Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, January 31, 2012

Hobi Kegemaran Melihat Pelangi



"Murid-murid, sebelum memulakan pelajaran, cikgu ingin berkenalan dengan kamu dulu satu per satu ya?," kata cikgu Shaari pada suatu pagi.


" Baik, cikgu," kata murid-murid serentak.


"Kamu yang duduk paling belakang, siapa nama kamu dan hobi kamu apa?"


"Nama saya Oby Wan Kenobi, hobi saya melihat pelangi, cikgu."


"Bagus, hobi yang menarik. Kamu yang duduk di sebelah Oby?"


"Nama saya Wazi, hobi saya lihat pelangi cikgu."


 "Ek! Eleh. Sama. Kamu memang bersahabat ya? Seterusnya."


 "Nama saya Aris, hobi saya melihat pelangi, cikgu."


 "Wah, sama-sama lelaki, hobinya kebetulan sama. Cuba seterusnya pula murid perempuan. Ya, kamu yang cantik. Siapa nama kamu dan apa hobi kamu?"


"Nama saya PELANGI, hobi saya pakai mini skirt, cikgu."

Sunday, January 22, 2012

SMS 18SX



Baca kisah benar sebentar. Hari-hari baca cerita lawak. Letakkan kisah lawak ke tepi sebentar.


Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba sms berbunyi di meja makan. 


Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa henfon ke sekolah. 

Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yang tak bernama.

Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yang tertulis lebih kurang begini.


" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu-tungu sayang datang tau. 
Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. 
Sangat besttt !
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang ke rumah baby... 
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa kondom... ''






Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya.

"Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nak jadi dengan anak kita ni."


Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya. 
Dan  hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus menerpa anaknya.



Ayah : Kau nak ke mana malam ni?

Anak : Ke rumah kawan. Kami belajar sama. Exam kan dah nak dekat.


Ayah : Apa maksud sms ni?  ( ayah membentak ).


Anak : La. Ni kan sim kad ayah. Henfon ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukarkan simcard ayah dalam henfon ni sebab nak tunggu sms penting.

~Jawab si anak selamber~


Si ayah terus lari apabila dikejar oleh si ibu.

Khusyuk nampak.

ABCDEFGHIJK




Seorang wanita duduk di bangku sebuah taman sekejap melepas penat setelah hampir seharian shoping. Tidak jauh darinya ada couple sedang berbual.


Awek itu bertanya kepada kekasihnya, “sayang, apa maksud ABCDEFG? you pada I.”

Lalu, pakwe dia pun menjawab, “A Boy Can Do Everything For Girl.”

Wanita yang mendengar itu, terasa begitu manis dan segera pulang ingin mempraktikkan sendiri kepada suaminya.

Malam itu, dia bertanya pada suaminya, “bang, apa yang abang fikirkan pada saya, jelaskan dalam ABCD ya?

Lalu suaminya menjawab, “Hmmm. Awak ABCDEFGHIJK.”

Isterinya terkejut dan bertanya, “apa itu ABCDEFGHIJK?”

Suaminya menjawab, “Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous and Hot.”


Isterinya tersipu-sipu malu namun ada sedikit confused. Kemudian dia bertanya kembali kepada suaminya.

“La, itukan baru ABCDEFGH, lalu  IJK apa bang?”

Suami menjawab
, “I’m Just Kidding.



Saturday, January 21, 2012

Dah Masak Lagi Sedap




Seorang suri rumah muda telah dihadapkan ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman berat, kerana telah membunuh suaminya dengan cara memotong alat sulit suaminya pada saat suaminya tertidur kepenatan.


Lebih sadisnya lagi si ibu muda ini juga menggoreng alat sulit suaminya.


Ketika hari perbicaraan, hakim bertanya kepada ibu muda ini, "apa alasan puan memotong alat sulit suami puan dan menggorengnya, padahal puan adalah pengantin baru?"


Jawab ibu muda itu dengan tersedu-sedan, "sebenarnaya tuan, rasa mentahnya saja sangat sedap apa lagi yang sudah masak."

Ustaz Kazim | "LAWAK" Ujian Pada Orang Perempuan |

Friday, January 20, 2012

Matematik Kucing


Guru menanyakan beberapa soalan matematik kepada Awatif.

"Jika saya memberikan dua ekor kucing, dan dua ekor kucing, dan dua ekor kucing, berapa ekor kucing yang kamu miliki?," tanya cikgu Shaari.

"TUJUH," jawab Awatif.

"Mari kita cuba soalan ini dengan cara lain. Jika saya memberikan dua botol Radix Cola, dan dua botol Radix Cola, dan dua botol Radix Cola, berapa banyak botol Radix Cola yang kamu miliki?"


"ENAM," jawab Awatif pendek.

"Bagus. Sekarang jika saya memberikan dua ekor kucing, dan dua ekor kucing, dan dua ekor kucing, berapa ekor kucing yang kamu miliki?," tanya cikgu Shaari cuba untuk memahamkan Awatif.

"TUJUH," jawab Awatif yakin.

"Bagaimana kamu mengira tiga kali dua ekor kucing adalah tujuh?," kata cikgu Shaari tak puas hati.
"Saya sudah ada seekor kucing di rumah."

Salesman Dan Anjing Yang Boleh Bercakap





Seorang salesman masuk ke sebuah pejabat untuk mencari prospek bagi pelanggan businessnya. Tak ada seorang pun di pejabat kecuali seekor anjing besar sedang mengosongkan tempat sampah. Salesman menatap haiwan itu, bertanya-tanya apakah dengan imaginasinya dia dapat membuat trik pada anjing itu.

Anjing itu mendongak dan berkata, "jangan terkejut. Ini hanya sebahagian dari pekerjaan saya."

"Luar biasa," sahut lelaki itu. "Aku tidak percaya. Apakah boss kamu tahu kehebatan besar di dalam diri kamu? Seekor haiwan yang pandai bercakap."

"Tolong jangan beritahu," kata si anjing. "Jika dia tahu aku pandai bercakap, dia akan menyuruh aku menjawab telefon juga."


Wednesday, January 18, 2012

Rahsia Lima Puluh Tahun Pernikahan Bahagia



Jerry menghadiri sebuah seminar pernikahan dan seorang wanita pemimpin seminar bertanya kepada semua orang berapa lama mereka menikah. Ketika tiba giliran Jerry, dia mengatakan bahawa dia sudah menikah selama hampir 50 tahun.

"Wow," kata si pemimpin seminar, "sesuatu yang luar biasa. Mungkin anda dapat mengambil beberapa minit untuk berkongsi beberapa rahsia dengan semua orang, bagaimana anda kekal menikah dengan wanita yang sama begitu lama."

"Yah," kata Jerry setelah berfikir beberapa saat, "saya mencuba untuk melayaninya dengan baik, membelikan hadiah-hadiah untuknya, mengajaknya jalan-jalan dan yang terbaik dari semua, pada ulang tahun ke-25 kami, saya membawanya bercuti ke Guatemala."

"Wow! Itu benar-benar indah, dan menjadi inspirasi untuk kita semua," kata wanita itu, "mungkin anda dapat memberitahu kita apa yang akan anda lakukan untuk ulang tahun ke-50 pernikahan anda?"

"Nah", kata Jerry, "saya berfikir akan kembali ke Guatemala untuk menjemputnya."


Terbangun Gara-Gara Anjing Menyalak





John yang terkenal kerana sikap murah hati, terbangun suatu pagi pukul 04:00 kerana telefonnya berdering.

"Anjing awak menyalak kuat sangat dan membuatkan saya terjaga," kata suara penelefon dengan nada marah.

John mengucapkan terima kasih kepada penelefon dan dengan sopan menanyakan namanya dan nombor sebelum menutup telefon.

Keesokan paginya tepat pada 04:00, John menelefon tetangganya kembali.

"Selamat pagi Mr. Williams. Saya menelefon untuk memberitahu sebenarnya saya tidak memiliki anjing."




Nama Jalan



Seorang pelancong di Pulau Pinang berjalan-jalan untuk menghafal nama-nama jalan. Setelah agak penat dia beristirehat dan berkata kepada pemandu pelancongnya, "saya hairan dengan orang Malaysia. Apakah dapat menghafal nama jalan yang begitu panjang?"


"Misalnya?"

"Pandu perlahan-lahan kanak-kanak melintas."






Tuesday, January 17, 2012

Minta Kerja



Perdana Menteri sedang mencari pegawai kerajaan yang baru. Satu persatu para pelamar di panggil test temuduga.

“Berapa 50 keping wang emas di tambah 50 keping wang emas?, ” tanya salah seorang penemuduga.



“150 keping , encik,” jawab calon pertama.

“Hah, 150 keping? Yang 50 keping dari mana? Maaf, anda tidak diterima. Kerana , anda bermental korupsi,” kata penemuduga kedua.



Calon pertama itu pun keluar dari bilik temu duga. 


Calon kedua dipanggil memasuki bilik.

“Berapa 50 keping wang emas di tambah 50 keping wang emas?, ” tanya penemuduga pertama tadi.



 “75 keping, encik.”


“Hah, 75? Yang 25 keping hilang ke mana? Maaf, Anda tidak diterima. Kerana anda merugikan kerajaan.”


Calon kedua pun keluar dari bilik temuduga. 


Calon ketiga dipanggil masuk untuk di temu duga.



“Berapa 50 keping wang emas di tambah 50 keping wang emas? ”


“Bergantung kepada encik sahaja. Saya siap melaksanakan arahan.”


Okey. Mantop. Anda diterima sebagai pegawai kerajaan kerana anda penuh pengertian.”

Monday, January 16, 2012

Menyanyi Di Telinga Nenek



Seorang artis muda terkenal merasa dipermalukan anaknya di depan teman-teman 'sekapal'nya. Saat itu sang artis mengadakan party di rumah dan asyik bergossip dengan teman-teman terhomatnya, tiba-tiba anak lelaki tunggalnya datang menghentikan suasana riuh acara party tersebut.
“Mama, Andy nak kencing,” teriak anak manja ini.
Tentu saja, si mama merasa terkejut dan shock kerana merasa dipermalukan oleh anaknya. Si artis pun menasihati anaknya ketika tetamunya sudah pulang.
“Andy, jika nanti sayang hendak 'buang air' jangan cakap kencing ya, tapi kata saja Andy mahu menyanyi,” pujuk si mama.
Cukup menghairankan, dengan idea ini banyak teman-teman artis ini merasa kagum dengan anak yang pandai menyanyi kerana mewarisi bakat mamanya seorang penyanyi terkenal.


Suatu ketika nenek dan atuk berkunjung dari kampung, dan menginap di rumah. Si Andy yang kebetulan tidur  dengan nenek dan atuk, malam hari terjaga dan membangunkan neneknya, “nek, nek, Andy mahu menyanyi nek,” kata Andy yang tidak tahan lagi ingin membuang air kecil.
Spontan si nenek yang belum pernah mendengar cucunya menyanyi, segera bangun dan merasa sangat gembira.
“Wah! bagus budak bijak. Ini yang nenek tunggu-tunggu. Cepat menyanyi dekat nenek ya,” katanya.
“Jangan kuat-kuat sangat, atuk mengantuk,” kata atuk, “kalau Andy nak menyanyi dekatkan di telinga nenek ya.”



Friday, January 13, 2012

Wanita Dan Pengemis




Seorang wanita sedang berjalan-jalan ketika dia mendekati seorang pengemis wanita yang meminta-minta wang. Wanita itu mengambil wang RM20.00 dari dompetnya dan bertanya, "jika saya memberikan wang ini, adakah awak habiskannya untuk beli cokelat?"

"Jangan merepek," si pengemis menjawab, "apakah saya nampak tidak memiliki sesuatu yang lebih baik dalam memanfaatkan wang itu?"

"Bagaimana dengan shopping?" tanyanya.

"Tidak," pengemis itu berkata, "awak tidak mengerti. Saya perlu wang hanya untuk terus hidup."

"Adakah awak akan menghabiskan duit untuk mencantikkan rambut awak?," wanita itu bertanya.

Dengan nada kesal pengemis menjawab, "tidak, saya hanya perlu wang untuk makanan, dan tempat tinggal."

"Baiklah kalau begitu," kata wanita itu, "selain akan memberikan wang ini, saya juga ingin awak untuk makan dengan saya dan suami saya malam ini."

"Kenapa?," tanya pengemis itu.

"Yah," kata wanita itu, "saya fikir itu penting baginya untuk melihat seakan apa seorang wanita ketika dia tidak mau beli cokelat, shopping, dan merawat rambut."

Can-Ni ball





Pada suatu petang, dua orang sahabat sedang berburu di hutan. Oleh kerana asyik mencari binatang, mereka pun tersesat. (Masa itu compass hilang, handphone pun takde).
Perut pun terasa lapar, hari semakin gelap. Mereka berdua pun berehat seketika di sebuah pohon rimbun. Untuk keselamatan masing-masing, Ahmad menyimpan sebilah pisau di belakang seluar dalamnya, manakala Abu menyimpan pisaunya di poket seluar jeansnya. Lalu mereka bersandar pada pohon tersebut. Dengan hembusan angin sempoi-sempoi, udara terasa begitu dingin, bunyi-bunyi binatang seolah berbisik-bisik. 


Lantas, “Hoiii, apa korang buat kat sini? Siapa kamu?”
Terkejut betul si Ahmad dan Abu.
Tiga orang manusia memegang lembing dan berwajah hodoh dan teramat-amat garang menjerit kepada si Abu dan Ahmad.
“Kamu tau tak siapa kami?,” kata orang tersebut.
Abu dan ahmad menggeleng-gelengkan kepala mereka, ketakutan.
Dengan nada yang marah, orang itu berkata, “kami ialah puak kanibal. Kami makan daging orang. Oleh kerana kamu berdua telah masuk ke kawasan kami yakni kawasan larangan maka kamu akan kami bawa jumpa ketua kami. Buka pakaian kamu cepat dan biarkan seluar dalam.”
Pendek cerita, si Abu dan Ahmad pun dibawa berjumpa dengan ketua puak kanibal ini.
“BUNUH MEREKA. REBUS DAGING MEREKA DAN KULIT MEREKA AKAN DIJADIKAN PERAHU. HA! HA! HA! HA! HA,” arah ketua tersebut kepada anak-anak buahnya.
Si Ahmad terjatuh pengsan kerana begitu ketakutan. Manakala Si Abu cuba mencari idea untuk melepaskan diri dari puak kejam itu.
Si Abu lantas menculik anak perempuan ketua kanibal tersebut. Kini, Abu sedang dikelilingi orang kanibal. Abu begitu ketakutan sekali.
Si Abu lantas mengambil pisau di belakangnya dan mengacukan pada perempuan itu, lalu Abu menjerit, “JANGAN HAMPIR. KALAU TAK, AKU BUNUH PEREMPUAN INI.”
Abu memeluk erat perempuan itu. Perempuan itu bergelut untuk melepaskan dirinya.
Akhirnya perempuan itu berjaya melepaskan diri lalu lari ke arah puak ramai tersebut.
Abu sudah buntu. Tamatlah riwayatnya kali ini. Orang kanibal sudah tersenyum lebar, ada pula yang ketawa sambil cuba menghampiri si Abu.
“JANGAN DEKAT,” ugut Abu kepada mereka.
Lantas, si Abu menusuk-nusuk tubuh badannya, “AKU DAH CAKAP JANGAN DEKAT. NAH! BIAR BOCOR INI PERAHU.“


Menu Restoran Itali



Seorang pemuda membawa teman wanita bersama ibunya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini, tapi demi mengambil hati teman wanitanya dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu.
Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan, si lelaki mengambil menu. Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali, dia memilih sembarangan.
“Waiter, bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 3 orang,” kata lelaki tadi.
“Maaf, encik,” jawab waiter.


“Kenapa awak ingat saya tak ada duit,” kata lelaki itu sambil menjuihkan bibir untuk menunjuk kepada teman wanitanya.

“Itu nama pemilik restoran ini.”

Salah Selipar



Seorang bapa bersama anaknya berjalan-jalan menghirup udara segar. Belum berapa jauh berjalan, si bapa baru tersedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.
Kerana malas untuk kembali ke rumah, dia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu di bawah pohon yang rendang.
Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.


“Kenapa kamu tidak bawa seliparnya ?,” kata bapa dengan susah hati.
“Sia-sia je pak, selipar yang di rumah juga berlainan warna.”

Wednesday, January 11, 2012

Forget


Adik bertanya kepada seorang abang, "abang forget dalam Bahasa Melayu, apa?"


"Lupa."


"Okey. Nanti abang ingat bagitahu adik."

Sarapan Pagi Istimewa




Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.


Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. 


Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut, “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?


“Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga.


“Lidah ayam bakar? Lidah ayam bakar? Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apa pun yang keluar dari mulut seekor ayam,” kata lelaki tersebut. 


Kemudian pelayan tersebut bertanya, “kalau begitu encik mahu sarapan apa? 


“Bawakan saya telur rebus,” jawab lelaki tersebut. 


“Itukan dari ‘bontot” ayam,” jawab pelayan dengan selamba.

Monday, January 9, 2012

Belajar Bermain Muzik






Pada lewat petang Nasrudin mendengar ada seorang lelaki muda yang pandai bermain muzik dengan amat bagus. Dia pun tertarik untuk belajar muzik.

Keesokan harinya, dia pergi ke desa dan menemui guru muzik berkenaan. 



"Tuan, saya ingin belajar muzik, berapa bayarannya?"

Guru itu merenung sejenak melihat wajahnya, sebelum akhirnya menjawab, "murid-muridku membayar tiga dirham untuk bulan pertama, dan kemudian untuk tiap bulan berikutnya membayar satu dirham. 



Nasrudin berpikir sejenak dan kemudian berkata, "baiklah," katanya, "saya akan mulai kursus pada bulan kedua saja."

Friday, January 6, 2012

Pemandu Teksi


Tiga lelaki mabuk menahan sebuah teksi. Pemandu teksi menyedari ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan kurang waras. Kemudian dia menghidupkan enjin dan beberapa minit kemudian mematikan enjin lalu berkata, "kita dah sampai, tuan."


Lelaki pertama memberi wang kepada pemandu teksi. Lelaki kedua mengucapkan terima kasih. Tetapi lelaki ketiga menampar muka pemandu teksi.


Pemandu teksi menjadi terkejut kerana tidak menyangka ada orang akan menyedari perbuatannya tidak mengerakkan teksinya walau seinci.


"Kenapa awak menampar saya," tanya pemandu teksi masih dalam keadaan terkejut.


Lelaki ketiga membalas, "lain kali pandu berhati-hati, jangan terlalu laju. Cepat sangat sampai. Awak boleh membuat kami mati."


Tazkirah : Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padahal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

~Orang bakhil ( kedekut )
~Orang yang mengungkit pemberiannya
~Orang yang tetap minum khamar
~Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya


Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar atas sepuluh orang iaitu:
1. Yang memerah
2. Orang yang diperahkan
3. Yang meminum
4. Yang membawa
5. Yang dibawakan (dihidang)
6. Yang Menuang
7. Yang menjual
8. Yang Menawarkan harganya
9. Yang membeli
10 Yang menyimpan
     ( Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)

Juga Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."


Mak Gua Hilang



Pagi tadi di opis, dalam pukul 9 sedang gua kaver line klik fesbuk sikit-sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.


Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


Lu kenapa ni Apan?”  gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama-lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.


“Mak gua hilang la,” Apan berbisik perlahan.


Gua punya la terperanjat.


“Mak lu hilang? Bila hilang?” 


Dada gua tiba-tiba mengepam keluar masuk begitu laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.


“Petang semalam. Dah cari merata tak jumpa.”


Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak-budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih-lebih risau kena pukul pula. Apa yang gua tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.


****

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan The Typewriter.


“Mak gua dah jumpa.” 


Kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.


Gua cepat cepat bersyukur.


“Alhamdulillah. Jumpa kat mana?”


Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna-warni rama- rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu, “dalam sinki penteri.”


Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan. MUG..!!,  pronunciation macam jahanam.


Sia-sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.



Thursday, January 5, 2012

Wanita Tuntut Hak




Satu seminar diadakan oleh sekumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing. Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

"Saya memberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang dari pejabat," kata wanita pertama. 

Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.


Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. 

"Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketiga barulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah." 

Sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan.

"Saya Affa," kata wanita ketiga. "Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiap hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh," katanya. 

Penonton tetap bersemangat mendengar. 

"Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa. Hari kedua juga tidak nampak apa-apa. Mujurlah hari ketiga saya mula nampak sikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami," katanya. 


Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.



Renungan : 


Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita." Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud, "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.