Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, June 19, 2011

Saya Janji Tak Akan Ketawa


Hendrix menemui doktor pakar penyakit kelamin.

Katanya, “doktor, saya ada masalah. Tapi doktor harus janji dulu untuk tidak mentertawakan saya nanti ya?”

“Baiklah. Saya janji tidak akan mentertawakan kamu. Itu melanggar etika kedoktoran,” jawab doktor bersahaja.

Hendrix lantas menanggalkan seluar dalamnya, burungnya ternyata kecil sekali. Mungkin diameternya hanya sebesar pensil staedler 2B. Melihat barang yang hanya seadanya, doktor tidak dapat menahan tawanya. Dia tertawa mengilai-ngilai, sampai berguling-guling di lantai.

Kira-kira lima minit, baru dia dapat mengendalikan emosinya.

“Maaf encik. Ha! ha! ha! Saya tidak dapat mengawal perasaan saya tadi. Saya janji tidak akan tertawa lagi. Nah, sekarang apa masalah sebenar encik?,” tanya doktor berjuang keras menyembunyikan sisa ketawanya.

Hendrix berkata dengan nada sedih, “burung saya sudah tiga hari bengkak begini.”

Si doktor langsung ketawa kerana sudah tidak dapat lagi menahan untuk tidak melanggar etika kedoktorannya.

Sauna Dan Teknologi


Keheningan di dalam ruangan sauna dipecah oleh bunyi, ‘bip,…bip, ….bip.. ….’.

Seorang Amerika kemudian membuka tapak tangan kirinya, dan membaca tulisan yang tertulis di tapak tangannya itu. Dua rakan yang ada di tempat sauna kagum melihat mesej muncul di tapak tangan orang Amerika tersebut.

“Oh, tapak tangan saya telah ditanamkan mikrochip, sehingga saya dapat menerima SMS tanpa alat, tertulis di telapak tangan saya,” ujar si Amerika.

Sesaat kemudian terdengar dering telepon, orang Jepun mengangkat tangan kanannya, lalu didekatkan ke telinga dan jari kelingking kebibirnya.

“Oh! Maaf, saya jawab telepon dulu. Tangan saya sudah berisi mikrochip, saya dapat menerima dan berbicara melalui dua jari saya tanpa menggunakan HP, ” kata si Jepun.

Melihat semua itu, sahabat dari Malaysia mulai gugup, “apa yang bisa saya tunjukkan untuk mengalahkan dua orang ini?,” fikirnya.

Kerana stress, keinginannya untuk buang air besar tidak tertahan lagi.

Usai buang air, dia kembali ke ruang sauna, tetapi kerana tidak biasa membasuh bontotnya dengan kertas toilet, sehelai kertas toilet masih berjuntai di belahan bontotnya.

Dengan kehairanan dan jijik orang Jepun dan orang Amerika menunjuk ke helaian kertas ’sisa’ tersebut dan berkata, “kertas apa itu yang tergantung di bontot anda?”

“Oh! Maaf, saya baru terima Fax.”

Cerita Malam Pertama


Pasangan muda yang sama-sama masih dara dan teruna akhirnya menikah.

Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mahu mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan.

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya, “papa, apa yang harus saya lakukan?”

“Telanjang dan naik ke tempat tidur,” jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.

Si pengantin perempuan kaget setengah mati melihat kelakuan suaminya, dia kemudian bertanya kepada ibunya.

“Telanjang dan ikuti suamimu,” saran ibunya.

Setelah berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki keluar kamar dan bertanya lagi kepada ayahnya, “apa lagi yang harus saya lakukan?”

Sambil menggeleng ayahnya menjawab, “lihatlah tubuh telanjang isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing.”

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya.

“Apa yang harus saya lakukan?”

Ibunya balik bertanya, “apa yang sedang dilakukan suamimu?”

Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata, “dia sedang membenamkan kepalanya ke dalam toilet.”


Saturday, June 18, 2011

Mahu Makan


Seorang lelaki masuk ke sebuah restoran. Kemudian dia bertanya kepada si pelayan.

“Ayam ada?”

“Ada, bang,” kata pelayan.

“Kambing ada?”


“Ada, bang,” ujar pelayan lagi.

“Lembu ada?”


“Ada juga bang.”

“Kalau begitu, suruh keluar semua sekarang. Saya mau makan.”


Tepung Naik Sendiri


Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.

Mak Esah : Ali, engkau tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai Pak Non.

Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjenguk ke ruang tamu.

Mak Esah : Laa, dah lama ke engkau balik? Mana tepung yang mak mintak engkau beli.

Ali : Dah lama saya balik, mak saja yang tak perasaan. Tepung tu ada kat atas tangga, pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.

Mak Esah : Kenapa la bengap sangat anak aku ni?

Friday, June 17, 2011

Sakit Kepala


Seorang boss masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang staff memerhati keadaan bossnya lalu bertanya, “kenapa boss? Nampak macam sakit saja?”

“Ya la Semaun, kepala aku ni sakit sangat,” kata boss.

“Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga boss. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami melakukan seks. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa boss pun patut buat macam tu juga la?,” terang Semaun.

“Betulkah? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang juga.”

Beli Kuda


Si kecil Sahak ikut ketika bapanya pergi ke pasar haiwan beli kuda. Di sana Sahak melihat bapanya menggosok-gosok kuda dari atas ke bawah, memegang-megang pahanya, menepuk-nepuk perutnya, meramas-ramas otot kuda itu secara menyeluruh.

“Kenapa abah buat macam tu?,” tanya Sahak.

“Oh! Abah kan mau beli kuda, jadi abah mesti pastikan dulu kudanya bagus badannya dan sihat kondisinya sebelum di bawa pulang.”

Dengan tampak khuatir Sahak berkata, “abah, nampaknya tukang hantar surat khabar mau beli mama.”

Anjing Garang


Seorang pemuda melihat seekor anjing sedang berbaring di sebelah seorang tua yang sedang duduk membaca akhbar.

“Apakah anjing pak cik garang?,” tanya pemuda tersebut

“Tidak.”

Tapi ketika si pemuda mencuba membelainya, si anjing dengan ganas menerkam tangannya dan mengigitnya hingga hampir putus.”

“Aduh! pak cik kata anjing pak cik tidak garang.”

“Memang tidak. Itu bukan anjing pak cik.”

Ponteng Jumaat


Seorang lelaki islam ponteng sembahyang jumaat. Sebaliknya dia masuk ke hutan untuk memburu ayam hutan.

Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, dia berlanggar dengan seekor harimau yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK. Kedua-dua kakinya patah.

Jangan risau, ini bukanlah berita buruk okey. Ada lagi. Berita buruknya
adalah harimau tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut, “ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku Ya Allah, makbulkan hajat ku ini. Jadikanlah harimau yang memburu aku Muslim yang beriman. Tolong Ya Allah. Aminnn.”

Tiba-tiba guruh berdentum. Harimau tadi terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi.

Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, harimau tersebut pun berdoa, “Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin.”


Tuesday, June 14, 2011

Bulan Madu




Sepasang pengantin baru bersiar-siar menaiki teksi semasa bulan madu mereka di Pulau Pinang.


Si suami asyik mengusik isterinya. Sesekali digesel hidungnya pada leher si isteri. Si isteri yang kegelian ketawa mengekek-ngekek. Si isteri dengan gaya manja meliuk lehernya ke bahu suami.


Ketika melintasi roundabout Padang Kota Lama, si suami ternampak pemandu teksi membetulkan kedudukan cermin pandang belakangnya. Dalam cermin itu kelihatan muka si isteri dengan jelas.


"Hei," si suami bertempik, "engkau nak tengok bini aku, ya?,"


"Tttaaaakk encik, tak," jawab pemandu teksi menggigil-gigil.


"Jangan nak bohong. Sekarang engkau duduk belakang, biar aku bawa teksi ni," kata si suami.

Kucing Sariman





Loceng rehat berdering panjang. Seperti biasa, habis sahaja waktu rehat Sariman akan terus ke mejanya untuk mencari kucing kesayangannya yang di letak di dalam meja.


Alangkah terkejutnya apabila kucingnya tiada di situ. Puas mencari kucingnya tetap tidak di temui.


"Engkau ada nampak kucing aku," tanya Sariman pada Khairi yang duduk di sebelahnya.


"Tak nampak," jawab Khairi pendek.


Asyik mereka bersembang, masuk cikgu Lucy untuk mengajar subjek matematik.


"Kelas, letakkan kerja sekolah di atas meja saya. Siapa yang tak siapkan kerja sekolah, berdiri atas kerusi.


Ketika berdiri di atas kerusi, Khairi berbisik kepada Sariman, "aku dah nampak kucing engkau. Ada bawah meja cikgu."


Tanpa teragak-agak Sariman merangkak bagai komando ke bawah meja cikgu. Kebiasaannya cikgu Lucy hanya memakai skirt pendek tanpa memakai underwear. Tak berapa lama kemudian dia kembali ke mejanya.


"Ada kucing engkau," tanya Khairi masih berbisik.


"Ada, tapi bukan kucing aku. Aku rasa itu kucing cikgu," terang Sariman sugul sambil menggeleng.


"Bagaimana kau tahu itu bukan kucing engkau?," tanya Khairi.


"Kucing aku misainya melintang, tapi kucing cikgu aku nampak misainya menegak," jawab Sariman jujur.


Monday, June 13, 2011

Dinamit Malam Pengantin


Sepasang suami isteri yang baru saja menikah bersiap untuk tidur bersama. Si suami melepaskan kemejanya, menonjolkan bisepnya dan berkata, “sayang, setiap lengan ini menyimpan kekuatan setara dengan dua ratus kilogram dinamit.”

Si isteri sangat kagum melihatnya. Suaminya lalu menanggalkan seluarnya, mempertontonkan kakinya yang berotot dan berkata, “setiap kaki menyimpan kekuatan sama dengan lima ratus kilogram dinamit.”

Ketika si suami melepaskan seluar dalamnya, si isteri memandangnya dengan wajah ngeri.

“Kenapa?,” tanya si suami.

“Saya harus keluar dari sini,” kata si isteri.

“Dinamit sebanyak itu dengan ’sumbu’ yang pendek begitu, ruangan ini pasti akan segera meledak.”

Pemandu Bas


Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila, “jika ayah aku seekor lembu jantan dan ibu aku seekor lembu betina, pasti aku akan menjadi anak lembu.”

Kata-kata itu diucapkan berkali-kali. Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.

Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam. Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

“Jika ayah aku seekor gajah jantan, dan ibu aku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah.”

Dan seperti sebelumnya kata-kata itu pun dia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang dia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut, “bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?”

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, “aku akan menjadi pemandu bas.”

Tengkorak


Sebuah tengkorak telah ditemui di tapak pra-sejarah di Kedah. Para pengkaji menghadapi masalah untuk menentukan usia tengkorak tersebut walaupun telah mengkaji sekian lama.

Tengkorak itu juga dihantar kepada beberapa makmal yang berbeza namun hasilnya juga adalah berbeza di antara satu sama lain. Usia tengkorak tetap juga gagal disahkan.

Setelah 6 bulan berlalu tanpa hasil, seorang pemuda menawarkan diri untuk menentukan usia tengkorak tersebut. Dua hari kemudian pemuda tersebut mengumumkan usia tengkorak tersebut 234 tahun 3 bulan dan 12 hari.

Para pengkaji berasa hairan dan bertanya, “bagaimana kamu boleh menentukan usia tengkorak tu dalam 2 hari sedangkan kami punyai alatan canggih pun tak berjaya?”

“Oh, agak susah juga. Setelah saya menumbuknya hingga parah barulah ia nak bagitahu umurnya yang sebenar,” jawab pemuda tersebut.

Sunday, June 12, 2011

Anak Nakal Abah


Seorang lelaki berkata pada tetangganya, “anak lelaki aku yang baru berusia 9 tahun ternyata sangat nakal, dia telah membuat pembantu rumah kami yang baru berusia 18 tahun hamil.”

“Macam mana boleh berlaku macam tu?”


“Dia telah melubangi semua kondom aku dengan paku.”

Saturday, June 11, 2011

Suami Yang Adil


Sepasang suami isteri, Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga masing-masing.

Jenab berkata, "abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan saya dan lebih menyayangi keluarga abang."

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, "salah tu, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri."

Diskaun Hukuman

Di sebuah mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

"Dengan ini pihak mahkamah memutuskan terdakwa dijatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan," hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, peguamcara atau penasihat undang-undang menerima?," tanya hakim.

"Saya keberatan tuan hakim," kata seorang lelaki di kerusi belakang.

"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

Siapa Betul

Amar dan Omar, dua sahabat baik sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul.

"Yang betul adalah SILANGKATA," kata Amar.

"Bukan, SIRANGKATA," bantah Omar.

"SILANGKATA," Amar bertegas

"Gila kau. SIRANGKATA yang betul, bodoh," marah Omar.

"Okey, kalau begitu, daripada kita bertengkar mari kita minta pendapat dari orang yang akan melalui jalan ini," cadang Amar.

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu. Mereka terus bertanya.

"Pak cik, kami tumpang tanya. Mana yang betul SILANGKATA atau SIRANGKATA?," tanya Amar.

"Yang betul SIRANGKATA," jawab orang tua itu.

Omar pun senyum kemenangan.

"Terima kasih banyak-banyak ya, pak cik," kata Omar pada orang tua itu.

"TERIMA KASIH KEMBARI," jawab orang tua itu pelat.

Pakar Bedah


Lima pakar bedah sedang berbincang siapa yang layak menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juruelektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "mungkin tidak. Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik. Segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "kamu semua silap. Ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."

Tuesday, June 7, 2011

Usahawan Kedekut

Seorang pekerja sebuah stesyen televisyen menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan.

"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya. Bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami."

Usahawan itu menjawab, "pertama, tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab, "maaf, saya tidak tahu."

"Kedua, tahukah anda yang abang saya, seorang bekas tentera yang cacat serta buta dan hanya duduk di kerusi roda, sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"

Pekerja itu sekali lagi menjawab, "maaf saya tidak tahu."

"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikit pun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

Pekerja itu tetap menjawab, "tidak. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu."

Usahawan itu menyimpulkan, "jadi, jika saya tidak memberikan wang pada mereka, mengapa kamu berfikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"

Tension

Semester persekolahan baru sahaja bermula. Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu sedang menerangkan activiti untuk hari tersebut. Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenal pasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas difikir-fikir, dia still gagal untuk mengenal pasti keratan yang diberi kepadanya. Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan berlari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.

Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang cerdik pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi, masuk balik. Siapa ajar kamu berkelakuan demikian?," kata cikgu tersebut dari dalam kelas.

Pelajar tersebut hanya berdiam diri. Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu itu berkata lagi, "siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar. Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal. Lalu dia pun berkata,"kalau cikgu pandai, cuba cikgu teka siapa saya?"