Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, December 21, 2011

Rahsia Umur


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya.


Wanita itu membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati dengan hasilnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan itu, dia singgah sekejap di sebuah kedai mamak untuk beli surat khabar.

Semasa membayar duit surat khabar, dia bertanya kat mamak tuan punya kedai itu.

"Mamak, boleh tanya tak? Awak agak-agak berapa umur saya sekarang?" tanya wanita tu.


"Lebih kurang 30 tahun," mamak itu menjawab.


"Takdalah, sebenarnya saya dah 50 tahun," jawab wanita itu riang kerana orang menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu.


Tidak lama kemudian, dia singgah pula kat McDonald's. Semasa memesan burger, wanita itu mencelah dan bertanya pada awek yang menjaga kaunter dengan soalan yang sama macam dia tanya kat mamak tadi.


Awek itu menjawab selamba, "entah la, rasanya dalam 29 tahun."


Wanita tu pun menjawab, "takde la dik, akak dah 50 tahun dah."


Wanita itu bertambah-tambah happy, dan menyambung perjalanan balik ke rumah. Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pak cik tua kat satu bus stop.


Kerana boring tunggu bas lambat sangat, wanita itu pun bertanya kepada pak cik tadi dengan soalan yang sama.


Pakcik itu pun menjawab, "pak cik dah tua dah. Umur pun dah 75 tahun. Mata pak cik dah kabur, uban dah berterabur, gigi dah gugur, kulit dah kendur, makan sayur dan bubur tapi pak cik boleh tau berapa umur seseorang wanita dengan satu cara. Dulu masa muda-muda dulu pak cik ada belajar."

"Macam mana caranya?" tanya wanita itu ingin tahu.

"Pak cik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita tu, baru pakcik boleh bagi tau dengan tepat."


Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tahu sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua tu.


Akhirnya wanita itu berkata, "Ah! tak kisah lah pak cik, pak cik buleh rasa bahagian sulit saya, saya nak tau macam mana pakcik boleh tahu umur saya."


"Baiklah,"' kata pak cik tua itu. Mereka berdua pun pergi ke bahagian belakang bangunan di mana tiada orang. Kemudian pak cik tua menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan meraba alat sulit wanita tersebut.

Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata, "Okay! Okay! cukup tu pak cik, sekarang saya nak pak cik bagi tahu berapa umur saya."

Pak cik itu berhenti meraba dan menjawab, "umur awak dah 50 tahun."


Mendengar jawapan pak cik itu, maka terkejut beruk wanita itu.


"Fuiyooo macam magic sahaja, macam mana pak cik boleh tahu?" tanya wanita tersebut.


Pak cik tua dengan tersenyum lebar menjawab, "pak cik beratur belakang awak tadi kat McDonald's, he! he! he! he!"

"Lagi satu pak cik lupa sebut tadi. Rumah kata pergi mari sini kata kubur," kata perempuan itu dalam hati. 

No comments:

Post a Comment