Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, January 30, 2011

Budak Kecil, Lelaki Tua Dan Cokelat



Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk di sebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi.


Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,"nak, pakcik nak bagi nasihat sikit".


Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.


"Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!".


Si budak berkata,"datuk saya ada nasihat juga".


"Dia pun kata jangan makan makanan ringan?"


"Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN".

Tuesday, January 25, 2011

Janda Yang Kehausan



Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan dari segi fizikalnya, Hasnah masih cantik, potongan body pun okey macam anak dara, kira bergetah gilalah.


Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat-sangat kesepian dari segi zahir dan batin terutamanya.

Lebih-lebih lagi di waktu malam hari. Rasa kesepian di hatinya memuncak-muncak.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas. Tekaknya terasa haus. Hasnah merasa begitu dahaga sekali.


Hasnah bangun perlahan dan keluar dari biliknya menuju ke dapur. Langkahnya begitu cepat seiring dengan kehausan yang sedang menerpanya.

Sesampai di dapur Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk.
Tiba-tiba Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut, Hasnah kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

Begitulah kisah mengenai Hasnah, seorang janda yang kehausan.

Kisah Malam Pengantin



Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

“Wah, gila juga. Ternyata memang benar,” ujar Baskon. “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Abon ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”

“Ho' oh.”

“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau,” Abon terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”

“Itulah masalahnya,” Baskon menjawap. “Dia malah memberikan pulangan wang RM25 kat aku sambil berkata, datang lagi ya bang.”

Cerita Anak Aku




Cikgu Leyla: Awatif, jika saya beri awak dua ekor kucing hari ini , dan dua ekor lagi pagi esok berapa ekor kucing yang kamu ada di rumah?

Awatif : Tujuh

Cikgu Leyla : Apa maksud kamu “tujuh”?

Awatif : Iyalah, saya sudah ada tiga ekor kucing di rumah.

P. Ramlee - Seniman Bujang Lapok

Seniman Bujang Lapok M Zain