Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, April 7, 2014

Sayang Bini, Sayang Kereta




Seorang suami membuat laporan di balai polis mengenai kehilangan isterinya.

“Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam sembilan malam tadi dia belum pulang ke rumah,” terang suami dengan nada kerisauan.

“Pukul berapa isteri encik keluar rumah?” tanya Inspektor sambil mengambil report.

“Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya.”

“Umur isteri?”

Oh! Umur? Mmm, tiga puluh. Tiga puluh dua.

“Berapa ketinggian isteri?”

“Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya.”

“Kurus atau gemuk?”

“Err, tak kurus juga. Sederhana rasanya.”

Warna kulit?

“Mmm, agak cerah.”

“Warna rambut?”

Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf.

“Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?”

“Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar.”

“Warna baju?”

“Tak perasan tuan.”

“Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?”

“Ya betul. Kereta saya.”

“Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?”

“Spesifikasi? Okey, BMW F30 model 335i M Sport Coupe keluaran facelift 2013. Nombor plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber. Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5 inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali. Brek Brembo Signature caliper warna emas. Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10 sen kena langgar kapcai pada hari raya Cina kedua dan juga ada sikit calar sepanjang 2.5 inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.”

Dan tiba-tiba si suami menangis.

Lantas Inspektor  bersuara, “jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik.”




Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, pada suatu ketika kami sedang dalam perjalanannya bersama-sama rombongan Nabi S.A.W, tiba-tiba datanglah seorang lelaki di atas kenderaan, maka ia menoleh pandangannya ke kanan dan ke kiri, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan.” Selanjutnya junjungan menyebut berbagai-bagai harta benda hingga kami ketahui bahawasanya tidak ada hak bagi sesiapa daripada kami kadar yang lebih daripada keperluan.