Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, December 29, 2013

Anak Mama


Mutiara Hikmah: Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang ke rumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu di sisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi S.A.W datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka.”

Kredit: shadawentz



Friday, December 13, 2013

Menarik Rambut



Ibu Jack berlari ke bilik tidur ketika dia mendengar Jack yang masih berumur empat tahun menjerit dan menemukan adik perempuan Jack yang berusia dua tahun itu menarik rambutnya.

Dengan lembut ibunya melepaskan pegangan gadis kecil itu dan berkata mengambil hati Jack, “dia tidak bersungguh-sungguh. Dia tidak tahu itu menyakitkan.”


Ibunya keluar dari bilik ketika berganti gadis kecil itu menjerit. Kembali ke bilik anaknya, dia bertanya, “Apa yang terjadi?”


“Dia sekarang sudah tahu,” Jack menjawab.




Mutiara Hikmah: Daripada Abu Mas’ud Uqbah Bin Amru al-Ansori al-Badri R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang telah menunjukkan ke arah kebajikan maka baginya pahala seperti orang yang melakukan kebajikan itu.”



Friday, December 6, 2013

Belajar Matematik




“Ali, 20+5 berapa?” tanya cikgu Siti semasa mata pelajaran Matematik.   

“25 cikgu,” jawab Ali.   

“25+10 berapa?”   

“35 cikgu. Kenapa senang sangat?”  

Kerana terasa tercabar, cikgu Siti memberi soalan yang agak susah kepada Ali.   

“Okey, 3xy + 2y² = a-z. Cari ‘x’.”   

“Ada dekat sebelah 3 antara y. Kenapa soalan math senang sangat?”

“Grrr@%#,” kata cikgu Siti dalam hati.



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”





Monday, November 25, 2013

Misteri Sang Ayah

[jon_kate_8.jpg]

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50. Sepanjang perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak seramai lapan orang, dua puluh lapan cucu dan dua orang cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya, “sayang, ada satu hal yang abang ingin tanyakan kepada sayang sejak sekian lama. Tapi abang risau pertanyaan tersebut menyebabkan sayang berkecil hati maka abang pendamkan saja. Tapi malam ini malam istimewa. Jadi ada baiknya abang tanyakan sekarang.”

“Apa dia bang? Tanya sahajalah. Sempena malam istimewa ni, ayang akan jawab apa saja soalan abang,” kata sang isteri sedikit berdebar.

“Begini,
” si suami berkata sebelum mengumpul kekuatan untuk bersuara, anak kita yang keempat tidak mirip dengan adik beradiknya yang lain. Adakah ayahnya berbeza?”

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu lalu dengan perlahan menundukkan kepala tidak sanggup menatap wajah suaminya.


Dengan perlahan si isteri menjawab, “ya, biarlah ayang berterus terang. Ayahnya memang berbeza.

Hening seketika. Mata si suami sudah bergenang dengan air mata, tetapi di tahan sebak di dada, lalu dia pun berkata perlahan, 
Erm! Oh! begitu. Kalau begitu bolehkah abang tahu siapakah ayahnya?

Hening lagi suasana. Si isteri lama mendiamkan diri lalu ditabahkan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.


Ayahnya ialah abang,” kata isterinya perlahan.



Mutiara Hikmah: Daripada Abi Zar Jundub Bin Junadah dan Abdi Rahman Muaz Bin Jabal R.A, daripada Rasulullah S.A.W, telah bersabda, “Bertakwalah kamu kepada Allah bila dan di mana saja kamu berada, susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebajikan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.”





Thursday, November 7, 2013

Erti Merdeka


Merdeka adalah saat Soekarno dan Hatta berbaris rapi di dalam dompet. Jika yang  berbaris ‘Kapitan Pattimura’ bererti masih perjuangan.




Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”




Disindir Cikgu




Seorang ibu muda pergi ke taman didikan kanak-kanak untuk menjemput anak perempuannya. Melihat anaknya menunjukkan wajah kurang menyenangkan, dia bertanya keadaan diri anaknya.

Anak perempuan itu berkata, “hari ini cikgu telah menyindir saya, dia mengatakan saya semasa kelas tidak aktif mengangkat tangan menjawab pertanyaan guru.”

Ibu muda itu segera bertanya apa yang telah terjadi. 

Anak perempuan itu berkata, “cikgu mengatakan, di rumah, anak yang melipat selimutnya sendiri, silakan mengangkat tangan. Saya tak mengangkatkan tangan, kemudian cikgu mengatakan, ibu dan bapa yang bantu melipatkan selimut kamu, silakan mengangkat tangan, saya tetap tak mengangkat tangan.”

Ibu muda berkata, “kamu dua kali tak mengangkat tangan, tentu cikgu menyindir kamu.”

Tanpa diduga, anak perempuan itu berkata membela diri, “tetapi di rumah kita, sebetulnya tak ada orang yang melipat selimut.”



Mutiara Hikmah: Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.



Sunday, October 27, 2013

Pak Mat Stress



Pak Mat merupakan seorang pemandu teksi. Suatu pagi dia menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tak semena-mena gadis itu pengsan di dalam teksi dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital doktor memberitahu gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Mat ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah stress!!

Pak Mat meminta ujian DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat kemudian ditahan sementara oleh pihak hospital untuk menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin stress!!!

Ujian DNA mendapati Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang. 


Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan tiga anaknya di rumah.
 

Sekarang Pak Mat benar-benar stress!!!! Siapa bapa kepada anak-anaknya itu?


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Musa Abdullah Bin Qais al-Ash’ari R.A, daripada Nabi S.A.W sabdanya: “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”



Monday, October 14, 2013

Usaha Memikat Seorang Lelaki Inggeris

Seorang lelaki kacak Inggeris dan seorang wanita Perancis sama-sama berada di dalam sebuah bilik kelas eksklusif dalam perut sebuah keretapi. Si wanita ingin memikat lelaki Inggeris tersebut, sesudah menanggalkan baju dan berbaring, dia segera mengeluh badannya berasa dingin. Lelaki kacak Inggeris itu memberikan selimut miliknya kepada wanita itu, tetapi dia masih tak henti-hentinya mengatakan dingin.

“Dengan cara apa lagi dapat aku membantumu? tanya lelaki Inggeris itu dengan kecewa.

“Sewaktu aku masih kecil, ibuku selalu menghangatkan tubuhku dengan badannya sendiri,” jawab wanita itu dengan manja dan malu-malu.

“Oh, cik adik yang kuhormati, dalam hal ini aku sungguh tidak mampu sekalipun hatiku beria-ia ingin membantu. Aku tidak mungkin melompat dari keretapi ini untuk pergi mencari ibumu,” kata lelaki Inggeris itu nampak sedang kebingungan.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong.”


Wednesday, October 2, 2013

Memotong Alat Kelamin Kerana Penyakit



Seorang anak orang kaya yang kerjanya berpoya-poya dan bertukar pasangan setiap malam terkena penyakit kelamin. Dengan perasan takut dia telah menemui ramai doktor pakar, paling akhir doktor dengan perasaan serba salah memberitahu bahawa anunya sudah rosak dan terpaksa dipotong.

Mendengar kenyataan doktor ini, anak orang kaya itu kelam kabut. Atas nasihat seorang rakan dia segera mencari seorang tabib Cina. Setelah diperiksa dengan teliti, tabib Cina itu mengatakan, “keadaannya tak seserius itu, tidak payah dipotong.”

Anak orang kaya itu melompat kegirangan. Kemudian tabib tradisional Cina berkata lebih lanjut, “doktor pakar sedikit-sedikit mengatakan harus dipotong. Begini saja, sebotol ubat gosok ini kamu bawa pulang, setiap hari anumu kamu sapu sebanyak 3 kali, tak usah tunggu terlalu lama akhirnya pasti akan tertanggal sendiri.” 


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.



Sunday, September 29, 2013

Anda terhibur?


Anda terhibur? Sumbang seikhlas ke blog Lawak Pecah Panggung




                                                         07-034-02-006756-7

                                            
                                                             157081004093




Saturday, September 14, 2013

Ponteng Sekolah Kerana Kelahiran Adik

 

“Rudi, hari ini kamu tak payah pergi sekolah, semalam ibumu telah melahirkan dua orang adik kembar lelaki. Sekarang kamu beritahu cikgu untuk minta cuti,” kata ayah kepada Rudi.

Sepulangnya dari sekolah, Rudi berkata, “Daddy, Rudi hanya mengatakan ibu telah melahirkan seorang adik, yang satunya lagi akan Rudi katakan pada minggu hadapan sewaktu Rudy berasa malas ingin ke sekolah.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Ayyub Khalid Bin Zaid al-Ansori R.A bahawasanya seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”



Sunday, September 8, 2013

Latihan Pernafasan Agar Mudah Tidur

 

Seorang pesakit berjumpa doktor untuk satu konsultansi. Sesudah melakukan pemeriksaan yang sangat teliti terhadap pesakit itu, doktor berkata, “malam ini ketika kamu berbaring di atas katil, seeloknya lakukanlah latihan menarik nafas panjang dengan ritma tertentu sekurangnya selama 5 minit, pada masa yang sama cuba bayangkan dirimu seolah-olah sedang berada di tepi pantai, lalu ombak berulang-ulang memukul pantai segelombang demi segelombang.”  

Masuk hari kedua, pesakit itu datang kembali menemui doktor dan mengatakan bahawa dalam beberapa hari dirinya tak dapat tidur.  

“Adakah kamu sudah melakukan dengan bersungguh-sungguh apa yang telah saya ajarkan tempoh hari?"  

“Ya, semuanya sudah saya lakukan secara konsisten.”

“Tetapi mengapa kamu masih tak dapat tidur?”  

“Masalahnya ketika memejam mata sambil menarik nafas di depan mata saya selalu terbayang bayangan beberapa wanita cantik sedang jalan mundar mandir di tepi pantai dengan memakai bikini.”



Mutiara Hikmah: Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah S.A.W membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.



Monday, September 2, 2013

Berkahwin Dengan Pesakit Rumah Sakit Jiwa




Jenal adalah penghuni rumah sakit jiwa yang sudah enam tahun diam di situ. Suatu hari, Jenal menemui doktor yang menangani gangguan jiwanya.  

“Doktor, bolehkah saya pulang minggu depan?”  

“Jika kamu sudah sembuh, tentu saja boleh,” jawab doktor dengan sabar.  

“Tapi berikan alasan mengapa kamu ingin pulang, Jenal?”  

“Saya ingin berkahwin, doktor. Bukankah itu bererti saya sudah sembuh?”  

“Oh, tentu saja. Setiap orang yang mempunyai keinginan berkahwin bererti dia sudah waras. Tapi saya ingin tahu, apa yang ingin kamu lakukan pada isterimu setelah kamu menikah nanti, Jenal?”   

“Tentu sahaja saya akan membawanya ke mari dan menyuruh isteri saya berubat dengan tuan.”   

“Mengapa pula?”   

“Kerana hanya perempuan gila yang akan menikah dengan saya, doktor!” 



Mutiara Hikmah: Daripada Ummu Salamah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: “Bahawasanya aku adalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu semua telah membawa pertelingkahan kepadaku. Barangkali sesetengah kamu ada yang lebih cerdik mengemukakan hujah serta alasannya daripada sesetengah yang lain. Maka aku akan menghukum mengikut apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang telah aku putuskan untuknya mendapat kemenangan, sedangkan ia mengetahui bahawa itu adalah hak kepunyaan saudaranya, maka sesungguhnya aku tentukan untuknya sepotong daripada api neraka.”


Sunday, August 18, 2013

Empat Kisah Lucah. Empat Senyuman




Cerita 1

Seorang perempuan seksi berjumpa doktor dan mengadu tentang payudaranya yang sakit dan mengeras. Doktor itu kemudian memegang payudara wanita tersebut untuk beberapa saat. 

Kemudian wanita itu bertanya, “bagaimana keadaannya doktor?” 

Seketika doktor itu menjawab, “penyakit ini berjangkit. Sekarang penis saya pula yang berasa keras dan sakit.” 





Cerita 2 

Jack sedang asyik bermesra-mesraan bersama kekasih gelapnya sebelum kekasihnya itu berteriak, “suamiku sudah pulang. Baik you keluar ikut tingkap.”  

Masih dalam keadaan mengelabah Jack menyambar seluar, baju dan spendernya dan terus melompat keluar melalui tingkap. 

Di luar ternyata hujan. Bimbang diketahui suami kekasihnya, Jack lari tanpa sempat memakai baju dan seluar. Dia akhirnya bertembung dengan sekumpulan pelari marathon dan terus menyelit di antara kumpulan pelari tersebut. 

Salah seorang pelari yang hairan melihat Jack tanpa seurat benang mula bertanya, “kenapa lari berbogel?” 

Dengan selamba Jack menjawab, “aku ingin kembali kepada fitrah, biar menyatu dengan alam.”  

Pelari yang lain mula bertanya, “selalu ke lari bogel begini?”  

Sambil mempercepatkan larian Jack menjawab, “kadang-kadang sahaja, selalunya siang-siang, biar tak panas.” 

Pelari yang lain mula menyampuk, “selalu ke lari dengan kondom terpasang begitu.”  

Sambil tersipu-sipu Jack menjawab semahunya, “hmmm, kalau lepas hujan, biar terlindung.” 





Cerita 3 

Perbualan tiga orang suami di sebuah kedai mamak.

“Aku hairan betul dengan bini aku. Ada ke patut disuruhnya aku beli DVD player, sedangkan tv pun kitorang tak ada,” kata Jamilul Hayat.

Suami kedua yang bernama Jamal Kuntum berkata, “isteri aku lagi pelik. Dia suruh aku beli tong gas, padahal rumah kitorang masih pakai dapur arang.” 

“Wah! Isteri aku paling pelik. Masa nak pergi outstation hari itu, dia bawak 10 kondom. Bayangkan 10 kondom, banyak gila tu. Dia nak buat apa kondom tu? Dia kan perempuan?”






Cerita 4

Kaharuddin pergi ke klinik untuk memeriksa keadaan dirinya yang sering keletihan. 

Selepas membuat pemeriksaan doktor bersuara, “saya belum dapat pastikan penyakit awak. Sebaiknya awak hentikan dulu hubungan intim awak dengan isteri buat sementara waktu.” 

“Itu perkara kecil sahaja doktor, tapi...” kata Kaharuddin terputus.

“Tapi apa?” pintas doktor.

“Bagaimana kalau dengan bukan isteri?” tanya Kaharuddin perlahan.



Mutiara Hikmah: Daripada Anas R.A katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”



Sunday, August 11, 2013

Lelaki Amerika Di Jerman


Seorang lelaki Amerika berjalan masuk ke sebuah bar di Jerman. Tak berapa lama kemudian, dengan meninggikan suaranya dia bertempik di hadapan sekumpulan pemabuk. 

“Aku pernah dengar orang berkata, orang Jerman semuanya kaki minum arak. Aku menawarkan hadiah berupa 1000 dollar US kepada kamu semua, siapa yang boleh meneguk sekaligus lima botol Whiski, maka wang ini segera aku berikan kepadanya.”  

Waktu itu suasana bar begitu tenang, tiada orang yang berani mengangkat muka menjawab tawaran lelaki Amerika itu. Lelaki Amerika tersebut begitu senang hati, dia mengagak orang Jerman semuanya boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya, lantas dia sekali lagi berteriak, “sekarang aku bersedia menambah menjadi 2000 dollar US. Siapa di antara kamu yang berani mencubanya? Ayuh, sila tampil ke hadapan.” 

Ketika itu kelihatan seorang lelaki Jerman berlari keluar menuju pintu bar. Lebih kurang setengah jam kemudian, dia masuk semula ke dalam bar. Sambil menepuk-nepuk bahu lelaki Amerika itu, dia berkata, “adakah tawaran kamu tadi masih berlanjutan?”  

Orang Amerika itu ketawa terkekeh-kekeh dan dengan lantang mengulangi janjinya yang telah dikatakan di depan umum, “Oh, jangan khuatir, tawaran tadi masih ada.”  

Lelaki Jerman tersenyum gembira. Dia segera meminta lima botol Whiski diletakkan di atas meja di tengah bar, kemudian dengan memejamkan kedua matanya dia meneguk sekaligus lima botol Whiski itu ke dalam perutnya. 

Lelaki Amerika itu sangat terkejut, seketika kehilangan muka. Mahu tak mahu dia harus menepati janjinya, memberikan 2000 dollar US kepada orang Jerman itu sebagai hadiah, kemudian dengan rasa kagum dan takjub dia bertanya dengan lebih lanjut, “sebelum kamu meneguk lima botol Whiski tadi, mengapa kamu tergesa-gesa meluru keluar dari pintu bar ini?”

Lelaki Jerman itu berkata, “aku sebenarnya tadi lari keluar ke bar berhadapan bar ini. Di sana aku telah mencuba terlebih dahulu, adakah aku betul-betul mampu meneguk sekaligus lima botol Whiski.”



Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.”




Thursday, August 1, 2013

Lawak Super Sengal



Ayang  

Birthday ayang hari itu ayang tanya tang mana kita sayang kat ayang. Time itu kita tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk dengan kita, kita dah penat nak layan. Ayang call kat kita, kita malas nak jawab. Tang mana erk kita sayang kat ayang?  

Semalaman kita dok fikir soalan itu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kita kat ayang sangat la kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahu la, setahu kita:  

1✐ Sebelum kita kenal ayang, setiap semester kita dapat Anugerah Dekan. Bila dah kenal dengan ayang, setiap semester kita ulang paper. Sebelum kenal dengan ayang kita belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal dengan ayang keluar makan lagi nak mintak duit dengan emak kita.  

2✐ Kalau ada sebiji epal, kita bagi je kat ayang. Kalau ada 2 biji epal, kita bagi yang besar kat ayang. Kalau kita makan ikan, ayang makan tang badan ikan itu, kita pula makan tang kepala ikan tu je.  

3✐ Ayang ni tak la cun sangat, tapi kita tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kita yang hensem ini ayang lagi nak kutuk dengan member depan kita, kata kita tak hensem langsung. Nelydia Senrose berlalu depan mata, kita diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Bangla dok depan Sogo ayang gi ngorat time kita gi tandas. Siap mintak nombor telefon depan kita lagi. Kalau keluar dengan ayang, ayang selamba nak makan Starbucks, kita tipu kita dah kenyang, padahal bila dah sampai kat rumah kita makan mee maggi.  

4✐ Sebelum kenal dengan ayang, kita tak pernah ada girlfriend. Selepas ayang kenal dengan kita, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemuanya. Kita tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kita macam sami buddha. Kalau ayang rasa nak cium kita, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bila kita rasa nak cium ayang, lepas tanya lagi kena reject. Ayang selalu pukul dada kita, tampar muka kita, cubit peha kita, kita tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?  

5✐ Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta dengan lelaki lain, kita nak buat apa? Kita kata kita nak bunuh lelaki itu. Tapi bila kita tanya kalau kita jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat apa? Ayang kata nak bunuh kita, emak kita, ayah kita dengan nenek kita. Kita beli mask Clinique dengan ayang harga RM300, kita kata harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kita harga RM30 ayang kata harga RM300. Setiap kali berjumpa kita bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kita ayang kata dah lupa.  

6✐ Hari itu ayang peluk kita kata nak sangat romen dengan kita, kita kata tak boleh, dosa. Ayang kata kita tak sayang ayang. Pastu semalam ayang paksa kita romen dengan ayang. Kalau tak ayang nak break dengan kita. Okey pukul dua pagi kita sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Ayang kata saja je nak test kita, pastu marah kita keji. Kita diam je dok tepi akuarium, tengok ikan emas tengah romen.  

7✐ Kita rosakkan headphone walkman ayang, kita ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kereta kita, ayang buat derk je. Sekali ayang demam, kita kena diet 2 kg nak jaga ayang. Sekali kita demam, ayang tambah berat 2 kg sebab habiskan makanan kita. Kita tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kita tinggi sangat. Member ayang ketawakan ayang. Ayang datang rumah kita, kita tidur sofa, kita datang rumah ayang, kita jugak yang tidur kat sofa. Mak kita belikan rantai Tiffany dengan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kita makan kat rumah ayang walau sekali pun.  

8✐ Kucing rumah kita bersalin, kita bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, dua hari je ayang bela, kucing itu dah mati. Ayang tak kata apa-apa pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kita, dua hari kita bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kita. Ayang kalau nak pakai duit kita, terus ambil tak payah bagitau. RM30 ke RM80 ke seratus ke selagi wallet kita ada duit. Hari itu kita nak pinjam RM10 sebab terlupa bawa wallet, ayang kata kita kedekut. Birthday ayang kita tak pernah terlupa. Birthday kita hari ini ayang tak pernah ingat. 




Motor  

Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.  

Pak cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak.  

Ah Seng : Aiyaa. Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka.  

Pak cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tauke kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng.  

Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam?  

Pak cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dah rosak.  

Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja.  

Pak cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke. Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan.  

Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka.  

Pak Cik : Ya la. Pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan. 





Pembantu rumah  

Al-kisah ada seorang pembantu rumah yang baru sahaja kena pecat oleh majikannya. Pembantu rumah rasa tidak berpuas hati sebab dia merupakan pekerja yang taat dan rajin.   

Sebelum melangkah pergi, dengan sedihnya dia pun mengeluarkan wang RM5 dan memberinya kepada anjing majikannya. 

Majikannya berasa hairan lalu bertanya, “apa pasal lu bagi itu anjing duit? Dia mana tau pakai duit.”  

Pembantu rumah itu pun menjawab, “dia best friend gue. Gue nggak mahu lupa sama teman yang selalu nolongin gue buat kerja.” 

“Apa kerja dia tolong?” soal majikan tu lagi.  

“Dia nolongin gue bersihkan semua pinggan mangkuk. Jadi gue nggak perlu cuci.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi.”




Thursday, July 25, 2013

Kereta Mayat




Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, “Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?” Para sahabat menjawab, “Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka.” 



Wednesday, July 24, 2013

Rumahku Terbakar



Seorang lelaki yang sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata, “tolong, tolong. Rumah saya terbakar.”  

Staff di pejabat bomba menjawab, “awak tinggal di mana?”  

Lelaki itu menjawab, “saya terlalu takut. Saya tak boleh nak bagitahu alamatnya.”  

Bomba bertanya, “bagaimana kami mahu ke sana?”  

Lelaki itu menjawab dengan marah, “bagaimana? Bodoh betul la kau ni. Naik la lori bomba korang tu.



Mutiara Hikmah: Dari Anas Bin Malik R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:  “Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.” [HR Bukhari dan Muslim]




Saturday, July 13, 2013

Lelaki Tua Di Gym

Nasihat untuk lelaki ‘orang lama’.



Seorang lelaki tua yang baru pertama kali ke gym meletakkan dumb bell yang di pegangnya dan mengalih pandangan matanya ke arah seorang gadis manis yang baru masuk ke dalam gym.




Lelaki tua itu bertanya kepada trainer yang berdiri di sebelahnya, “apakah mesin yang sesuai untuk saya gunakan bagi menarik perempuan yang berada di sana?”

Trainer melihat ke arah lelaki tua itu sambil berkata, “saya rekomen mesin ATM yang berada di luar gym.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.