Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, September 30, 2011

Tabung Cinta


Ada sepasang suami isteri yang hidup sangat rukun dan damai. Mereka saling mencintai satu sama lain. Sebagai wujudnya cinta, mereka menyediakan tabung cinta di sisi katil yang akan di isi wang sepuluh ringgit oleh suaminya, sebagai ungkapan cinta suami terhadap isteri sehabis berasmara.

Begitulah setiap hari, wang dalam tabungan itu bertambah banyak. Di akhir bulan sepasang suami isteri tersebut membuka tabung itu. Alangkah terkejutnya si suami ketika melihat isi tabungan. Di sana tidak saja ada wang sepuluh ringgit, tapi juga beberapa helai lima puluh dan seratus ringgit.

"Sayang, bukankah aku selalu memasukkan duit sepuluh ringgit ke dalam tabung ini sehabis kita bersama, tapi mengapa sekarang ada beberapa wang lima puluh dan seratus ringit?," tanya suami kehairanan.

Si isteri menjawab, "abang, tidak semua lelaki bakhil seperti kamu. Buktinya banyak yang bagi wang lima puluh dan seratus ringgit." 

Thursday, September 29, 2011

Racun Tikus


Dalam sebuah keluarga, ada seorang ibu yang sedang hamil tua dan anak pertamanya baru berumur 5 tahun.

Akhirnya tiba hari si ibu melahirkan.

Di tahun pertama si ibu sangat memberi perhatian penuh untuk bayinya, dan selalu memberikan susu ibu secara rutin, dan anak pertamanya pun merasa diabaikan oleh ibunya kerana kelahiran adiknya.

Suatu ketika timbul niat jahat si anak pertama untuk membunuh adiknya, dia membeli racun tikus.

Suatu malam si anak pertama mendatangi ibunya yang sedang tidur kerana kepenatan. Anak itu meletakkan racun tikus pada kedua puting si ibu, tetapi kerana terlalu letih si ibu tidak merasakan apa-apa.
 
Sepanjang malam anak itu tidak tidur menunggu rancangannya berjalan.

Pukul enam pagi si ibu telah bangun dan menggendong bayinya, si anak pertama tertanya-tanya kenapa adiknya tidak mati setelah di racun.

Kerana merasa kecewa, anak itu lari keluar rumah dan merancang menukarkan racun yang dia beli.
 
Ketika sampai di halaman rumah, budak itu tersentak kerana dia mendapati pemandu ibunya telah terkapar dengan mulut penuh buih.

Sunday, September 25, 2011

Insuran Rumah


Payid pergi ke Jogja dan tanpa sengaja bertemu sahabatnya, Hassan. 

Dia bertanya, "Hassan, kamu buat apa di sini?"

"Kamu ingat rumah yang aku beli tahun lepas di sini?"

Jawab Hassan lagi,  "rumah itu minggu lepas terbakar dan aku sekarang sedang mengurus ganti rugi insurannya. Kamu sebab apa ada kat sini?"

"Oh,"  jawab Payid,  "kamu ingat rumah yang aku beli di Bantul tahun lepas? Bulan lepas rumah itu habis terkena gempa bumi, jadi aku juga sedang mengurus ganti rugi insuransnya."

"Wow," jawab Hassan, "menarik sekali. Yang membuat aku hairan, bagaimana cara kamu buat gempa bumi?"


Sunday, September 18, 2011

Menceduk Kata-Kata Motivator


Seorang motivator berkata, "tahun-tahun terbaik dalam hidupku, aku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah isteri aku."

Hadirin terkejut dan terpaku.

Beliau kemudian menambah, "dia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah.

Setelah makan malam, dia berkata dengan lantang di depan isterinya di dapur.

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan isteriku."

Dia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang motivator.

Ketika Mamat membuka mata, dia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas.

Peristiwa Yang Dilakukan Bersama-Sama


Seorang wartawan wanita mendapat tugas membuat liputan ke dusun-dusun terpencil untuk mengetahui kehidupan penduduk setempat. Dia tiba di sebuah desa terpencil dan mewawancara seorang lelaki tua.

Setelah menanyakan banyak hal, si wartawan bertanya, “bolehkah pak cik menceritakan peristiwa tertentu yang pernah terjadi di dusun ini yang melibatkan banyak penduduk dan peristiwa itu membuatkan semua orang bergembira?”

Lelaki tua itu menjawab sambil tersenyum, “suatu malam kambing ketua dusun hilang, jadi seluruh penduduk lelaki mencari kambing itu bersama-sama. Setelah mencari ke sana ke mari kami akhirnya menemukan kambing itu. Mungkin kerana malam itu dingin kami jadi horny dan akhirnya kami semua menggilir kambing itu.”

Sambil berkedip-kedip si wartawan berkata, “maaf pak cik, kami tak mungkin menerbitkan kisah seperti itu. Ada tak peristiwa menggembirakan lain yang dilakukan bersama-sama oleh penduduk di sini?”

Lelaki itu sekali lagi berkata dengan wajah gembira, “suatu malam isteri salah seorang penduduk hilang. Semua penduduk lelaki segera turun mencarinya. Setelah mencari ke sana ke mari, akhirnya wanita tersebut kami temui. Mungkin kerana malam itu dingin kami jadi horny dan akhirnya kami semua bergantian menggilirnya.”

Dengan perasaan frust sang wartawan memberitahu berita seperti itu tak mungkin diterbitkan di akhbarnya. 

Kemudian si wartawan berkata, “kalau begitu kita cuba tukar peristiwanya. Kali ini cuba pak cik ceritakan peristiwa yang sedih.”

Lelaki tua itu diam menunduk sebentar, lalu diangkat wajahnya yang penuh kesedihan sambil berkata, “satu malam saya hilang...”

Saturday, September 17, 2011

Cerita Dua Beranak


Seorang budak kecil bertanya kepada ayahnya,“adakah menjadi seorang ayah akan menyebabkan dia mengetahui lebih banyak perkara dari anaknya?”

Ayahnya menjawab, “sudah tentu.”

“Siapa yang menemui elektrik, ayah?”

“Tentu saja Edison.”

“Kalau begitu mengapa bukan ayah Edison yang menjumpai elektrik?”

Monday, September 12, 2011

Si Buta, Si Bongkok, Dan Si Capik Yang Cerdik

Satu hari, seorang lelaki buta, seorang lelaki bongkok dan seorang lagi lelaki capik ingin pergi menonton wayang. Sampai di pintu gerbang tempat menjual tiket, ada sebuah tulisan yang mengecewakan mereka:

“ORANG CACAT DILARANG MASUK.”

“Wah, macam mana ni? Takkan kita tak boleh masuk cuma gara-gara kita cacat?,” kata lelaki bongkok.

“Ya la. Takkan datang jauh-jauh kita kena pulang?,” kata si capik pula.

“Tunggu-tunggu, aku ada idea,” kata lelaki buta.

Yang mula masuk ke pintu utama adalah si buta.

“Wah,ada tahi! ada tahi,” kata si buta sambil menutup mata dengan tangannya dan tangan satu lagi menunjuk ke lantai, dan menerobos masuk ke pawagam.

Tertipulah si penjaga pintu gerbang pawagam.

Giliran kedua adalah si bongkok.

“Mana tahinya?,” sambil membongkokkan badan yang memang sudah bongkok dan berlagak mencari-cari ke kiri dan kanan sambil menerobos ke pintu.

Tertipulah penjaga pintu pawagam.

Giliran terakhir adalah si capik.

“Aku terpijak tahi. Aku terpijak tahi,” sambil terloncat-loncat dengan satu kaki, menerobos pintu masuk pawagam. 

Si penjaga pintu hanya memerhati.

Surat Wasiat


Seoarang peguam membacakan surat wasiat lelaki kaya kepada keluarganya.

"Untuk isteriku tercinta, Shasikala, yang mendampingi aku saat susah dan senang, aku mewariskan rumah dan dua juta dollar."


Si peguam melanjutkan, "Untuk anakku, Letchumy, yang menjagaku saat sakit dan menguruskan perniagaanku, aku mewariskan sebuah kapal, perniagaan dan satu juta dolar."



"Dan untuk sepupuku, Thanikody, yang membenciku, bertengkar denganku, dan berfikir aku tidak akan menyebut namanya di dalam surat wasiatku ini, Ya, fikiranmu salah, 'Hai Thani bila lagi kau akan menyusulku'."

Memberitahu Secara Halus


Imah pergi melancong dan meminta Payid menjaga rumahnya. Setelah seminggu kemudian, Imah menelefon rumah dan bertanya, “bagaimana kucingku?”
 
Payid ragu dan dengan sedih memberitahu Imah bahawa kucingnya mati.
 
“Apa? Kamu seharusnya jangan memberitahuku dengan cara seperti itu. Kamu harus memberitahuku dengan lebih halus dan perlahan-lahan. Waktu aku telefon, sepatutnya kamu bagitahu bahawa kucingku ada di atas bumbung. Bila aku menelefon lagi, sepatutnya kamu beritahu bahawa tidak ada yang boleh dilakukan untuk menurunkannya.
Ketiga kalinya aku telefon, sepatutnya kamu beritahu bahawa kamu sudah mencuba menurunkannya, tapi dia jatuh dan mati,” jelas Imah.
 
Payid meminta maaf dan meneruskan hidupnya.
 
Sekitar seminggu kemudian, Imah menelefon lagi dan bertanya,“bagaimana keadaan nenekku?”
 
Setelah terdiam agak lama, Payid kemudian menjawab,“Hmm, dia ada di atas bumbung.”

Sunday, September 11, 2011

Telur Siapa



Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu pagi dia pergi ke kebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. 

"Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya," jerit Azhar.

"Mana boleh, dia bertelur di dalam kebun saya, maknanya saya punyalah," balas Herman. 

"Saya kata itu telur ayam saya," kata Azhar. 

Mereka pun bertengkar. 

"Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu," kata Azhar. 

Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar balik ke bangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu.

Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali.

"Ha, sekarang giliran awak pula," kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. 

"Nanti dulu, ambillah telur ini," kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.

Saturday, September 10, 2011

Kisah Sembilan Bulan Lepas


Hassan dan Payid melancong ketika musim salji ke Amerika. Di sana mereka menikmati salji yang belum pernah mereka lihat sebelumnya. Ketika menikmati panorama indah, suatu hari ribut salji membadai sehingga mereka terdampar ke suatu daerah. Susah payah mereka berjalan dan bertemu sebuah peternakan dengan rumah besar di tengahnya.

Pintu dibuka seorang wanita yang sangat cantik dan bertubuh luar biasa seksi. Walaupun di luar sangat dingin nampaknya di dalam berbeza sekali, kerana si tuan rumah hanya mengenakan baju tidur
transparent yang jelas memperlihatkan lekuk-lekuk tubuhnya.

"Di luar sana memang ribut salji sedang turun dan rumah besar ini hanya saya seorang yang menghuninya. Tapi saya baru saja menjanda, jadi jiran tetangga akan mengata kalau saya menerima kamu berdua bermalam di dalam rumah."


"Jangan kuatir, miss," jawab Payid dalam bahasa English. "Kalau tak keberatan izinkan kami tidur di gudang sebelah, yang penting tidak kena angin dan salji. Bila cuaca dah
okey kami akan segera beredar."

Mereka bermalam di gudang itu dan seperti dijanjikan mereka meninggalkan tempat itu esok paginya.


Sembilan bulan kemudian.

 
Payid menerima sepucuk surat dari peguam. Perlu beberapa minit untuknya memahami semua, tapi akhirnya dia dapat pastikan itu adalah surat dari peguam janda Amerika itu.
 
Payid mendatangi Hassan dan berkata, "Hassan, kamu ingat tak janda Amerika seksi yang pernah menolong kita waktu bercuti dulu?"

"Ingat," jawab Hassan pendek.


"Sekarang kamu bercakap jujur, sewaktu kita tidur di kandang malam itu, adakah kamu diam-diam masuk ke rumah menemui dia?"


Hassan menjawab tergagap-gagap, "Mmm, Payid aku menemui dia."


"Lalu kamu bagitahu nama kamu Payid, guna nama aku."


Muka Hassan jadi merah dan dia menjawab perlahan, "maafkan aku Payid. Memang waktu itu aku mengaku nama aku Payid. Tetapi ada apa kamu tiba-tiba bertanya soal itu?"


"Dia baru meninggal dan semua hartanya dia wariskan untuk aku."

Hai khusyuk sangat membaca.

Monday, September 5, 2011

Kapten Sengal



Seorang kapten lulusan akademi tentera memerintahkan seorang pekerja menyiram rumput setiap petang. Dia memerintahkan pekerja itu menyiram rumput setiap hari pada pukul 5 petang dan setiap hari dia datang memantau pekerja itu. Pekerja itu melakukan tugasnya dengan tekun. 

Pada suatu hari, langit gelap dan kemungkinan besar hujan akan turun. Hujan turun pada kira-kira pukul 4.30 petang dan oleh itu, pekerja tadi tidak menyiram rumput.

Pada pukul 5 petang, hujan masih turun rintik-rintik dan kapten itu pun datang hendak memantau pekerjanya. Dia melihat pekerja itu sedang berehat lalu mengherdik, "mengapa kamu tidak menyiram rumput? Bukankah sekarang ini pukul 5?"

Pekerja itu menjawab, "tetapi kapten, hujan turun dan rumput semua basah."

Kapten itu berkata lagi, "jadi apa masalahnya? Pakailah baju hujan."

Thursday, September 1, 2011

Perompak Bodoh


Seorang lelaki masuk ke sebuah kedai 24 jam dengan membawa sepucuk pistol dan meminta cashier meletakkan semua wang dari cash register ke dalam sebuah beg. Teller pun melakukannya. 

Kemudian orang itu melihat sebotol Vodka di belakang meja dan mengatakan kepada cashier untuk memyerahkan kepadanya. Cashier enggan dan berkata dia tidak percaya umur lelaki itu lebih dari 21 tahun. Lelaki itu berkeras mengatakan bahawa dia berumur lebih dari itu.
 
Cashier tetap berdegil. Akhirnya, lelaki itu mengeluarkan ICnya dan menunjukkan kepada cashier. Cashier itu melihatnya dengan berhati-hati dan cukup yakin, dia lebih dari 21 tahun. Dia memberinya Vodka dan lelaki itu berlalu pergi. Dua jam kemudian dia ditangkap setelah cashier menelepon polis dengan nama dan alamat lengkap dari si perompak.