Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, July 30, 2012

Lawak Pendek



Di sebuah warung makan.

“Ada ayam tak, adik? Kambing?”

“Ada bang, mau order berapa?” 

“Halau adik. Saya mahu makan ni.”

*******

Di dalam kelas.

“Joni, bilakah bermula terjadinya perang dunia?” 

“Seingat saya cikgu, mulai dari muka surat 31 sampai 34, cikgu.” 

Pemadam papan hitam melayang hampir terkena muka Joni.

*******

“Apa yang kamu buat, Joni?” 

“Menulis surat untuk Sheila, cikgu.” 

“La, kamu kan belum boleh menulis?” 

 “Betul cikgu, Sheila juga belum pandai baca.”

*******

“Joni, kamu di tingkat bawah ya?” 

“Ya, mama.”

“Lampu di tingkap bawah okey, tak?” 

“Tak tahu mama, di sini gelap sangat.”  

*******

“Joni, siram bunga sekarang.”

Hujan la, mama.”

Jangan banyak alasan. Kan boleh pakai payung.”

*******

Ayah.

Ya, Joni.

“Berapa biaya untuk menikahi seorang gadis? 

Kurang pasti, Joni. Sampai sekarang ayah masih terus membayar mama kamu. 

*******

Papa, si Joni tertelan duit syiling. Cepat panggil doktor. 

Mama jangan merepek? Nak bayar doktor 100 ringgit lebih cuma nak dapatkan balik duit syiling.
  
*******

Mau pesan apa bang Joni? 

Teh tarik satu, cik adik.  

Manis tak bang?   

“Tak perlu manis. Yang penting setia dik. 

*******

Di kedai cendol.

Bang, cendol saya mana?  

Sabar sat boleh tak.

Eh! Pembeli adalah Raja. Duit belen mana bang? 

“Hai, takkan Raja minta duit belen.



Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: “Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” [Muslim]



Sunday, July 29, 2012

Hampir Saja Batal Puasa



Aduuhh, bro tadi aku hampir saja batal puasa,” kata Wan.
“Sebenarnya kenapa?” tanya Zaini.
Hang tau tak, azan zuhur seakan-akan sama dengan azan maghrib.”


Mutiara Hikmah: Daripada Aishah R.A dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:  “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” [Bukhari, Muslim Dan Tirmidzi]


Thursday, July 26, 2012

Emak Borek Anak Rintik-Rintik


Awatif yang berumur 8 tahun pulang dari sekolah dengan membawa kad laporan. Markahnya agak baik dengan beberapa A dan B sahaja.
Walau pun begitu laporan di bahagian komen guru menarik perhatian ayahnya.
‘Awatif seorang pelajar yang pintar. Tetapi dia ada satu kelemahan. Dia bercakap terlalu banyak. Saya akan mencuba satu idea untuk memberhentikan tabiatnya itu.’
Ayahnya menandatangani laporan itu lalu menulis pula di ruang komen waris.
‘Tolong bagi tahu jika idea cikgu itu berkesan terhadap Awatif. Saya ingin mencuba idea itu pada emaknya pula.’


Mutiara Hikmah: Dari Abdullah Bin Qais R.A katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.” [Muslim]

Wednesday, July 25, 2012

Burung Kakak Tua Yang Samseng




Seorang perempuan melalui sebuah kedai haiwan peliharaan. Tiba-tiba seekor burung kakak tua menegurnya, “perempuan hodoh, perempuan hodoh.

Perempuan itu sangat malu lalu berjalan dengan pantas meninggalkan kedai itu.

Dalam perjalanan balik perempuan tadi melalui kedai yang sama. Sekali lagi burung kakak tua itu berkata, “perempuan hodoh. Mari tengok perempuan hodoh.”

Kali ini perempuan itu hilang sabar lalu masuk ke dalam kedai itu. Dia berjumpa dengan pemilik kedai itu lalu memberi amaran yang dia akan menyaman pemilik kedai itu dan membakar burung kakak tuanya. Pemilik kedai berjanji yang burung kakak tua itu tidak akan mengata perempuan itu lagi.

Keesokan harinya perempuan itu melalui kedai yang sama. Burung kakak tua itu menegurnya, Hello!” 

Perempuan itu menjawab dengan marah, “apa lagi hah!” 

“Faham-faham sendirilah,” jawab burung itu.


Mutiara Hikmah: Diriwayatkan daripada Anas R.A, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya: “Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah 1) Ilmu agama akan diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama') 2) Ketidaktahuan (terhadap agama) merajalela 3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi kebiasaan) 4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka.”



Berdiri Sejak 1918


Di daerah terpencil sebuah desa terdapat seoarang gadis dan pemuda miskin yang baru kahwin tetapi tidak dapat menikmati malam pertama mereka. Ini ceritanya:

Sarmini seorang gadis yg sangat miskin, seumur hidupnya belum pernah memakai bra (coli). Tetapi kerana dia sudah berpacaran , dia belajar menggunakannya.   

Tak lama kemudian Sarmini dinikahi oleh seorang pemuda bernama Zaini, pemuda miskin yang juga sekampung dengannya. 

Untuk persiapan perkawinannya, ibu Sarmini menjahit bra dan seluar dalam untuk Sarmini. Tetapi kerana tidak ada duit, ibunya membuatkan bra dari bekas beg baja urea dan kain sepanduk pilihan raya untuk seluar dalamnya.

Pada malam pertama, ketika sedang bermesraan, tiba-tiba Zaini suami Sarmini jatuh pengsan kerana terkejut melihat bra isterinya bertuliskan, ‘BERAT BERSIH 25 KG, HATI-HATI BERACUN’. Sedangkan di seluar dalamnya bertuliskan, ‘CUKUP DIPEGANG, JANGAN DIKOYAKKAN’. 

Dan kisah penderitaan orang susah yang tidak dapat menikmati malam pertama pun berlanjutan. Kerana keesokan harinya, tiba giliran Sarmini yang pengsan kerana melihat seluar dalam suaminya yang diperbuat dari bekas sepanduk jamu Nyonya Meneer yang bertuliskan, ‘BERDIRI SEJAK 1918’.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantaikan.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

Saturday, July 21, 2012

Kondom



Seorang lelaki masuk ke farmasi bersama anaknya yang berusia 8 tahun. Apabila mereka berjalan di bahagian kondom si anak bertanya, “apakah benda ini, ayah?” 

Tanpa berselindung ayahnya menjawab, “ini namanya kondom. Lelaki menggunakannya untuk hubungan seks yang selamat.”
Si anak mengangguk seakan faham dengan penjelasan tersebut lalu mengambil bungkusan yang mempunyai 3 kondom. Dia bertanya lagi, “kenapa ada sampai 3 ayah?”

Ayahnya menjawab, “ini untuk pelajar sekolah menengah. Satu untuk Jumaat, satu untuk Sabtu dan satu untuk Ahad.”
“Hebat,” kata anaknya. Kemudian dia ternampak bungkusan yang mempunyai 6 kondom. “Yang itu untuk siapa pula?”

“Ini untuk pelajar kolej. Dua untuk Jumaat, dua untuk Sabtu dan dua untuk Ahad,” jawab ayahnya.
“Wow! bungkusan yang ini untuk siapa pula?” tanya budak itu lagi sambil menunjukkan bungkusan yang mempunyai 12 kondom.

Sambil mengeluh si ayah menjawab, “ini untuk lelaki yang berkahwin. Satu untuk Januari, satu untuk Februari, satu untuk Mac dan seterusnya.”

Note: Kisah ini berlaku di luar negara.


Mutiara Hikmah: Dari Uthman R.A. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”


Tuesday, July 17, 2012

Syiah VS Sunnah


Presiden Iran telah memanggil ke semua Ulama Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.  

Ke semua Ulama Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama Sunnah yang lain-lain.  

Ulama Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.  

Ulama Syiah memandang kehairanan sambil berkata, “kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?”  

Ulama Sunnah itu menjawab, “saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut.”  

Ulama Syiah menjawab, “mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W.” 
                
Ulama Sunnah seraya berkata, “jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?”  

-Sheikh Ahmed Deedat-




Mutiara Hikmah: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki.”


Monday, July 16, 2012

Kisah Pengantin Rasuah



Ketika satu majlis perkahwinan di gereja, seorang pengantin lelaki menghampiri paderi lalu membuat satu tawaran. 

“Saya akan bagi $100 jika awak boleh ubah sikit ikrar perkahwinan. Bila awak baca sampai bahagian yang mana saya sepatutnya berjanji untuk mencintai, jujur, taat dan sentiasa mempercayai isteri saya, boleh tak awak abaikan saja bahagian itu.” 

Dia memberikan paderi itu $100 lalu berlalu pergi dengan gembira. 

Saat perkahwinan pun tiba dan tibanya masa untuk membaca ikrar perkahwinan, paderi merenung muka pengantin lelaki dan berkata, “adakah kamu berjanji akan setia padanya, taat dan patuh pada setiap arahan dan permintaannya, menyediakan sarapan pagi di katilnya setiap pagi, dan bersumpah dengan nama Tuhan yang kamu akan menyayangi isteri kamu dan berjanji tidak akan memandang perempuan lain selagi kamu berdua masih hidup?” 

Pengantin lelaki itu menelan air liur sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Dengan suara yang amat perlahan dia menjawab, “saya berjanji.” 

Kemudian dia berbisik kepada paderi, “bukankah kita sudah membuat persetujuan?” 

Paderi dengan secara sembunyi menghulurkan kembali $100 sambil berbisik, “tawaran dari pengantin perempuan lebih lumayan.”
Mutiara Hikmah: Abdul Rahman Bin Auf R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Hendaklah engkau mengadakan walimah walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”

Sunday, July 15, 2012

Ghaplah Jingga



Sepasang suami isteri yang telah tua menghadapi masalah lupa yang melampau. Mereka kemudiannya menghadiri kelas menguatkan daya ingatan.
Beberapa hari kemudiannya suami pasangan tua itu bercerita kepada jirannya tentang kehebatan kelas yang telah dihadirinya itu.
“Siapa nama pengajar kelas itu?” tanya jiran tersebut.
“Oh, ummmm, biar saya fikir sekejap,” orang tua itu cuba mengingat. “Awak tahu tak bunga yang berbau wangi tu. Alah yang banyak duri itulah. Tahu tak nama bunga itu?”
“Bunga Ros?” jirannya membalas.
“Ha, yang tulah,” orang tua itu menjawab.
“Nama pengajar itu Ros?” tanya jiran itu lagi.
“Eh, bukan,” orang tua itu menjawab lalu memanggil isterinya dengan suara yang kuat, “Hei! Ros, apa nama cikgu yang ajar kelas ingatan tu ha?”

Mutiara Hikmah: Daripada Anas R.A. katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat.” Nabi S.A.W bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila Dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang redha dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”


Friday, July 13, 2012

Lawak Kanak-Kanak Dahaga



Seorang ayah menemani anaknya ke bilik tidur. Setelah itu dia kembali melayari internet.
Anak : Abah. Kak Chik dahaga boleh tak bawa air sikit.
Abah : Tadi tak mau minum. Tak payahlah dah lewat ni. Tidurlah.

Lima minit selepas itu.

Anak : Abahhh.
Abah : Apa lagi?
Anak : Kak Chik dahaga tolonglah bawa air.
Abah : Kan abah dah kata tak boleh tadi. Kalau kamu minta lagi abah akan pukul.
Sepuluh minit kemudian.
Anak : Abahhh.
Abah : Memang nak kena budak ni. Apa lagi ha? 

Anak : Kalau abah nak datang pukul saya nanti tolong bawa air sekali tau.


Mutiara Hikmah: Dari Abu Hurairah R.A. katanya, Rasulullah S.A.W bersabda: “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).


Mengintai Seluar Dalam



Lily berlari pulang lalu menjerit gembira pada emaknya, “tengok, saya dapat 5 dollar.”
Emaknya hairan lalu bertanya macam mana dia dapat duit itu.
“Tommy yang bagi. Katanya upah kerana saya buat balik kuang,” jawab anak kecil itu.
“Kamu tak tau ke yang Tommy cuma nak mengintai seluar dalam kamu je. Lain kali jangan layan budak nakal tu.”
Keesokan harinya Lily pulang lagi dengan membawa 10 dollar pula. Emaknya sangat marah lalu berkata, “bukan ke emak dah cakap jangan layan Tommy tu. Dia cuma nak…..”
Belum sempat emaknya menghabiskan ayat itu Lily menjawab, “saya tahu emak dah cakap tapi hari ini saya dah tipu Tommy pasal saya tak pakai seluar dalam.”

Mutiara Hikmah: Abdullah Bin Mas'ud meriwayatkan katanya, aku bertanya: “Ya Rasulullah, manakah satu dosa yang paling besar?” Baginda bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Dia yang menciptakan engkau.” Aku bertanya: “Kemudian apa?” Baginda bersabda: “Engkau membunuh anak mu kerana takut dia makan bersama mu.” Aku bertanya: “Kemudian apa?” Baginda bersabda: “Engkau berzina dengan isteri jiranmu.”


Penjenayah Paling Dikehendaki



Seorang guru membawa beberapa anak muridnya melawat sambil belajar ke sebuah balai polis. Ketika berada di sana seorang anggota polis sibuk memberi penerangan kepada para pelajar tersebut. Di akhir penerangannya dia membuka ruang untuk sesi soal jawab.



Qaleesya : Cik, saya nak tanya kenapa ada banyak gambar orang di dinding balai polis ni? 


Polis : Itu semua gambar penjenyah yang dikehendaki. Mereka ni telah banyak melakukan jenayah berat. Pihak polis sedang berusaha untuk menangkap mereka.

Arianna : Kenapa tak tangkap mereka ketika mereka sedang mengambil gambar?
Pegawai polis tersebut terpinga-pinga nak menjawab soalan murid itu.

Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: “Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” 


Monday, July 9, 2012

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis?


Kisah di sebalik sejarah.


1508 : Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera.


1509 : Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.

Oct 1511 : Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat Dan Hang Kasturi). Ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus asa.
1512 : Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini.
Feb 1512 : Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar bandar-bandar besar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas itu.
Feb 1512 : Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik 1, 2 dan 3 : Selamat pagi tuan (sambil bertabik).
Alfonso : Selamat pagi.
Perisik 1 : Beginilah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Alfonso : Kenapa kuat sangatkah mereka itu? (dengan nada marah dan bongkak).
Perisik 2 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.
Perisik 3 : Betoi tu tuan. Antaranya: Hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam-macam lagi hang ada kat sana.  
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beratus-ratus ribu hang kat sana. 

Lagi.

Lagi.

Hang dok buat apa la ni.

Hang dah tak dak gheja nak buat.


Mutiara Hikmah: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.”