Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, July 9, 2012

Pramugari Lawan Ulama


Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

“Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki,” kata pramugari dengan suara sedikit dikeraskan.

“Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?” tanya ulama dengan suara lembut dan penuh rendah diri.



Masih dengan sifat angkuh pramugari itu berkata, “kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.”

“Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari,” kata u
lama dengan bersahaja.



Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Digigit Anjing Kerana Pertengkaran Suami Isteri


Pada suatu pagi kerana terjadi sedikit salah faham, seorang suami bertengkar dengan isterinya, dan anjing kesayangan membantu si isteri menggigit paha sang suami.

Sesudah kejadian itu, isteri dalam diam-diam merasa dirinya bersalah dan ingin menyatakan rasa penyesalannya, namun dia tidak mahu mengambil inisiatif untuk minta maaf kerana merasa malu dan sedikit ego.

Lalu dia menulis sebuah catatan: ‘Aku telah membuat salah, maafkan diriku, okey?’, lalu dia minta anjing kesayangannya itu menggondol kertas catatan tadi untuk diberikan kepada suaminya.

Melihat catatan ini, sang suami dengan penuh rasa haru cuba mengelus-ngelus kepala anjing kesayangannya itu sambil berkata, “di dalam rumah ini, hanya engkaulah yang paling mengerti perasaanku.”



Mutiara Hikmah: Daripada Jabar R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Tiap-tiap yang baik itu sedekah.” (Diceritakan juga  oleh Muslim daripada riwayat Hazifah R.A)


Thursday, July 5, 2012

Tiga Kisah. Tiga Ketawa


1. Bengong

Dua orang jutawan sedang bersantai di cafe, sambil menggosip pemandunya.


“Hei,
you tau tak, driver I ini bodohnya setengah mampus. Kalau you tak percaya cuba lihat ni,” Tan Sri Bahadon memulakan bicara.

Terus dia panggil pemandunya, King Tha Piau, “Tha Piau, ini RM10, pergi ke kedai kereta dan belikan aku Mercedez.”

 
Tha Piau pun menjawab dengan sopan, “yes, Sir. Right a way.” 

Dengan pantas pemandunya terus ke kedai kereta.

Tan Sri Bahadon memberitahu temannya, “nampak? Apa
I cakap. Dia buat betul-betul.”

“Ha! Ha! Itu belum apa-apa. You nak tengok, pemandu
I lagi teruk dari itu. Biar I tunjukkan pada you.” 

Terus Dato' Sri G. Torairaju  memanggil pemandunya, Tommy. 

“Tommy, pergi ke rumah saya. Cuba lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak?”

“Baik Dato'. Saya pergi sekarang.” 

Dengan pantas Tommy menuju ke rumah tuannya.

Dato' Sri G. Torairaju berkata kepada Tan Sri Bahadon, “nampak apa yang
I cakapkan? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh I ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua-dua pemandu itu bertemu di jalan.

 
“Eh, you know, my boss is very stupid lah. Dia kasi aku RM10 dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta. Mana boleh? Kau kan tahu hari ini hari minggu. Semua kedai kereta tutup,” kata King Tha Piau.

“Kau fikir boss kau
stupid ha? Boss aku lagi stupid. Boleh dia suruh aku balik rumah lihat apakah dia ada di rumah. Padahal dia kan boleh check sendiri, telefon je la ke rumahnya,” kata Tommy.


*******




2. Normal

Seorang wanita yang bersuamikan lelaki buta berkata kepada suaminya, “abang, andainya engkau dapat melihat cantiknya wajahku dan putihnya kulitku, pasti engkau akan berasa kagum.”

Si suami menjawab, “sekiranya kata-katamu adalah benar, tentulah lelaki normal tidak akan membiarkan engkau menjadi isteriku.”


*******






3. Bahana Brocolli

Seorang gadis di jemput makan malam ke rumah orang tua kekasihnya. Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.


Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.


Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.


Hampir menangis rasanya dia berusaha menahan kentut. Namun kerana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.


Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.


Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke arah anjing keluarga yang asyik menggesel-gesel di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi, “Doggy.”


Si gadis berfikir, “wah ini sangat bagus,” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.


Kali ini, tanpa malu-malu dilepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.


Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “celaka Doggy.”


Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, “bagus.” 

Beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini agak kuat.


Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke arah anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “celaka Doggy. Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Musa Al-Asyaari R.A katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk (subuh dan asar), Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”


Saturday, June 30, 2012

Tiga Cerita. Tiga Gelak


1. Pelupa 

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal, akhirnya pergi menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat sahaja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan nenek tersebut sedang menonton TV, tiba-tiba si atuk berdiri.

“Mahu ke mana?” tanya nenek perlahan.

“Oh, aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air,” jawab atuk selamba.

“Kalau begitu tolong bawakan saya AISKRIM VANILA,” pesan nenek.

“Okey,” jawab atuk sepatah.

 “Eh, tunggu. Sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa,” pesan nenek.

“Ah, tidak perlu. Aku ingat. Aiskrim vanila kan?” atuk mengulang.

“Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya.”

“Beres,” angguk atuk.

“Ah! Sebaiknya tulis semua pesananku itu. Nanti pasti abang akan lupa semuanya,” pesan nenek sekali lagi.


“Jangan bimbang. Aku masih ingat. Aiskrim vanila, strawberry dan krimnya bukan?” jawab atuk confident.

Dua puluh minit kemudian si atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Dengan wajah terkejut nenek pun sound, “nah! Saya dah kata, abang akan lupa pesananku. Sepatutnya ditulis dulu.”

“Iya ke? salah ke? Apa yang kamu pesan tadi?” atuk cuba defend diri.

“ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY,” sahut nenek bebal.


*******

                              

2. Kantoi

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.

“Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian,” bela ayah Naim.

“Betul encik, kami bukan tuduh begitu sahaja, kami ada bukti,” jawab guru besar.

“Apa buktinya?”

“Nah, ini buktinya. Kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.”

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

“Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?” sebutir peluru dilepaskan tepat ke muka guru besar.

“Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua,” guru besar menenangkan bapa Naim yang sudah naik hantu macam P.Ramlee melembutkan Babjan bapa Dayang Sofia yang naik angin ingin membelasah Ajis dalam filem Bujang Lapok.

Ayah Naim melihat soalan kedua : Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama : 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga : Siapakah yang duduk di sebelah Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka?

Azim menulis : Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis : Kalau kau tak tahu, aku lagi tak tahu.


*******



3. Jujur

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu, “mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?” 


Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa ke hadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

“Adakah ini kapak milik tuan hamba?” tanya pari-pari.


“Bukan,” jawab si pencari kayu ringkas.

Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.


“Yang ini tuan hamba punya?” tanya pari-pari lagi.

“Bukan yang ini,” jawab si pencari kayu.

Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.

“Err mungkin yang ini?” duga pari-pari.


“Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai seperti ini,” jawab si pencari kayu jujur.


Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.

“Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi.”


Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi keempat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

*************************************************************************

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.

Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih dia berkata, “isteri hamba terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.”


Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Neelofa.

“Ini isteri tuan hamba?” tanya pari-pari menduga.


“Ya. Betul isteri hamba,” jawab si pencari kayu.

Pari-pari begitu marah, “penipu, pembohonggg. Nah terima baaa," belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, “maafkan hamba. Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.”

“Jikalau hamba berkata, ‘TIDAK’, tentu tuan hamba akan muncul dengan Anzalna dan selepas itu Tasha Shila. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata ‘YA’, tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata ‘YA’,” terang si pencari kayu ikhlas.



Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


Friday, June 29, 2012

Tiga Bulan Lagi


Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.  

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?  

Dol : Setuju, bos.  

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?  

Dol : 3 bulan lagi, bos.


Mutiara Hikmah: Dari Jabir Bin Abdullah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak di makan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.”


Saturday, June 23, 2012

Minta Dicium Di Tiga Tempat



Di dalam bilik ketika malam pertama, sepasang suami isteri sedang asyik berbisik-bisik.

“Sayang, apa yang paling kamu dambakan?” tanya suami kepada isteri.


Si isteri dengan malu-malu kucing berkata, “hal yang paling saya inginkan ialah, harap abang dapat mencium diriku di tiga tempat.”

“Ah, mudah saja. Cuba sayang katakan di tiga tempat yang mana?”

“Paris, London dan New York.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya  dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” [Riwayat At-Tabrani]