Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, November 30, 2012

Tan Hock Lye Jadi Polis


Tan Hock Lye mencuba untuk melamar menjadi anggota polis. Oleh kerana itu dia harus menjalani suatu test di hadapan seorang polis berpangkat sarjan. Kerana sedar bahawa pemuda itu tidak terlalu cerdas, maka si sarjan hanya menanyakan sebuah pertanyaan yang sederhana.  

“Tan Hock Lye,” kata si sarjan, “tahukah kamu siapa yang membunuh John F. Kennedy?”  

Hock Lye ligat berfikir, tetapi tidak satu katapun dia ucapkan.  

Okey,” kata si sarjan. “Kamu tak perlu cemas. Pulanglah ke rumah dan cuba fikirkan lagi jawapannya. Esok saya tunggu kamu di sini.”  

“Bagaimana, Ah Lye?” tanya mamanya pada saat makan malam (tentunya berlauk siakap), “apakah kau diterima?” 

“Bukan sahaja diterima, mama,” katanya sambil tersenyum lebar, “bahkan saya sudah ditugaskan untuk menyelesaikan sebuah kes pembunuhan.”



Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya, dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”



Friday, November 23, 2012

Asal Usul Tan Hock Lye


Tan Hock Lye mendatangi mamanya di dapur yang sibuk menyiang ikan siakap dan langsung bertanya, “mama, dari mana asalnya burung merpati?”  

“Dari telur,” jawab mamanya.   

“Oooo,” jawab Hock Lye.   

“Saya pula asalnya dari mana?” tanya Hock Lye lagi.  

Si mama merasa sudah saatnya untuk menjelaskan kepada si anak mengenai asal usulnya. 

Lalu si mama bercerita, “semuanya diawali dengan rasa sayang mama dan papa, lalu mama dan papa menikah. Kerana rasa sayang mama dan papa itu, mama kemudian hamil. Waktu itu kamu ada di dalam perut mama, masih kecil sekali. Lama kelamaan kamu mulai tumbuh membesar sehingga perut mama juga membesar. Setelah sembilan bulan kemudian baru kamu lahir. Sekarang kamu sudah menjadi sebesar ini,” si mama menutup penjelasannya sambil tersenyum.  

“Ada apa sebenarnya kamu bertanya seperti itu?” tanya si mama.  

“Nothing, tadi di sekolah saya ditanya guru, kamu berasal dari mana?” jawab Hock Lye jujur.  

“Sejujurnya, kamu jawab apa?” tanya si mama lagi.   

“Saya diam saja, I have no idea,” jawab Hock Lye.  

Merasa kehairanan, si mama bertanya lagi, “kawan-kawan kamu yang lain jawab apa?”  

“Ada yang dari Teluk Kumbar, ada yang dari Sungai Pinang. Dari Baling pun ada, mama,” jawab Hock Lye sambil ternganga.


Mutiara Hikmah: Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”



Tuesday, November 20, 2012

Tan Hock Lye Yang Bijak?


“Cuba kamu cerita dari mula bagaimana kejadiannya, kamu melanggar 50 orang dalam satu kemalangan kereta?” tanya polis berpangkat sarjan kepada Tan Hock Lye.  

“Sewaktu memandu kereta, saya memandu dengan kelajuan 100 km/jam. Ketika hampir di simpang tiga, baru saya sedar tayar kereta saya meletup, hendak dibelokkan kiri ada dua orang lelaki, sedangkan di kanan ada majlis hari jadi. Kalau encik pilih jalan yang mana?” cerita Hock Lye panjang lebar.

“Sudah tentu ke kiri, angka korbannya tentu kurang sedikit.”  

“Betul encik. Itu juga dalam kepala saya.”  

“Tapi kenapa orang yang sedang berparti di majlis hari jadi kena juga?”  

“Masalahnya kan tadi saya pilih melanggar dua orang lelaki yang di kiri. Tahu tak, yang dilanggar cuma seorang, seorang lagi lari ke majlis hari jadi yang ada di kanan. Apalagi saya kejar dia sampai ke majlis hari jadi encik.” 

“Huuuuhhhh! Memang mangkuk ayun betul.”



Mutiara Hikmah: Ma'qil Ibnu Yasar R.A berkata, “Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” [Al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6]



Sunday, November 18, 2012

Tan Hock Lye Ke Laut


Tan Hock Lye memancing ke tengah laut, duduk di bawah terik matahari sepanjang hari tanpa menangkap seekor pun. Dalam perjalanan pulang, dia berhenti di Mydin supermarket dan memesan empat ekor semilang.   

Dia mengatakan kepada penjual ikan, “pilih empat ekor yang besar lalu lemparkan padaku, bolehkah awak lakukan?”   

“Kenapa awak ingin saya melemparnya pada awak?”    

“Kerana aku ingin memberitahu mama aku bahawa aku menangkap mereka.”    

Okey, tapi saya menyarankan agar awak mengambil ikan siakap.”    

“Tapi kenapa?”   

“Kerana mama awak datang lebih awal hari ini dan mengatakan bahwa jika awak datang, saya harus memberitahu awak untuk mengambil ikan siakap. Dia lebih suka siakap untuk menu makan malam nanti.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya nabi S.A.W bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman,” lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya.”  Dalam riwayat Muslim, “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya.”

Monday, November 12, 2012

Menyajikan Menu Sarapan Biskuit Panas



Seorang gadis ditawarkan untuk mengasuh kanak-kanak berusia lapan tahun dari jiran sebelah rumahnya. Dia tiba tepat waktunya untuk mempersiapkan sarapan, dan menyajikan wafel di depan budak itu.  

“Ibu saya selalu memberi biskuit panas untuk sarapan,” kata budak lapan tahun itu.  

Jadi kerana bersemangat untuk membantu, si babysitter bergegas ke dapur dan cepat menyiapkan sepiring biskuit panas, yang dia letakkan di depan gadis kecil itu.  

“Tidak, terima kasih. Saya lebih suka wafel,” katanya.  

“Tapi kamu baru sebentar tadi mengatakan ibumu selalu menyajikan biskuit panas untuk sarapan?” kata babysitter kaget.  

“Ibu saya memang begitu,” kata anak itu. “Tapi saya tidak pernah memakannya.”


Mutiara Hikmah: Daripada ‘Amru Bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya R.A katanya, sabda Rasulullah S.A.W, “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka.”