Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, February 28, 2014

Ayam Berkaki Tiga




Seorang lelaki membelok keretanya memasuki lebuhraya utara selatan, menemukan seekor ayam berlari beriringan bersamanya di tepi jalan, ketika itu dilihat jarum meter menunjukkan keretanya bergerak 60 km/jam.

Di dalam hati dia berfikir jika dia menekan sedikit minyak, ayam itu akan ditinggalkan sedikit terkebelakang dari keretanya. Keretanya bergerak ke angka 80 km/jam, tetapi ayam itu tetap berlari dengan cepat mengikutinya. Ketika kereta memecut sehingga 100 km/jam, ayam itu bergerak lebih laju dari pecutan keretanya.

Selepas lama mengamati baru lelaki itu perasan ayam itu berkaki tiga. Dengan niat menyelidiki, dia menuruti ayam itu apakah yang tersembunyi di sebalik kekuatan lariannya. Dia mengejar ayam itu  turun dari jalan bertol dan membelok ke suatu penternakan ayam.

Setelah turun dari kereta dan melayangkan pandang jauh ke depan, ternyata ayam di situ semuanya berkaki tiga. Dia bertanya penternak ayam, “mengapa ayam di ladang ini semuanya berkaki tiga?”

"Kerana setiap orang sangat suka makan paha ayam, maka aku berusaha membiakkan ayam berkaki tiga, dengan cara ini tak lama lagi aku akan menjadi jutawan.”

“Bagaimana rasa ayam berkaki tiga? Adakah lebih enak?” tanya lelaki itu.

“Aku tak tahu, tapi yang pasti sehingga saat ini masih belum ada seorang pun yang berjaya menangkap seekor ayam berkaki tiga ini,” kata peternak ayam itu.



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A katanya, sabdanya Rasulullah S.A.W, “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang di dunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya.” Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah S.A.W, lalu Baginda bersabda, 
“Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah).




Friday, February 21, 2014

Tak Sampai Seringgit



Pada malam akhir Maharaja Lawak Mega, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sedang tercengang memikirkan sesuatu. Seorang wartawan yang duduk di sebelahnya tak dapat menahan rasa hairannya, maka segera bertanya, “Datuk Aznil, saya sanggup mengeluarkan seringgit untuk mendapat tahu apa yang sedang Datuk fikirkan sekarang?” 

“Perkara yang sedang saya fikirkan nilainya tak sampai pun seringgit,” jawab Datuk Aznil Haji Nawawi.

Wartawan itu yang semakin hairan terus bertanya, “kalau begitu, perkara apa yang sedang Datuk fikirkan?”

Datuk Aznil Haji Nawawi dengan tenang menjawab, “saya sedang memikirkan tentang dirimu.”



Mutiara Hikmah: Daripada Abu Said al-Khudri R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila jenazah diletakkan (di dalam keranda) dan ditanggung oleh orang-orang lelaki di bahu mereka, jika dia seorang yang soleh dia berkata, ‘Cepatkan aku, cepatkan aku. Jika dia tidak beramal soleh nescaya dia berkata, ‘Alangkah malangnya aku, ke manakah kamu semua akan membawaku?’ Semua makhluk mendengar suaranya melainkan manusia. Sekiranya didengar oleh manusia nescaya dia akan pengsan (kerana terperanjat dengan suara tersebut).




Tuesday, February 11, 2014

Pinjam Wife



Seorang lelaki menerima sms dari jirannya yang telah berpindah 2 hari lepas: ‘Maafkan saya, saya dah guna wife tuan semasa menjadi jiran tuan semenjak 5 bulan lepas bila tuan tiada di rumah. Siang dan malam. Saya buat pengakuan ni sebab saya rasa sangat berdosa. Harap tuan maafkan saya.’  

Lelaki itu segera balik ke rumah dan memukul isterinya lalu menceraikannya dengan talak 3. Tak lama selepas itu dia menerima sms dari jirannya tadi: ‘Maaf tuan. Salah ejaan. Bukan wife tapi wifi.’



Mutiara Hikmah: Dari Abdullah Bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah S.A.W, “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).
Berkata seorang laki-laki, Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.
Berkata Rasulullah S.A.W, Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.



Friday, February 7, 2014

Budak Sekolah



Pada suatu pagi di sebuah sekolah rendah.

“Cikgu, boleh saya bertanya sesuatu?” tanya Susan kepada cikgu Siti.

“Boleh, tak ada masalah. Susan nak tanya apa?” tanya cikgu Siti dengan penuh sifat keibuan.

“Cikgu, boleh ke mama saya hamil?” tanya Susan perlahan.

“Berapa umur mama kamu, Susan?” tanya cikgu Siti.

“40 tahun, cikgu.”

“Owh! Tentulah masih boleh, Susan.”

“Bagaimana dengan kakak saya, cikgu?”

“Berapa umur kakak kamu?” tanya cikgu Siti.

“20 tahun, cikgu.”

“Ya, kakak kamu pun tentu boleh hamil.”

“Bagaimana dengan saya, boleh hamil ke cikgu?”

“Ha! Ha! Berapa umur kamu, Susan?”

“7 tahun, cikgu.”

“Kamu tak akan boleh hamil lagi Susan sebab kamu masih bawah umur.”

Lalu Maniam berbisik kepada Susan, “Hah! Kan saya dah kata Susan, tak ada apa yang nak kita risaukan.”


Mutiara Hikmah: Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya.”