Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, June 12, 2011

Anak Nakal Abah


Seorang lelaki berkata pada tetangganya, “anak lelaki aku yang baru berusia 9 tahun ternyata sangat nakal, dia telah membuat pembantu rumah kami yang baru berusia 18 tahun hamil.”

“Macam mana boleh berlaku macam tu?”


“Dia telah melubangi semua kondom aku dengan paku.”

Saturday, June 11, 2011

Suami Yang Adil


Sepasang suami isteri, Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga masing-masing.

Jenab berkata, "abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang."

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, "salah tu, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri."

Diskaun Hukuman

Di sebuah mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini pihak mahkamah memutuskan terdakwa dijatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan," hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, peguamcara atau penasihat undang-undang menerima?," tanya hakim.

"Saya keberatan tuan hakim," kata seorang lelaki di kerusi belakang.

"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

Siapa Betul

Amar dan Omar, dua sahabat baik sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul.

"Yang betul adalah SILANGKATA," kata Amar.

"Bukan, SIRANGKATA," bantah Omar.

"SILANGKATA," Amar bertegas

"Gila kau. SIRANGKATA yang betul, bodoh," marah Omar.

"Okey, kalau begitu, daripada kita bertengkar mari kita minta pendapat dari orang yang akan melalui jalan ini," cadang Amar.

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu. Mereka terus bertanya.

"Pak cik, kami tumpang tanya. Mana yang betul SILANGKATA atau SIRANGKATA?," tanya Amar.

"Yang betul SIRANGKATA," jawab orang tua itu.

Omar pun senyum kemenangan.

"Terima kasih banyak-banyak ya, pak cik," kata Omar pada orang tua itu.

"TERIMA KASIH KEMBARI," jawab orang tua itu pelat.

Pakar Bedah


Lima pakar bedah sedang berbincang siapa yang layak menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juruelektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "mungkin tidak. Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik. Segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "kamu semua silap. Ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

Tuesday, June 7, 2011

Usahawan Kedekut

Seorang pekerja sebuah stesyen televisyen menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan.

"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya. Bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami."

Usahawan itu menjawab, "pertama, tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab, "maaf, saya tidak tahu."

"Kedua, tahukah anda yang abang saya, seorang bekas tentera yang cacat serta buta dan hanya duduk di kerusi roda, sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"

Pekerja itu sekali lagi menjawab, "maaf saya tidak tahu."

"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikit pun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

Pekerja itu tetap menjawab, "tidak. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu."

Usahawan itu menyimpulkan, "jadi, jika saya tidak memberikan wang pada mereka, mengapa kamu berfikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"

Tension

Semester persekolahan baru sahaja bermula. Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu sedang menerangkan activiti untuk hari tersebut. Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenal pasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas difikir-fikir, dia still gagal untuk mengenal pasti keratan yang diberi kepadanya. Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan berlari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.

Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang cerdik pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi, masuk balik. Siapa ajar kamu berkelakuan demikian?," kata cikgu tersebut dari dalam kelas.

Pelajar tersebut hanya berdiam diri. Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu itu berkata lagi, "siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar. Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal. Lalu dia pun berkata,"kalau cikgu pandai, cuba cikgu teka siapa saya?"