Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, February 17, 2011

Jom Bunuh Syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluh tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa orang perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

"Yakah?. Tak apa malam ni malam jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan, betul tak sayanggg," kata suami sambil ketawa.

Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

"No problem. Tunggu malam ya sayang".

Esoknya si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "bang, jom kita bunuh syaitan".

Si suami tiba-tiba marah dan berkata, "ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang".

No comments:

Post a Comment