Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, February 26, 2011

Keparat

Dalam suatu perbicaraan di mahkamah hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji", kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak,"kurang ajar".

"Bawa bertenang. Ini mahkamah", bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan, "saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau".

"Celaka", teriak pengunjung tadi.

"Tenang. Bawa tenang", teriak hakim dengan keras.

"Dan saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang", kata hakim.

"Keparat", teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan. Dengan geram hakim berkata,"jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini, saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkamah".

"Maaf Yang Arif", pengunjung tadi berkata, "saya adalah jiran tertuduh. Sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang, dia selalu cakap tidak ada".

Friday, February 25, 2011

Bihun VS Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, "dasar si kuning gemuk ingat orang suka sangat kat dialah tu".

Hari-hari berlalu namun mee buat derk saja dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dan berteriak,"hoi, si kuning gemuk. Jangan fikir kau buat teknik rebonding macam tu aku tak kenal kau".

Nangka Beracun


Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya petani itu mendapat idea. Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis, 'AWAS SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'.


Keesokan harinya petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi.


Seminggu selepas itu petani ini pergi ke kebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis, 'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'.

Thursday, February 24, 2011

Pak Cik Ni Saiful Apek Ka?

Seorang lelaki sedang duduk di dalam bas Rapid Penang ketika seorang budak sekolah darjah satu Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong naik dan duduk di sebelahnya.

Berulang kali si anak menoleh ke sisi lelaki tadi, kemudian ia bertanya,

Budak Sekolah : Maaf. Pak cik ini Saiful Apek, ya?.

Lelaki : Bukan.

Selang 15 minit, si anak bertanya kembali.

Budak Sekolah : Pak cik ini Saiful Apek, ya?

Lelaki : Bukan.

Selang 10 minit si anak bertanya kembali.

Budak Sekolah : Pak cik ni Saiful Apek, ya?

Dengan sedikit berteriak kerana marah, lelaki tadi menjawab, "bukan!!!".

Kerana kesal lelaki tadi turun dari bas dan duduk di sebuah gerai makan. Malang bagi lelaki tadi kerana budak sekolah ikut turun dan duduk di sebelahnya sambil bertanya lagi.

Budak Sekolah : Maaf pak cik ini Saiful Apek, ya?

Kerana kesal lelaki tadi menjawab: Ya, saya Saiful Apek. Awat yang hang lorat sangat?.

Budak Sekolah: Tapi pasal apa rupa pak cik tak serupa langsung dengan dia?.

Wednesday, February 23, 2011

Bogel


Kitty dan suaminya sedang mandi bogel dalam bilik air di tingkat atas rumah mereka. Tiba tiba lonceng pintu berdering. Dengan pantas Kitty terus membungkus tubuhnya dengan tuala dan berlari ke bawah untuk membuka pintu.


Rupa-rupanya, Robert jiran sebelah rumah mereka berdiri di depan pintu dan berkata, "oh! minta maaf kerana menggangu you yang sedang mandi".


Kitty menjawap, "tidak masalah, biasalah tu. Apa you mahu".


Robert terus dengan ghairahnya menjawap, "oh! Kitty you mempunyai kulit putih melepak halus bak sutera, jika I offer you RM250.00 sanggupkah you menanggalkan tuala bahagian atas sebagai balasan?".


Dengan secepat kilat tanpa berfikir panjang maka ditanggalkan bahagian atas tuala memperlihatkan buah dadanya yang menbukit demi wang RM250.00.


"Wow", Robert dengan mata terbeliak menghayati buah dada Kitty yang secara langsung memberangsangkan berahinya sekaligus menawarkan RM250.00 lagi kepada Kitty untuk menanggalkan kesemua tualanya.


"Kenapa tidak", balas Kitty, "itu ganjaran yang amat lumayan" dan terus melonggarkan tualanya memperlihatkan keayuan tubuh yang mengiurkan tanpa seurat benang pun.


Maka Robert dengan air liur yang meleleh keluar dan merasa rimas yang amat ketara seperti disimbah air sejuk dengan bahagian zip seluar yang seakan-akan pecah terus menyerahkan note Rm500.00 kepada Kitty tanda kepuasan yang tak terhingga sambil berlari pulang ke rumahnya untuk melakukan latihan 'menembak'.


Apabila Kitty kembali ke bilik air untuk menyambung balik mandinya maka suaminya bertanya,"siapa yang membunyikan lonceng pintu?".


"Jiran kita, si Robert", Jawap Kitty.


"Robert?", tanya suaminya.


"Adakah dia memulangkan wang RM500.00 yang dipinjam dari saya tempoh hari?".

Presiden VS Menteri

Seorang menteri telah mengatur janji untuk bertemu dengan Presiden. Tetapi beliau terlambat 2 jam dari waktu yang telah dipersetujui, sehingga Presiden marah benar kepadanya.

"Kemana kamu pergi?", herdik Presiden, "sudah 2 jam saya menunggu".

"Saya mengaku salah," kata menteri.

"Masalahnya lif yang saya naiki rosak. Dan tahukah tuan Presiden, selama lif diperbaiki saya terpaksa berdiri selama 2 jam".

Presiden menumbuk meja dengan marahnya.

"Tolol", teriaknya.

"Jadi maknanya, kamu berdiri menunggu lif itu diperbaiki selama 2 jam?".

"Betul , tuan Presiden".

"Tolol dan bengong", teriak Presiden lagi lebih keras.

"Mengapa kamu tidak duduk saja?".

Siapa Mary Bang?

Pada suatu hari yang tenang seorang suami sedang relax sambil duduk membaca surat khabar, tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk, PANG!! diketuknya atas kepala si suami.

Suami yang terpinga-pinga bertanya, "apa hal dengan awak ni? Kenapa awak ketuk kepala saya?".

Si isteri pun menjawap, "nah! awak tengok ni", sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama 'Mary'.

Si isteri tentu menyangka si suami mempunyai kekasih lain yang bernama Mary.

Dengan tenang si suami menjawab, "oh! itu nama kuda yang saya bertaruh semalam. Namanya Mary".

Si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat-rehat membaca surat khabar seperti selalu, PANG!!! kali ini dengan lebih kuat lagi.

Si suami pun bertanya, "apa hal pula awak ketuk kepala saya kali ni?".

Dengan selamba si isteri menjawap, "kuda awak telefon".

Bahagiakah Perkahwinan Hanya Kerana Cinta?

Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin berumah tangga :
Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana, tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit di kampungnya. Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah puteri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi mereka jauh berbeza namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui puterinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta puterinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi pernikahan.

Ayah Jamil yang tak punya banyak harta hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil?.

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berdua pun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam berteriaklah Ayu dengan kuat sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri.

Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya. Di buat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Amboiiiiii. Serius sangat membacanya. He! He! He!

Sunday, February 20, 2011

Suami Kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut. Lalu suaminya mengeluarkan wang RM5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu?," sambil menunjuk ke dalam cermin.

"Awak ambil yang itu dan yang di luar cermin ini adalah wang saya", kata suami kedekut itu lagi.

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada sate kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,"mana awak dapat wang untuk beli semua ni?".

Isterinya tidak menjawab dan terus menarik tangan suaminya masuk ke bilik.

Di dalam bilik suaminya mengulangi pertanyaannya lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin,"awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu?", sambil menunjuk kedalam cermin.

"Itu adalah kepunyaanmu dan yang di luar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual sate ini".

Catatan Harian Seorang Wanita

Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam buku catatan.

12 April : Aku bangga kerana naik kapal semewah ini. Akan ku ceritakan pada semua temanku. Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka akan cemburu.

13 April : Hari yang bertuah. Aku berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaan ku benar. Dia sangat gagah dan tampan. Terasa begitu beruntungnya aku.

14 April : Tanpa aku duga kapten mengajak aku makan malam dan dia juga sempat memuji kecantikan ku. Aku berasa amat bangga.

15 April : Dia mengajak aku makan malam lagi. Kapten ternyata nakal juga. Dia mula berani mengajak ku 'bercinta' dan menunggu jawapan ku esok.

16 April : Dia menagih janji. Dengan jual mahal aku tolak dia mentah-mentah. ( Dia ingat aku ni perempuan murahan ). Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal beserta 1200 penumpangnya.

17 April : Pagi yang cerah. Aku bangga kerana berjaya menyelamatkan nyawa 1200 penumpang.

Atong Dan Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "apa dalam beg tu?".

"Pasir", jawab Atong.

"Turun dari basikal. Kita tengok apa betul awak bawa pasir," Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata.

Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong dimasukkan semula ke dalam begnya dan pihak kastam melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya,"apa yang awak bawa?".

"Pasir", kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong", tegur Pak Mat Kastam, "aku tau awak ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Okeylah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?".

"Basikal", jawab Atong ringkas.

Saturday, February 19, 2011

Cucu Anda Yang Bayar

Pada suatu hari Pak Pandir pergi ke sebuah pusat membeli belah dan melintasi sebuah restoran Ayam Goreng Kendakie. Dia berhenti sebentar, dilihatnya pada dinding kaca restoran tersebut tertulis papan iklan berbunyi,"MAKAN SEKARANG, CUCU ANDA YANG AKAN BAYAR".

"Hah? Biar betul nie," Pak Pandir melihat ia sebagai satu kesempatan. Maka masuklah dia ke restoran tersebut dan memesan sebanyak-banyaknya, makan sampai puas.

Setelah selesai, dia segera hendak berlalu dari tempat tersebut. Tapi belum sempat dia keluar dari pintu restoran dia telah dihadang oleh seorang pelayan dan menyerahkan padanya bil makanan.

"Macam mana ni, di papan iklan tertulis makan dulu, yang bayar nanti cucu saya," kata Pak Pandir berang.

"Betul encik, tapi encik lihat dulu bilnya. Ini bukan bil makanan yang encik makan tadi. Ini adalah bil makanan datuk kepada encik,"kata pelayan restoran selamba.

Mat Punk

Seorang lelaki tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut. Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam.

Orang tua itu lama menatap si punk tersebut. Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu pemuda punk itu bertanya, "eh, pakcik kenapa tenung saya macam tu? Apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?".

Setelah menarik nafas panjang, orang tua itu menjawab, "tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakak tua. Jadi sekarang ini aku keliru, jangan-jangan kamu adalah anakku".

Thursday, February 17, 2011

Tetamu Tak Di Undang

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu. Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu lelaki itu bertanya,"cik puan adakah cik puan pandai bermain seks?".

Kerana terkejut wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah.

Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu.

Malamnya wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminyabersembunyi sambil memegang senapang.

Lelaki itu terus bertanya,"cik puan, cik puan ni pandai tak main seks?".

"Mestilah pandai. Kenapa encik bertanya soalan ini?", jawab wanita itu dengan berani.

"Baguslah kalau pandai," kata lelaki itu.

"Kalau begitu, puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya".

Jom Bunuh Syaitan

Seorang lelaki berusia lima puluh tahun baru sahaja kematian isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberapa orang perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin. Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampung maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampung tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

"Yakah?. Tak apa malam ni malam jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan, betul tak sayanggg," kata suami sambil ketawa.

Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

"No problem. Tunggu malam ya sayang".

Esoknya si isteri berkata, "bang, jom kita bunuh syaitan bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata lagi, "bang, jom kita bunuh syaitan".

Si suami tiba-tiba marah dan berkata, "ayang ni nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang".

Zaman Berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka di ruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas di riak muka mereka.

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama,“tahniah. Isteri encik selamat melahirkan anak kembar dua”.

“Kembar dua. Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “isteri encik selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”.

“Apa? Kembar tiga? Saya bekerja dengan 3D Corporation, ”kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “tahniah! Isteri encik selamat. Encik dikurniakan anak kembar empat, ” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat? Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“apakah yang merunsingkan awak?”.

Dengan perasaan gelisah dia menjawab, “saya bekerja di Seven Eleven”.

Wednesday, February 16, 2011

Kuda Raja

Alkisah dalam satu negeri antah berantah adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Sudahlah kurang hensem, sombonglah pulak. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai gila. Suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Misteri Mimpi Syakilla dia nyanyi, sebab itulah raja ini sayang sangat kat kudanya. Tapi kuda ni hanya dengar arahan raja ni seorang saja.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada di antara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda itu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kuda itu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian. Makin egolah raja seorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda itu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,"apa yang engkau buat sampai kuda beta tu duduk wahai budak?".

Maka dengan selambanya budak tu berkata,"tadi patik jentik telur kuda tu sampai dia terduduk. ( Senak la agaknya kot ).

Berlalulah budak itu sambil mengira-ngira wang yang dimenanginya.

Raja yang tak puas hati telah mengadakan satu lagi pertandingan. Bukannya apa nak cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya," katanya dalam hati sambil ketawa.

Maka sampailah kepada hari pertandingan. Ramailah rakyat keluar untuk melihat siapa yang boleh buat kuda raja ni geleng kepala. Seperti hari yang sebelumnya, dari pagi sampai lah ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya.

Raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik itu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi.

Dengan selambanya raja berkata,"cubalah kalau boleh".

Budak kecik ni pun pegi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya, "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?".

Dengan selambanya budak tu jawab,"nak kena jentik lagi?".

Bila Besar Nanti

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Hassan berdiri dan berkata, "nama saya Hassan Bin Che Lee. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Hassan. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "nama saya Azimah Binti Ismail. Kalau besar nanti, Imah nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Farrid berdiri dan berkata, "saya Farrid Bin Zainal Ariffin, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Azimah mencapai cita-citanya".

Konduktor

Seorang penumpang di dalam keretapi elektrik bertanya pada konduktor, "adakah merokok di benarkan?".

"Tidak", konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut.

"Kalau begitu, dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?".

Konduktor itu menjawab,"dari mereka yang tidak bertanya soalan".

Monday, February 14, 2011

Suatu Hari Di Klinik Swasta

Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa kena dengan belakang hang ni?

Kudut: Saya kerja syif malam. Bila saya balik rumah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dalam bilik tidur saya. Saya saspex ada orang dah tidur dengan bini saya. Saya tengok pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia. Lepas tu saya terus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Itu yang sakit belakang sampai sekarang ni, doktor.

Tiba-tiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta.

Doktor: Uih! Pesakit yang saya tengah periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat saya tengok. Apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Hari ni hari pertama kerja baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan seluar saya, tiba-tiba saja ada sebiji peti ais hinggap kat belakang saya, doktor.

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut biawak kabok.

Doktor: Hang pasal apa pula ni?

Chot: Saya ada kat dalam satu peti ais. Tiba-tiba saja ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat 3, doktor.

Ulang Tahun Perkahwinan

Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah ketika meraikan ulang tahun perkawinan mereka yang ke-50. Ulang Tahun Perkawinan Emas dengan 8 anak, 28 cucu dan 2 cicit.

Ketika menikmati pencuci mulut, si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan kemudian menoleh ke arah isterinya dan bertanya, "ada satu hal yang ingin aku tanyakan pada kamu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa, jadi pertanyaan ini belum pernah ku lontarkan. Tapi malam ini, malam istimewa jadi ada baiknya aku tanyakan sekarang".

"Apa sayang? Tanya saja. Kenapa mesti tidak selesa?", kata isterinya.

"Begini, anak kita yang nombor 4 tidak mirip kepada adik beradiknya yang lain. Apakah ayahnya berbeza?".

Isterinya terkejut mendengar pertanyaan tersebut. Dia menundukkan kepala dan tidak sanggup menatap wajah suaminya.

"Ya," katanya mengaku, "ayahnya berbeza".

Hening.

Mata si suami di genangi air mata.

"Ooh...," katanya sambil menahan sebak di dada, "kalau begitu, boleh tak aku tahu siapa ayahnya?".

Hening lagi.

Dengan keberanian yang tersisa, si isteri menjawab, "abang la".

Sunday, February 13, 2011

Bapa Siapa Hebat?

Tiga orang budak sekolah berborak mengenai kehebatan bapa masing-masing semasa waktu rehat di kantin sekolah.

Tan Hock Lye : Bapa aku terror tau. Kamu tau tak gunung Everest tu dia pernah daki tau.

Ooi Sin Keong : Bapa aku lagi hebat, dia pernah berenang dari semenanjung Malaysia ke Singapura.

Yap Lye Hin : Bapa kamu tak hebat la. Bapa aku lagi hebat. Kamu tau tak laut mati ? Dia la yang bunuh.

Salah Naik Bas

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek.

Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata, "Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka".

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "berhenti. Salah naik bas".

Yahudi

Seorang Yahudi, seorang tentera Rusia, seorang nenek dan seorang gadis cantik dalam sebuah keretapi dari Kiev menuju Moscow. Pada saat keretapi memasuki terowong yang gelap, tiba-tiba terdengar suara ciuman disusuli oleh bunyi tamparan. Ketika keretapi keluar dari terowong itu, keempat-empat orang tersebut berpandang-pandangan sambil berpikir

Nenek : Pasti salah seorang dari kedua lelaki cuba mencium gadis itu, dan ditamparnya.

Tentera Rusia : Sial, Yahudi itu mencium gadis itu, aku yang ditampar.

Gadis : Salah seorang dari dua lelaki itu pasti cuba menciumku tapi tersalah mencium nenek itu dan ditamparnya.

Yahudi : Hari ini hari yang membahagiakan untukku, kucium tanganku sendiri, lalu kutampar perajurit Rusia itu dan tidak ada yang marah.

Dialog

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya.

Guru: Jika ayah kamu mendapat RM80 seminggu dan memberi emak kamu separuh, berapakah yang ayah kamu dapat?

Murid : PERANG!!

Profesional Muda


Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta BMWnya, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju melanggar pintu kereta itu hingga tercabut. Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu.

"Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi terhadap kereta saya," katanya histeria kepada polis yang tiba di tempat kejadian.


"Kamu orang-orang kaya ni benar-benar materialistik, kamu semua membuatkan aku muak," kata polis.


"Kamu begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan kamu juga dah hilang sebelah?".


"Ya Tuhaaaaaaaannn!!!!!," teriak profesional ketika ia melihat lengannya sudah tidak ada lagi.


"Mana jam Rolex aku?".

Saturday, February 12, 2011

Selalu Terbangun

Payid pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur tetapi tetap juga susah untuk tidor.

"Mungkin perubatan tradisional akan berhasil," kata doktor.

"Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga sampai akhirnya anda tertidur.

Seminggu kemudian Payid kembali berjumpa doktor itu.

"Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat. Apakah cara itu berhasil ?" tanya doktor.

"Sebenarnya hampir berhasil. Pada bilangan ke tujuh saya sudah mula mengantuk. Tapi pada bilangan kelapan saya akan terbangun kembali," jawab Payid.

Doktor kehairan,"mengapa Payid. Awak ada masalah besar ke?".

"Ya, kerana saya adalah seorang peninju".

Barang Tak Guna

Chot dan bini dia dah kahwin lebih 10 tahun. Satu hari time bini Chot balik dari menjenguk maknya, dia ternampak Chot tengah "bedroom lambada" dengan pompuan muda dalam bilik.

Dengan marah, bini Chot menghempas pintu dan berlari tinggalkan rumah. Chot mengejarnya sambil berkata, "dengar dulu penjelasan abang. Paling tak pun sebelum awak pegi, awak kena tahu punca kejadian ni".

Agak kebingungan, bini Chot menghentikan langkah.

"Tadi waktu balik pejabat, abang nampak pompuan muda ini kat tepi jalan, dengan pakaian compang camping dan basah sebab hujan. Kesian punya pasal, abang bawak dia ke rumah. Dia lapar, jadi abang bagi makanan yang awak simpan dalam stor, yang awak tak nak lagi".

"Lepas tu, abang bagi pakaian awak yang dah lama tak dipakai sebab dah kecik dan bila abang tengok dia tidak pakai selipar, abang bagi selipar dekat dia yang awak tak pakai lagi sebab dah ketinggalan zaman. Terus abang bagi dia baju hujan yang dulu abang belikan untuk ulang tahun perkahwinan kita, tapi tak penah sekali pun awak pakai sebab warnanya tak cantik," kata Chot lagi.

Chot menambah, "sebenarnya pompuan tu dah nak pergi tadi".

"Habis, awat dia still ada kat sini?" soal bini Chot.

"Sebelum pompuan tu pegi tadi dia sempat tanya, "ada lagi tak barang lama yang tak pernah lagi diguna oleh isteri encik?".

Ciuman

Lisa : Berapa harga semeter kain ni ?

Hock Lai : Harga 1 meter cuma 1 ciuman

Lisa : Baiklah. Bagi saya 10 meter.

Hock Lai : (gembira) Ni dah siap sepuluh meter kain. Bayarannya???

Lisa : Kejap, nenek saya akan bayarkan (sambil menunjuk ke arah neneknya).

Side A, Side B

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa Jalan Perak berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yang menyanyi dengan penuh perasaan bagaikan seorang penyanyi profesinal.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula sambil menyanyi.

Doktor itu terus bertanya, "kenapa awak tadi terlentang tapi sekarang meniarap pula?".

Lalu pesakit itu menjawab, "oh! tadi side A. Ini Side B pulak".

Thursday, February 10, 2011

Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Minta maaf banyak-banyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila dia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya, "awak minta tolong pada siapa?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan dia roti atau tidur dengannya".

"Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke?!!!"

Kambing Hitam Dan Kambing Putih


Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?

Gembala : Oh, boleh saja.

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : Yang hitam pun sama.

Pemuda : Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Gembala : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih.

Gembala : Aaa, menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.

Pemuda : Dan yang hitam?

Gembala : Yang hitam pun sama.

Pemuda : (Dengan perasaan geram) Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja.

Gembala : Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.

Pemuda : Ooo, begitu fahamlah saya. Kalau yang hitam tu pulak siapa punya?

Gembala : Yang hitam pun sama, saya punya juga.

Pemuda : (Benggang, geleng kepala dan berlalu)

Isteri Curang

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Amat yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Amat seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata,"Mat,kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri kau sedang bermesraan dengan kawan kau tu".

Amat pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian ia telah kembali dengan wajah lebih ceria, nampak lega.

"Bagaimana Mat?",tanya rakannya tadi.

"Kacau saja kau ni. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak, baru tadi pertama kali aku lihat dia".

Tuesday, February 8, 2011

Bercumbu


Milah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.

Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat dua ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan bermesra-mesraan.

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing,"rasanya saya juga teringin melakukannya," sambil memandang Milah dengan mesra.

"Silakan," balas Milah "kan kerbau-kerbau tu milikmu".

Masuk Penjara

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman. Mereka bernama Che Ros dan Siew Foong

Siew Foong : Che Ros, kenapa kau sedih?

Che Ros : Ayah aku masuk penjara.

Siew Foong : Kenapa?

Che Ros : Ayah pecahkan kaca tingkap.

Siew Foong : Hah! pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?

Che Ros : Dia pecahkan tingkap kapal selam.

Siew Foong : Patut la.

Sunday, February 6, 2011

Jawatan Kosong

Sahibul memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Razally Ismail ketua bahagian lalu lintas untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama, apa yang akan kamu lakukan?," tanya Razally Ismail.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain," jawab Sahibul.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Razally Ismail lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat".

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Razally Ismail kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar".

Saturday, February 5, 2011

Doa Seorang Anak

Seorang bapa terdengar anaknya berdoa:
"Ya Allah, selamatkanlah Ayah, Ibu dan Nenek. Selamat tinggal Atuk," anaknya berdoa sambil teresak-esak.

Bapa anak itu tidak faham akan doa tersebut. Sehinggalah keesokan harinya dia mendapat tahu bapanya yakni atuk anaknya telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Pada malam berikutnya anaknya berdoa lagi,"Ya Allah, peliharalah ayah dan ibu. Selamat tinggal nenek".

Bapa anak itu berasa terkejut. Adakah mungkin esok nenek anaknya itu akan meninggal dunia?.

Apa yang ditakuti oleh bapa anak itu menjadi kenyataan. Esoknya ibunya (nenek anaknya) telah disahkan meninggal dunia kerana terjatuh di bilik air.

Kemudian pada malam berikutnya pula anaknya masih berdoa lagi. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku. Selamat tinggal ayah," kata anaknya sambil menangis.

Bapa anak itu sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata. Kemudian pada esoknya dia pergi membuat pemeriksaan perubatan dengan doktor pakar. Dia disahkan sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik.

Bapa anak itu kemudian pulang dengan membawa kereta dengan perlahan dan begitu berhati-hati bimbang akan kemakbulan doa anaknya itu.

Sampai sahaja di rumah dilihatnya ramai orang termasuk pihak masjid ada di rumahnya.

"Abang ke mana? Semua orang sibuk nak uruskan jenazah ni," soal isterinya.

"Siapa meninggal?" Soalnya pula.

"Pak Majid tukang kebun kita tu," ujar isterinya sambil menangis meratap seolah baru kematian suami.

"Kenapa Pak Majid meninggal. Bukan diriku ini?" kata 'bapa' anak itu dalam hati.

Kesimpulan : Siapa agaknya bapa kepada anak itu?

Siapa Yang Curang

Juliana : Abang Mie, mai la rumah. Saya rindu la. Lagipun suami saya pergi oversea tadi.

Helmi : Baiklah malam esok abang pergi tau. Nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.

Juliana : Oh! ya. Sebelum datang esok abang cukur misai kasi licin dulu ya. Abang tahukan saya suka lelaki yg babyface.

Helmi : Alamak! yang ni susah sikit. Isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah pulak.

Juliana : Alaaa. Abang ni nak jumpa saya ke tak ni?

Helmi : Oklah. Oklah. Ana punya pasal apa saja abang sanggup.

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting.

Setibanya di pejabat Helmi telah mencukur misainya sampai licin.

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya isterinya sudah tidur.

Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur. Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan dan berkata,"kenapa kau tak balik lagi Jalil. Kejap lagi suami akak balik. Mampus kita".

Wednesday, February 2, 2011

Kain Celah Punggung Imam

Sempena Ramadhan, sebelum anda pergi sembahyang terawih, bacalah kisah benar ini dulu sebagai iktibar.

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi, melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Tuesday, February 1, 2011

Mee Bandung




Untuk beberapa tahun, Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung. Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana.


Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.


Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.


Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru.


"Bang, abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kataNorzalina.


"Oh, tak pa. Bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"kata Ahmad Suffian.


Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!


Poskad itu berbunyi,"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Kucing

Dua orang perempuan sedang memuji kucing masing-masing. Keduanya saling menceritakan kepintaran haiwan peliharaan mereka itu.

Perempuan 1 : Kucing aku hebat kau tau. Tiap pagi dia bersenam aerobik di depan TV.

Perempuan 2 : Ya, aku tahu tu.

Perempuan 1 : Dari mana engkau tahu?

Perempuan 2 : Kucing aku yang cerita.

Menteri Dan Pengawal

Pada suatu petang sorang menteri memandu kereta. Dia mahu melawat anaknya di sebuah universiti. Apabila tiba di pintu pagar universiti, dia ditahan oleh pengawal,"encik nak ke mana".

"Saya nak jumpa anak saya," kata menteri.

"Encik kena ambil pas masuk. Sila letak kereta di tepi," pengawal bersuara lembut.

"Awak tak kenal siapa saya? "menteri bersuara tinggi.

"Saya tak kenal encik," jawab pengawal.

"Dunia pun kenal saya tau,"sergah menteri.

"Maaf encik, hari ini dunia tak bertugas. Saya yang bertugas," pengawal menatap muka menteri yang terkulat-kulat.