Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, July 31, 2011

Tiga Kali Janda


Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa seorang doktor. 

"Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara," kata si janda.

"Hai, kata puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?," tanya doktor.

"Begini doktor, ex-husband saya yang pertama adalah mati pucuk."

"Oh begitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?," tanya doktor.

"Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung?," kata janda.

"Lalu suami yang ketiga puan tidak mati pucuk atau gay kan?"

"Betul doktor, tapi dia orang politik."

"Tapi apa kaitannya dengan dara puan?," tanya doktor kurang pasti.

"Dia cuma berjanji sahaja doktor, tidak pernah direalisasikan?"



Digigit Anjing


Atan adalah seorang tukang kebun di rumah seorang doktor pakar bedah. Suatu hari Atan sedang bekerja di perkarangan rumah majikannya, tiba-tiba seekor anjing jantan milik majikannya menerkam Atan hingga pengsan.

Melihat musibah itu, sang doktor serta-merta membunuh anjingnya. Beliau segera memeriksa keadaan Atan yang sedang pengsan. Ternyata buah zakar Atan telah rosak akibat gigitan anjing itu.

Atan segera di bawa ke hospital. Sebaik tiba di hospital, doktor pakar bedah, majikannya segera melakukan operation untuk menyelamatkan nyawa Atan. Setelah tujuh jam kemudian operation selesai dan Atan dapat diselamatkan.

Sepuluh hari kemudian, Atan telah sembuh dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa jam di rumah, Atan kembali menemui majikannya.

"Doktor, ada kelainan," luah Atan.

"Apa maksudmu?," doktor meminta kepastian.

"Buah zakar saya, doktor ganti dengan apa?"

"Saya ganti dengan buah zakar anjing yang menggigitmu."

"Patut pun. Sekarang saya kalau kencing, mesti angkat kaki sebelah."

Boss Tak Ada Kerja




Lydia seorang setiausaha baru di sebuah syarikat, menceritakan pengalamannya pada salah seorang rakannya.

"Bossku mempunyai tabiat menggerak-gerakkan jari tangannya bila sedang tidak ada kerja."

"Ah, itu kan perkara biasa," jawab temannya.

"Tapi, dia menggerak-gerakkan jari tangannya di seluruh tubuhku."

Saturday, July 30, 2011

Bela Ayam


"Kenapa hang nampak muram sahaja dari tadi," tanya Rapiah kepada Mariam.

"Aku bengang sebenarnya. Cuba hang pikiaq laki aku, dah tau dok rumah flat bela ayam dalam rumah," luah perasaan geram Mariam kepada Rapiah.

"Hang buka la pintu, bagi semua ayam-ayam tu keluar," cadang Rapiah.

"Mana boleh," pintas Mariam, "nanti habis kambing aku semua keluaq".




Mencari Ayam Yang Hilang


Anak seorang petani pergi ke pasar dengan membawa kotak berisi ayam atas arahan ayahnya. Dalam perjalanan, tiba-tiba kotak itu jatuh, dan penutupnya terbuka. Kesemua ayam dari dalam kotak itu melompat keluar dan lari bertempiaran ke segenap arah.

Akhirnya budak tersebut mencari ke segenap penjuru dan mencuba memasukkan ayam-ayam yang lari ke dalam kotak yang sudah diperbaiki, menjualnya ke pasar, lalu berjalan pulang dalam keadaan ketakutan jika diketahui oleh ayahnya.

"Ayah, ayam-ayam tadi lari kesemuanya," katanya, "tapi saya sudah berusaha mencari dan cuma dapat balik 12 ekor dan ini wang hasil penjualan ayamn."

"Hmm, kamu memang anak yang hebat," kata si petani, "tadi ayah cuma bagi dekat kamu 7 ekor sahaja."

Mencari Kucing Hilang


Seorang gadis menangis di pinggir jalan. Kebetulan lalu seorang lelaki  menghampiri dan menyapanya.

"Adik manis, kenapa menangis?"

"Kucing saya hilang," jawabnya dengan isakan tangis.

"Bolehkah saya bantu untuk mengiklankannya di surat khabar?"

"Sia-sia abang, kucing saya tidak pandai membaca."

Friday, July 29, 2011

Jambangan Bunga


Pak cik aku menyedari dia mempunyai kekurangan dalam hal mengingat tarikh-tarikh penting dalam rumahtangganya. Dia selalu terlupa tarikh lahir isterinya, bahkan tarikh ulang tahun pernikahan mereka.

Untuk mengatasi hal tersebut, dia membuat perjanjian dengan sebuah kedai bunga dengan memberikan tarikh ulang tahun isterinya dan tarikh pernikahan mereka. Jadi walaupun tanpa disuruh, pemilik kedai bunga itu selalu mengirimkan bunga ke rumah pak cik aku tepat pada tarikh yang sudah ditentukan.

Hasilnya, isterinya sangat bahagia kerana merasakan bahawa suaminya sangat mengambil tahu dan tidak pernah melupakan hari-hari penting itu.

Hal itu berjalan lancar, sehingga pada suatu hari, tepat pada tarikh ulang tahun isterinya, dia pulang ke rumah, melihat jambangan bunga yang sangat indah, dan bertanya, "bunga yang indah, sayang. Sayang petik di mana ni?"

Lima Buah Cermin Mata


"Untuk apa datuk memiliki lima buah cermin mata?," tanya Payid

"Satu untuk membaca, satu untuk menonton filem, satu untuk jalan-jalan dan satu lagi untuk di pakai sehari-hari," jawab datuk.

"Lagi satu untuk apa?"

"Untuk digunakan mencari keempat-empatnya kalau hilang."

Wednesday, July 27, 2011

Kasut Kulit Buaya


Seorang perempuan sangat ingin mempunyai kasut dari kulit buaya.

Dia pun pergi ke kedai kasut dan kecewa kerana harganya yang sangat mahal.

"Kenapa mahal sangat," tanya si perempuan.

"Kalau ingin murah, pergi ke sungai tangkap buaya sendiri di sana," kata si pemilik kedai. 

Mendapat idea oleh perkataan si pemilik kedai, perempuan tersebut pergi ke sungai besar di daerah situ sambil membawa senapang.

Beberapa minit kemudian si pemilik kedai datang dan terkejut ketika melihat tiga ekor buaya mati bergelimpangan di pinggir sungai. Sementara itu si perempuan kelihatan di tengah sungai sedang membidikkan senjatanya ke arah seekor buaya yang lain. 

Suara tembakan terdengar, kemudian si perempuan menyeret buaya keempat yang baru ditembaknya ke pinggir sungai dan kemudian menyumpah,"bedebah! Yang ini juga tidak memakai kasut."

Monday, July 25, 2011

Kantoi


Suatu hari seorang budak kecil mencuri mangga dari pokok milik jirannya dan telah diketahui oleh si pemilik pokok tersebut lalu si pemilik pokok mangga itu berkata dengan nada berteriak, "hei! dasar pencuri, turun kau dari pokok mangga aku. Nanti aku bagitahu dekat bapak kau."
 
Tetapi si anak bukannya segera turun malah dia mendongak ke atas pokok sambil berkata, "bapak, cepat  turun, bapak, kita sudah kantoi." 

Pengemis Dan Gadis



Seorang pengemis yang kudung kedua-dua belah tangan mengutip hasil mengemisnya dengan mengunakan mulut.


Ketika hampir separuh hasilnya dimasukkan ke dalam kocek, baru dia menyedari ada seorang gadis comel dan seksi memerhatikan gelagatnya tidak jauh dari situ.


"Kenapa cik melihat saya begitu sekali? Apakah cik tak pernah melihat lelaki kudung?," tegur pengemis itu.


Untuk menutup malu gadis itu melemparkan senyuman paling manis sambil berkata, "sebenarnya kalau saya mempunyai wang yang banyak, sudah pasti saya akan menolong saudara dengan memberi separuh dari wang saya. Jadi hanya senyuman yang boleh saya beri sebagai sedekah saya pada saudara."


Pengemis itu bingkas bangun, mendekati gadis itu dan memberikan sebuah ciuman yang paling hangat kepada gadis itu.


Kerana terkejut gadis itu separuh menjerit memarahi pengemis itu, "kenapa awak mencium saya?"


"Sebenarnya saya bukan mencium awak. Kan awak tahu saya mengutip hasil mengemis saya dengan mulut. Tadi baru sahaja saya kutip hasil mengemis yang awak bagi untuk saya," jawab pengemis itu bersahaja.

Sunday, July 17, 2011

Kenapa Tak Ketawa


Dalam pertandingan Maharaja Lawak, kumpulan Sepah membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar?, " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?, " tanya gadis itu lagi.

"Tidak," jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa," gadis itu masih tak berpuas hati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai?, " getus Siti Sarah Raisuddin.

Nenek Dan Cucu


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya.

Kebetulan ayah budak itu telah ternampak perbuatan tersebut. Nak berdiam diri kesian pula pada anaknya, nak masuk campur dia tak berani.

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah, "anakku dipukul orang, dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

Jam



Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk di sebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, "pak cik, pukul berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh di luar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya.


Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.


Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "saya hairan mengapa pak cik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "bukannya saya tidak mahu menjawap. Tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termanggu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, "lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.

"Kemudian?," tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang. Takut nanti dia mempelawa kamu ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu makanan yang enak di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.


Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.

Terus dia bertanya, "pak cik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?"

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,"masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAK DAK. TERUK BETUL."




Bayi Jepun





"Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus Bahasa Jepun. Tapi kenapa?," tanya Herman


"Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami. Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami," terang Zamri.



Wednesday, July 13, 2011

Cerita Di Sebuah Bar


Seorang gadis berkulit hitam manis, duduk di sebuah bar.

"Maaf cik, boleh saya belanja awak minum?," pelawa seorang lelaki muda menghampirinya.

"Apa? Ke hotel?," teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya ingin awak minum dengan saya."

"Awak meminta saya menemani awak ke hotel?," teriak si gadis lebih keras. Merasa ditolak pelawaannya, dengan perasaan malu lelaki muda itu berundur dan duduk di sudut yang agak tersorok.

Semua orang di bar menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu.

"Maafkan saya. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi bidang psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak diduganya."

Si lelaki muda menatap perempuan itu dengan pandangan dingin. Kemudian berteriak dengan suara yang agak keras, "berapa? Dengan badan seksi dan manja hanya seratus ringgit sahaja?"

Tuesday, July 12, 2011

Hati Panas


Seorang pesakit terlalu takut untuk operation. Akhirnya dengan bermati-matian, si pesakit berusaha memujuk doktor agar tidak membedahnya.

"Doktor, sebenarnya saya tidak menderita penyakit yang serius. Saya merasa hanya hati saya agak sedikit panas,” beritahu pesakit.

"Baiklah," jawab doktor dengan nada perlahan, "kalau begitu dengan segera kita keluarkan hatinya."

"Apakah hati ini harus dikeluarkan hanya kerana panas sedikit, doktor?," tanya pesakit dengan sedikit cemas.

"Tentu saja," balas doktor dengan nada tidak sabar.

Kemudian doktor melanjutkan, "setelah dikeluarkan barulah kita boleh mengipasnya."

Tak Mahu Menyusu



Saleem menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya.

Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah."

Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu.

Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni."

Tiba-tiba Saleem berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun di 4 perhentian sebelumnya."

Buat Duit Dengan Churp-Churp


Monday, July 11, 2011

Membawa Anjing Naik Kapal Terbang



Seorang wanita ingin membawa seekor anjing dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Lalu dia pergi ke kaunter pertanyaan untuk memperoleh informasi mengenai caranya.

Lelaki di kaunter mengatakan, "itu sangat mudah. Anda pergi ke syarikat penerbangan, mereka memberi anda sangkar dan anda letakkan anjing anda di dalamnya. Ketika anda turun di Kuala Lumpur pergi ke rak bagasi, dan anda akan memperoleh anjing anda."

Jadi dia melakukannya, sebaik turun di Kuala Lumpur. Dia pergi ke rak bagasi, dan anjingnya tidak ada di situ. Dia pergi ke bahagian kehilangan bagasi, dan mengatakan, "mana anjing saya?"

Mereka tawaf ke seluruh airport untuk mencari, dan menemukan anjing itu ada di terminal lain. Yang ditemui seekor anjing yang sudah mati.

"Oh tuhan," kata mereka, "kita membunuh anjing wanita ini. Apa yang akan kita lakukan?"

Kemudian seorang berpangkat pegawai berkata, "tunggu sebentar, itu anjing biasa. Ada kedai haiwan peliharaan di seberang jalan tidak jauh dari airport. Kita akan mendapatkan anjing dengan ukuran, bentuk, warna, dan jantina yang sama. Pasti dia tidak akan tahu bezanya."

Mereka membawa perempuan itu anjing yang lain dan wanita itu berkata sambil ketawa, "itu bukan anjing saya."

"Apa maksud anda itu bukan anjing anda?"

Dan wanita itu berkata, "anjing saya sudah mati. Saya memang membawanya ke Kuala Lumpur untuk menguburnya."

Asal Usul Manusia



Seorang gadis kecil bertanya kepada ibunya, "bagaimana umat manusia muncul?"

Sang ibu menjawab, "tuhan menciptakan Adam dan Hawa dan mereka memiliki anak-anak dan begitu juga semua umat manusia diciptakan."

Dua hari kemudian gadis itu memberikan pertanyaan yang sama kepada ayahnya. Sang ayah menjawab, "jutaan tahun yang lalu ada bangsa monyet yang berevolusi menjadi manusia."

Gadis itu bingung lalu kembali kepada ibunya dan berkata, "mama, bagaimana mungkin bahawa mama mengatakan kepada saya bangsa manusia diciptakan oleh tuhan, dan ayah mengatakan bahawa mereka berasal dari monyet?"

Sang ibu menjawab, "betul, sayang. Itu sangat mudah. Mama menceritakan dari sisi keluarga mama dan ayah kamu memberitahu kamu dari sisi keluarganya."

Menukar Isteri dengan Unta



Seorang lelaki dan isterinya melancong ke Timur Tengah. Tiba-tiba seorang lelaki Arab mendekati si suami dan mengatakan, "aku akan memberikan 100 unta untuk ditukarkan dengan isteri awak."

Setelah lama terdiam, sang suami berkata, "dia bukan barang tukaran."

Isterinya marah berkata, "apa yang membuat kamu begitu lama untuk menjawab?"

Si suami menjawab, "aku tadi sedang berusaha mencari idea untuk membawa 100 ekor unta kembali ke rumah."

Sunday, July 10, 2011

Berikan Aku Ciuman Terakhirmu



Seorang bekas banduan berwajah garang sedang menunggang motor Harleynya, ketika melewati seorang gadis cantik bergaun panjang yang sedang berdiri di atas sebuah jambatan gantung.

Dia menghentikan motornya dan bertanya, "apa yang sedang kamu lakukan?"

Jawab sang gadis, "saya ingin bunuh diri."

Mengambil kesempatan ini bekas banduan berkata, "kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciuman kamu yang terakhir."

Sang gadis pun menciumnya. Setelah ciuman berakhir, bekas banduan dengan wajah berseri-seri berkata, "mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciuman kamu begitu panas dan mengghairahkan. Pasti banyak lelaki yang akan tergila-gila dengan ciuman kamu ini."

Dengan sedih sang gadis menjawab, "saya ingin bunuh diri kerana orang tua dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti wanita."

Friday, July 8, 2011

Kerja Mama



Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas, seorang guru mengenalkan jenis-jenis pekerjaan orang. Kemudian setiap murid diminta menyebutkan pekerjaan ibu masing-masing.

Suzy : Emak saya guru sekolah.

Budi : Mama saya membuka butik.

Jonny : Mama saya seorang pelacur.

Jawapan Jonny membuat cikgu terkejut tak terhingga. Langsung saja Jonny di bawa menghadap guru besar. Sekitar lima belas minit kemudian Jonny kembali ke kelas, tersenyum-senyum sambil menunjukkan epal di tangannya.

Cikgu : Apa yang dikatakan guru besar pada kamu?

Jonny : Setiap pekerjaan adalah mulia dan punya sumbangan pada ekonomi. Kemudian guru besar minta nombor HP mama, setelah itu diberinya saya epal.

Main Kuda


Si kecil Tony sedang melewati kamar papanya ketika dia mendengar suara berbisik. Kebetulan pintunya tidak dikunci, lalu Tony masuk dan melihat papa sedang bergerak-gerak di atas mama. Dengan lugunya Tony mendekati dan melompat ke atas punggung papa, kerana mahu main kuda-kuda.

Papa sangat terkejut tapi kerana berfikir Tony belum mengerti apa-apa, dia teruskan saja menggoyang mama sambil Tony menunggangi punggungnya.

Tidak berapa lama kemudian mama mulai mengerang dan makin lama erangannya makin keras.

Tony pun berkata, "pegang kuat-kuat, papa. Kalau mama sudah begini biasanya pak cik Selamat dengan Tony akan terlonjak-lonjak, kadang-kadang sampai jatuh ke bawah."

Makanan Sihat


Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

"Jangan lupa berhenti makan daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang sahaja," terang doktor.

Setelah tiga hari berlalu sang doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada.

"Memang saya suruh kamu makan binatang yang boleh berenang, Salim. Tapi takkan kamu berada di dalam air melatih kambing berenang."

Tuesday, July 5, 2011

Jari Dan Malam Pertama


Ketika Abu masih kecil dia diajar oleh ayahnya tentang fungsi-fungsi jari tangan.

"Jari telunjuk berfungsi untuk menunjuk sesuatu. Ibu jari pula kamu gunakan untuk membuka buku. Jari kelingking untuk mengorek hidung manakala jari manis untuk disarungkan cincin dan fungsi jari tengah nanti ayah ajarkan bila kamu sudah berkahwin," kata si ayah.

Dua puluh tahun kemudian, Abu melangsungkan hari perkahwinannya. Malamnya Abu menemui ayahnya.

"Dulu ayah pernah berjanji akan memberitahu fungsi jari tengah bila saya sudah berkahwin. Hari ini saya sudah berkahwin, jadi sekarang tiba saatnya ayah memberitahukannya."

Ayah Abu membisikkan di telinganya.

"Malam pertama ini kamu pasti akan melakukan hubungan badan dengan isteri kamu. Kemungkinan besar kamu akan melakukannya beberapa kali sehingga kamu keletihan. Pada saat itulah jika isterimu meminta lagi, kamu gunakan jari tengahmu dan tundingkan pada mukanya dan katakan, 'Jangan mengada-ngada, pergi tidur'."

Monday, July 4, 2011

Pemabuk, Perokok Dan Gay



Suatu hari, tiga orang pesakit parah datang menemui doktor untuk menanyakan perihal penyakit yang sudah menyerang mereka sejak lama itu. Seorang pemabuk, yang seorang perokok tegar dan yang seorang lagi homoseks.

Si doktor, berkata kepada mereka semua, “jika anda melakukan hal yang sama sekali lagi, anda pasti mati.”

Tiga orang itu meninggalkan doktor itu dengan tekad kuat untuk tidak lagi minum minuman beralkohol, merokok ataupun menyodomi.

Tatkala berjalan menuju station keretapi, mereka melewati sebuah bar. Si pemabuk, tidak dapat menahan dirinya mendengar alunan muzik yang keras dan lampu-lampu yang berkelip-kelip. Diapun masuk ke bar tersebut bersama kedua temannya, memesan segelas whiskey dan langsung meneguknya. Tak beberapa lama kemudian, si pemabuk terjatuh dari kerusinya dan terbujur kaku lalu meninggal.

Kedua temannya merasa ketakutan menyedari betapa seriusnya perkataan doktor tadi.

Ketika mereka berjalan pulang, mereka melihat sepuntung rokok baru yang masih menyala terjatuh di tanah.

Si homoseks melihat ke arah si perokok tegar dan berkata, “jika kamu membongkokkan badanmu untuk mengambil rokok itu, kita berdua pasti akan mati.”

Ayah Tipu



Seorang ayah menangkap anaknya yang sedang menonton filem dewasa (filem lucah).

Ayah : Nak, kamu tidak boleh menonton filem seperti itu.

Anak : Kenapa tak boleh? Sebenarnya kenapa, ayah?

Ayah : Kerana filem itu hanya untuk orang dewasa.

Anak : Ayah tipu. Kalau begitu esok ayah jangan ikut menonton filem Spongebob lagi.

Friday, July 1, 2011

Anak Bapak

Empat ahli perniagaan makan malam di sebuah hotel lima bintang. Ketika asyik menikmati makanan, salah seorang lelaki berkata, "kamu semua teruskan makan. Aku minta izin kejap nak ke toilet."

Tiga orang lelaki yang masih di meja, terus menikmati makanan sambil bercerita tentang anak lelaki masing-masing.

Lelaki pertama berpangkat Dato' memulakan cerita, "aku betul-betul bangga dengan anak lelaki aku. Dia sangat pemurah. Buktinya dia belikan sebuah kereta sport warna merah untuk kawan baiknya."

Lelaki kedua berpangkat Tan Sri menyampuk, "anak lelaki aku pun macam anak kau. Dia sanggup berhabis duit untuk belikan sebuah bot mewah untuk kawan baiknya."

Lelaki ketiga berpangkat Datuk Seri pula berkata, "anak lelaki aku pun apa kurangnya. Dia memang baik hati dan pemurah. Baru-baru ini dia belikan kawannya sebuah banglo lengkap dengan kolam renang."

Lelaki yang pergi ke tandas datang dan duduk semula di kerusinya lalu bertanya, "apa yang kamu semua sembangkan tadi?"

Ketiga-tiga lelaki memberitahu yang mereka sedang bercakap tentang kebaikan anak lelaki masing-masing.

Dengan muka sedih lelaki yang baru balik dari tandas tunduk memandang ke bawah dan menggeleng-geleng kepalanya.

Salah seorang lelaki itu bertanya mengapa dia bersedih.

Jawab lelaki itu, "sebenarnya anak lelaki aku gay. Tapi macam mana pun hidupnya sangat baik. Tiga orang bekas boyfriendnya belikan dia kereta sport warna merah, bot mewah dan banglo lengkap dengan kolam renang."

Orang Lain Yang Tembak



Seorang lelaki berumur 95 tahun dengan bangganya bercerita kepada seorang rakan tentang isterinya yang baru dinikahinya tiga minggu lalu.

Isterinya yang berusia 20 tahun itu telah hamil tiga bulan.

Sambil menahan rasa geli hati, rakannya berkata, "saya ada satu cerita."

"Ceritanya begini. Suatu petang seorang lelaki pergi memburu. Apa yang pelik ialah lelaki itu tidak membawa senapang. Sebaliknya, dia hanya membawa lastik. Setelah meredah hutan, lelaki itu bertemu dengam seekor kijang. Tanpa ragu-ragu lelaki itu melastik kijang yang berdiri tidak jauh darinya. Kijang tersebut rebah lalu mati."

"Mustahil," pintas lelaki tua itu.

"Tentu ada orang lain yang menembaknya," katanya lagi.

"Betul," balas rakannya sambil merenung muka lelaki tua itu.