Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, November 25, 2013

Misteri Sang Ayah

[jon_kate_8.jpg]

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Sepanjang perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak seramai lapan orang, dua puluh lapan cucu dan dua orang cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya, “sayang, ada satu hal yang abang ingin tanyakan kepada sayang sejak sekian lama. Tapi abang risau pertanyaan tersebut menyebabkan sayang berkecil hati maka abang pendamkan saja. Tapi malam ini malam istimewa. Jadi ada baiknya abang tanyakan sekarang.”

“Apa dia bang? Tanya sahajalah. Sempena malam istimewa ni, ayang akan jawab apa saja soalan abang,” kata sang isteri sedikit berdebar.

“Begini,
” si suami berkata sebelum mengumpul kekuatan untuk bersuara, anak kita yang keempat tidak mirip dengan adik beradiknya yang lain. Adakah ayahnya berbeza?”

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu lalu dengan perlahan menundukkan kepala tidak sanggup menatap wajah suaminya.


Dengan perlahan si isteri menjawab, “ya, biarlah ayang berterus terang. Ayahnya memang berbeza.

Hening seketika. Mata si suami sudah bergenang dengan air mata, tetapi di tahan sebak di dada, lalu dia pun berkata perlahan, 
Erm! Oh! begitu. Kalau begitu bolehkah abang tahu siapakah ayahnya?

Hening lagi suasana. Si isteri lama mendiamkan diri lalu ditabahkan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.


Ayahnya ialah abang,” kata isterinya perlahan.



Mutiara Hikmah: Daripada Abi Zar Jundub Bin Junadah dan Abdi Rahman Muaz Bin Jabal R.A, daripada Rasulullah S.A.W, telah bersabda, “Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”





Thursday, November 7, 2013

Erti Merdeka


Merdeka adalah saat Soekarno dan Hatta berbaris rapi di dalam dompet. Jika yang  berbaris ‘Kapitan Pattimura’ bererti masih perjuangan.




Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”




Disindir Cikgu




Seorang ibu muda pergi ke taman didikan kanak-kanak untuk menjemput anak perempuannya. Melihat anaknya menunjukkan wajah kurang menyenangkan, dia bertanya keadaan diri anaknya.

Anak perempuan itu berkata, “hari ini cikgu telah menyindir saya, dia mengatakan saya semasa kelas tidak aktif mengangkat tangan menjawab pertanyaan guru.”

Ibu muda itu segera bertanya apa yang telah terjadi. 

Anak perempuan itu berkata, “cikgu mengatakan, di rumah, anak yang melipat selimutnya sendiri, silakan mengangkat tangan. Saya tak mengangkatkan tangan, kemudian cikgu mengatakan, ibu dan bapa yang bantu melipatkan selimut kamu, silakan mengangkat tangan, saya tetap tak mengangkat tangan.”

Ibu muda berkata, “kamu dua kali tak mengangkat tangan, tentu cikgu menyindir kamu.”

Tanpa diduga, anak perempuan itu berkata membela diri, “tetapi di rumah kita, sebetulnya tak ada orang yang melipat selimut.”



Mutiara Hikmah: Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.