Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan".
"Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga".
Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak?".
"Entah. Saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya".
Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang.
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini?
Pelajar : Balik ke rumah.
Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu.
"Eh,baru balik?", tanya si ibu sinis.
"Ya, mak", jawab si anak sopan.
Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.
"Ha, dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik?", tengking si ibu.
"Nak sarapan", balas si anak pendek.
Saturday, March 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment