Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, July 16, 2012

Kisah Pengantin Rasuah



Ketika satu majlis perkahwinan di gereja, seorang pengantin lelaki menghampiri paderi lalu membuat satu tawaran. 

“Saya akan bagi $100 jika awak boleh ubah sikit ikrar perkahwinan. Bila awak baca sampai bahagian yang mana saya sepatutnya berjanji untuk mencintai, jujur, taat dan sentiasa mempercayai isteri saya, boleh tak awak abaikan saja bahagian itu.” 

Dia memberikan paderi itu $100 lalu berlalu pergi dengan gembira. 

Saat perkahwinan pun tiba dan tibanya masa untuk membaca ikrar perkahwinan, paderi merenung muka pengantin lelaki dan berkata, “adakah kamu berjanji akan setia padanya, taat dan patuh pada setiap arahan dan permintaannya, menyediakan sarapan pagi di katilnya setiap pagi, dan bersumpah dengan nama Tuhan yang kamu akan menyayangi isteri kamu dan berjanji tidak akan memandang perempuan lain selagi kamu berdua masih hidup?” 

Pengantin lelaki itu menelan air liur sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dengan suara yang amat perlahan dia menjawab, “saya berjanji.” 

Kemudian dia berbisik kepada paderi, “bukankah kita sudah membuat persetujuan?” 

Paderi dengan secara sembunyi menghulurkan kembali $100 sambil berbisik, “tawaran dari pengantin perempuan lebih lumayan.”
Mutiara Hikmah: Abdul Rahman Bin Auf R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”

Sunday, July 15, 2012

Ghaplah Jingga



Sepasang suami isteri yang telah tua menghadapi masalah lupa yang melampau. Mereka kemudiannya menghadiri kelas menguatkan daya ingatan.
Beberapa hari kemudiannya suami pasangan tua itu bercerita kepada jirannya tentang kehebatan kelas yang telah dihadirinya itu.
“Siapa nama pengajar kelas itu?” tanya jiran tersebut.
“Oh, ummmm, biar saya fikir sekejap,” orang tua itu cuba mengingat. “Awak tahu tak bunga yang berbau wangi tu. Alah yang banyak duri itulah. Tahu tak nama bunga itu?”
“Bunga Ros?” jirannya membalas.
“Ha, yang tulah,” orang tua itu menjawab.
“Nama pengajar itu Ros?” tanya jiran itu lagi.
“Eh, bukan,” orang tua itu menjawab lalu memanggil isterinya dengan suara yang kuat, “Hei! Ros, apa nama cikgu yang ajar kelas ingatan tu ha?”

Mutiara Hikmah: Daripada Anas R.A. katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.” Nabi S.A.W bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila Dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang redha dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


Friday, July 13, 2012

Lawak Kanak-Kanak Dahaga



Seorang ayah menemani anaknya ke bilik tidur. Setelah itu dia kembali melayari internet.
Anak : Abah. Kak Chik dahaga boleh tak bawa air sikit.
Abah : Tadi tak mau minum. Tak payahlah dah lewat ni. Tidurlah.

Lima minit selepas itu.

Anak : Abahhh.
Abah : Apa lagi?
Anak : Kak Chik dahaga tolonglah bawa air.
Abah : Kan abah dah kata tak boleh tadi. Kalau kamu minta lagi abah akan pukul.
Sepuluh minit kemudian.
Anak : Abahhh.
Abah : Memang nak kena budak ni. Apa lagi ha? 

Anak : Kalau abah nak datang pukul saya nanti tolong bawa air sekali tau.


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).


Mengintai Seluar Dalam



Lily berlari pulang lalu menjerit gembira pada emaknya, “tengok, saya dapat 5 dollar.”
Emaknya hairan lalu bertanya macam mana dia dapat duit itu.
“Tommy yang bagi. Katanya upah kerana saya buat balik kuang,” jawab anak kecil itu.
“Kamu tak tau ke yang Tommy cuma nak mengintai seluar dalam kamu je. Lain kali jangan layan budak nakal tu.”
Keesokan harinya Lily pulang lagi dengan membawa 10 dollar pula. Emaknya sangat marah lalu berkata, “bukan ke emak dah cakap jangan layan Tommy tu. Dia cuma nak…..”
Belum sempat emaknya menghabiskan ayat itu Lily menjawab, “saya tahu emak dah cakap tapi hari ini saya dah tipu Tommy pasal saya tak pakai seluar dalam.”

Mutiara Hikmah: Abdullah Bin Mas'ud meriwayatkan katanya, aku bertanya: “Ya Rasulullah, manakah satu dosa yang paling besar?” Baginda bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Dia yang menciptakan engkau.” Aku bertanya: “Kemudian apa?” Baginda bersabda: “Engkau membunuh anak mu kerana takut dia makan bersama mu.” Aku bertanya: “Kemudian apa?” Baginda bersabda: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu.”


Penjenayah Paling Dikehendaki



Seorang guru membawa beberapa anak muridnya melawat sambil belajar ke sebuah balai polis. Ketika berada di sana seorang anggota polis sibuk memberi penerangan kepada para pelajar tersebut. Di akhir penerangannya dia membuka ruang untuk sesi soal jawab.



Qaleesya : Cik, saya nak tanya kenapa ada banyak gambar orang di dinding balai polis ni? 


Polis : Itu semua gambar penjenyah yang dikehendaki. Mereka ni telah banyak melakukan jenayah berat. Pihak polis sedang berusaha untuk menangkap mereka.

Arianna : Kenapa tak tangkap mereka ketika mereka sedang mengambil gambar?
Pegawai polis tersebut terpinga-pinga nak menjawab soalan murid itu.

Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” 


Monday, July 9, 2012

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis?


Kisah di sebalik sejarah.


1508 : Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera.


1509 : Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.

Oct 1511 : Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat Dan Hang Kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512 : Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512 : Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar bandar-bandar besar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu.
Feb 1512 : Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik 1, 2 dan 3 : Selamat pagi tuan (sambil bertabik).
Alfonso : Selamat pagi.
Perisik 1 : Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Alfonso : Kenapa kuat sangatkah mereka itu? (dengan nada marah dan bongkak).
Perisik 2 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.
Perisik 3 : Betoi tu tuan. Antaranya: Hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana.  
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beratus-ratus ribu hang kat sana. 

Lagi.

Lagi.

Hang dok buat apa la ni.

Hang dah tak dak gheja nak buat.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.”