Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, June 17, 2011

Anjing Garang


Seorang pemuda melihat seekor anjing sedang berbaring di sebelah seorang tua yang sedang duduk membaca akhbar.

“Apakah anjing pak cik garang?,” tanya pemuda tersebut

“Tidak.”

Tapi ketika si pemuda mencuba membelainya, si anjing dengan ganas menerkam tangannya dan mengigitnya hingga hampir putus.”

“Aduh! pak cik kata anjing pak cik tidak garang.”

“Memang tidak. Itu bukan anjing pak cik.”

Ponteng Jumaat


Seorang lelaki islam ponteng sembahyang jumaat. Sebaliknya dia masuk ke hutan untuk memburu ayam hutan.

Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK. Kedua-dua kakinya patah.

Jangan risau, ini bukanlah berita buruk okey. Ada lagi. Berita buruknya
adalah harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut, “ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku Ya Allah, makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah harimau yang memburu aku Muslim yang beriman. Tolong Ya Allah. Aminnn.”

Tiba-tiba guruh berdentum. Harimau tadi terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, harimau tersebut pun berdoa, “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin.”


Tuesday, June 14, 2011

Bulan Madu




Sepasang pengantin baru bersiar-siar menaiki teksi semasa bulan madu mereka di Pulau Pinang.


Si suami asyik mengusik isterinya. Sesekali digesel hidungnya pada leher si isteri. Si isteri yang kegelian ketawa mengekek-ngekek. Si isteri dengan gaya manja meliuk lehernya ke bahu suami.


Ketika melintasi roundabout Padang Kota Lama, si suami ternampak pemandu teksi membetulkan kedudukan cermin pandang belakangnya. Dalam cermin itu kelihatan muka si isteri dengan jelas.


"Hei," si suami bertempik, "engkau nak tengok bini aku, ya?,"


"Tttaaaakk encik, tak," jawab pemandu teksi menggigil-gigil.


"Jangan nak bohong. Sekarang engkau duduk belakang, biar aku bawa teksi ni," kata si suami.

Kucing Sariman





Loceng rehat berdering panjang. Seperti biasa, habis sahaja waktu rehat Sariman akan terus ke mejanya untuk mencari kucing kesayangannya yang di letak di dalam meja.


Alangkah terkejutnya apabila kucingnya tiada di situ. Puas mencari kucingnya tetap tidak di temui.


"Engkau ada nampak kucing aku," tanya Sariman pada Khairi yang duduk di sebelahnya.


"Tak nampak," jawab Khairi pendek.


Asyik mereka bersembang, masuk cikgu Lucy untuk mengajar subjek matematik.


"Kelas, letakkan kerja sekolah di atas meja saya. Siapa yang tak siapkan kerja sekolah, berdiri atas kerusi.


Ketika berdiri di atas kerusi, Khairi berbisik kepada Sariman, "aku dah nampak kucing engkau. Ada bawah meja cikgu."


Tanpa teragak-agak Sariman merangkak bagai komando ke bawah meja cikgu. Kebiasaannya cikgu Lucy hanya memakai skirt pendek tanpa memakai underwear. Tak berapa lama kemudian dia kembali ke mejanya.


"Ada kucing engkau," tanya Khairi masih berbisik.


"Ada, tapi bukan kucing aku. Aku rasa itu kucing cikgu," terang Sariman sugul sambil menggeleng.


"Bagaimana kau tahu itu bukan kucing engkau?," tanya Khairi.


"Kucing aku misainya melintang, tapi kucing cikgu aku nampak misainya menegak," jawab Sariman jujur.


Monday, June 13, 2011

Dinamit Malam Pengantin


Sepasang suami isteri yang baru saja menikah bersiap untuk tidur bersama. Si suami melepaskan kemejanya, menonjolkan bisepnya dan berkata, “sayang, setiap lengan ini menyimpan kekuatan setara dengan dua ratus kilogram dinamit.”

Si isteri sangat kagum melihatnya. Suaminya lalu menanggalkan seluarnya, mempertontonkan kakinya yang berotot dan berkata, “setiap kaki menyimpan kekuatan sama dengan lima ratus kilogram dinamit.”

Ketika si suami melepaskan seluar dalamnya, si isteri memandangnya dengan wajah ngeri.

“Kenapa?,” tanya si suami.

“Saya harus keluar dari sini,” kata si isteri.

“Dinamit sebanyak itu dengan ’sumbu’ yang pendek begitu, ruangan ini pasti akan segera meledak.”

Pemandu Bas


Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila, “jika ayah aku seekor lembu jantan dan ibu aku seekor lembu betina, pasti aku akan menjadi anak lembu.”

Kata-kata itu diucapkan berkali-kali. Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.

Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam. Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

“Jika ayah aku seekor gajah jantan, dan ibu aku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah.”

Dan seperti sebelumnya kata-kata itu pun dia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang dia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut, “bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?”

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, “aku akan menjadi pemandu bas.”

Tengkorak


Sebuah tengkorak telah ditemui di tapak pra-sejarah di Kedah. Para pengkaji menghadapi masalah untuk menentukan usia tengkorak tersebut walaupun telah mengkaji sekian lama.

Tengkorak itu juga dihantar kepada beberapa makmal yang berbeza namun hasilnya juga adalah berbeza di antara satu sama lain. Usia tengkorak tetap juga gagal disahkan.

Setelah 6 bulan berlalu tanpa hasil, seorang pemuda menawarkan diri untuk menentukan usia tengkorak tersebut. Dua hari kemudian pemuda tersebut mengumumkan usia tengkorak tersebut 234 tahun 3 bulan dan 12 hari.

Para pengkaji berasa hairan dan bertanya, “bagaimana kamu boleh menentukan usia tengkorak tu dalam 2 hari sedangkan kami punyai alatan canggih pun tak berjaya?”

“Oh, agak susah juga. Setelah saya menumbuknya hingga parah barulah ia nak bagitahu umurnya yang sebenar,” jawab pemuda tersebut.