Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, January 6, 2012

Pemandu Teksi


Tiga lelaki mabuk menahan sebuah teksi. Pemandu teksi menyedari ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan kurang waras. Kemudian dia menghidupkan enjin dan beberapa minit kemudian mematikan enjin lalu berkata, "kita dah sampai, tuan."


Lelaki pertama memberi wang kepada pemandu teksi. Lelaki kedua mengucapkan terima kasih. Tetapi lelaki ketiga menampar muka pemandu teksi.


Pemandu teksi menjadi terkejut kerana tidak menyangka ada orang akan menyedari perbuatannya tidak mengerakkan teksinya walau seinci.


"Kenapa awak menampar saya," tanya pemandu teksi masih dalam keadaan terkejut.


Lelaki ketiga membalas, "lain kali pandu berhati-hati, jangan terlalu laju. Cepat sangat sampai. Awak boleh membuat kami mati."


Tazkirah : Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padahal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

~Orang bakhil ( kedekut )
~Orang yang mengungkit pemberiannya
~Orang yang tetap minum khamar
~Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya


Rasulullah S.A.W telah mengutuk/ melaknat kerana khamar atas sepuluh orang iaitu:
1. Yang memerah
2. Orang yang diperahkan
3. Yang meminum
4. Yang membawa
5. Yang dibawakan (dihidang)
6. Yang Menuang
7. Yang menjual
8. Yang Menawarkan harganya
9. Yang membeli
10 Yang menyimpan
     ( Diriwayatkan Oleh Ibnu Majah Dan Tirmidzi)

Juga Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir'aun dan Haman."

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat."


No comments:

Post a Comment