Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, February 27, 2013

Anak Muda Berdating Dengan Wanita Separuh Umur Di Hotel


Seorang lelaki muda masuk ke sebuah hotel bersama seorang wanita separuh umur yang cantik.   

Receptionist hotel yang berpengetahuan agama, bertanya dengan sedikit menyelidik, “maaf encik, di hotel ini tidak boleh menginap dengan perempuan yang bukan mahramnya,” kata wanita receptionist tersebut.  

“Ini mama saya, cik,” kata anak muda tersebut. Akhirnya receptionist memberikan kunci bilik kepada anak muda tersebut.  

Namun demikian, receptionist masih musykil dengan anak muda dan wanita separuh umur yang cantik tersebut. Setelah sejam, receptionist menyuruh office boy hotel menyelidiki, apakah benar wanita separuh umur itu memang emak anak muda tersebut. 

Lima belas minit kemudian office boy itu membawa laporan. 

“Benar, cik. Wanita itu memang emak anak muda itu,” jawab office boy.  

“Dari mana kamu tau?” tanya receptionist.  

“Waktu mengintip di bilik, saya melihat wanita itu sedang menyusui anaknya,” kata si office boy dengan muka selamba.


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A katanya, “Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”


Monday, February 25, 2013

Nama Unik



Payid mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kongsi, Balik Pulau. Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah Tiga Kambing dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu ‘BBGDLBTHSK.AMAT’. 

Kemudian cikgu Payid menanyakan perkara tersebut.  

“Cikgu nak tahu, siapa yang bernama BBGDLBTHSK.AMAT?”

“Saya Cikgu, ” jawab Amat sambil berdiri.

“Amat, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?” tanya cikgu Payid lagi.

“Maaf, cikgu Payid, nama saya panjang sangat.”

“Tak mengapa Amat, cakap sahaja,” tanya cikgu Payid tak sabar untuk mengetahui.

“Baik, cikgu. Nama penuh saya ialah Biar Berdentum Guruh Di Langit Bumi Tak Hancur Sebelum KiAMAT,” jawab Amat termengah-mengah.

Cikgu Payid menarik nafas panjang dan terdiam. 

Setelah keluar dari darjah Tiga Kambing, Cikgu Payid kemudian masuk ke darjah 1 Kuda dan menyemak nama murid-murid. Mata Cikgu Ajoi tertuju pada satu nama yang unik iaitu ‘BKBKBDBK.DIAN’.  

Kemudian Cikgu Payid menanyakan siapa pemilik nama tersebut. Berdirilah seorang murid dan menjawab, “saya Dian, cikgu.”

Semasa Cikgu Payid melihat wajah murid itu seiras muka Amat darjah Tiga Kambing. Cikgu Payid kemudian bertanya, “Dian ada abang di sekolah ini?”

“Ya, Cikgu. Nama dia Amat. Abang saya darjah 3.”

“Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pula?”

“Baik Cikgu, nama panjang saya ialah Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang KemuDIAN.”



Mutiara Hikmah: Daripada ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah menziarahi Said Bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman Bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah Bin Mas'ud R.A, kemudian Rasulullah S.A.W menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, “Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini,” lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya.

Pisang



Suatu hari ketika melintasi gerai Che Mah, Hassan telah bertanya harga sebiji pisang yang sederhana besar.

“Seringgit satu,” jawab Che Mah.

“Boleh tak jual kat saya 60 sen saja,” tanya Hassan.

“Kalau 60 sen boleh beli kulit saja adik, hoi,” jawab Che Mah.

“Kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya, 40 sen kan? Kak Mah boleh simpan kulitnya.”


Esoknya ketika Hassan melintasi gerai Che Mah, gerai itu telah di tutup.

Mutiara Hikmah: Daripada Ata’ Bin Abu Rabah menerangkan bahawa Ibnu Abbas R.A berkata, “Adakah engkau suka melihat seorang perempuan daripada ahli syurga?” Aku menjawab: Bahkan “Tunjukkanlah”. Ibnu Abbas R.A berkata, itulah dia wanita yang hitam yang pada suatu hari telah datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Ya Rasulullah, aku berpenyakit gila babi hingga terbuka aurat. Doakanlah semoga Allah menyembuhkan penyakit aku.” Dijawab oleh Nabi S.A.W, “Jika mahu engkau hendaklah bersabar dan bagimu syurga, sebaliknya jika engkau mahu aku akan berdoa kepada Allah semoga dia menyembuhkan engkau.” Dijawab oleh wanita itu, “Aku akan bersabar. Jika begitu doakanlah kepada Allah supaya aku tidak terbuka aurat. ” Rasulullah S.A.W lalu mendoakan untuknya sebagaimana dikehendakinya.



Sunday, February 24, 2013

Baguih Punya Laki



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eksklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut.

Hello?” 

“Abang, ni sayang, ni.”  

“Emmm.”  

“Abang masih ada di kelab lagi ker?”  

“Iya.”  

“Sayang sekarang ni berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru. Cantik, bang. Boleh ke sayang beli?”  

“Berapa harganya?”  

“Cuma RM1500.00 aje.

“Okey. Belilah kalau memang awak dah suka sangat.” 

Ah! thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2013. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.”   

“Berapa harga yang dia bagi?”   

“Cuma RM779,000.”   

Okey, tapi pastikan harga itu dah on the road.”   

Great. Before we hang up, ada satu perkara lagi.”   

“Apa?”   

“Abang jangan terkejut pula, sayang dah semak akaun bank abang dan pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tahu rumah yang kita tengok tahun lepas tusekarang ni untuk di jual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. Cantik kan, bang.” 

“Berapa harga yang mereka minta?” 

“Cuma RM740,000. Okey kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.” 

“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga RM700,000. Okey?”  

Okey, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti. I love you.”  

ByeI love you too.”

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut, “ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NI SIAPA PUNYA?”

********

Versi Penang Mai




Ada group mamu-mamu kaya dok kat satu kelab eksklusif lepaih angkat berat kat gym. Tiba-tiba ada bunyi iPhone 4 berdering.

Sorang mamu ni dalam umoq 40 lebih angkat itu telefon.

Hello?”

“Mamu, ni chek, ni.”

Emmm. Awat.

“Mamu dok ada kat kelab lagi kah?”

“Ha.”

La ni chek dok ada kat Gurney Plaza dekat ja dengan tempat mamu tu. Chek baru nampak kain sutera. Merelip mamu. Chek teringin la pulak. Bolehkah chek nak beli mamu?”

“Berapa dia letak?”

Ala mamu, seribu lima ratuih ja pun.”

Okey. Belilah kalau hang dah berkenan sangat.”

Ah! tima kasih mamu sayang. Lagi satu kan, tadi masa chek nak mai sini, chek singgah la sat kat Green Lane, kat kedai kereta beysa tu la. Tup tup chek terkejut tengok ada Mercedes model baru, mamu. Terbeliak bijik mata chek. Tunjuk kat datin sebelah rumah kita mesti terbelah kain dia. He! He! He. Chek suka la mamu. Sajalah kejip mata kat salesman tu. Dia kata dia nak bagi la good price kat kita. Elok jugak kita tukaq buang BMW buruk yang beli tahun lepaih ni. Ekon tak sejuk dah.”

“Berapa dia dok offer kat hang?"

“RM779,000 saja mamu.”

“Ha. Okey hang kata mau harga on the road tau macam tu.”

“Mamu ni memang Rajnikanth Bin Shahrukh Khan la. Lagi satu mamu belum chek terlupa.”

“Apa dia?”

“Mamu tok sah dok buat terkejut pulak, chek dah check akaun mamu tadi. Lepaih tu kan, pagi tadi chek singgah sat kat opis ejen rumah Robert sekali, chek dapat tau mamu, rumah bangla, eh! bukan rumah banglo yang kita dok usha tahun lepaih lani dok for sale dah. Mamu ingat tak ni? Rumah tu la yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, dekat tepi Batu Feringgi. Melecun mamu, kan mamu kan?”

“Berapa harga depa mintak?”

Tu la mamu depa bukak murah sangat RM740,000 ja. Okey kan mamu, chek dah tengok dalam akaun kita memang boleh cover la banyak tu mamu.”

Sempoi kalimentoi. Baik hang pi kompem cepat. Tapi hang try la mintak RM700,000. Okey dak?”

Okey, mamu sayang. I lap you la. Malam ni chek masak kurma dalca kat mamu. I love you.

“Bye. I love you too.”

Mamu tu touch screen END call. Lepaih tu dia angkat tangan yang dok tengah genggam handphone tu, dia keriau, “Ni SAPA TAU SAPA PUNYA FON NI. AKU JUMPA KAT KERUSI NI SAT SAT. MAI AMBIK KAT AKU.”


Mutiara Hikmah: Daripada Asma’ Binti Abu Bakar as-Siddiq R.huma katanya, ibuku telah datang ke tempatku sedang dia masih dalam syirik pada masa hayat Rasulullah S.A.W. Lalu aku pergi meminta fatwa kepada Rasulullah, aku berkata kepadanya, “ibuku telah datang kepadaku sedangkan dia inginkan sesuatu daripadaku (untuk meminta sesuatu) bolehkah aku menghubunginya?” Jawab Rasulullah, “Ya, hubungkan ibumu.”


Thursday, February 21, 2013

Bermain Catur



Ketika melintasi halaman rumah Tan Hock LyeHiew Kian Seng melihat sahabat baiknya itu sedang berlawan catur dengan seekor beruk.

Kerana berasa hairan, dia memberhentikan basikalnya, lantas mendekati mereka yang asyik bermain catur tanpa menyedari kehadirannya.

“Sepanjang hidup aku, tak pernah tengok beruk pandai bermain catur,” kata Hiew Kian Seng.

Sambil menggerakkan queen seraya menyebut checkmate Hock Lye berkata, “pandai apa, lima kali main dia baru menang dua kali.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Yaala Syaddad Bin Aus R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”


Sunday, February 17, 2013

Kisah Malam Pertama Milah Dan Dollah



Maka berpesanlah mak si Milah kepada anaknya, “Milah, bila hang kahwin nanti bila time malam pertama tu hang hati-hati sikit sebab mak dengaq maknya si Dollah tu dulu mati sebab bapak dia punya sebesaq kepala lutut. So, mak takut jugak kot-kot la si Dollah tu turun ikut pak dia.”  

Maka si Milah pun mengangguk tanda faham. 

Dalam pada tu jugak, bapaknya si Dollah pun tak lupa bagi peringatan pada anak dia, “Dollah, bila hang kahwin dengan Milah nanti, time malam pertama, hang kena jaga-jaga sikit. Bukan pasai apa, pak dengaq paknya si Milah tu dulu mati sebab mak dia punya bergigi. Takut-takut pulak si Milah tu turun mak dia.”  

Terkejut beruk si Dollah. Walau bagaimana pun, Dollah pun mengangguk sahaja.

Diringkaskan cerita, berkahwin akhirnya Milah dengan Dolah.  

Time malam nak tidur pun tiba.  

Duk dak duk dak, kedua pengantin bila lampu dah padam. Kedua-duanya teringatkan pesanan mak dengan bapak mereka. Tapi keduanya buat-buat cool saja. Macam tak ada apa-apa.  

Masa tidur Milah pakai baju tidur yang paling seksi sekali pernah dibelinya. Terlalu jarang. Dolah pun apa lagi, terliuq, tapi bila cuba nak bukak step, dia teringat pesanan bapak dia. Dolah pun dapat idea nak hulur lutut dia, kot-kot betul bergigi si Milah punya. Selamat sikit.  

Si Milah pun dapat idea jugak nak sua mulut dia. Kot-kot betul besaq kepala lutut, selamat sikit sebab dia boleh gigit. Bila bertemu gigi si Milah dengan lutut si Dollah, apalagi kedua-dua pengantin baru terkejut beruk.  

Dollah terus lari balik ke rumah dia bagi tau bapak dia, “pak, betullah si Milah punya bergigi, pak.”  

Si Milah pun serupa macam suaminya juga balik habaq kat mak dia.  

Tapi pak si Dollah tak puas hati. Dia dan Dolah pun pi rumah Milah nak buat spot check

Masa tu Milah tengah mandi. Dollah dengan bapaknya pun terus saja tolak pintu bilik air si Milah. Apalagi, terkejut si Milah yang tengah mandi telanjang.  

Dengan tak berlengah lagi dia terus saja capai pokok kangkong yang hidup subuq kat longkang bilik air dia untuk tutup ‘anu’ dia.  

Bapak Dollah apabila sahaja nampak terus menjerit, “HAH!! TUUU DIA, MAKAN KANGKONG PULAK DAH!!!!!”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Zaid Usamah Bin Zaid Bin Harithah R.A katanya, “Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan didatangkan seorang lelaki pada hari kiamat kemudian dicampakkan ke dalam neraka. Lalu terkeluarlah isi perutnya dan berpusing lelaki itu dalam neraka seolah-olah keldai memusing kisaran. Lalu ahli neraka berkumpul kepadanya dan bertanya, “Wahai fulan, mengapakah engkau ini? Tidakkah engkau dahulu menyuruh kepada kebajikan dan melarang daripada kemungkaran?” Jawabnya, “Ya, aku menyeru kepada kebajikan tetapi aku tidak mengerjakannya dan melarang daripada kemungkaran tetapi aku mengerjakannya.”


Tuesday, February 12, 2013

Tan Hock Lye Ketika Libur Di Bali



Sedang bersiar-siar di tepi pantai dan berasa sangat haus Tan Hock Lye masuk ke sebuah kedai menjual ais krim.  

“Apa ais krim yang you jual?” tanya Hock Lye pada gadis di belakang meja.

Gadis itu berkata dengan suara serak, “Vanilla, coklat dan strawberry.” Dia menepuk-nepuk dada dan kelihatan susah untuk melanjutkan kata-katanya.

You ada athma?” tanya Hock Lye simpati.  

“Tidak,” bisiknya, “hanya vanila, coklat dan strawberry.” 


Mutiara Hikmah: Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amr Bin al-Ash R.A: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

Sunday, February 3, 2013

Peguam Dan Saksi



Di dalam sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan, seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.   

“Awak kenal ini?” tanya peguam cara sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan.

“Kenal tuan,” jawab Tan Hock Lye.

“Boleh awak beritahu kepada kami?”  

“Itu gambar, tuan,” jawab Tan Hock Lye jujur. 

“Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni,” tanya peguam masih berlembut.

“Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan,” jawab Tan Hock Lye bertambah jujur. 

“Yang aku nak tau nama dia, bukannya jantina dia,” jerit peguam mula tension.

“Nama dia Puteri Balkis Ayu Berseri Tanpa Cela Binti Yob, tuan.”  

“Bila kali terakhir awak melihatnya?” tanya peguam yang kembali tenang sambil meletakkan semula gambar itu di mejanya.

“Baru sekejap tadi tuan.”  

“Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya sekejap tadi?” tanya peguam mulai berang.

“Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya,” jawab Hock Lye dengan suara perlahan.  

“Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar itu.”  

“Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni,” jawab Hock Lye dengan selamba.

“Aku bukan bercakap pasal gambar ni. Aku bercakap pasal mangsa,” terang peguam berang sambil menikam pennya pada gambar tersebut. 

“Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.”  

“Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu?” tanya peguam sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang.

“Bukan,” kata Tan Hock Lye sambil tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut. 

“Hahhh! Kenapa awak tunjuk pada saya?”  

“Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan,” kata Hock Lye.

“ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITANNN!!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHHHHH!!!!!” jerit peguam sebelum diusung keluar di atas stretcher dan dimasukkan ke dalam ambulance.


Mutiara Hikmah: Abu Hurairah R.A menerangkan bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Seorang lelaki berkata: ‘Demi Allah saya akan memberi sedekah’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberi sedekah kepada pencuri’. Si pemberi itu berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina’. Orang tersebut berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi’. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: ‘Telah diberikan sedekah kepada orang kaya’. Orang itu berkata: ‘Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya’. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya: ‘Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya’.”