Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, December 29, 2009

Kisah Skirt Ketat



Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar. Akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt. Namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal. Sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas. Dia menoleh dan didapati lelaki di belakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut, "apahal kau pegang punggung aku? Gatal."

Jawap lelaki tersebut, "kau pun gatal jugak. Yang pergi buka zip seluar aku tiga kali apa pasal?"