Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, October 17, 2009

Seluar Dalam


Isteri Thanikody marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Thanikody dari tidur.

Thanikody : Apa yang bising ni?

Sasikala : Seluar dalam saya hilang ane. Tentu Seri yang ambil.

Thanikody : Seri, betul kami yang ambil?

Seri: Tidak pak, Seri tak ambil.

Sasikala : Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu.

Thanikody : Tentu awak tak cari betul-betul ni.

Sasikala : Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Takkan la ane pakai seluar dalam saya.

Thanikody : Mana ada ane ambil. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul pak. Sumpah. Pak pun tahu saya TAK PERNAH PAKAI seluar dalam. Masakan saya teringin seluar dalam tu.

Pemandu Terbaik


Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya. Rahim menurunkan tingkap keretanya dan bertanya kepada polis tersebut.

Rahim : Ya encik, ada apa masalah?

Polis : Erm! tak ada apa, saya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah! encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim berfikir sejenak lalu dia pun berkata,

Rahim : Saya rasa saya nak guna duit ini untuk buat lesen kereta.

Mahmud yang duduk di sebelahnya menyampuk percakapan Rahim.

Mahmud : Encik jangan dengar apa yang dia kata. Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk todi.

Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi ni.

Seketika itu, kedengaran pula dari bonet belakang kereta diketuk dan terdengar seseorang berkata, "pak! pak! udah sampe ke belom?"

Friday, October 9, 2009

Pertandingan Buah Dada Terbesar


Di bandaraya Jakarta berlangsung pertandingan buah dada terbesar peringkat dunia. Serata dunia menghantar wakil masing-masing untuk memasuki pertandingan yang julung-julung kali itu.

Ramai kaum wanita yang memasuki pertandingan. Setelah pihak pengadil mengukur ke semua buah dada para peserta, maka tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta untuk mengetahui siapa pemenangnya.

Setelah mendapat kata sepakat dari pihak pengadil, naik pengacara untuk mengumumkan  keputusan.

“Dengan ini diumumkan keputusan pertandingan buah dada terbesar. Tempat ketiga jatuh kepada peserta dari negara Sweden sebesar buah kelapa.”

Maka riuh-rendah para hadirin mendengar keputusan tersebut. Kemudian pengacara melanjutkan pengumuman seterusnya.

“Tempat kedua digondol oleh peserta tuan rumah sebesar buah tembikai.”

Kelihatan para hadirin tidak sabar untuk mengetahui sebesar mana buah dada bagi tempat pertama.

“Maka tempat pertama dimenangi oleh peserta dari India sebesar buah manggis.”

Para hadirin memprotes keputusan pengadil. Bangun seorang hadirin dalam keadaan marah bertanya kepada pengadil, “hoi! macam mana nombor satu sebesar buah manggis boleh menang.”

Dengan tenang ketua pengadil menjawap, “sabar pak, bawa bertenang. Itu baru putingnya saja pak, belum buahnya lagi.”


Sunday, October 4, 2009

Pengantin Baru



Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ismail masuk ke kamar kerana mengantuk.
( Kemungkinan ada juga rasa yang lain, paham-paham sajalah pengantin baru). Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Malu agaknya. Maklumlah malam pertama," bisik hati Ismail.

Dimatikanya lampu dan dia pun berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik penuh romantis, "buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa?"

"Sudah, apa cerita ni?," tanya Ismail dalam hati. Separuh malam dia terbaring berfikir.

"Oh! agaknya isteri aku teringat kampung halaman. Kesian sampai mengigau? Tak apalah, biarlah dia tidur," bisik hatinya penuh understanding.

Malam kedua adegan yang sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri, "sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?"

"Kesiannya bini aku. Masih ngigau lagi. Aku mesti cari penawar," Ismail bertekad.

Esok harinya, Ismail bercerita pada ayah yang kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'.

"La," keluh ayah Ismail, "aku hantar belajar sampai Universiti, benda macam ni pun kau tak paham?"

Ayahnya pun mula bercerita perihal Adam dan Hawa, Laila dan Majnun seterusnya cerita Romeo dan Juliet. ( Yang relevan untuk pegantin baru saja). Sepatah cakap orang putih "about the birds and the bees".

"Oh! macam tu," sengih Ismail, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni."

Malam yang sangat ditunggu-tunggu Ismail pun tiba. Adegan sama di kamar tidur. Cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa.

"La, kenapa pulak senyap. Takkan dia give up," tertanya-tanya Ismail dalam hati.

Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ismail pun berkata, "dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin semakin sunyi namun tiada sebarang sahutan.

"Kain pelikat dah disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai?"

Masih juga tiada jawapan. Ismail mencuba lagi, "juruterbang dah siap sedia. Boleh pesawat turun mendarat?"

Sayu sekali jawapan si isteri dari bawah selimut, "maaf tuan, landasannya baru sahaja banjir."

Friday, October 2, 2009

Katil



Sahibul : Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila.

Doktor Arbain : Jangan bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Sahibul : Berapa bayarannya untuk sekali pertemuan?

Doktor Arbain : Tak mahal. Hanya RM100 sahaja.

Enam bulan kemudian, Doktor Arbain bertemu Sahibul sedang membeli-belah.

Doktor Arbain : Kenapa tak datang jumpa saya?

Sahibul : Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor Arbain : Ya. Bagaimana?

Sahibul : Dia suruh saya potong kaki katil.