Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, April 30, 2011

Siapa Di Luar?

Seorang penjenayah tua yang menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya.

Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.

"Siapa di luar?", teriak orang tua itu dengan ketakutan.

"Saya Malaikat Maut".

"Oh! Syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis".

Kunci

Tahun 1511- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.

"Simpan anak kunci ini. Jika hamba tak kembali, tuan hamba bukakanlah cawat besi isteri hamba. Hamba izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yang disukainya", pesan Paglima Megat Panji Alam kepada rakanya Megat Al-Hisyam.

"Baiklah sahabat hamba", janji Megat Al-Hisyam.

Menjelang petang, ketika Panglima Megat Panji Alam bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu.

Setelah hampir, barulah Panglima Megat Panji Alam mengenalinya, dia ialah sahabat yang cukup dipercayainya itu.

"Maaf, panglima telah memberi kunci yang salah".

Tak Tahan



Sepasang pengantin baru berjumpa doktor kerana mengalami ganguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu kesihatan mereka terjejas disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks.

"Buat sementara waktu, kamu berdua dinasihat menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali sahaja dalam seminggu. Untuk memudahkan mengingati jadualnya, saya sarankan agar kamu berdua melakukan hubungan kelamin hanya pada hari yang bermula dengan huruf S iaitu hari
Selasa dan Sabtu", saran doktor itu.

Pulanglah pasangan pengantin baru itu dan berjanji akan mengikuti nasihat doktor tersebut.
Akan tetapi pada malam ketiga 'berpuasa' daripada membuat hubungan kelamin, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya, lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?", tanya si isteri.

"Sumaat".

Wednesday, April 27, 2011

Makmum

Selepas mengalunkan iqamat, iman menoleh seketika ke belakang sambil mengingatkan makmum membetulkan saf.

Ketiga-tiga makmum, semuanya lelaki cina mualaf patuh arahan yang diingatkan imam.

Solat berjalan lancar hingga rakaat pertama.

Ketika imam membaca Al-Fatihah di rakaat kedua, entah dari arah mana seekor tikus terjun dari atas alang betul-betul di hadapan makmum yang pertama.

Kerana terkejut, makmum pertama Fakarudin Chin Abdullah separuh menjerit,"tikus lali banyak busat".

Di sambut oleh makmum kedua iaitu Jamaludin Ong Abdullah, "Haji pesan jangan cakap".

Kemudian makmum ketiga Razally Cheah Abdullah menoleh ke arah kedua-dua makmum tadi sambil mengeleng-gelengkan kepala,"aku solang tara cakap".

Bangkai Gajah

Seorang pengurus sebuah zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di zoo tersebut.

Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

"Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati", kata pengurus itu memujuk.

"Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya", kata lelaki itu separuh sebak.

Samy Velu Melawat Rumah Sakit Jiwa

Setelah bersara dari jawatan menteri Samy Velu mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.

"Bagaimana keadaan kamu?", tanya Samy Velu pada pesakit.

"Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada di sini?".

"Senang tuan", para pesakit itu bersorak serentak.

"Apakah kelakuan kamu baik di sini?".

"Baik tuan", ujar seorang pesakit.

"Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan".

Lembu Mengawan


Saya dan isteri membuat lawatan ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu-lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang diletakkan yang menyatakan,
'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS'.



Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata, "dia mengawan 50 kali tahun lepas".



Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut, 'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS'.

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata, "wow! Itu dah lebih dari dua kali seminggu. Abang boleh belajar banyak dari dia".

Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan, 'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'.





Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata, "itu bermakna sekali setiap hari. Abang memang boleh belajar banyak dari lembu jantan ini".



Saya pandang isteri saya dan berkata kepadanya, "awak pergi tanya lembu jantan itu, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA?".








Tuesday, April 26, 2011

Cermin Mata Telanjang



Suatu hari Haikal pergi ke kedai kaca mata dan dia tertarik pada satu cermin mata yang menurut penjualnya boleh melihat menembusi pakaian.

Ketika dia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang. Haikal membuka semula cermin matanya, mereka kelihatan berpakaian lengkap. Dipakainya lagi, semuanya nampak telanjang.


“Hebat”, teriak Haikal kegirangan lalu membelinya.

Sambil tersenyum meleret, dia memakai cermin mata itu hingga sampai ke rumahnya. Dia ingin menunjukkan kaca mata itu kepada Suzie, isterinya, akan tetapi isterinya itu tidak berada di ruang tamu.


Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui kaca matanya dia melihat isterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya.


Haikal lalu membuka kaca matanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masih telanjang. Dipakainya kembali kaca mata itu tetapi keduanya masih juga telanjang.


Sambil marah-marah Haikal berkata, “sial. Cermin mata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak”.



Akta 15

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial, Hamid dan Rosni selalu bersama walau ke mana jua.

Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating berkatalah Hamid, "kita nak kemana ni?".

"Tak kisah la. Mana-mana pun boleh", jawab Rosni.

"Apa kata kalau kita ke belakang Seagate", cadang Hamid.

"Saya okey saja", kata Rosni separuh gembira.

Apabila sampai di pantai Seagate mereka berdua tidak keluar dari kereta. Mereka hanya berehat sambil berbual-bual di dalam kereta.

Mulanya berbual biasa. Lama-kelamaan Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni. Nampaknya Rosni tidak membantah. Beberapa minit kemudian, Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas. Rosni masih tidak membantah.

Hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi, Rosni berkata dengan sopan, "Abang Hamid, ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial".

Setelah mendengarkan teguran Rosni itu, Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu.

"Maafkan saya", luah Hamid separuh malu.

"Tak apa", balas Rosni.

Lalu Hanid menghantar Rosni pulang.

Di rumah, Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15. Lalu dia membaca kandungannya, "Teruskan Usahamu. Jangan Lakukan Separuh Jalan Sahaja".

Di Sini Tak Boleh Berenang

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "dilarang berenang. Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini".

Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.

"Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?", soal wanita tersebut.

"Memanglah di sini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian", jawab pemilik dusun dengan selamba.

Monday, April 25, 2011

Teliti Itu Penting

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya.

"Sebagai contoh", kata pensyarah itu lagi sambil mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata, "kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. Sekarang, tumpukan perhatian. Paham".

Sunday, April 24, 2011

Zaman Prasejarah

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran prasejarah.

Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Zally Bebeto yang sedang bertugas.

"Pak cik nak tanya sikit. Pak cik musykil ni", kata Pak Mat.

"Apa yang pak cik musykil?", tanya Zally Bebeto.

"Pak cik nak bertanya. Agak-agaknya la berapa umur dinasour ni?".

Dengan penuh yakin Zally Bebeto menjawab, "satu juta tahun, empat bulan, lima hari".

"Terrornya awak. Macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?".

"Waktu saya mula kerja kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun. Sekarang saya dah empat bulan lima hari kerja kat sini", jawab Zally Bebeto selamba.

Suami Isteri

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.

Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota, "KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI" dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.

Keesokan harinya si suami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis, "BANG, BANGUN BANG. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI".

Tragedi Jatuh Bangunan

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai saja di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

"Terima kasih, anda telah menolong saya", kata wanita seksi itu.

"Sama-sama, tapi anda harus membalas budi saya", kata lelaki Inggeris tadi.

"Bagaimana saya harus membalas budi tuan".

"Tidur dengan aku", kata lelaki Inggeris.

"Tak guna, kau ingat aku pelacur? Tidak", bentak perempuan seksi itu.

"Baiklah kalau begitu", kata lelaki Inggeris itu seraya melepaskan semula wanita itu.

Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

"Terima kasih, anda telah menolong saya".

"Sama-sama, tapi anda harus membalas budi saya", lelaki Perancis menghulurkan jerat.

"Bagaimana?".

"Tidur dengan aku".

"Tak guna. Aku tak mahu", kata perempuan seksi itu sambil meludah ke muka lelaki Perancis.

"Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu", dengus lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata, "terima kasih, anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda".

"Astaghfirullah Al-azim", kata lelaki Arab itu.

Kerana terkejut lelaki Arab terlepas pegangan wanita seksi itu.

Tiada Jerung Di Sini

Ketika saya dan beberapa kawan saya berenang di lautan Zambezi, Mozambique, saya bertanya kepada seorang budak laki-laki yang sedang asyik memancing apakah ada jerung di laut tersebut.

Anak itu menjawab, "tidak ada".

Kemudian saya dan teman saya terjun ke laut dan mulai berenang. Tapi saya kurang percaya, maka setelah beberapa minit saya kembali bertanya untuk meyakinkan apakah betul tidak ada jerung di sungai itu.

Dia menjawab, "tidak ada jerung. Kerana jerungnya takut dengan buaya yang ada di sini".

Dua Sahabat

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.

Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini".

Maka dua orang sahabat itu berpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing.

Racun

Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur, hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, Jake memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan, "Susan, isteriku," dia berbisik.

"Suamiku, jangan berbicara, berehatlah".

"Susan, saya harus mengakui sesuatu", Jake berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu diakui", jawab Susan dengan bersedih.

"Semuanya baik-baik saja, tidurlah", kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibu tirimu".

"Saya tahu," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu".

Jaga Kau Harun

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal. Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi.

"Imah, sebelum aku mati nanti aku ingin berpesan padamu", Hadi meninggal wasiat terakhir buat isterinya.

"Iya, bang. Cakaplah", kata Imah separuh sebak.

"Aku mahu kau kahwin dengan Harun", kata Hadi tersekat-sekat.

"Eh! abang ni. Bukan Harun tu musuh ketat abang selama ini? Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?", dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu".

Thursday, April 21, 2011

Tiga Kali Sahaja

Pada satu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang.

Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?".

Maria agak terkedu sekejap dan merenung tepat muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama perkahwinan kita".

"3 kali?", Tan Sri agak terkejut, tetapi tidak menunjukkan kemarahan, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?", sambung Tan Sri.

Dengan suara seakan berbisik Maria membuka lebaran cerita lama, "abang ingatkan masa kita mula-mula kahwin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa itu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank".

"Ya, abang ingat peristiwa tu", jawab si suami.

Si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yang pada satu petang Maria pergi jumpa pegawai bank itu dan esoknya, pihak bank tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan".

"Emmmm. Sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami.

" Kali ke 2 pulak?".

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak, sedangkan kita tak punyai duit untuk buat pembedahan?", si isteri menyambung cerita.

"Ya, abang ingat", jawab si suami.

"Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria pergi berjumpa doktor pakar itu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran sesen pun".

"Oh! Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak. Yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi".

Tiba-tiba pandangan Tan Sri berbalam-balam.

Acik Lan

Salman pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?", tanya Salman.

"I diserang sakit jantung", jawab isterinya.

Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar".

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.

Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung kau pulak cuba menakutkan anak aku ya?".

Ayam Panggang

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai.

Ketika asyik menikmati makanannya pelayan yang lain menghampirinya dan berkata, "maaf, encik. Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada. Maaf ya, encik".

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah lalu berkata,"kerana terlanjur sudah makan sedikit jadi ayam ini milik saya. Lagi pun saya juga membayarnya".

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak, jangan sentuh lagi. Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perut kau. Pendek cerita apapun yang engkau lakukan pada ayam itu, akan aku lakukan juga pada engkau".

Razak terdiam beberapa minit. Lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayam panggang itu, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.

Wednesday, April 20, 2011

Pelancong Sombong




Satu hari seorang pelancong USA dengan sombongnya menyewa teksi untuk melancong sekitar Kuala Lumpur. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.


"Mr. John inilah menara Dayabumi. Dibuat dari marmar putih, bila malam ia berkilauan. Kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya", kata pemandu teksi dengan bangga.


"Ceh! Kalau di USA bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja", kata pelancong tadi dengan angkuhnya.


Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan Kuala Lumpur pelancong tadi dibawa ke Menara KL.


"Mr. John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya", kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.


"Oh! Kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja", kata pelancong tadi dengan sombongnya.


Merah padam muka pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.


Pelancong tadi dengan tersengih menyindir sambil menunjukkan ke arah KLCC, "Che Senin berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu".


"Apa?", kata pemandu teksi tadi, "bangunan mana?", tanya pemandu teksi lagi kehairanan.


"Itu, yang tinggi itu", kata pelancong tadi sambil menunjukkan bangunan KLCC.


"La Usupadora. Entahlah Mr. John. Semalam saya lalu kat sini tak ada pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh. Impossible", kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka.


Mr. John terdiam sambil menyuruh pemandu teksi memberhentikan teksi. Setelah membayar tambah teksi Mr. John berlalu tanpa menoleh kepada pemandu teksi.



Tuesday, April 19, 2011

Kahwin Lain

Malam itu selepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

“Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”, tanya Ajoi kepada isterinya.

“Tentu saja tidak. Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak macamana kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”, tanya isteri Ajoi, Azah.

“Tentu sekali tidak. Sama juga macam ayang, abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang”, jawab Ajoi selamba.

Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya.

Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut. Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?".

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "susah mencari kereta palsu".

Monday, April 18, 2011

Umur Tinggal Enam Minggu

Seorang lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, saya minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi".

"Tapi doktor," Harun menjawab, "saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini. Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?".

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "dan itu akan menyembuhkan saya?".

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah".

Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.

Rahmat : ?????

Tiga Pesalah

Tiga orang lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengedar video lucah aksi seorang ketua pembangkang.

Lalu hakim berkata, "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada saya. Kalau saya dapat menjawab, kamu akan ditahan di penjara. Tapi kalau aku tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan.

Ahli falsafah mula berkata, "saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya saya rela dihukum".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan, lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk disahkan.

"Ya benar sekali inilah bukunya Yang Arif".

Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan, "cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat".

Sambil menekan kalkulator dengan pantas, hakim memberikan jawapannya. Dan ternyata jawapannya tepat.

Lalu pakar matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.

"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya", kata si pelawak.

Apabila kerusi disediakan, pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.

Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim, "Yang Ariff, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?".

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi, hakim berkata, "kentut kamu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini".

"Salah. Sebenarnya kentut saya keluar lubang punggung aku ini".

Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Tipah Tertelan Duit


Malam itu, sepasang suami isteri sedang bersiap-siap hendak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka lantas mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.

Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya.

"Ha, kan ayah dah keluarkan ni".

Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "buat lagi sekali ayah".

Friday, April 15, 2011

Pesan Mak


Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. Tengah syok-syok bersembang tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.

Mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Pasal apa adik menangis", tanya Radhi.

"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong", pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata, "tadi sebelum saya keluar mak sudah pesan, kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada la".

Mendengar penjelasan budak tadi, Radhi dan Khalid hanya menggelengkan kepala. Tak tahu apa nak explain kat budak itu.

Pak Ali Di Rumah Orang Tua

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?", tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, nurse-nursenya manis-manis. Tapi ada satu masalah", terang Pak Ali.

"Masalah apa pak?", tanya anak Pak Ali.

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini", terang Pak Ali selamba.

Ubat Tidur

Azman yang baru seminggu berkahwin telah menghantar isterinya ke hospital kerana tiba-tiba saja telah jatuh pengsan di rumah.

Setelah isterinya pulih dan dalam keadaan termangu-manggu kebingungan, doktor telah berkata kepada Azman.

"Encik Azman, ini ubat-ubatan untuk penenang dan pil tidur yang perlu di makan. Isteri encik perlu rehat yang banyak dan jangan diganggu buat sehari dua", kata doktor.

"Bila perlu saya berikan kepada isteri saya tuan doktor?", tanya Azman.

"Pil-pil itu bukan untuk isteri awak. Pil itu untuk awak",jawab doktor.

Saturday, April 9, 2011

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang guru besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya.

Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga?".

"Memang benar", anak murid itu berkata, "tapi bagaimana cikgu tahu?".

"Oh, hanya meneka", katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula".

"Tepat sekali, tapi bagaimana cikgu tahu?", tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata guru besar.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru besar memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?", dia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?", dia bertanya.

"Tidak", jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan, "cikgu menyerah, apa benda ini?"

Anak murid itu menjawab, "itu anak anjing".

Kesalahan Kedua

Suatu hari seorang pembantu makmal menerima gaji lebih besar dari jumlah gajinya yang sepatutnya. Jumlahnya cukup besar dan dia merasa sayang untuk melaporkan dan mengembalikannya, jadi dia mendiamkannya saja.

Bulan berikutnya, dia menerima gaji yang lebih kecil dari biasanya. Dia lalu memutuskan untuk memprotes kepada bos.

"Boss, mengapa gaji saya bulan ini sedikit sangat?", tanya pembantu makmal tak puas hati.

"Bagaimana kamu ini, bulan lepas gaji kamu dibayar lebih besar dari yang sepatutnya kamu diam saja. Sekarang dapat sikit kamu protes".

Bingung, malu dan tidak mau kalah bercampur jadi satu, dan si pembantu makmal menjawab, "boss, siapa saja boleh buat kesalahan, tapi saya tidak mau itu terjadi untuk kedua kalinya".

Friday, April 1, 2011

Rizal Yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga.

Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik di belakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu, "encik", kata pak cik tersebut, "duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Anak Ajaib

Andi adalah seorang anak kecil yang masih kecil, lurus dan jujur. Suatu hari dia sedang bermain bersama kawannya.

"Ayah aku selalu bilang aku adalah anak yang istimewa kerana aku dilahirkan pada 09-09-1999 sembilan tahun setelah orang tua aku menikah", Amri memulakan perbualan.

"Aku juga, aku disebut anak bertuah kerana dilahirkan 2 tahun setelah pernikahan orang tua aku tepatnya 08-08-1998", kata Atie pula.

Andi yang tidak mau kalah menambah, "ayah aku cakap aku anak ajaib, bayangkan saja aku lahir tahun 07-07-1998".

Amri memangkah kata-kata Andi, "apa yang ajaib? Kan angkanya tak sama?".

"Memang, tapi orang tua aku menikah tahun 1999, ajaib kan?", kata Andi selamba.