Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, October 30, 2012

Tan Hock Lye Pandai Mengira


Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, “siapa yang pandai mengira?”  

Tan Hock Lye mengangkat tangan.  

“Betul ke kamu pandai mengira?”

“Tahu cikgu. Ayah yang ajar.”

“Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?”

“Empat.”

“Bagus. Selepas enam?”

“Tujuh.”

“Selepas sembilan?”

“Sepuluh,” jawab Tan Hock Lye.

“Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar mengira. Selepas sepuluh berapa?” tanya cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Tan Hock Lye menjawab, “Jack, Queen, dan King.”

Cerah masa depan.



Mutiara Hikmah: Dari Ibnu ˜Umar R.A katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” 



Tuesday, October 23, 2012

Tan Hock Lye Ke Bali


Setelah berkhidmat selama 20 tahun di GAMA, Tan Hock Lye telah dihantar bercuti ke Bali sebagai penghargaan kerana telah setia dengan pasaraya itu sejak sekian lama. Di Bali dia menginap di hotel 5 bintang.   


Ketika menikmati tontonan TV di bilik hotel, dia melihat ada tikus melewati di biliknya. Dia mahu complaint tapi tidak tau cara bercakap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jawa.   

Akhirnya dia nekad menelefon receptionist. Jadilah dialog begini:

Tan Hock Lye: Sir, do you know Tom and Jerry?

Receptionist: Yes I know, why sir?

Tan Hock Lye: Jerry is here!




Mutiara Hikmah: Daripada Mu’az Bin Jabal R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami.” 



Friday, October 19, 2012

Lawak Sangat


Banduan Newbie


Seorang banduan baru sahaja dimasukkan ke penjara dan memasuki selnya. Seperti biasa, banduan lama (otai) akan menemuduga banduan baru (newbie).

“HoI! Kenapa lu dimasukkan ke penjara?” tanya banduan otai.

“Saya cuma memecahkan tingkap di tempat kerja saya.”

“Hah! Cuma pecahkan tingkap saja kena masuk sini? Lu kerja kat mana?”

“Kapal selam.”

Pelupa

Ajoi memang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya dia berkongsi masalah dengan Wak Sumardi.

“Kau dah cuba apa-apa?” tanya Wak Sumardi.

“Aku sudah beli buku mengenai Program Kilat Meningkatkan Daya Ingatan yang disusun oleh seorang profesor terkenal.”

“Hasilnya?” tanya Wak Sumardi.

“Sama saja.”

“Teorinya gagal?”

“Bukan begitu. Aku lupa di mana aku letakkan buku tu.”

Chewing Gum

Ajoi duduk berhadapan dengan seorang mak cik dalam komuter. AJoi tengah syok mengunyah chewing gum sambil berangan aweknya.

“Tak guna kamu bercakap pada mak cik, nak,” kata mak cik tersebut, “aku pekak,” sambungnya.

Langgar Lampu Merah

Ajoi kena tahan polis kerana melanggar lampu merah.

“Awak nampak lampu merah?” tanya polis.

“Nampak tuan,” tanya Ajoi.

“Kenapa kamu tak berhenti?”

“Saya tak nampak tuan, tuan. Kalau nampak confirm saya berhenti.”

Lawak Pencungkil Gigi

Ajoi suka mencungkil gigi selepas makan. Untuk menyenangkan dia, dia meletakkan pencungkil gigi dan letak atas meja makan macam kat restoran tu.

Satu hari dia bising-bising.

“Siapa ambik aku punya pencungkil gigi ni, cepat betul habis.”

“Wak Sumardi la tu, aku selalu nampak dia ambik lepas makan,” kata Tookoo.

“Ceh, aku ambil sebatang jer lepas makan,” kata Wak Sumardi.

“Kalau sebatang takper la, ni sampai licin,” kata Ajoi.

“Radin la tu, aku ternampak dia selalu ambil segenggam pencungkil gigi kau. Tak tau dia buat apa,” kata Wak Sumardi.

“Ni yang aku hangin ni, cubalah berjimat sikit. Tengok macam aku, lepas makan aku guna sebatang jer. Lepas tu aku letak balik dalam bekas tu.”

“Uwekkkkkk!”

Negro Sejati

Alkisah di negara Afrika sana, manusia yang paling hitam diisytiharkan manusia yang paling hebat. Hitam dalam erti hitam segala-galanya, itulah negro sejati. Ada 3 orang anak kecil yang sedang membandingkan kehitaman bapanya.

“Bapak gua semalam sedang mengupas epal, tiba-tiba tangannya terluka, DARAH dia HITAM korang tau,” kata anak pertama.

“Papa aku semalam sedang betulkan antena Astro, tiba-tiba terjatuh sampai patah tulang, TULANG dia warna HITAM,” kata anak kedua.

Anak yang ketiga, tidak mahu kalah lalu berkata, “Hmm! Itu belum seberapa, malam tadi waktu kami sedang menonton TV, tiba-tiba daddy aku terkentut, tiba tiba seluruh rumah jadi GELAP.”

Salah Kaler

Sebelum pergi lunch, Ajoi yang nak membodek boss dia, Mr. Brown tanya-tanya mana tau boss dia nak kirim apa-apa.

Ajoi : Hello, boleh cakap dengan Mr. Brown.

Pengangkat telefon : Maaf, di sini Mr. Black.

Ajoi : Oops! Sorry, wrong color.

Mamak Cendol

Selepas itu Ajoi keluar ofis untuk lunch . Lepas makan waktu tengahari yang panas terik, Ajoi teringin pulak nak makan cendol mamak tepi jalan. Dia tengok mamak tu jual mangkuk yang besar sedangkan perut dia kenyang baru makan nasi.

“Mamak cendol semangkuk berapa?” tanya Ajoi.

“RM2.50,” jawab mamak pendek.

“Kalau separuh berapa?”

“Mana boleh jual separuh.”

Ello mamak, pembeli tu kan raja,” kata Ajoi berfalsafah.

Ello bai. Raja mana beli cendol tepi jalan camni.”

Payung

Balik petang tu, ada jiran baru pindah sebelah rumahnya. Ajoi berbual dengan anak jirannya yang baru pindah tu.

“Dik umur berapa tahun?”

“6 tahun.”

“Hah! Dah 6 tahun? Tapi pendek la. Tinggi lagi payung pak cik.”

“Umur payung pak cik berapa tahun?”

Kahwin Lain

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak depan TV sambil borak-borak ngan wife dia.

“Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?” tanya Ajoi.

“Tentu saja tidak. Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

“Tentu sekali tidak, sama juga macam ayang. Abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang.”

Teka Berapa Ekor Lembu

Ajoi seorang penternak jaya yang membela beribu ekor lembu. Ladangnya sangat luas tetapi berada di kawasan terpencil. Tiba-tiba sebuah BMW baru meluncur ke arahnya.

Pemandu, seorang pemuda yang berpakaian tuxedo, kasut Gucci, kacamata hitam Ray Ban dan bertali leher YSL, menjenguk kepalanya dari tingkap kereta dan bertanya Ajoi, “jika saya mengatakan dengan tepat berapa banyak lembu yang ada dalam kawanan anda, mahukah anda memberi saya seekor?”

Ajoi selamba sahaja memandang lelaki itu, lalu melihat ribuan lembunya dan dengan tenang menjawab, “Okey.”

Pemuda itu parking keretanya, mengeluarkan IBM ThinkPad yang menyambung ke telefon, kemudian dia melayar ke website NASA dan menggunakan sistem satelit, zoom in daerah tersebut, dan kemudian membuka database dan Excel spreadsheet dengan formula kompleks. Dia menghantar e-mel melalui Blackberry dan selepas beberapa minit, mendapatkan tekaan. Akhirnya, dia print laporan 130 helai pada printer mininya kemudian berkata kepada Ajoi, “anda mempunyai tepat 2586 lembu.”

“Humm! Tepat sekali. Ambilah salah seekor lembu,” kata Ajoi.

Pemuda itu memilih seekor lembu yang agak kecil dan memasukkan ke dalam but keretanya.

Kemudian Ajoi berkata, “Jika saya boleh mengatakan dengan tepat apa pekerjaan anda, adakah anda akan memberikan lembu saya balik?”

Okey, mengapa tidak,” jawab pemuda yang smart gila itu.

“Nampaknya, anda adalah jururunding (consultant),” kata Ajoi.

“Itu betul,” kata pemuda itu, “tapi bagaimana anda tahu?”

“Tidak perlu meneka,” jawab Ajoi. “Anda muncul di sini walaupun tidak ada yang memanggil anda. Anda ingin dibayar untuk jawapan yang sudah saya ketahui, dan anda ingin dibayar untuk sebuah pertanyaan yang tidak pernah saya tanyakan. Dan anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan saya. Sekarang bagi balik lembu saya.”

Beli Satu Dapat Dua

Seorang peniaga menjerit di sebuah pasar malam, “Percuma! Percuma!”

“Beli satu dapat dua.” “Beli satu dapat dua.”

“Mmm! Macam best nih, Apa barangnya bro?”

“Kasut.”

Tentera Laut

Ajoi yang tidak lulus ujian untuk menjadi tentera laut, kerana kecergasannya tidak mencapai tahap yang diperlukan. Dia tidak puas hati dan bertanya kepada pegawai tersebut.

“Kenapa ujian kecergasan saya tidak lulus sedangkan saya berlari 100M dalam masa 10 saat saja?” Ajoi bertanya.

“Ya, tetapi kamu tidak lulus ujian renang kerana kamu tidak pandai berenang,” terang pegawai itu.

“Penting sangatkah pandai berenang?” tanya Ajoi telus.

“Memanglah inikan ujian tentera laut,” tegas pegawai tersebut.

“Ini memang tak adil. Kawan saya dapat kerja tentera udara sedangkan dia tak pandai terbang.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya dua malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil.”



Saturday, October 13, 2012

Mangkuk Ayun


Dua orang pekerja lelaki bertugas dengan MPPP. Seorang ditugaskan menggali lubang yang agak dalam dan seorang lagi dengan pantasnya datang dari belakang menggambus lubang yang digali oleh kawannya. Aku yang menemani suami aku bersarapan pagi melihat betapa tekunnya kedua-dua lelaki itu bekerja, tetapi yang menyerabutkan kepala otak aku apa sedang dilakukan oleh kedua-kedua lelaki tadi.    

Untuk tidak menambah kebuasiran otak aku, aku mencuit husband aku yang asyik ‘membedal’ roti canai kuah banjir. Dia yang seakan faham dengan ketidaksenangan aku lantas bersuara, “Jangan confusekan hidup saya. Sebenarnya apa yang hampa berdua dok buat. Sorang KOREK lubang dan sorang KAMBUS.”     

Lelaki yang tekun menggali berdiri di atas penggalinya lantas bersuara, “memang perbuatan kami agak pelik, tetapi mangkuk ayun yang selalunya menanam pokok mengambil MC lagi hari ini.” 



Mutiara Hikmah: Daripada Usamah Bin Zaid R.A dari Nabi S.A.W sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan.”



Sunday, October 7, 2012

Mengajar Anak Memanggil Ayah


Sepasang suami isteri muda memiliki seorang anak yang sangat lucu. Setiap hari isteri dengan sabar dan dengan sepenuh hati berulang-ulang mengajar anak itu memanggil ‘Ayah’.  

Suami merasa sangat terharu, mengira isterinya sungguh baik hati menyuruh anaknya memanggil ‘Ayah’ dan bukan memanggil ‘Mama’ lebih dulu, maka hatinya merasa sangat bahagia.  

Pada suatu malam buta musim dingin, anaknya menangis tiada henti-hentinya dan tiada putus-putusnya memanggil ‘Ayah’. Pada waktu itu kedua suami isteri sedang tidur dengan nyenyaknya. Sambil menyenggol dan mendorong tubuh suaminya, isteri berkata, “abang, anakmu sedang memanggil-manggil kamu. Oh! cik abang, cepat bangun, layanilah dia baik-baik.” 

Justeru pada waktu inilah sang suami benar-benar menginsafinya.



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Hurairah R.A juga bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya.”



Thursday, October 4, 2012

Menjadi Model Untuk Hasil Karya Lukisan Cucunya


Salah seorang cucu perempuannya yang baru berumur 8 tahun sedang melukis di ruang tamu rumahnya, dia tiba-tiba berkata kepada atok yang sedang berada di sampingnya, “Atok, bolehkah Atok menjadi sebagai seorang model sebentar? Saya hendak membuat sebuah lukisan potret.” 

Sang Atok segera menyetujuinya dan dengan serta merta menunjukkan sikap kerjasama. Tak lama kemudian, cucu perempuan tersebut telah selesai melukisnya.  

Atok dengan senang hati berkata kepadanya, “Oh, cucuku sayang! Bawalah lukisanmu itu ke mari, Atok ingin melihat hasil lukisanmu itu mirip dengan Atok tidak?”  

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, cucu perempuan tersebut berkata, “Ah, tidak perlu saya tunjukkan kepada Atok, kerana saya sebenarnya hanya melukis sebutir telur itik dengan mencontoh bentuk kepala Atok.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik).”