Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, August 5, 2014

Kisah Seorang Murid Pintar Dan Gajahnya





Di dalam sebuah kelas, guru memulakan pengajarannya.

“Murid-murid, binatang apa yang bermula dari huruf ‘G’?” tanya cikgu tegas sambil memerhati seorang demi seorang anak-anak muridnya.

Dengan pantas seorang murid berdiri dan menjawab, “gajah cikgu.”

Murid itu menerima pujian dari cikgu.

“Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘D’?”

Semua murid terdiam dan tanpa disuruh murid tadi berdiri dan menjawab, “dua gajah, cikgu.”

Murid-murid lain mula ketawa. Cikgu mulai berang.

“Awak berdiri atas kerusi. Soalan seterusnya, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘M’?”

Semua murid tetap membisu. Dari atas kerusi murid bijak tadi terus menjawab, “mungkin gajah.”

“Awak keluar dan berdiri di pintu,” tengking cikgu bertambah marah.

“Soalan terakhir, binatang apa yang bermula dengan huruf ‘J’?”

Semua murid-murid diam. Cikgu menunggu murid menjawab tetapi semua hanya berdiam diri.

Murid bijak yang berdiri di pintu luar kelas terus menjawab, “jangan jangan gajah.”


Mutiara Hikmah: Daripada Usamah R.A daripada Nabi S.A.W sabdanya, “Aku berdiri di muka pintu syurga lalu (kelihatan) kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah orang-orang yang miskin, sedangkan orang-orang kaya ditahan, manakala ahli-ahli neraka pula disuruh bawa ke dalam neraka. Ketika aku berdiri di pintu neraka pula (kelihatan) kebanyakan yang masuk ke dalam ialah orang-orang perempuan.” 



9 comments:

  1. haha., mmg jenis gatal mulut nk jawab budak ni.,

    ReplyDelete
  2. cari masalah betul budak ni. masalah masalah...

    Chatbox problem ka ?

    ReplyDelete
  3. hahaha,,yang ini lawak! jemput singgah di blog sy..done folow :)

    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/08/tips-keluarkan-wang-extra-di-atm.html

    ReplyDelete
  4. bijak sangat budak tu. haha :)

    done follow

    ReplyDelete
  5. Hahaha yes, it's me.. tapi tak jerit kuat la.. cakap sendiri ja, kekadang orang sebelah leh dengar tu yang ketawa macam apa then cikgu panggil =,= selalu ada kes macam ni kat kelas :)

    ReplyDelete
  6. Un discours de mariage rédigé en bon français, foncez!

    ReplyDelete