Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, October 27, 2013

Pak Mat Stress



Pak Mat merupakan seorang pemandu teksi. Suatu pagi dia menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tak semena-mena gadis itu pengsan di dalam teksi dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.

Pak Mat sedikit stress!

Sampai di hospital doktor memberitahu gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Mat ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah stress!!

Pak Mat meminta ujian DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat kemudian ditahan sementara oleh pihak hospital untuk menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin stress!!!

Ujian DNA mendapati Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang. 


Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan tiga anaknya di rumah.
 

Sekarang Pak Mat benar-benar stress!!!! Siapa bapa kepada anak-anaknya itu?


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Musa Abdullah Bin Qais al-Ash’ari R.A, daripada Nabi S.A.W sabdanya: “Sesungguhnya Allah Taala membentangkan tangan-Nya (sebagai kemurahan-Nya menerima taubat) pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang telah melakukan dosa pada waktu siang, dan membentangkan tangannya (kemurahannya untuk menerima taubat) pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah barat.”



Monday, October 14, 2013

Usaha Memikat Seorang Lelaki Inggeris

Seorang lelaki kacak Inggeris dan seorang wanita Perancis sama-sama berada di dalam sebuah bilik kelas eksklusif dalam perut sebuah keretapi. Si wanita ingin memikat lelaki Inggeris tersebut, sesudah menanggalkan baju dan berbaring, dia segera mengeluh badannya berasa dingin. Lelaki kacak Inggeris itu memberikan selimut miliknya kepada wanita itu, tetapi dia masih tak henti-hentinya mengatakan dingin.

“Dengan cara apa lagi dapat aku membantumu? tanya lelaki Inggeris itu dengan kecewa.

“Sewaktu aku masih kecil, ibuku selalu menghangatkan tubuhku dengan badannya sendiri,” jawab wanita itu dengan manja dan malu-malu.

“Oh, cik adik yang kuhormati, dalam hal ini aku sungguh tidak mampu sekalipun hatiku beria-ia ingin membantu. Aku tidak mungkin melompat dari keretapi ini untuk pergi mencari ibumu,” kata lelaki Inggeris itu nampak sedang kebingungan.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong.”


Wednesday, October 2, 2013

Memotong Alat Kelamin Kerana Penyakit



Seorang anak orang kaya yang kerjanya berpoya-poya dan bertukar pasangan setiap malam terkena penyakit kelamin. Dengan perasan takut dia telah menemui ramai doktor pakar, paling akhir doktor dengan perasaan serba salah memberitahu bahawa anunya sudah rosak dan terpaksa dipotong.

Mendengar kenyataan doktor ini, anak orang kaya itu kelam kabut. Atas nasihat seorang rakan dia segera mencari seorang tabib Cina. Setelah diperiksa dengan teliti, tabib Cina itu mengatakan, “keadaannya tak seserius itu, tidak payah dipotong.”

Anak orang kaya itu melompat kegirangan. Kemudian tabib tradisional Cina berkata lebih lanjut, “doktor pakar sedikit-sedikit mengatakan harus dipotong. Begini saja, sebotol ubat gosok ini kamu bawa pulang, setiap hari anumu kamu sapu sebanyak 3 kali, tak usah tunggu terlalu lama akhirnya pasti akan tertanggal sendiri.” 


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh.