Kerana terlalu lama bersama orang asli, dia mula fasih akan bahasa mereka.

Sebelum berangkat pulang ke bandar, Dr. Kadir didatangi oleh ketua orang asli yang ingin belajar bahasa melayu. Sambil berjalan botanis itu mula mengajar. Jarinya menunjuk kepada sepohon pokok.

"Ini pokok," kata Dr. Kadir.

"Pokok," ikut ketua orang asli.

Kemudian mereka berdua berjalan menuju ke arah batu besar di sebelah pokok itu.

"Ini batu."

"Batu," kata ketua orang asli.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi benda bergerak dari dalam semak berhampiran. Mereka berdua menghampirinya dan ternampak sepasang anak muda sedang menunggang basikal.

"Menunggang basikal," kata Dr. Kadir menunjuk ke arah pasangan itu.

Lalu ketua orang asli mengangkat senapangnya dan menembak pasangan itu.

Melihat kejadian itu, Dr. Kadir terkejut. Tidak pernah dalam hidupnya menyaksikan perlakuan sekejam itu.

"Kenapa bunuh mereka?," jerit Dr. Kadir.

"Basikal aku," kata ketua orang asli itu.

Anak Banyak

Kadir ada 9 orang anak. Satu hari, kawannya yang bernama Doyok menelefonnya dan berkata, "kau ada terlalu banyak anak. Tak teringin ke nak buat family planning?"

Kadir jawab, "dah buat. Lepas anak kedua, aku start guna kondom. Tapi bini aku still beranak juga lepas tu."

Doyok tanya lagi, "bocor kot kondom kau tu? Aku ingat kau try sterilisation pula."

Kadir jawab lagi, "itu pun dah. Lepas anak keempat, aku buat sterilisation dan bini aku masih beranak jugak."

Doyok pelik, "agaknya operation tu tak berjaya kot? Nampak gayanya satu-satu cara yang tinggal lagi sekarang ialah kau tak boleh duduk dekat dengan bini kau lagi."

Kadir terus jawab, "itu pun aku dah buat. Lepas anak keenam, aku dah tak sentuh bini aku lagi dah. Dan dia masih terus menerus beranakkan 3 orang anak aku lagi lepas tu."

Tujuh Keturunan

Ketika berehat di beranda selepas makan malam, seorang anak bertanya kepada bapanya, "ayah kenapa hidup kita susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."

"Sebenarnya kita berasal dari keturunan yang kaya raya. Nenek moyang kita yang berasal dari wilayah arab mempunyai ladang-ladang getah, rumah-rumah sewa, stable-stable kuda, kilang-kilang dan kapal-kapal mewah," terang si ayah sambil membetul duduknya di atas kerusi malas.

Sambil menghembus asap rokok ke udara sang ayah menyambung, "pendek kata kekayaan kita tak habis di makan sehingga tujuh keturunan."

"Tapi kenapa kita sekarang jadi miskin," si anak minta kepastian.

"Sebab kita adalah keturunan yang kelapan."

Wednesday, May 11, 2011

Perasan


Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.

Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata, "terima kasih, saya lebih suka berdiri."

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia lebih suka berdiri.

Kali ketiga bangun, lelaki muda itu menjerit, "kak, saya nak turun. Saya dah terlepas perhentian saya."

Sampai Syurga

Duit RM1, RM5 dan RM50 beratur untuk masuk ke syurga.

Ketika duit RM1 melangkah untuk masuk berkata malaikat penjaga syurga, "masuklah kerana semasa di dunia kamu sangat baik dan pemurah."

Begitu juga ketika giliran duit RM5.

Tatkala duit RM50 mengatur langkah untuk masuk, malaikat penjaga syurga mengangkat tangan menahan sambil berkata, "tunggu dahulu. Bagaimana saya nak lepaskan kamu masuk. Sedangkan semasa di dunia, jarang sekali saya lihat kamu berada dalam tabung masjid."

Sunday, May 8, 2011

Batu Nisan

Salbiah mempunyai seorang jiran yang paling beliau benci. Kerana teramat benci, pada tahun lepas beliau menghadiahkan batu nisan yang tertera nama jirannya sebagai hadiah hari ibu.

Pada tahun ini pula, Salbiah tidak memberikan apa-apa hadiah kepada jirannya itu.

Si jiran, Khalthom tanpa segan silu bertanya, "Biah, tahun ni mana hadiah aku? Kau tak bagi lagikan?"

Selamba saja jirannya itu meminta hadiah darinya.

Dengan muka selamba juga, Salbiah menjawab, "aku malas nak bagi. Hadiah tahun lepas yang aku bagi pun kau belum guna lagikan?"

Jual Kambing



Seorang lelaki yang menghadapi masalah kewangan akhirnya terpaksa menjual salah seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya.

"Kenapa pak cik nak jual kambing ini," tanya seorang pembeli.

"Saya sangat perlukan wang," kata pemilik kambing.

"Berapa harganya?"

"Tak mahal. Cuma RM500 sahaja."

Pembeli itu melihat kambing berkenaan dengan teliti. Hatinya memang berkenan untuk membelinya.

"Tak boleh kurang sikit?," tanya pembeli.

"Maaf tak boleh. Kambing ini memang baik dan setia kepada tuannya," kata pemilik kambing itu.

"Bagaimana pak cik tahu kambing ini setia?"

"Sudah lima kali aku jual kambing ini, tetapi dia tetap balik ke sini."

Sahibul

Sahibul yang merupakan seorang saksi penting dalam suatu kes pembunuhan kelihatan gementar dan gugup ketika diasak dengan bertubi-tubi soalan. Kelihatan peluh jantan meleleh di kedua-dua belah pipinya. Belakang bajunya dibasahi peluh.

"Apakah hubungan kamu dengan tertuduh," tanya peguam yang mewakili defendan.

"Tertuduh adalah jiran sebelah rumah saya, tuan," jawab Sahibul.

"Adakah kamu sudah berkahwin," tanya peguam.

"Sudah, tuan. Ini adalah perkahwinan saya yang kedua."

"Dengan siapakah kamu berkahwin?," soal peguam dengan lebih lanjut.

"Dengan seorang perempuan, tuan."

Dengan perasaan marah si peguam berjalan ke kandang saksi dan merenung tepat ke muka Sahibul lalu berkata dengan suara yang agak lantang, "pernahkah kamu mendengar ada orang berkahwin dengan seorang lelaki?"

"Ada tuan," jawab Sahibul mengendurkan suaranya.

"Siapa?"

"Adik perempuan saya. Dia kahwin dengan seorang lelaki."

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarikkan?," jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muziklah bro. Ini jam bercakap. Aku beli kat Lorong Kulit."

"Jam bercakap? Fuyohh! Bro, macammana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yang kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yang terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah? Dah pukul 2 pagilah biul. Tak tahu nak tidur ke? Sewel punya budak."

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.

Kawan dia cuma garu kepala masih blur dan terkedu tak tahu cakap apa-apa.

Tom And Jerry

Cerita bermula di sebuah kilang di Jalan Kampung Jawa, 3 ekor tikus bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual temberang.

Tikus Sawah : Ahad lepas, ketika aku berjalan di kebun bunga di belakang dapur, aku terjumpa perangkap tikus. Ceh! Pekerja maintenance nak perangkap aku konon. Sekali aku tendang perangkap itu, terus terbang ke Pulau Jerejak. Padan muka perangkap bodoh itu.

Tikus Parit : Aku pula, ketika menyelongkar di almari kayu dalam bilik kantin, aku terjumpa setin racun tikus yang masih baru. Apa lagi, terus aku makan hampir habis. Bakinya aku tabur dalam beras bawah almari tu. Padan muka mereka, tengok la siapa mati. Aku okey lagi ni, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.

Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.

Tikus Sampah : Kamu berdua nampak tak kucing mengandung yang baring bawa kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2 bulan. Kalau kamu berdua nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah zuriat aku.

Bangkai


Bini : Abang nak tahu tak?.

Suami : Apa dia?

Bini : Orang depan tu kurang ajar betul la. Ada ke dia panggil suami dia dengan panggilan tak senonoh.

Suami : Apa dia panggil?

Bini : 'Bangkai'.

Suami : Memanglah sebab suami dia nama Khairudin.

Bini : Dia boleh panggil Abang Din atau Abang Rull apa.

Suami : Kalau yang nak tahu Kak Yam lagi teruk. Panggil laki dia 'bangsat'.

Bini : Alah nak 'ranjau' kat kita pula. Memang la. Laki dia nama Arshad.


Saturday, May 7, 2011

Jujai

Seorang guru melihat Jujai sedang mengantuk dan hampir tertidur di dalam kelas. Oleh itu guru tersebut segera memberi soalan kepada Jujai.

" Jujai, beritahu kepada kelas siapakah yang membunuh Osama Bin Laden?"

"Eh! Tidak tahu cikgu. Bukan saya cikgu," jawab Jujai.

"Cepat Jujai. Katakan siapa yang membunuh Osama?"

"Sumpah cikgu. Bukan saya."

Kerana kesal, guru itu mengadukan hal tersebut kepada Dato' Rahman, bapa Jujai yang merupakan seorang pemimpin yang paling di segani di daerah itu.

Setibanya di sekolah, Dato Rahman berjumpa dengan anaknya Jujai.

"Jujai cepat katakan siapa punya angkara yang membunuh Osama."

"Sungguh ayah. Saya tidak tahu."

Dato Rahman kelihatan amat marah dan terus menampar Jujai.

"Cepat. Berterus-terang dan katakan siapa pembunuh Osama."

"Betul Ayah. Bukan saya. Saya tak tahu," kata Jujai sambil menahan sakit.

Dato' Rahman memukul Jujai hingga jatuh ke lantai. Dan pukulan demi pukulan, bahkan tendangan tetapi Jujai tetap dengan perkataan "saya tidak tahu. Bukan saya."

Melihat anaknya sudah setengah mati, akhirnya Dato' Rahman kembali berjumpa guru Jujai.

"Bagaimana Dato?," tanya guru Jujai.

"Entahlah cikgu. Nampaknya memang bukan dia yang bunuh Osama," jawab Dato' Rahman perlahan.

Kisah Burung

"Apa yang asyik sangat kamu baca Metro Ahad sampai aku sampai pun kamu tak sedar," tegur Hassan setelah melihat Payid tak sedar kehadirannya di kedai Usop Wilcha.

"Fakta yang di bawa oleh Doktor Ismail Thamby."

"Mengenai apa?"

"Satu kajian telah dilakukan baru-baru ini terhadap lebih kurung 5000 orang lelaki. Soalan kaji selidiknya adalah, "kenapakah agaknya si burung lelaki 'berdiri' semasa berada dalam kemaluan perempuan."

"Apa yang dapat dari kajian itu," tanya Hassan tak sabar.

"Hasil daripada 5000 orang responden yang ditanya, kesimpulan jawapan yang ditanya amat memeranjatkan iaitu : kerana di dalam lubang kemaluan perempuan tiada kerusi."

"Hari ini ada juga orang yang makan kerusi," marah Hassan lalu beredar dari situ.

Yang Satu Ini

Dua orang budak kecil, Razally dan Mariam asyik bermain di sebuah taman.

Mereka mulai bertanding pendapat tentang mana yang lebih baik, lelaki atau wanita.

Setelah lama berlawan pendapat, Razally berdiri dan membuka seluarnya.

Kemudian berkata, "lelaki lebih baik daripada wanita kerana memiliki yang satu ini."

Mariam melihat Razally dengan perasaan sedih bercampur marah, kerana menyedari yang dia tidak memiliki yang satu itu.

Mariam menangis dan berlari ke rumahnya dan terus mendapatkan ibunya. Seketika kemudian Mariam keluar dengan senyum lebar.

"Ibuku kata perempuan lebih baik daripada lelaki ."

Razally membantah dan membuka seluarnya dan berkata, "tapi wanita tak ada yang satu ini."

Mariam hanya melihat Razally, kemudian mengangkat kainnya dan berkata, "ibuku kata, selagi saya memiliki yang satu ini, saya boleh mendapatkan yang seperti kamu miliki sebanyak yang saya mahu."

Kahwin

Sepasang kekasih sedang berbincang pasal masa depan mereka.

"Sayang, apa kata bulan depan kita kahwin . Takkan nak berpacaran macam ni sahaja kot?," luah si dara.

"Abang nak, tapi abang masih menganggur. Abang tak mampu nak beli rumah," elak si uda.

"Lepas kahwin kita tinggal kat rumah mak bapak abang?," cadang si dara.

Dengan bangganya si teruna menjawab, "itu adalah mustahil wahai kekasihku. Sebab, mak dan bapak abang masih tinggal kat rumah mak bapak mereka."

Makan Semut

Di sebuah klinik swasta, ketika memeriksa seorang pesakit seorang doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

"Doktor, doktor. Anak saya makan semut," beritahu seorang suri rumah dalam nada cemas.

"Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya," balas doktor.

"Tapi saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati."

"Apa? Cepat bawa dia ke klinik."

Botak


Ada seekor burung kakak tua amat disayangi oleh tuannya kerana dia sangat pandai bercakap.


Pada lewat senja, tuannya telah mengadakan satu party hari jadi untuk anaknya dan kerana kegembiraannya, beliau telah menempah kek coklat 3 tingkat dan membenarkan burungnya terbang bebas semasa party itu berlangsung.


Oleh kerana terlalu gembira, burung itu telah terbang dan menyapa semua tetamu yang hadir sambil berkata 'happy birthday'.


Ketika asyik terbang, kakak tua itu telah terberak di atas kek hari jadi anak tuannya.


Mengamuklah si tuan burung. Dengan perasaan bengang bercampur marah, tuan burung itu telah mencabut bulu burung itu sambil menyumpah-nyumpah.


Kakak tua yang telah botak itu dimasukkan kembali ke dalam sangkar dan telah bertenggek dengan monyoknya.


Namun dalam kesedihannya si kakak tua masih mengucapkan 'happy birthday' kepada tetamu yang melintasi sangkarnya.


Tiba-tiba, lintas seorang lelaki botak yang gagah perkasa dan bermuka garang telah duduk bersandar di sebelah sangkarnya.

Burung itu merasa berbunga-bunga dan ingin berborak dengan lelaki tersebut.


Kakak tua menyapa lelaki botak, "berak atas kek jugak ke?"

Lelaki yang kebingungan itu menggelengkan kepalanya sambil bertanya, "kenapa?"


Lalu kakak tua menjawab, "itu kepala botak tu."



Wednesday, May 4, 2011

Bijak Math

Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah 1 Adam untuk mengajar Matematik .

"Hari ini kita akan belajar mengira," kata cikgu.

"Baik cikgu," kata murid-murid serentak.

Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Awatif.

"Awatif, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji mempelam tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jadi berapa?"

"Jadi rojak cikgu. Nyam-nyam."

Telur Setengah Masak

Azizi dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 8 tahun ke klinik.

Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Keesokan pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Kesemua telur ini untuk saya kah mak?," tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Selebihnya untuk ayah kau," kata emaknya.

Asmaradana

Hari pertama mendaftarkan diri di sebuah kolej, dekan dengan tegasnya menyatakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Sehinggalah sampai pada peraturan tentang asrama, "Asrama Putri adalah kawasan larangan buat mahasiswa, dan Asrama Putra adalah kawasan larangan untuk mahasiswi. Barang sesiapa yang didapati melanggarnya akan dikenakan denda RM50.00. Bagi yang ditangkap kerana kesalahan sama sebanyak dua kali, dendanya RM100.00. Kalau kali yang ketiga, didenda RM180.00. Faham. Ada apa-apa pertanyaan?", tegasnya.

"Ada tuan", salah seorang mahasiswa lelaki berkata sambil mengangkat tangan kidalnya.

"Awak hendak tanya tentang apa".

"Berapa yang saya mesti bayar, untuk tinggal di Asrama Putri selama satu semester?".

Doggy Style

Seorang nenek berusia 95 tahun bertanya pada doktor sakit puan, “doktor, seusia saya begini posisi apa yang paling mudah untuk posisi seks ya?”.

“Paling sesuai ialah gaya anjing”, jawab doktor.

“Menonggeng ke?”, tanya nenek ingin kepastian.

“Bukan. Dihidu-hidu saja”, jawab doktor.

Mariam

Mariam adalah seorang budak perempuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian pada pelajaran. Satu hari semasa kelas agama, dia layan tidur seperti biasa.

Selepas menerangkan serba sedikit tentang fardu ain, ustazah menguji kelas dengan bertanya, "siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Tiada siapa menjawab. Hening.

Ada seorang budak lelaki, Razally duduk di belakang Mariam agak nakal sedikit. Dia menyocok bontot Mariam dengan jarum, Mariam terkejut lalu menjerit, "mak".

Ustazah memuji Mariam sebab bagi jawapan yang betul.

Mariam sambung buat taik mata.

Ustazah sambung menyoal, "apakah zikir yang senang tetapi pahalanya banyak sekali?".

Razally cocok lagi menggunakan jarum, Mariam pun menjerit, "Ya Allah".

Sekali lagi ustazah puji Mariam sebab bagi jawapan yang betul.

Mariam membetulkan duduknya dan tak berapa lama kemudian kedengaran dia berdengkur.

Ustazah terus menyoal, "apa yang patut seorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?".

Razally cocok lagi. Tapi kali ini Mariam bengang dan dia separuh menjerit, "kau cocok bontot aku pakai benda tu lagi sekali siap kau aku kerjakan".

"Razally, Mariam jumpa saya lepas kelas".

Jual Burung

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja.

Masuk seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Dia berkata kepada si penjual burung, "berapa harga burung kakak tua ini?".

"Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000".

"Ahhh! Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam?", tanya pembeli.

"Ya! Memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya".

Monday, May 2, 2011

Uji Kaji


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka.

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul”.

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam gelas arak menggeletek lalu mati.

Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada uji kajinya.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari uji kaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi?”.

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab dengan serentak, "untuk mengelak kecacingan minumlah arak".


Bom Tangan


Razally dan Ismail telah menjumpai 3 biji bom tangan, lalu memutuskan untuk menyerahkan bom tersebut ke balai polis berhampiran.

"Bagaimana kalau dalam perjalanan, salah sebiji bom ini meletup", tanya Razally kepada Ismail.

"Itu kacang saja. Kita katakan kepada polis-polis itu kita hanya menjumpai dua biji bom sahaja", jawab Ismail.