Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, April 27, 2013

Dua Kali Berlanggar



Kerana tersilap menukar gear, kereta yang di pandu Neoh Kean Bin dengan tidak sengaja meluncur ke dinding. Dia membawanya ke bengkel lalu menggantikan bumper kereta yang kemek itu.  

Beberapa hari kemudian, dia mengulangi kesilapan yang sama. 

“Aku sangat malu,” katanya mengeluh kepada isterinya ketika mereka berhubung melalui telefon.  

“Mengapa tidak katakan pada mekanik bahawa kali ini aku yang melakukannya?” saran isterinya.  

“Aku boleh berkata seperti itu,” ujarnya di hujung telefon, “tapi itu juga yang aku katakan kepadanya waktu mula-mula accident dulu.”


Mutiara Hikmah: Dari Nawwas Bin Sam'an al-Anshari R.A katanya: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: “Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”



Thursday, April 25, 2013

Lawak Ringkas



Tetamu Selamat Pagi Malaysia

Setelah habis di wawancara oleh pengacara Selamat Pagi Malaysia, melihat tepat ke muka Neoh Kean Bin pengacara bertanya, “untuk penonton Selamat Pagi Malaysia, apakah last word anda.”

Dengan muka selamba Neoh Kean Bin menjawab, “Z.”

*******

Filem

Seorang penerbit mahu mengeluarkan sebuah filem paling hebat di dunia. Dalam filem itu diadakan adegan pertempuran yang paling hebat pernah difilemkan.  

“Saya akan menggunakan dua pasukan tentera. Setiap satu mempunyai 25,000 orang,” kata penerbit.  

“Kalau dua pasukan sudah lima puluh ribu. Macam mana kita nak bayar mereka?” kata pengarah.  

“Senang saja. Kita gunakan peluru hidup!” jawab penerbit.

*******

Kain Tersepit  

Seorang husband balik dari outstation dengan kedua-dua belah matanya lebam. 

“Kenapa dengan mata abang?” tanya isterinya.

“Masa menaiki escalator airport, seorang awek cun berskirt pendek berdiri di hadapan abang. Kebetulan abang tengok skirt awek itu tersepit di antara celah punggung dia. Dengan niat hendak menolong, abang tarik skirt tu keluar dari celah punggung dia. Kerana bengang, terus dia tumbuk mata kanan abang.”  

“Habis, mengapa mata kiri turut lebam?” tanya isterinya lagi.

“Kerana menyangka perempuan itu marah sebab abang tarik kain dia tadi, jadi abang pun menolak balik kain itu masuk dan seterusnya satu peninju tepat ke mata kiri abang.” 

Selepas si husband habis bercerita, giliran hidung dia pula berdarah dan patah kerana di tumbuk oleh isteri.

*******

Perlahan 

Seorang petani bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima enam ekor mati di langgar kereta. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta di pasang papan tanda.   

Beberapa hari kemudian terpampang papan tanda yang berbunyi : PERLAHAN – TERNAKAN MELINTAS.   

Tiga hari kemudian petani itu menghubungi ketua balai, papan tanda itu tidak berkesan. 

“Masih banyak ayam saya mati, pemandu tetap memandu laju,” katanya sambil meminta kebenaran memasang papan tanda sendiri. Ketua balai setuju.   

Sejak itu petani tersebut tidak lagi membuat aduan. Ketua balai berfikir, apakah papan tanda yang ditulis sehingga pemandu di kawasan itu mengubah haluan. 

“Mungkin boleh diguna pakai di mana-mana,” bisiknya.   

Terkejut ketua balai ketika meninjau kawasan itu apabila dia ternampak papan tanda bertulis : PERLAHAN – KAWASAN ORANG BERBOGEL.  

*******

Menantu Bill Gates  

“Ayah mahu kahwinkan kamu dengan gadis pilihan ayah,” kata si bapa. 

“Tapi ayah, saya sudah ada pilihan saya sendiri,” kata si anak.

“Tapi gadis ini anak Bill Gates.” 

“Kalau begitu saya setuju.”  

Seminggu kemudian bapanya berjumpa Bill Gates.  

“Saya ada calon suami untuk anak gadis anda,” kata si bapa.

Bill Gates berkata, “tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin.”

“Tapi anak muda ini bakal Vice President Bank Dunia,” jarum si bapa.

“Kalau begitu saya setuju,” kata Bill Gates.

 Akhirnya bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia.  

“Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia,” kata si bapa.

“Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President,” kata Presiden Bank Dunia.

“Tapi calon saya ini adalah menantu Bill Gates,” kata si bapa. 

“Kalau begitu saya setuju,” kata Presiden Bank Dunia. 

This is how business is done!

******* 

Pengantin  

“Kamu nak bawa isteri kamu tinggal di mana selepas berkahwin?” tanya bakal bapa mertua.
   
“Saya akan ikut kehendak anak pak cik,” jawab cerdik bakal menantu.  

“Majlis bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan itu nanti?” tanya bakal bapa mertua lagi.

“Saya ikutkan saja kehendak isteri saya, pak cik.”   

“Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?”   

Bakal menantunya menjawab, “yang ini saya serahkan pada pak cik!”

*******

Anjing Mata Satu

“Kamu tengok anjing di seberang jalan dengan satu mata,” kata Neoh Kean Bin.

Sambil menutup sebelah matanya dengan tangan kanan, Tan Hock Lye berkata, “mana! mana.


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A katanya, bersabda Rasulullah S.A.W.: “Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.”


Friday, April 19, 2013

Eksekutif Baru



Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Setelah di tapis dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Kerana syarikat memerlukan hanya seorang pekerja, beliau begitu sukar memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk di temuduga. 

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, “saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan di terima untuk bekerja di sini.” 

Setelah menarik nafas seketika, CEO tadi menyambung bicara, “soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” 

Calon pertama yang bernama Cheah Teong Hin berkata, “FIKIRAN, kerana kadang kala ianya datang sendiri tanpa kita sedari.” 

“Bagus, satu jawapan yang baik,” kata CEO tadi. “Kamu pula?” tanyanya kepada calon kedua. 

“KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip,” jawab calon kedua yang bernama Neoh Kean Bin. 

“Satu jawapan yang sangat baik, lagi pun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan,” kata CEO itu. “Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga. 

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,” jawab calon ketiga yang bernama Yap Soo Beng. 

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

“Setelah di teliti jawapan calon-calon sebelum saya tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT,” jawab calon keempat yang bernama Tan Hock Lye dengan yakin sekali. 

“Hah? CIRIT-BIRIT? Kamu tak serius langsung. Macam mana kamu boleh minta kerja dengan syarikat saya?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. 

“Begini tuan, biar saya jelaskan. Malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, cecair melekit itu terkeluar mendahului ketiga-tiga perkara tersebut.” 

Calon keempat di terima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, ‘Aku takut kepada Allah’, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”


Thursday, April 18, 2013

Pak Lebai Dan Tok Siak 




Lebai Daud dan Tok Siak Majid minum kopi ‘O’ di sebuah warung di hujung kampung. Ketika baru hendak menghirup pekat kopi ‘O’nya, Lebai Daud terbatuk kecil tatkala Tok Siak Majid berkata, “Pak Lebai, jika kamu mempunya dua buah Mercedes-Benz E 300 BlueTEC Hybrid, rim aloi 17 inci, electric windows, mempunyai pemain DVD, pendek kata semuannya sama. Adakah kamu akan memberi kepada aku sebuah?”

Lebai Daud berkata, “Majid, berapa lama kita mengenali satu sama lain? Tiga puluh tahun? Kita berkawan baik sejak sekolah rendah lagi, dan jika aku ada dua buah Mercedes berkenaan, rim aloi 17 inci, electric windows, mempunyai pemain DVD, pendek kata semuannya sama, yeah, aku akan beri yang sebuah lagi kepada kamu.”

Mereka terus menikmati harumnya kopi ‘O’. Tak lama berselang, Tok Siak Majid mendongak kepada Lebai Daud dan berkata, “Lebai, jika kamu mempunyai dua buah banglo yang ada swimming pool siap ada papan anjal, ada taman orkid belakang rumah, berhadapan dengan pantai, adakah kamu akan memberi salah sebuah kepada aku.” 

Lebai Daud berkata, “aku dah anggap kamu sahabat dunia akhirat, kamu menjadi pengapit aku semasa aku menikah. Hadir semasa men'tahnik'kan ketiga-tiga anak aku, memberi nama mereka. Kita bersekolah pondok selama empat tahun bersama. Jika aku mempunyai dua buah banglo yang ada swimming pool siap ada papan anjal, ada taman orkid belakang rumah, berhadapan dengan pantai, yeah, sudah pasti aku akan memberi salah sebuah kepada kamu.

Kopi terus dihirup. Sekali lagi Tok Siak Majid memandang Lebai Daud dan berkata, “Lebai, jika kamu mempunyai dua isteri...”

“Tunggu sebentar! Majid, kamu dah tahu aku ada dua isteri.


Mutiara Hikmah:  Dari Abu Musa R.A katanya, Nabi S.A.W bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”



Wednesday, April 17, 2013

Kisah Di Pawagam



Seorang pemuda yang tinggal di kampung terpencil menonton wayang di sebuah panggung di pekan yang paling hampir dengan kampungnya.

Salah satu adegan dalam filem itu mengenai seorang gadis cantik sedang menanggalkan pakaian dalamnya tatkala melintas keretapi menutup pandangan. Setelah adegan keretapi itu berlalu, kelihatan gadis itu sudah memakai pakaiannya semula.

Kecewa betul pemuda itu kerana sebelum ini dia belum pernah melihat wanita tanpa seurat benang.

Keesokannya dia tetap berusaha datang untuk menonton semula walaupun jarak rumah dan panggung adalah jauh.

Setiap hari dia pergi menonton di pawagam yang sama sehingga seminggu tetapi hasilnya tetap sama. Maklum, apa yang dilihatnya adalah filem yang sama.

Penjual tiket di kaunter perasan dengan kemunculan pemuda itu setiap hari lalu bertanya, “kalau tak silap  saya, awak datang menonton filem yang sama setiap hari. Kenapa?”

“Betul bang. Soalnya saya yakin suatu hari, keretapi itu akan lambat tiba dan akhirnya saya tetap akan dapat lihat gadis itu berbogel,” kata pemuda itu selamba.

*******

Setelah membeli dua keping tiket filem untuk menonton bersama isterinya, Neoh Kean Bin masuk ke dalam pawagam untuk mencari tempat duduk meninggalkan isterinya sementara dia keluar semula membeli dua bungkus popcorn besar.

Ketika melangkah masuk, preview sedang ditayangkan dan ruang pawagam menjadi gelap. Neoh Kean Bin menerobos kegelapan pawagam, duduk dan memberikan ciuman mesra kepada isterinya.

Dari arah belakang dia mendengar suara yang sangat mesra di telinganya yang berkata, “Neoh, engkau salah kerusi. Saya duduk di belakang sini.”

*******

Sepasang suami isteri menonton wayang pada cuti hujung minggu. Ketika menghampiri kaunter tiket, suami membeli dua tiket untuk dia dan isterinya. Tidak lama kemudian, si suami muncul sekali lagi untuk membeli dua lagi tiket.

Tak berapa lama kemudian, kelihatan lelaki itu tergopoh-gapah beratur untuk membeli tiket buat kali ketiga.

Lelaki penjual tiket yang kehairanan lalu bertanya dengan penuh minat, “bukankah encik sudah membeli dua kali tiket dan kemudian datang sekali lagi untuk membeli tiket?” 

Dengan separuh menjerit lelaki itu berkata, “memang betul! Tetapi mangkuk ayun yang berdiri dekat depan pintu masuk panggung itu asyik koyakkan tiket saya, habis macam mana saya nak masuk.”



Mutiara Hikmah: Balasan Syurga Yang Teramat Indah:- Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W, baginda bersabda: “Allah berfirman: ‘Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia’.”


Tuesday, April 16, 2013

Natchitoches



Semasa melancong ke Amerika Syarikat, Tan Hock Lye bersama sahabat baiknya Neoh Kean Bin memandu melewati Louisiana. Ketika singgah ke Natchitoches, mereka bertengkar cara menyebut nama bandar itu dengan betul.

Pertengkaran mereka terhenti sehingga mereka masuk ke sebuah premis makanan segera untuk makan tengah hari. Ketika beratur di kaunter, Tan Hock Lye bertanya kepada pekerja yang bersedia mengambil pesanan mereka, “sebelum kami membuat pesanan, boleh tak awak menyelesaikan perbalahan antara kami? Boleh tak awak menyebut di mana kami berada secara perlahan-lahan?” 

Sambil menyandar pada kaunter pekerja itu menyebut, “Burrr-gerrr Kiiing.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”


Saturday, April 13, 2013

Tiga Budak Nakal




Ketika asyik menyedut nikotin di dalam tandas, tiga pelajar nakal terkejut mendengar sergahan cikgu disiplin yang membawa rotan bersamanya.

“Saya datang ke tandas untuk membuang air, cikgu. Mereka berdua memaksa saya menghisap rokok supaya rahsia mereka tidak bocor,” kata Neoh Kean Bin membela diri sebelum cikgu Lim Tuan Bok mengaju sebarang soalan.

“Kami tak paksa dia hisap rokok, cikgu,” kata Tan Hock Lye. Ooi Sin Keong hanya mengangguk.

“Jumpa di bilik saya. Sekarang,” arah cikgu Lim Tuan Bok tegas.

Setiba di bilik cikgu disiplin yang garang itu, tanpa di arah membela diri Neoh Kean Bin berkata, “cikgu tak boleh denda saya. Cikgu kan tahu selama ini bapa saya yang banyak memberi bantuan untuk sekolah ini. Dengan sekali call, saya boleh membuatkan bantuan ke sekolah ini berhenti serta merta.”

“Baiklah,” kata cikgu Lim Tuan Bok sebelum diam sejenak kemudian melanjutkan bicara, “saya akan melepaskan kamu bertiga jika berjaya menjawab soalan saya. Jika gagal, dalam perhimpunan berikutnya kamu akan di rotan di hadapan murid-murid yang lain. Kamu setuju.”

Mereka bertiga mengangguk kepala serentak tanda setuju.

Soalan pertama ditujukan kepada Ooi Sin Keong yang dari tadi membisu, “namakan kapal yang amat terkenal tenggelam ke dasar laut setelah melanggar iceberg pada 15 April 1912?”

“Phew, ini soalan kacang,” kata Ooi Sin Keong, “Titanic.”

“Baiklah, kamu boleh pergi,” kata cikgu Lim Tuan Bok.

 Kemudian giliran Tan Hock Lye diajukan soalan.

“Berapakah orang yang mati dalam kejadian malang itu?” soal cikgu Lim Tuan Bok.

“Bahagian ini yang paling menyentuh perasaan, nasib baik saya menonton filem ini lebih sepuluh kali. Jawapannya ialah 1514 orang.”

Tan Hock Lye juga dilepaskan pergi oleh cikgu Lim Tuan Bok.

Akhirnya cikgu disiplin itu memberikan soalan kepada Neoh Kean Bin, “namakan mereka satu per satu.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Zar Jundubi Zar Bin Junadah R.A, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling afdal?” Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, “Beriman kepada Allah S.W.T dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, “Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, “Jika aku tidak berbuat demikian?” Rasulullah menjawab, “bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah S.A.W bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.”


Thursday, April 11, 2013

Bertaruh



Neoh Kean Bin dan Tan Hock Lye melepak di kedai mamak sehabis waktu bekerja. Perhatian mereka berdua lebih tertumpu pada televisyen yang menayangkan berita jam enam.  

Lelaki di dalam berita mengugut akan melompat dari atas Jambatan Pulau Pinang. Tan Hock Lye mengajak Neoh Kean Bin bertaruh RM50 dan mengatakan lelaki itu tak akan berani terjun dari atas jambatan tersebut.  

Neoh Kean Bin membalas, “saya terima tawaran awak.”  

Tak berapa lama kemudian kelihatan di kaca televisyen, lelaki itu nekad terjun walaupun cuba di pujuk oleh rakan baiknya.  

Tanpa banyak soal, Tan Hock Lye menghulurkan RM50 kepada Neoh Kean Bin bagi melunaskan hutangnya.  

Neoh Kean Bin berkata, “saya tak boleh ambil duit ini, awak kawan saya.”  

Tan Hock Lye menutur dalam bahasa English, “no. A bet’s a bet.”  

Kemudian Neoh Kean Bin berkata dalam loghat Terengganu, “mu dengar molek-molek, kawe nak royak ke mu. Kawe doh tengok berita ini masa berita jam limo mentar tadi. Jadi kawe tok leh ambil pitih mu.”  

Tan Hock Lye kembali membalas, “Hmm! Sebenarnya saya pun dah tengok berita ini. Tak sangka pula dia nak terjun sekali lagi.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: “Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah.” Abu Hurairah bertanya: “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis.”  (At-Tabrani dan al-Baihaqi)


Sunday, April 7, 2013

Gelak Sat



Cucu, nenek dan doktor

Seorang gadis lincah dan sexy datang ke klinik bersama neneknya. Setelah menanti di ruang menunggu beberapa minit, pembantu doktor mempersilakan dia masuk untuk konsultansi dengan sang doktor. Belum sempat dia menjelaskan keinginannya, sang doktor menyuruh dia untuk menanggalkan semua pakaiannya.

Gadis lincah dan sexy tersebut berkata, “doktor, yang ingin berubat adalah nenek saya.”

Sambil membetulkan kedudukan kaca matanya yang telah melorot, sedikit terkejut si doktor berkata, “kalau nenek kamu tak usah buka baju, suruh dia menjelirkan lidahnya, ambil ubat dan terus pulang.”    

*******

Hock Lye yang ingin tahu

“Mama, dari mana asal datangnya seorang bayi?” tanya si kecil Tan Hock Lye pada ibunya.

“Burung bangau yang bawa, nak,” jawab ibunya tak acuh.

“Mama, siapa yang menjaga rumah kita dari perompak?” tanya Hock Lye lagi.

“Polis, sayang,” sang ibu tetap menjawab acuh tak acuh.

“Kalau rumah kita kebakaran siapa yang akan menyelamatkan kita?” tanya Hock Lye lagi.

“Bomba, sayang,” jawab ibunya sambil tersenyum.

“Mama, saya nak tanya lagi. Dari mana kita dapat beras dan sayuran?” tanya si kecil sambil  berkerut dahi seperti mengharap sebuah jawapan yang akan memuaskan hatinya.

“Pak tani,” jawab ibu.

“Mama,” gumam Hock Lye penuh keraguan.

“Ya, sayang?”

“Kalau begitu, papa buat apa, mama?”

*******

Berjimak      

Sepasang pengantin muda berkahwin atas pilihan keluarga. Kerana kebiasaan hidup bujang, belum cukup seminggu, pengantin lelaki berkata kepada pengantin perempuan, “tak peduli kamu setuju atau tidak, setiap malam, pukul sembilan aku akan keluar bertandang ke kelab atau melepak bersama kawan-kawan aku di kedai mamak layan EPL.” 

Setelah mendengarkan kata-kata suaminya, pengantin perempuan menjawab dengan tegas, “tak peduli kamu ada di sini atau tidak, setiap malam sesudah pukul 9.00 aku akan berjimak.”

*******

Kawan lama

Pada suatu petang, dua bekas kawan sekolah pada zaman kanak-kanak bertemu di tengah jalan. Dengan penuh excited, kerana lama tak bertemu Tan Hock Lye memegang tangan kawan lamanya.

“Hai, Neoh Kean Bin, kita sudah beberapa tahun tidak bertemu. Perubahan kamu sungguh banyak sekali. Muka kamu yang kemerah-merahan sekarang telah berubah menjadi pucat lesu, tubuh kamu dulu tinggi besar, sekarang berubah jadi pendek kecil. Kenapa jadi begini?”  

“Aku bukan Neoh Kean Bin,” jawab lelaki itu.  

“Aduh, sampai nama kamu pun bertukar.”

*******

Tekan loceng

Seorang lelaki yang melewati sebuah taman untuk pulang ke rumahnya, melihat seorang anak kecil berada di hadapan pintu sebuah rumah. Anak kecil itu dengan bersusah payah berusaha menekan loceng yang suisnya berada lebih tinggi dari dirinya.

Dengan tersenyum, lelaki itu menekan suis loceng dengan maksud untuk menolong anak kecil itu.

“Terima kasih, bang,” kata anak kecil itu, “kita berdua mesti cepat-cepat berlari sebelum tuan punya rumah keluar memukul kita dengan batang penyapu.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka.”


Wednesday, April 3, 2013

Mengapa Merancang Itu Penting



Mengapa Merancang Itu Penting?

Kerana leka bermain PS3 hingga lewat pagi, empat pelajar kolej gagal untuk mengulang kaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan yang dijadualkan berlangsung keesokan pagi.

Mereka berempat merancang satu pakatan sulit keesokan paginya. Dengan melumurkan badan dan baju dengan minyak hitam dan sedikit lumpur, mereka kemudiannya menghadap pensyarah dan menerangkan bahawa mereka telah menghadiri satu majlis perkahwinan pada malam semalam dan ketika ingin bertolak balik salah sebuah tayar meraka telah mengalami kebocoran. Kerana terpaksa menolak kereta sepanjang malam mereka belum bersedia  untuk mengambil ujian yang amat penting itu.

Nasib mereka memang teramat baik. Pensyarah bersetuju akan memberi mereka ujian semula selepas tiga hari. Mereka mengucapkan terima kasih dan akan bersedia pada hari yang ditetapkan.

Pada hari yang ketiga mereka muncul sebelum pensyarah tiba. 

Pensyarah memberitahu, “kerana ini adalah Special Condition Test maka dengan ini anda berempat akan menduduki peperiksaan ini secara berasingan. Anda akan diletakkan di dalam kelas yang berbeza.” 

Oleh kerana telah bersedia dalam masa tiga hari mereka bersetuju dengan syarat ditetapkan pensyarah.

Di atas kertas ujian mereka berempat hanya perlu menjawab dua soalan dengan jumlah keseluruhan 100 markah.    

Cuba lihat kertas soalan di bawah.    

Soalan 1. Nama Anda: …….. ………  
(2 MARKAH)    

Soalan 2. Tayar yang manakah mengalami kebocoran?  
(98 MARKAH)    

a) Hadapan Kiri
b) Hadapan Kanan
c) Belakang Kiri 
d) Belakang Kanan


Mutiara Hikmah: Ibnu Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.”