Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Wednesday, November 11, 2009

Deng Xiaoping Pergi Ke USA



Deng Xiaoping seorang pemuda Taiwan yang sangat kaya tetapi tidak memiliki kemampuan berbahasa Inggeris tiba di airport New York. Setelah melalui pemeriksaan imigresen, ketika ingin cop pasport petugas menanyakan beberapa pertanyaan untuk mengetahui tujuan kunjungannya ke USA .

Pertanyaan pertama imigresen, "apa nama terakhir dari presiden pertama kami?"

Kerana tidak faham bahasa Inggeris dengan baik, dia telah menduga bahawa petugas menanyakan nama keluarganya (surname).

Lalu dia menjawab, "Wo Xing Deng" (dibaca: Wo Sing Teng). Dalam Mandarin bermaksud: "keluarga saya"). Fyi, dalam budaya China, orang China selalu memperkenalkan keluarganya dulu ketika pertama kali berkenalan.

Petugas mendengar "Washington" (sama bunyinya) lalu dia melanjutkan ke pertanyaan ke-2, "untuk apa kamu datang ke sini?"

Fikirnya secara logik tentu sekarang dia menanyakan nama saya. Lalu dia menjawab, "Xiaoping".

Petugas mendengar, "shopping".

Pertanyaan ke-3, "kenderaan apa yang kamu guna di Taiwan?"

Dia berfikir, dia ditanyakan statusnya di Taiwan dan menjawab dalam bahasa Hokkien, "bo bo.” (dalam Hokkien bererti: "Belum beristeri").

Dan petugas mendengar, "Volvo!", lalu dia tersenyum dengan hormat dan bertanya lagi.

Pertanyaan ke-4, "siapa penyanyi pop yang paling terkenal di USA?”

Masa ini lelaki Taiwan sudah mulai hilang sabar dan mula berkata dengan keras dalam bahasa Hokkien, "Mai Ko Cai Seng" . (Erti: "Jangan main-main lagi dengan saya").

Petugas mendengar, "Michael Jackson".

Kagum dengan pengetahuan pelancung tadi, petugas itu mengecop pasportnya. Deng Xiaoping terus pergi.