Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, September 12, 2011

Memberitahu Secara Halus


Imah pergi melancong dan meminta Payid menjaga rumahnya. Setelah seminggu kemudian, Imah menelefon rumah dan bertanya, “bagaimana kucingku?”
 
Payid ragu dan dengan sedih memberitahu Imah bahawa kucingnya mati.
 
“Apa? Kamu seharusnya jangan memberitahuku dengan cara seperti itu. Kamu harus memberitahuku dengan lebih halus dan perlahan-lahan. Waktu aku telefon, sepatutnya kamu bagitahu bahawa kucingku ada di atas bumbung. Bila aku menelefon lagi, sepatutnya kamu beritahu bahawa tidak ada yang boleh dilakukan untuk menurunkannya.
Ketiga kalinya aku telefon, sepatutnya kamu beritahu bahawa kamu sudah mencuba menurunkannya, tapi dia jatuh dan mati,” jelas Imah.
 
Payid meminta maaf dan meneruskan hidupnya.
 
Sekitar seminggu kemudian, Imah menelefon lagi dan bertanya,“bagaimana keadaan nenekku?”
 
Setelah terdiam agak lama, Payid kemudian menjawab,“Hmm, dia ada di atas bumbung.”

No comments:

Post a Comment