Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, May 31, 2013

Lawak Mr. Bean



“Bila tarikh lahir awak?” tanya penemu duga.   

“6 hari bulan Januari,” jawab Mr. Bean.  

Tahun berapa?” tanya penemuduga lagi.

“Setiap tahun.”   

*******  

Manager asked Mr. Bean at an interview.    

“Can you spell a word that has more than 100 letters in it?”    

Mr. Bean replyed, “-P-O-S-T-B-O-X.”    

*******  

Selepas pulang dari satu urusan luar negara, Mr. Bean bertanya kepada isterinya, “adakah saya kelihatan seperti seorang pelancong?”   

“Tidak! Kenapa?”  

“Di New Delhi seorang perempuan bertanya saya, ‘adakah kamu pelancong?’”   

*******  

Seorang pelancong dari U.S.A. bertanya kepada Mr. Bean, “apakah ada tokoh terkenal yang lahir dari kampung ini?”   

“Tiada tuan, yang lahir di sini semuanya bayi kecil!”  

*******  

Lecturer : Write a note on Gandhi Jayanthi.    

So Mr. Bean writes, ‘Ghandi was a great man, but I don't know who is Jayanthi’.  

*******  

Ketika Mr. Bean melancong bersama isterinya sewaktu menaiki teksi, tiba-tiba pemandu teksi membetulkan cermin pandang belakang. 

Mr. Bean menjerit, “kamu cuba melihat isteri saya melalui cermin? Duduk belakang. Biar saya yang pandu.”  

*******  

“Cuba bayangkan kamu berada di tingkat tiga,” kata penemu duga, “kamu terperangkap dalam kebakaran dan bagaimana kamu nak menyelamatkan diri?”  

“Mudah. Saya akan berhenti membayangkan,” kata Mr. Bean.  

*******  

Mr. Bean. : My mobile bill how much?  

Call centre girl : Sir, just dial 123 to know current bill status.    

Mr. Bean. : Stupid, not CURRENT BILL my MOBILE BILL.    

*******  

“Saya fikir gadis di depan sana pekak,” kata Mr. Bean.

“Macam mana kamu tahu?” tanya kawannya.   

“Saya bagitahu saya cintakan dia, tapi katanya kasut yang dipakainya baru sahaja di beli.”  

*******  

Friend : I got a brand new Ford IKON for my wife!    

Mr. Bean : Wow! That's an unbelievable exchange offer!  

*******  

“Apakah binatang yang tertua sekali dalam dunia?” tanya cikgu.    

“Kuda belang,” jawab Mr. Bean.

“Buktikan,” kata cikgu.

“Hanya ada dua warna pada tubuhnya. Hitam dan putih.”  

*******   

Mr. Bean menghadiri satu temu duga di Software Company.    

“Adakah kamu tahu MS Office?” tanya pengurus.   

“Jika kamu memberi alamatnya, pasti saya dapat mencarinya, tuan. 

*******    

Mr. Bean menaiki Air Asia ketika bercuti ke Malaysia. Ketika pulang, tatkala kapal terbang mendarat dia menjerit, “Birmingham, Birmingham.”     

Ketua pramugari berkata dalam Bahasa English, “B silent.”   

Sahut Mr. Bean, “Ok. Irmingham. Irmingham.”  

*******  

“Apakah persamaan antara JESUS, KRISHNA, RAM, GANDHI dan BUDDHA?” tanya cikgu.  

Jawab Mr. Bean, “mereka semua lahir pada hari cuti umum.  

*******    

“Apakah perbezaan antara Oren dan Epal?” tanya cikgu.    

“Warna Oren adalah oren, manakala warna Epal bukan berwarna epal,” jawab Mr. Bean.

*******

“Ayah, apakah binatang yang bermula dengan huruf ‘B’,” tanya anak Mr. Bean kepada ayahnya.

“Badak,” jawab Mr. Bean sepatah.

“Lima ekor binatang yang bermula huruf ‘L’,” tanya anaknya lagi.

“Lima ekor badak,” jawab Mr. Bean selamba.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiga perkara akan menurut orang mati ke kuburnya, kemudian dua daripadanya akan balik dan tinggal satu bersama-samanya - ia akan diturut oleh keluarganya, hartanya dan amalnya, kemudian keluarganya dan hartanya akan balik, dan tinggallah amalnya bersama-sama dengannya.”




Wednesday, May 29, 2013

Kenal Di Jalan


Sepasang suami isteri sedang berjalan-jalan dengan santai di Campbell Street. Ketika menghampiri sebuah persimpangan, si suami tanpa mempedulikan papan tanda lalu lintas bermaksud segera menyeberang jalan dengan pantas menarik lengan isterinya.  

Kebetulan sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan agak tinggi hampir melanggar mereka. Pemandu kereta sambil menjulurkan kepala dari tingkap keretanya dengah separuh menjerit memaki-maki, “hoi, si otak udang! Rupanya kamu sudah bosan hidup, ya?” 

Kerana terkejut, sang isteri terdiam seketika, menarik nafas dengan tergagap-gagap bertanya kepada suaminya, “la, orang itu kenal dengan abang. Siapa dia?”


Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Demi Allah, tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman.” Lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai Rasulullah?” Jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya.”



Monday, May 20, 2013

Cerita Kedai Kopi.: Pengakuan



Setelah meletakkan gelas minuman, tuan kedai tanpa meminta izin duduk berhadapan seorang anak muda yang baru pertama kali singgah di kedainya.

“Pak cik tengok kamu termenung sejak tadi. Kalau tak keberatan, ceritakan kepada pak cik. Mana tahu pak cik boleh tolong,” kata tuan kedai membuka perbualan.

“Begini pak cik,” pemuda itu membuka mulut, “sebenarnya saya mempunyai kekasih sejak tiga tahun yang lalu. Sepanjang perkenalan kami belum pernah berlaku sesuatu yang kurang elok dalam perhubungan kami. Semalam, ketika singgah di rumahnya, ketika tiada orang kecuali kami berdua, kami telah terlanjur.”

“Astagfirullah Al'azim. Allah Maha Pengampun. Mohonlah keampunanNya.”

“Pak cik, minggu lepas saya mencari kekasih saya di pejabat dengan niat mengajaknya lunch, tetapi tiada seorang pun di situ kecuali seorang kawan baiknya. Telah terjadi sesuatu yang tak diingini antara kami berdua.”

“Ya Allah. Sepatutnya pengalaman pertama telah menyedarkan kamu.”

“Sepatutnya,” tutur pemuda itu, “sebenarnya pengalaman pertama terjadi sebulan yang lalu ketika saya mencarinya di rumah pak ciknya, ketika yang ada di situ hanya mak ciknya. Saya telah tidur dengan mak ciknya.”

“Astagfirullah Al'azim. Dengan mak cik dia sekali kamu balun.”

Pemuda itu menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Ketika mengangkat mukanya, pak cik kedai sudah tiada di hadapannya.

“Pak cik, pak cik,” cari pemuda itu.

Setelah puas mencari, pemuda itu mendapati tuan kedai menyorok di bawah meja di belakang kedai.

“Pak cik, kenapa pak cik menyorok di sini?” tanya pemuda itu.

“Maaf nak, secara tiba-tiba baru pak cik perasan tiada orang di sini kecuali kita berdua.”


Mutiara Hikmah: Dari Amir Bin Saad dari bapanya R.A katanya: Pada suatu hari Rasululah S.A.W datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: “Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.”



Saturday, May 18, 2013

Kisah Ahli Politik




Ketika menaiki kapal terbang seorang ahli politik Malaysia bertanya kepada seorang ahli politik dari England yang kebetulan duduk di sebelahnya, “berapa gaji kamu sebulan dan ke mana wang itu kamu belanjakan.”

Ahli politik dari England menjawab, “gaji saya 3,000 pound sterling. 1,000 pound sterling untuk tempat tinggal, 1,000 pound sterling untuk makanan, 500 pound sterling untuk hiburan.”

“Habis baki 500 pound sterling untuk apa?” tanya ahli politik Malaysia. 

Dengan suara yang agak keras, ahli politik England menjawab, “Oh! Itu urusan saya. Kamu tidak berhak bertanya.” 

Kemudian ahli politik dari England bertanya soalan yang serupa. 

“Gaji saya RM30,000. RM5000 diperuntukkan untuk tempat tinggal, RM10,000 untuk makan minum, RM4000 untuk transport, RM20,000 untuk sekolah anak-anak, RM25,000 untuk bayar pinjaman bank, RM5,500 untuk...”

Penjelasan ahli politik Malaysia terhenti kerana ahli politik dari England memotong penjelasan itu dan lantas bertanya, “wang yang dibelanjakan sudah melebihi gaji anda. Dari mana datangnya duit itu.” Lelaki dari England itu kehairanan sambil menggelengkan kepala. 

Dengan suara mendatar, ahli politik dari Malaysia berkata, “begini tuan, tentang wang yang kurang, itu urusan saya. Kamu tidak berhak bertanya.”


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap anggota tubuh manusia wajib bersedekah, setiap hari di mana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Monday, May 13, 2013

Bangau Oh! Bangau



Seorang pegawai Perhilitan di sebuah kampung terpencil telah menahan seorang lelaki kerana membunuh dan memakin daging seekor burung bangau. Lelaki itu dibicarakan di hadapan hakim sebelum dibenarkan membuat rayuan.

Selepas didapati bersalah, setelah menjelaskan secara terperinci, hakim bertanya kenapa lelaki itu bertindak sedemikian rupa.

Dengan suara perlahan dia memberitahu hakim, “saya hanya menjalankan tanggungjawab memberi makan kepada isteri dan anak-anak saya yang kelaparan.” Kemudian dia melanjutkan, “dan saya tidak pernah melakukan kesalahan seperti ini sebelumnya.”

Hakim kerana merasakan dia juga merupakan seorang ketua keluarga, dengan hati yang lembut bersetuju untuk membebaskan lelaki itu tanpa sebarang rekod kerana merasakan dia merupakan seorang suami dan bapa yang baik kerana memberi makan kepada keluarga yang kelaparan dan ini adalah merupakan kesalahan yang pertama seumur hidupnya.

“Sebelum kamu pergi, setelah berfikir, saya hendak bertanya kamu satu soalan,” kata hakim berlapik, “sebenarnya apakah rasa daging burung bangau?”

“Wahai Yang Arif,” lelaki itu memberitahu hakim, “daging bangau tidak seempuk daging burung hantu tapi kelembutan dagingnya lebih baik dari burung helang.”


Mutiara Hikmah: Dari Anas R.A Nabi S.A.W bersabda: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.  (Pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.  (Kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah.  (Ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran  seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Hadis sahih riwayat Bukhari



Tuesday, May 7, 2013

Jidin Sengal



Jidin masuk ke farmasi dan membeli sekeping kondom. Dengan riang dia memberitahu tauke farmasi bahawa beberapa minit lagi dia akan makan malam di rumah kekasihnya.

“Faham-faham sendiri, encik. Biasanya setelah makan mesti ada kelanjutannya,” katanya sambil menyeringai.

Kondom pun berpindah tangan. Baru beberapa langkah keluar dari farmasi, dia kembali masuk.

“Bagi saya satu lagi,” katanya. “Adik kekasih saya juga cantik. Agak genit pula. Saya rasa dia juga admire saya. Siapa tahu malam ini saya bertuah.”

Kondom kedua berpindah tangan. Jidin kembali masuk dan minta di tambah satu kondom lagi.

“Begini, ibunya juga tak kurang seksi. Penampilannya jauh lebih muda dari usianya. Dan kalau duduk di depan saya, dia selalu menyilangkan kaki. Saya yakin dia juga tak keberatan kalau saya dekati.”

Dengan berbekal tiga kondom, Jidin datang ke rumah kekasihnya sambil tak berhenti bersiul. Sajian sudah siap. Awek Jidin, adik dan ibunya sudah menunggu. Jidin turut menyertai mereka. Mereka menunggu sang ayah.

Sebaik sang ayah masuk ke ruang makan, tanpa di suruh Jidin memimpin doa sambil menundukkan kepalanya begitu rapat dengan meja. Mereka yang berada di sisinya turut menundukkan kepala.

Satu minit berlalu. Jidin makin khusyuk berdoa. Doa masuk ke minit kedua. Jidin terus berkumat-kamit, cukup panjang untuk sebuah doa sebelum makan.

Pada minit keempat, kekasihnya menguis kakinya dan berbisik, “baru saya tahu kamu seorang yang sangat alim.”

Sambil terus menunduk, Jidin menjawab dengan suara yang tersekat di kerongkong, “saya juga baru tahu ayah kamu rupanya pemilik kedai farmasi.”


Mutiara Hikmah: Sabda Baginda S.A.W maksudnya; “Barang siapa memulakan sunnah kebaikan dalam Islam maka ia akan mendapat pahala amal itu dan pahala orang-orang yang mengerjakannya sesudah ia memulakannya, dengan tidak mengurangkan pahala orang-orang yang mengerjakannya sedikit pun. Dan barang siapa memulakan sunnah kejahatan dalam Islam maka ia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudah ia melakukannya, dengan tidak mengurangkan dosa orang-orang yang melakukannya sedikitpun.” - (Hadith Sahih – Riwayat Muslim)