Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, September 30, 2009

Menantu VS Mertua


Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma puterinya saja.

Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar dari rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah dan secarik kertas bertulisan "Dari ibu mertuamu".

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan "Dari ibu mertuamu".

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, "rasakan kau", sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru berserta kertas bertuliskan "Dari ayah mertuamu".

Tuesday, September 29, 2009

Minta Tolong


Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba-tiba dia di datangi oleh seorang lelaki separuh umur.

"Maafkan saya," kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni. Boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?"

Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang-barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

"O.k! Siap," kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri .

Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er! ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?"

"Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik".

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran


Ketika makan tengahari bersama, Aziz berbual dengan Asri jiran sebelah rumahnya.

Aziz : Asri, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?

Asri : Ya betul.

Aziz: Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?

Asri : Akhirnya dia berlutut di depan aku.

Aziz : Wahhhh!! Hebat sekali kau. Kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?

Asri : Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "hei! kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil itu dan hadapi aku!!"

Aziz : @#$!%^&%


Bain, Rumah Hang Terbakar




Di sebuah kedai gunting rambut, seorang pemuda sedang dicukur rambutnya. Tiba-tiba masuklah seorang pemuda lain yang kelihatan panik dan berteriak kebingungan, "Bain, rumah hang terbakar. Ayuh! cepat."

Spontan pemuda yang sedang dicukur rambutnya segera bangkit dari tempat duduknya tanpa mempedulikan rambutnya yang belum selesai dicukur. Dia berlari bagaikan orang gila kerana panik. Setelah berlari sepanjang kurang lebih 1 km, tiba-tiba dia berhenti.

"Hey," dia berkata pada dirinya sendiri, "buat apa aku berlari? nama aku kan bukan Bain."

Sunday, September 27, 2009

Baik Cikgu


Perompak Bas Kilang


Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas.

Hendak dijadikan cerita ada seorang lelaki di tepi jalan menahan bas tersebut hendak minta tumpang. Jadi bas tu pun berhenti. Tiba-tiba lebih kurang 6 orang perompak keluar untuk merompak bas tersebut.

Sorang perompak berkata, "keluarkan dan bagi semua barang kemas yang kamu ada. Cepat!!".

Seorang pekerja kilang itu membalas, "tapi kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerja. Duit pun sikit saja."

Perompak berfikir seketika,"Ha! begini la. Sebab kamu tak ada barang kemas dan duit kami rogol korang SEMUA ha!ha!ha!ha!"

Pekerja kilang yang muda berkata, "Alalaa takkan la mak cik yang kat belakang tu nak rogol jugak. Tak kesiankah."

Tiba-tiba mak cik tu berdiri, "Weh! kau ni tak paham ker kalau dia cakap SEMUA SEMUA la."


Staff Penipu



Seorang bos sedang menunggu staff-staffnya datang ke ofis untuk bermesyuarat. Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis. Tiba-tiba kelihatan salah seorang staffnya berlari menuju pintu ofis.

Ang Yii Nii: Bos jangan marah dulu. Saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini. Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang juga. Seketika kemudian 8 orang staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang dari mereka kenapa mereka lewat.

Bos: Kenapa kamu lewat?

Sasikala Ramiah: Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda. Sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.

Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga melepaskan staff yang kedua itu. Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada staff ke-9.

Bos: Ha! kamu pula, apa pula penjelasan kamu?

Yanti Rahiza : Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos: Biar saya teka [bos itu menyampuk] Teksi tu rosakkan.

Yanti Rahiza : Bukan. Ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan. Teksi langsung tidak boleh bergerak. 

Shampoo Baba


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang di pakai pelajar tersebut.

"Sabun apa yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "sabun Baba."

"Kalau deodorant, deodorant apa yang anda gunakan?"

" Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?"

"Minyak wangi Baba."

"Shampoo?"

"Shampoo Baba."

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya."

Pizza



Suatu hari Zally pergi ke Pizza Hut.

Zally : Saya nak pizza supreme satu.

Sahibul : Pizza tu nak di potong 6 atau 4?

Zally : Potong 4 lah. Kalau 6 takut tak habis pulak.

Sahibul : ??????