Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, December 23, 2011

Tipah Menipu


Satu hari, Tipah telah tersesat di dalam hutan semasa mengikuti program jungle trekking yang dianjurkan oleh syarikatnya. Setelah beberapa lama, dia sampai ke sebuah kampung orang asli.

Oleh kerana rupanya yang lawa dan kulitnya yang putih, Tok Batin di situ menyatakan hasrat untuk menjadikan Tipah isterinya. Tipah, merasakan jika dia menolak hasrat Tok Batin akan membuatkan Tok Batin marah dan kemungkinan menjadikan dia makanan tengahari. Dia memikirkan cara untuk melepaskan diri dari kemelut tersebut dengan cara yang baik.
 
"Saya boleh jadi isteri tok tapi dengan 3 syarat," kata Tipah.

"3 syarat? Aku sanggup, aku sanggup," jawap Tok Batin selamba.
 
"Syarat pertama, Tok mesti buatkan banglo 3 tingkat dalam hutan ni untuk kita tinggal," kata Tipah sambil senyum meleret.

"Boleh, boleh, aku buat aku buat," kata Tok Batin separuh gelojoh.
 
"Okey. Syarat kedua, Tok kena pasang lif dari emas untuk saya turun naik ke banglo ini," terang Tipah walaupun berasa cemas setelah Tok Batin yakin mampu merealisasikan syarat pertama Tipah tadi.
 
"Boleh, boleh, aku pasang," kata Tok Batin setelah bertanya kepada penasihat 25 persen apa sebenarnya lif.
 
"Alamak, sanggup lagi, mampus aku kali ni, apa lagi aku nak letakkan syarat ni," Tipah bermonolog sendiri dalam hati.

"Okey Tok, syarat ketiga. Saya hanya akan jadi isteri kepada lelaki yang mempunyai kemaluan sepanjang 15 inci," kata Tipah sambil tersenyum tanda kemenangan.

Tok Batin terdiam, wajahnya muram dan sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Digaru-garu kepalanya beberapa kali sambil matanya memandang sayu. Akhirnya berkata Tok Batin, "Okey! Boleh, boleh, aku kasi potong. Aku potong 6 inci."

Mata Tipah berpinar lalu rebah.

No comments:

Post a Comment