Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Thursday, July 25, 2013

Kereta Mayat




Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, “Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?” Para sahabat menjawab, “Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta.” Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka.” 



Wednesday, July 24, 2013

Rumahku Terbakar



Seorang lelaki yang sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata, “tolong, tolong. Rumah saya terbakar.”  

Staff di pejabat bomba menjawab, “awak tinggal di mana?”  

Lelaki itu menjawab, “saya terlalu takut. Saya tak boleh nak bagitahu alamatnya.”  

Bomba bertanya, “bagaimana kami mahu ke sana?”  

Lelaki itu menjawab dengan marah, “bagaimana? Bodoh betul la kau ni. Naik la lori bomba korang tu.



Mutiara Hikmah: Dari Anas Bin Malik R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:  “Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.” [HR Bukhari dan Muslim]




Saturday, July 13, 2013

Lelaki Tua Di Gym

Nasihat untuk lelaki ‘orang lama’.



Seorang lelaki tua yang baru pertama kali ke gym meletakkan dumb bell yang di pegangnya dan mengalih pandangan matanya ke arah seorang gadis manis yang baru masuk ke dalam gym.




Lelaki tua itu bertanya kepada trainer yang berdiri di sebelahnya, “apakah mesin yang sesuai untuk saya gunakan bagi menarik perempuan yang berada di sana?”

Trainer melihat ke arah lelaki tua itu sambil berkata, “saya rekomen mesin ATM yang berada di luar gym.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Saturday, July 6, 2013

Pak Pandir Semakin Bijak



Pak Pandir bekerja sebagai penoreh getah. Dia selalu mengadu kepada isterinya yang kakinya selalu terpijak duri kerana tidak mempunyai alas kaki untuk ke kebun getah. Lalu isterinya memberikan sedikit wang dan menyuruh Pak Pandir pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut baru. Isterinya berpesan supaya menawar harga kasut sebelum membayar.

Sesampainya di pekan, Pak Pandir terus pergi ke sebuah kedai runcit. Pak pandir membelek-belek sepasang kasut berjenama Fungkiong. Dia diperhatikan atas bawah oleh tauke kedai tersebut. Setelah mencuba dan berpuas hati kasut sesuai dengan saiznya maka Pak Pakdir bertanya harga kasut tersebut.

Tauke itu memberitahu harga kasut itu enam ringgit setengah. Pak Pandir teringat pesan isterinya supaya menawar harga sebelum membayar.  

Dia pun berkata, “boleh kasi kurangkah tokeh?”

Tauke kedai menjawab, “berapa awak minta kurang?” 

Pak Pandir menjawab, “kasi kurang dua ringgit lah.” 

Tauke kedai menjawab, “okey, pak cik punya pasal saya kasi kurang dua ringgit.” 

Pak Pandir dengan perasaan gembira lalu membayar harga yang difikirkannya betul. Tauke kedai menerima duit yang diberi oleh Pak Pandir tanpa banyak soal.

Sesampainya di rumah, Pak Pakdir bukan main gembira menceritakan pada isterinya perihal dia menawar harga kasut tersebut.

Isterinya bertanya, “berapa harga kasut tu, bang?”

Pak Pandir menjawab, “harganya enam ringgit setengah. Saya tawar tauke kasi kurang dua ringgit. Jadi saya bayar sepuluh ringgit lah.”

Isterinya tercengang mendengar cerita Pak Pandir. Dia bengong bagaimana harga enam ringgit setengah bila ditawar harga menjadi semakin tinggi. Dengan penuh kemusykilan dia bertanya kenapa setelah ditawar harga menjadi semakin mahal.

Pak Pandir selamba menjawab, “harga kasut tu enam ringgit setengah, kalau nak yang setengah lagi tentulah kena bayar dua belas ringgit, dikurangkan dua ringgit jadi sepuluh ringgit lah.”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba di dunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat.”