Di sebuah warung makan.
“Ada ayam tak, adik? Kambing?”
“Ada bang, mau order berapa?”
“Halau adik. Saya mahu makan ni.”
*******
Di dalam kelas.
“Joni, bilakah bermula terjadinya perang dunia?”
“Seingat saya cikgu, mulai dari muka surat 31 sampai 34, cikgu.”
Pemadam papan hitam melayang hampir terkena muka Joni.
*******
“Apa yang kamu buat, Joni?”
“Menulis surat untuk Sheila, cikgu.”
“La, kamu kan belum boleh menulis?”
“Betul cikgu, Sheila juga belum pandai baca.”
*******
“Joni, kamu di tingkat bawah ya?”
“Ya, mama.”
“Lampu di tingkap bawah okey, tak?”
“Tak tahu mama, di sini gelap sangat.”
*******
“Joni, siram bunga sekarang.”
“Hujan la, mama.”
“Jangan banyak alasan. Kan boleh pakai payung.”
*******
“Ayah.”
“Ya, Joni.”
“Berapa biaya untuk menikahi seorang gadis?”
“Kurang pasti, Joni. Sampai sekarang ayah masih terus membayar mama kamu.”
*******
“Papa, si Joni tertelan duit syiling. Cepat panggil doktor.”
“Mama jangan merepek? Nak bayar doktor 100 ringgit lebih cuma nak dapatkan balik duit syiling.”
*******
“Mau pesan apa bang Joni?”
“Teh tarik satu, cik adik.”
“Manis tak bang?”
“Tak perlu manis. Yang penting setia dik.”
*******
Di kedai cendol.
“Bang, cendol saya mana?”
“Sabar sat boleh tak.”
“Eh! Pembeli adalah Raja. Duit belen mana bang?”
“Hai, takkan Raja minta duit belen.”
Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: “Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” [Muslim]

No comments:
Post a Comment