Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, June 30, 2012

Tiga Cerita. Tiga Gelak


1. Pelupa 

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal, akhirnya pergi menemui doktor. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat sahaja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan nenek tersebut sedang menonton TV, tiba-tiba si atuk berdiri.

“Mahu ke mana?” tanya nenek perlahan.

“Oh, aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air,” jawab atuk selamba.

“Kalau begitu tolong bawakan saya AISKRIM VANILA,” pesan nenek.

Okey,” jawab atuk sepatah.

 “Eh, tunggu. Sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa,” pesan nenek.

“Ah, tidak perlu. Aku ingat. Aiskrim vanila kan?” atuk mengulang.

“Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya.”

“Beres,” angguk atuk.

“Ah! Sebaiknya tulis semua pesananku itu. Nanti pasti abang akan lupa semuanya,” pesan nenek sekali lagi.


“Jangan bimbang. Aku masih ingat. Aiskrim vanila, strawberry dan krimnya bukan?” jawab atuk confident.

Dua puluh minit kemudian si atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Dengan wajah terkejut nenek pun sound, “nah! Saya dah kata, abang akan lupa pesananku. Sepatutnya ditulis dulu.”

“Iya ke? salah ke? Apa yang kamu pesan tadi?” atuk cuba defend diri.

“ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY,” sahut nenek bebal.


*******

                              

2. Kantoi

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.

“Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian,” bela ayah Naim.

“Betul encik, kami bukan tuduh begitu sahaja, kami ada bukti,” jawab guru besar.

“Apa buktinya?”

“Nah, ini buktinya. Kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.”

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama : Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

“Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?” sebutir peluru dilepaskan tepat ke muka guru besar.

“Sabar encik, cuba encik lihat soalan kedua,” guru besar menenangkan bapa Naim yang sudah naik hantu macam P.Ramlee melembutkan Babjan bapa Dayang Sofia yang naik angin ingin membelasah Ajis dalam filem Bujang Lapok.

Ayah Naim melihat soalan kedua : Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama : 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga : Siapakah yang duduk di sebelah Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka?

Azim menulis : Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis : Kalau kau tak tahu, aku lagi tak tahu.


*******



3. Jujur

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu, “mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?” 


Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa ke hadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

“Adakah ini kapak milik tuan hamba?” tanya pari-pari.


“Bukan,” jawab si pencari kayu ringkas.

Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.


“Yang ini tuan hamba punya?” tanya pari-pari lagi.

“Bukan yang ini,” jawab si pencari kayu.

Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.

Err mungkin yang ini?” duga pari-pari.


“Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai seperti ini,” jawab si pencari kayu jujur.


Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu.

“Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi.”


Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari memberi keempat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

*************************************************************************

Selang beberapa tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta.

Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu. Dengan nada sedih dia berkata, “isteri hamba terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.”


Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Neelofa.

“Ini isteri tuan hamba?” tanya pari-pari menduga.


“Ya. Betul isteri hamba,” jawab si pencari kayu.

Pari-pari begitu marah, “penipu, pembohonggg. Nah terima baaa," belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata, “maafkan hamba. Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham.”

“Jikalau hamba berkata, ‘TIDAK’, tentu tuan hamba akan muncul dengan Anzalna dan selepas itu Tasha Shila. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata ‘YA’, tentu tuan hamba akan memberi keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata ‘YA’,” terang si pencari kayu ikhlas.



Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”


Friday, June 29, 2012

Tiga Bulan Lagi


Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.  

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?  

Dol : Setuju, bos.  

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?  

Dol : 3 bulan lagi, bos.


Mutiara Hikmah: Dari Jabir Bin Abdullah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak di makan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.”


Saturday, June 23, 2012

Minta Dicium Di Tiga Tempat



Di dalam bilik ketika malam pertama, sepasang suami isteri sedang asyik berbisik-bisik.

“Sayang, apa yang paling kamu dambakan?” tanya suami kepada isteri.


Si isteri dengan malu-malu kucing berkata, “hal yang paling saya inginkan ialah, harap abang dapat mencium diriku di tiga tempat.”

“Ah, mudah saja. Cuba sayang katakan di tiga tempat yang mana?”

“Paris, London dan New York.”


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya  dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” [Riwayat At-Tabrani]


Thursday, June 21, 2012

Lelaki dan Monyet Peliharaannya


Seorang lelaki membawa monyet peliharaannya masuk ke dalam sebuah bar. 

Sambil dia minum-minum, dia melepaskan monyet tersebut berkeliaran dalam bar. Si monyet tadi pun pergi ke sana sini dalam bar. Apa yang dia jumpa, semua habis dimakannya, termasuklah sebijik bola pool.  

Kelakuan si monyet tadi diperhatikan oleh penjaga bar yang berasa amat marah lalu pergi kepada tuan punya monyet tadi.  

“Awak tau tak apa yang monyet awak dah buat?” tanya si penjaga bar.   

“Entahlah, saya tengah minum tadi, tak perasan pulak,” jawab si lelaki tadi.  

“Monyet awak ni dah minum air pelanggan saya, dah makan burger saya dan jugak dah makan sebijik bola pool tau,” terang si penjaga bar dengan marah.  

“Oh, biasa lah itu encik, monyet saya ni semua dia makan, tak kira apa pun. Tak apalah nanti saya bayar apa yang dia dah makan kat encik.”  

Selepas itu, dia pun menyudahkan minumannya dan terus membayar semuanya kepada si penjaga bar.  

Selang dua minggu selepas itu, lelaki yang sama datang kembali ke bar tersebut sambil membawa monyet peliharaannya tadi. Seperti biasa si monyet itu dilepaskan merata-rata ke dalam bar sementara beliau menikmati minumannya.  

Akan tetapi, setiap kali monyet tersebut mencapai sesuatu benda, dia akan melekatkan benda tersebut di lubang punggungnya, dan setelah agak berpuas hati, dia akan memakan benda tersebut. 

Kelakuan monyet tadi diperhatikan oleh si penjaga bar dengan perasaan jijik dan marah. Beliau pun menghampiri si lelaki pemilik monyet tersebut.  

“Awak ni, macam tak peduli jer apa monyet awak tu buat ekk?” tanya si penjaga bar dengan marah. 

“Bukan sahaja pengotor monyet awak tu, lekat kat lubang punggung dulu baru makan. Jijik saya tengok tau.”  

Si lelaki tadi melihat ke arah si monyetnya sambil berkata kepada si penjaga bar, “Oh, biasa la tu encik, nanti saya bayar semuanya. Tapi sekarang ni dia ukur dulu sesuatu benda sebelum dia makan, selalunya dia main makan jer. Saya pun hairan kenapa?” 


Mutiara Hikmah: Daripada Jabir R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.”


Monday, June 18, 2012

Rizal Dan Monyet


Rizal baru saja berpindah ke kampung yang berhampiran dengan hutan simpan. Masalahnya ialah dia sering diganggu monyet besar yang selalu melarikan baranganya dari rumah. 

Rizal menghubungi renjer hutan untuk mendapatkan bantuannya. 

Keesokkannya datang seorang renjer dan dibawa bersamanya seekor anjing, seutas tali dan sepucuk senapang. 

“Saya akan naik ke atas pokok dan mengoyang-goyangkan pokoknya agar monyet tersebut jatuh, kemudian anjing yang telah terlatih ini akan menggigit kemaluan monyet tersebut. Dalam pada masa itu saya akan terus mengikatnya dengan tali dan membawanya pergi,” kata renjer tersebut. 

Sambil menunjuk senapang yang dipegang renjer tersebut, Rizal bertanya, “habis, apa gunanya senapang ini?”

“Untuk langkah berjaga-jaga. Kalau saya yang jatuh dahulu, tolong tembak anjingnya, sebelum dia menggigit kemaluan saya,” jawab renjer.


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai wanita muslimah janganlah jiran memperkecilkan (pemberian) jirannya walaupun (pemberian) itu hanya berupa kaki kambing.”


Sunday, June 17, 2012

Kuda Menarik Kereta


Seorang lelaki tidak dapat mengawal keretanya ketika hujan renyai lalu terjatuh ke dalam lubang yang berlumpur. Nasibnya agak baik kerana kejadian itu diperhatikan oleh petani tempatan yang datang menolongnya denga membawa seekor kuda yang kelihatan besar dan gagah bernama Jantan.


Dia mengikat Jantan  di hadapan kereta dan menjerit, "tarik Karambit, tarik."


Jantan tidak bergerak.


Kemudian petani melaung, "tarik Jagindas, tarik."


Tiada respon dari Jantan.


Sekali lagi petani itu memberi arahan, "tarik Mumbala, tarik."


Jantan tetap tak berganjak.


Kemudian dengan acuh tak acuh petani itu berkata, "tarik Jantan, tarik."


Dengan sekali rentap kereta itu keluar dari lubang yang berlumpur.


Dengan rasa berterima kasih pemandu kereta itu bertanya kepada petani kerana perasaan ingin tahu yang tidak dapat disekat-sekat, "kenapa encik memanggil nama kuda encik dengan nama yang salah sebanyak tiga kali."


Petani menjelaskan, "Oh, Jantan buta. Dan jika dia tahu hanya dia sahaja menarik kereta, pasti dia tak akan menarik dan kereta encik tentu masih ada di dalam lubang."


 Mutiara Kata: 
Daripada Abu Zar R.A katanya, Nabi S.A.W telah bersabda kepadaku, "Janganlah kamu memperkecilkan kebaikan sedikitpun, sekalipun engkau menemui saudara engkau dengan wajah yang berseri-seri."

Saturday, June 16, 2012

Kedai Runcit Auntie Cina



"Auntie, ada gula tak?" tanya seorang budak yang disuruh ibunya ke kedai.


"Ada sana tu," kata auntie cina sambil menunjuk ke rak gula.

"Tak ada pun. Garam sama belacan saja ni."


"Ada pun," kata auntie sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis garam.



"Auntie, saya mahu gula bukan garam."

"Gula la ni, tapi saya sengaja tulis garam supaya itu semut tidak nampak."




 Mutiara Kata: 
Daripada Abu Zar R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik." 

Thursday, June 14, 2012

Harijadi Ke Tujuh Belas



Seorang anak bertanya pada ibunya.

"Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta di rumah?" tanya seorang anak pada ibunya.



"Boleh, boleh. Nanti mama akan aturkan," janji ibu kepada anaknya.

"Ma, boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?"

"Boleh, nanti mama uruskan jemputannya."

"Ma, boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?"



"Boleh, boleh. Nanti mama belikan."

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah di rumahnya. Kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

"Ma, boleh saya pakai lipstick tak?"

"Tak boleh."

"Alah, mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh."

"Tidak boleh. Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick."

"Alaaaa, boleh la mama, please."

"Azwan, kali ini mama tidak mahu berkompromi. TIDAK BOLEH, kamukan lelaki."




 Mutiara Kata: 
Daripada Abu Zar R.A katanya, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Telah diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku sama ada yang baik atau yang jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik atau yang jahat. Maka aku dapati di antara amalan-amalan yang baik ialah membuangkan sesuatu yang merbahaya yang terdapat di jalan. Dan aku dapati di antara amalan-amalan yang jahat ialah berkahak di dalam masjid yang tidak ditimbus."

Monday, June 11, 2012

Jadikan Aku Wanita





Mengisahkan seorang perempuan yang mempersoalkan kemampuan lelaki untuk membuatkannya berasa seperti perempuan. Enjoy.

Dalam satu perjalanan, sebuah kapal terbang telah terjerumus ke dalam sebuah ribut taufan yang amat kuat. Gangguan angin tersebut sangat teruk. Keadaan menjadi lebih buruk apabila salah satu enjin mengalami kegagalan untuk berfungsi setelah dipanah petir yang amat dahsyat. Keadaan di dalam pesawat menjadi semakin buruk dengan hiruk pikuk semua penumpang. Ada yang berdoa, ada yang menjerit, ada yang bertafakur, tidak kurang juga yang menangis.

Dalam kekalutan itu, seorang wanita menjadi cemas dan semakin hilang kawalan. Tanpa disangka, dia pergi ke bahagian hadapan pesawat dan menghadap semua penumpang lalu menjerit, "saya terlalu muda untuk mati. Tapi kalau ditakdirkan saya mati, saya nak detik-detik terakhir saya jadi sesuatu yang diingati."



Hampir separuh penumpang tersentak dan mula memberi perhatian terhadap tindakan wanita itu.

Seketika, dia menyambung, "saya ada banyak kekasih dalam hidup ini, tapi tak ada seorang pun dari mereka yang mampu membuatkan saya rasa seperti seorang wanita. Ada sesiapa dalam pesawat ini yang mampu buat saya rasa seperti seorang wanita?".



Buat seketika masa dalam pesawat seolah-olah berhenti. Semua penumpang menumpukan perhatian kepada wanita itu. Melupakan kekalutan yang sedang dilalui.

Tiba-tiba seorang lelaki yang tegap berdiri di hujung belakang pesawat dan berkata, "saya boleh layan dan buatkan awak rasa betul-betul seperti seorang wanita."



Suaranya serak dan berelemen kelelakian. Perlahan-lahan lelaki itu berjalan ke hadapan. Wajahnya kacak, tubuhnya sasa, rambutnya hitam dan ikal dan bermata coklat.

Perlahan-lahan dia menghampiri wanita yang berdiri di hadapan itu. Semua penumpang terpaku. Menumpukan perhatian kepada situasi yang mendebarkan itu. Sambil lelaki itu melangkah, satu butang kemejanya dibuka. Beberapa langkah lagi, dia membuka lagi butang kemejanya. Ketika semakin hampir dengan wanita itu, butang bajunya sudah habis dibuka dan ditanggalkan. Jantung wanita itu mula berdegup kencang. Peluh mula terbit di dahinya. Dingin. Lelaki itu semakin menghampirinya lalu merangkul lengan wanita itu. Wanita tersebut semakin pasrah dan matanya terbuntang apabila lelaki itu berbisik di telinganya.

"Tolong seterika baju ni."




 Mutiara Kata: 
Daripada Ibnu Masu'd R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda, "Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka." 

Sunday, June 10, 2012

Lelaki Dan Rokok


"Abang. Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah," kata isteri.

"Iya, abang tahu sayang," jawab suami.

"Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan." 

"Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok ni, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita," kata suami berfalsafah.

"Membantu? Dengan membeli rokok?" tanya isteri kehairanan.

"Betul sayang. Abang sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia, tetapi apakan daya. Itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu."

"@#$%%^."

Mutiara Kata: 
Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban R.A hamba Rasulullah S.A.W katanya, aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."





Saturday, June 9, 2012

Susah Betul Permintaan Kau, Labu


Suatu malam, ketika sedang berjalan sepanjang pantai Pulau Pangkor, seorang pemuda menemukan lampu tua yang diletakkan di atas batu. Ketika dia mengambil dan menggosoknya, seorang jin mendadak muncul.

"Baik, cukup sudah," bentak jin itu. "Ini keempat kalinya dalam bulan ini orang menggangguku. Aku begitu marah sampai aku hanya akan memberimu satu permintaan bukannya tiga. Katakan apa yang kau inginkan dan jangan membuang waktuku."

Pemuda itu berfikir, kemudian berkata, "aku selalu bermimpi pergi ke Hawaii, tetapi aku takut terbang dan aku memang mabuk laut di atas kapal. Bagaimana kalau kau buatkan aku jambatan ke Hawaii? Dengan begitu, aku boleh naik kereta ke sana."

Jin itu tertawa. "Jambatan ke Hawaii? Kau pasti bergurau? Bagaimana aku boleh mendapat penyangga yang sampai ke dasar laut? Itu memerlukan terlalu banyak simen, dan tentunya terlalu banyak cerucuk. Itu sama sekali tidak boleh dilakukan. Fikirkan permintaan lain."

Kecewa, pemuda itu berusaha keras untuk memikirkan permintaan lain.

Akhirnya ia berkata, "baiklah, aku punya keinginan lain. Semua wanita dalam hidupku berkata aku tidak peka dan romantik. Aku berusaha dan berusaha untuk menceriakan mereka, tetapi tidak ada yang berhasil. Aku tidak tahu di mana kesilapanku."

"Satu permintaanku, adalah untuk memahami perasaan perempuan. Ingin tahu bagaimana sebenarnya perasaan mereka ketika mereka membisu padaku. Ingin tahu mengapa mereka menangis. Ingin tahu apa yang mereka inginkan ketika mereka tidak memberitahu aku apa yang sebenarnya mereka inginkan. Aku ingin tahu apa perkara yang boleh membuat mereka benar bahagia."

Sepi seketika, kemudian jin itu berkata sambil pening, "kau nak jambatan ke Hawaii itu berlorong dua atau empat?"

Memang susah untuk mengetahui perasaan perempuan kan, jin pun tak mampu, ini kan manusia.




 Mutiara Kata: 
Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari huru-hara azabnya, maka huru-hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru-hara di tempat-tempat yang lain lebih berat lagi."

Friday, June 8, 2012

Kenangan 20 Tahun Lalu


Seorang isteri terbangun dari tidur untuk mencari suaminya yang tidak berada bersamanya di atas katil. Setelah menyarungkan pijama dia melangkah turun ke bawah. Kelihatan si suami duduk di meja di penjuru dapur bersama segelas kopi panas di depannya. Si suami hanya termenung tanpa berkelip, memandang ke dinding tanpa perasaan. Kelihatan suaminya menyeka air mata dan kemudian mula menghirup kopi.


"Kenapa sayang? Kenapa termenung sorang-sorang di tengah-tengah malam ni?" dia bertanya.


"Sayang ingat tak 20 tahun dahulu ketika kita mula berdating dan sayang hanya berumur 16 tahun?" tanya si suami.


"Ya, saya ingat," dia mengulang.


"Masihkah sayang ingat ketika bapa sayang menangkap kita sedang berasmara di seat belakang kereta abang?"


"Ya saya ingat," kata si isteri.


"Adakah sayang ingat ketika bapa sayang menghalakan senapang patah ke muka abang dan berteriak, 'Samada kau menikahi anak perempuan aku atau kau menghabiskan masa kau 20 tahun di dalam penjara'?"


"Ya, saya ingat," katanya sambil mengangguk.


Dia menyeka air matanya di pipi sebelah lagi sambil berkata, "kalaulah saya memilih masuk penjara, saya akan dibebaskan hari ini."



 Mutiara Kata: 
Daripada Anas R.A daripada Rasulullah S.A.W sabdanya, "Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal bersamanya hanyalah amalannya."

Thursday, June 7, 2012

Peguam Jadi Pening



"Anda kenal dengan tertuduh?" tanya peguam kepada saksi utama.

"Tidak, tuan."

"Anda tidak kenal dengan orang ini?" ulang peguam sekali lagi.


"Kalau dia, saya kenal. Namanya Kadir, bukan Tertuduh."



"Jadi anda kenal dengan saudara Kadir?" tanya peguam mulai jengkel.

"Tidak, tuan."

"La, tadi anda kata kenal?" kata peguam mulai geram.


"Sama Kadir saya kenal, tetapi tidak saudaranya."




 Mutiara Kata: 
Daripada Abi Hurairah R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Neraka itu didindingi dengan perkara-perkara yang diingini hawa nafsu, syurga itu didindingi dengan perkara-perkara yang dibenci oleh hawa nafsu."