Friday, July 8, 2011
Makanan Sihat
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.
"Jangan lupa berhenti makan daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang sahaja," terang doktor.
Setelah tiga hari berlalu sang doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu sang doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada.
"Memang saya suruh kamu makan binatang yang boleh berenang, Salim. Tapi takkan kamu berada di dalam air melatih kambing berenang."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment