Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Sunday, March 27, 2011

Tak Romantik Langsung

Pada suatu pagi, berkata si isteri pada si suami.

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus. Mana abang kenal isteri dia?

Saturday, March 26, 2011

Cerita-Ceriti

Cerita 1

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik. Setelah beberapa soalan ditanya kepada doktor berkenaan penyakitnya, doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang-panjang.

Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata, "sudah selesai. Sekarang masukkan lidah awak dan tutup mulut awak semula".

Dengan kehairanan pemuda itu melakukannya dan bertanya, "doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang-panjang, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?".

"Supaya", jawab si doktor,"saya boleh menulis report kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan awak yang bertubi-tubi seperti tadi".

Cerita 2

Seorang ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga, "anak gadis saya yang masih menuntut di IPTA tinggal di kondo kat KL. Dia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus-bagus dan banyak kekasih".

Rakannya membalas, "saya faham perasaan engkau. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu. Tabahlah".

Cerita 3

Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) gambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.

"Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata", tanya si ibu.

"Oh! baru saya ingat, saya lupa menanggalkan jam dinding tadi".

Cerita 4

"Moyang aku berperang melawan Jepun. Datuk aku berperang melawan Portugis. Dan ayah aku berperang melawan Bugis", Payid memulakan perbualan.

"Nampaknya keluarga engkau tidak boleh bertolak ansur langsung dengan orang lain", kata Hassan selamba.

Doa Makan

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang tetamu untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak tengahari sudah mempersiapkan segala masakannya.

Ketika semua tetamu telah datang, dia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ya Afiq".

"Tapi mama, doanya macam mana?", jawabnya.

"Katakan saja apa yang biasanya mama katakan," kata isteri saya.

Afiq segera menadah tangan dan berkata, "Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?".

Thursday, March 24, 2011

Pertarungan Papa Dan Mama

Di sebuah rumah setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.

Apit walaupun sudah memasuki darjah satu hingga kini masih tidur bersama ibu bapanya tetapi berlainan katil.

Pada suatu malam si papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si mama.

"Sayang, abang nak lagi, yang". Pelawa si papa disertai nafas ghairah.

"Ya bang. Tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?", jawab si mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si papa terus teriak, "Pit, dah tidur kau Pit?".

"Belum papa. Tengah menghafal sifir".

"Sudah. Esok saja, dah malam, tidur", perintah si papa tegas.

Kira-kira 10 minit kemudian, si papa teriak lagi, "Pit dah tidur kau Pit?".

"Belum", laung Apit.

Si papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu berjalan ke katil Apit memarahi dan memukul si Apit sehingga kening si Apit benjol .

"Di suruh tidur, tidurlah".

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya.

Lalu gurunya pun mengajar Apit, "malam nanti kalau ditanya lagi, kamu diam saja, ya Apit".

"Ya cikgu", jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar papanya bersembang dengan mamanya.

"Sayang, apa kata kita ke syurga lagi".

"Ya bang. Tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum".

"Pit, dah tidur kau Pit?".

Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

"Apit, dah tidur kau Pit?", ulang papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka papanya terus mematikan lampu. Jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada mendapat benjol dia menahan ketakutannya.

Terjadilah 'pertarungan' antara papa dan mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara papanya termengah-mengah, "yang, abang nak keluar ni".

"Ya bang, kita keluar sama-sama", Apit dengar suara mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati, "Apit nak ikut. Apit nak ikuuttt".

Esoknya Apit mendapat benjol lagi.

Tuesday, March 22, 2011

Tiga Abdul


Tiga orang anak duduk di sisi bapa mereka yang sedang nazak. Sewaktu menunggu detik berakhirnya nyawa si bapa, ketiga-tiga beradik itu berbincang tentang upacara pengebumian yang perlu dijalankan.

Abdul Wahab abang yang sulung berkata, "bapa kita ni kaya, kita perlu gunakan sepuluh kereta besar untuk majlis pengebumiannya. Dengan cara itu kita boleh bawa saudara-mara dan kawan-kawan ayah untuk sama-sama mengiringi jenazahnya ke kubur".

Adiknya, Abdul Wahib tidak bersetuju.

"Tak payah. Kita sewa dua buah kereta sahaja. Biar saudara-mara, jiran dan kawan-kawan ayah pergi ke kubur naik kereta masing-masing".

Kedua-dua cadangan itu tidak dipersetujui oleh si anak yang bongsu, Abdul Wahub.

Kata lelaki itu, "apa kata kalau kita sewa sebuah station wagon saja untuk kita bertiga dan keranda ayah? Kan jimat sikit".

Mereka terus bertengkar, hinggalah tiba-tiba si ayah, Ismeth Ulam Raja yang tengah nazak itu bersuara, "daaahhh. Berhenti bertengkar. Ayah akan berjalan sendiri ke kubur".

Saturday, March 19, 2011

Payid Ke Library

Payid merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

"Saya nak buat aduan. Saya nak komplen", jerkah Payid.

"Ada apa, encik?", tanya pustakawan bertugas.

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan", kata Payid.

"Apa masalahnya?", tanya pustakawan itu lagi.

"Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung".

Pustakawan tersebut berkata,"ah! jadi encik ni la yang ambil buku panduan telefon kami yang dah hilang dekat seminggu tu".

Tak Faham Bahasa

Cerita 1
Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, "saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan".

"Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga".

Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak?".

"Entah. Saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya".

Cerita 3
Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.

Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang.

Pelajar : Terima kasih cikgu.

Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini?

Pelajar : Balik ke rumah.

Cerita 4
Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu.

"Eh,baru balik?", tanya si ibu sinis.

"Ya, mak", jawab si anak sopan.

Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.

"Ha, dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik?", tengking si ibu.

"Nak sarapan", balas si anak pendek.

Kacang Hijau Dalam Telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : Selamat petang.

Pesakit : Selamat petang doktor.

Doktor : Ada masaalah apa?

Pesakit : Telinga saya di masuki biji kacang hijau, doktor.

Doktor : Biar saya periksa telinga awak.

Doktor pun lalu memeriksa telinganya, dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah untuk di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor : Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut.

Pesakit : Apa caranya doktor?

Doktor : Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma.

Pesakit : Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?

Doktor : Yang percuma kena sabar.

Pesakit : Baik, saya sabar dan bagaimana caranya?

Doktor : Awak siram telinga awak 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'taugeh' awak cuma tarik keluar.

Pesakit : ???????????

Monyet Terbuang


Di suatu kaunter pandu bayar sebuah kereta di dapati masuk untuk membuat pembayaran bil.


Setelah selesai urusan pembayaran cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk di situ. Melihat cashier itu kehairanan pemandu itu berkata,"saya bertemu dengannya di tepi jalan. Kerana kasihan saya mengambilnya. Err, cik ada idea apa yang perlu saya buat?".


Cashier itu berkata sambil tersenyum, "ya. Saya rasa baik encik membawanya ke zoo".


Pemandu itu tersenyum dan berkata, "betul juga. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?".


Beberapa bulan selepas itu di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu.


"Saya ingat encik sudah membawanya ke zoo", katanya.


Pemandu itu terus menjawab,"ya saya telah membawanya ke zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

Friday, March 18, 2011

Arnab

Anjing Tom sedang memakan bangkai seekor arnab. Tom tahu arnab itu merupakan arnab jirannya lalu memarahi anjingnya, "berhenti kamu anjing gila. Apa yang patut saya buat sekarang? Tentu Jerry akan membunuh saya. Bagi saya arnab tu".

Tom mengambil arnab itu dan memandikannya, keringkan bulunya menggunakan pengering rambut dan meletakkan arnab itu di dalam sangkar arnab yang terletak di belakang rumah jirannya.

Tom berharap arnab itu akan kelihatan mati disebabkan perkara biasa.

Selang beberapa hari Tom terdengar khabar yang mengatakan ada sesuatu yang pelik berlaku pada arnab jirannya.

Tom bertanya apa yang terjadi dan jirannya menjawab, "suatu hari arnab saya telah mati dan saya telah tanamkannya. Kemudian seseorang telah mengeluarkan arnab itu dan memandikannya, lalu meletakkan arnab itu semula ke dalam sangkar lamanya. Orang yang melakukan perkara ini sememangnya gila".

Tuesday, March 15, 2011

Gelak Khas

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : Kenapa kamu merokok?

Pelajar : Saya suka, tok.

Polis : Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?

Pelajar : Dari wang saku saya.

Polis : Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?

Pelajar : Paling kurang satu bungkus dan harganya sekitar RM10.50, tok.

Polis : Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.

Pelajar : Sekarang saya nak tanya sama tok?

Polis : Boleh.

Pelajar : Adakah tok merokok?

Polis : Tentu tidak.

Pelajar : Tapi saya tidak nampak motor tok?

Buka Pakaian Aku Sekarang

Di suatu kawasan pedalaman di Pahang, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang janda yang masih muda, seksi dan cantik, namanya Siti.

Siti membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.

Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Siti terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Siti memilih si pondan, bernama Man untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Man telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin.

Man kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.

Gembiralah si janda muda Siti ni tadi. Kerana ingin menghargai kerajinan si Man ni, Siti pun berkata kepada Man, "Man, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun aku lihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja".

Gembiralah Man, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, Man tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Man pulang kerumah.

Sampai ke rumah, di dapati Siti sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran televisyen.

Siti menghampiri Man perlahan.

"Buka butang baju aku dan tanggalkannya", kata Siti.

Man dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut ku".

Man buat, perlahan sekali.

"Buka stokin aku".

Dia buat juga.

"Sekarang buka skirt aku".

Dia buat juga.

"Sekarang buka coli aku".

Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang buka seluar dalam aku".

Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian Siti pun memandang Man, sambil berkata, "sekali lagi kau pergi ke pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot".

Robot Genius

Samsul adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan. Dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu.

Samsul dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?", tanya Samsul.

"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.

*PLANG*

Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah. Dia akan menampar sesiapa yang berbohong. Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat?".

"Maaf ayah. Saya baru habis memonton movie di rumah kawan".

"Cerita apa?".

"Cerita Papadom ayah".

*PLANG*

"Katakan dengan jujur cerita apa?".

"Maaf ayah. Saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samsul.

"Kamu ni, kecil-kecil dah nakal. Kamu nak jadi apa bila besar nanti? Malukan ayah saja perbuatan kamu ni. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat kerja macam ni".

*PLANG*

Samsul ditampar oleh robotnya.

Suasana hening untuk beberapa ketika. Isteri Samsul kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata, "huh! sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimanapun sememangnya dia anak awak".

*PLANG*

Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya. Dan semua terdiam.

Sunday, March 13, 2011

Kisah Burung Kakak Tua



Seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya.

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.

Setiap pagi ada 3 orang cikgu wanita melintas di hadapan rumah tuan punya burung ini dari kuaters guru ke sekolah.

Oleh itu setiap hari burung kakak tua perhati 3 orang cikgu yang bertudung litup berulang alik dari kuarters ke sekolah begitu juga dalam perjalanan pulang.

Setiap hari burung ini tengok cikgu-cikgu tu dari atas bawah, atas ke bawah. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi, bersiul-siul atau baca sifir 12.

Lama-lama bila bertambah boring dan ketika kebetulan dia ternampak cikgu-cikgu wanita berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah, burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia.

Kemudian sambil tonyoh-tonyoh sikit mata dia sambil kibas-kibaskan kepak dia, si kakak tua menjerit kuat-kuat, "belang, putih, biru".

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.

Keesokan harinya seperti kebiasaan cikgu-cikgu itu melintas di depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat derk saja. Bila cikgu-cikgu nak ke sekolah, burung tu jerit lagi, "putih, bunga-bunga, pink".

Cikgu-cikgu itu terkejut dan berjalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah depa pun tertanya-tanya sesama depa.

Cikgu pertama bertanya, "macam mana burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?".

Cikgu kedua menjawab, "tak tau pulak, ahli sihir ke apa ntah".

Cikgu ketiga mencelah, "alah kebetulan saja agaknya. Tak apa, kita tengok esok pulak macam mana".

Keesokan harinya macam biasa, pagi-pagi lagi cikgu-cikgu itu lalu di depan rumah burung tu.

Burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah. Bila ketiga-tiga cikgu ini nak ke sekolah, lalu lagi depan burung ini, sambil usyar dia jerit lagi, "kelabu, hijau, purple".

Cikgu-cikgu ini berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama pun sound, "memang betul apa yang burung tu cakap. Heh! apa nak buat ha?".

Cikgu kedua menokok, "kita mesti buat something untuk uji burung tu".

Cikgu ketiga menambah, "aku tau. Apa kata esok kita semua pakai kaler hitam".

"Okey. Set", balas depa serentak.

Keesokan harinya, seperti kejadian sebelum bila mereka bertiga melintas burung kakak tua menjerit, "hitam, hitam, hitam".

Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi. Di sekolah mereka berbincang.

Cikgu pertama memulakan, "nampaknya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent".

Cikgu kedua menambah, "atau pun dia cuma boleh kenal warna".

Cikgu ketiga menokok, "betul tu, mungkin dia dah dilatih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung".

"Orait. Set", depa jawab serentak.

Keesokan harinya, seperti biasa di waktu pagi burung buat derk saja. Bila cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok dan ditenungnya lama-lama.

Cikgu-cikgu itu mula tersenyum dan jalan slow-slow. Sambil menoleh kat burung tu.

Burung tu tengok lagi. Dia naik-naikkan kening macam Ziana Zain. Lepas pusing belakang kakak tua tadi tengok lagi dengan cara menonggeng. Puas berkeadaan begitu, dia pandang ke depan balik.

Si kakak tua garu-garu kepala. Kemudian usap-usap dagu. Dia cekak pinggang kemudian burung itu pegang dagu lagi. Kakak tua senyum meleret. Kali ini suara kakak tua begitu nyaring, "lurus, lurus, kerinting".

Thursday, March 10, 2011

Cerita Aku

Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan pergi memancing kat sungai. Dalam bosan-bosan menunggu ikan Ahmad memulakan perbualan.

Ahmad : Aku ada satu cerita.

Hassan : Cerita apa?.

Ahmad : Nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?.

Hassan : Ya la.

Ahmad : Yala kat Thailand.

Ahmad pun memulakan ceritanya.

Ahmad : Satu hari aku pergi memburu.

Hassan : Memburu.

Ahmad : Aku masuk ke dalam hutan.

Hassan : Hutan.

Ahmad : Tiba-tiba aku rasa nak terberak.

Hassan : Terberak.

Ahmad : Aku berlari ke dalam semak.

Hassan : Semak.

Ahmad : Aku pun berak.

Hassan : Berak.

Ahmad : Satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.

Hassan : Lagi.

Ahmad : Aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

Hassan : Dulu.

Ahmad : Aku lihat tahi aku sudah tak ada.

Hassan : Ada.

Ahmad : Aku pun tertanya-tanya.

Hassan : Tanya.

Ahmad : Siapa makan tahi aku?

Hassan : Aku.

Ahmad : Ha! ha! ha!

Hassan : Sial punya cerita.

Di Bilik Bedah

Di dalam sebuah bilik bedah seorang pesakit begitu takut dan berkata kepada doktor, "doktor, saya sangat takut sekali untuk menghadapi pembedahan ini. Ini pertama kali saya di bedah".

Jawab doktor, "saya cukup faham dengan perasaan anda dan begitu mengerti kegugupan anda sekarang kerana saya juga baru pertama kali membedah pesakit".

Surat Untuk Ayah

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya.

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip Bin Dol.

p/s : saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Untuk Sarip,

Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima.

Dari ayahmu,
Dol Bin Sam.

Datuk Yang Hebat

Tom dan Jerry sedang bercakap mengenai datuk masing-masing.

Tom : Datuk saya tahu bulan apa dia akan mati, tahunnya dan mengetahui masa dia akan meninggal dunia.

Jerry : Hebatnya. Bagaimana dia tahu?.

Tom : Dia telah diberitahu begitu oleh hakim di mahkamah.

Yang Mana Satu

Tom sedang membaca surat, dia kelihatan murung.

Jerry : Berita buruk?.

Tom : Seorang lelaki menulis surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan potong telinga saya.

Jerry : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya.

Tom : Tetapi isterinya yang mana satu? Orang yang menulis surat ini hanya memperkenalkan dirinya sebagai "Suami Yang Tewas".

Tuesday, March 8, 2011

Kalau Dah "Wayar"

Pada suatu pagi, seorang pakar sakit jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.

Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk di lantai, sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yang dibuatnya duduk di lantai.

"Apa doktor tak nampak ka? saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?", jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak si dia ni buat bergayut kat siling?", tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yang lagi satu.

"Oh! dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit. Dia ingat dia tu mentol lampu", jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti", soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?".

Cincin Tunang


Pada suatu senja yang dingin berkatalah Imah si gadis, "aku sudah tidak mencintaimu lagi sekarang. Cintaku hanya untuk Jujai".

"Nah, ambil kembali cincin pemberianmu", kata Imah lagi kepada Payid, tunangnya.

"Okey, tapi di mana Jujai sekarang?", tanya Payid serius.

"Untuk apa kau mencari dia?", tanya Imah berdebar.

"Aku mahu jual cincin ini kepadanya".

Sunday, March 6, 2011

Tiket Keretapi

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi.

Di stesen keretapi, lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?", tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memeriksa tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata, "tolong bagi tiket".

Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada konduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket.

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?", tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India.

Bila mereka menaiki keretapi, ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran.

Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan. Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas di mana lelaki Pakistan sedang bersembunyi.

Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata, "tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

3 x 2

Hassan Tok Bek pulang dari sekolah dan memberitahu ayahnya dia dapat F dalam matematik.

“Kenapa dapat F?”, tanya ayahnya kehairanan.

“Cikgu tu tanya, 2×3 berapa jawapannya? dan saya jawab 6”.

“Tepat jawapan tu”, kata ayahnya.

“Kemudian cikgu tu tanya lagi, berapa jawapannya 3×2?”.

“Apa kejadah haram bezanya?”, bentak ayahnya.

“Haaa macam tu lah saya cakap kat cikgu”, kata si anak.

Merah padam muka si ayah.

Sikap Baik

Anak : Mama, tadi waktu di dalam bas sama papa, dia minta saya serahkan tempat duduk saya buat penumpang wanita.

Mama : Itu memang sikap yang baik.

Anak : Tapi ma, sayakan waktu itu duduk di atas riba papa.

Mama : Papaaa!!!!!!!!!.

Ubat Dan Tahi

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

“Eh! apa ini, macam pil la”.

“Oh! inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik”.

Budak itu pun makan, “erghk rasa macam tahi la”.

“Haaa engkau sudah pun menjadi cerdik. Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi”, kata budak yang satu lagi.

Berat Ibu

Seorang perempuan masuk ke dalam Klinik Aman sambil mendukung seorang bayi. Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Dia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya, menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

“Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi”, kata perempuan tersebut.

“Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan ibunya naik ke atas alat timbangan ini lalu dicatatkan berapa angkanya. Setelah itu ibu pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya. Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu angka pertama ditolakkan dengan angka kedua. Itulah berat bayi”, kata petugas Klinik Aman tersebut.

“Tapi rasanya masih tidak boleh”, kata si perempuan.

“Kenapa?”, tanya petugas kehairanan.

“Kerana saya bukanlah ibunya”.

Kisah Seorang Doktor Muda

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.

Dia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, dia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu dia mendengar suara dalam kepalanya berkata,"sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang".

Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Dia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,"tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya".

Doktor itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih.

Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,"tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan".

Pak Pandir Dan Teksi

Pada suatu hari, Pak Pandir melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu : Mahu ke mana encik (dalam bahasa arab).

Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa riyal?.

Pemandu : Sepuluh riyal syeikh.

Pak Pandir : Baiklah.

Pak Pandir pun naik teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya di hotel,

Pak Pandir : Nah 5 riyal.

Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.

Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seoranglah.

Pak Pandir terus lari ke dalam hotel.

Tuesday, March 1, 2011

Mummy, Sex Tu Apa?

Alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya, "mummy, mummy? sex tu apa mi?".

Terkedulah si ibu. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan dan bertanya.

Si anak menjawab dalam tangisan, "jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni", seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

Seks Di Pejabat

Hari pertama Chot kerja jadi pak guard, dia dapat tangkap 2 orang staf sebab melakukan seks di dalam pejabat.

Chot : Aha! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat.

Lelaki : Undang-undang apa?

Chot : Tak pakai uniform.

Konsep 'Kita'

Tersebut suatu kisah di mana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini,

Isteri : Apalah abang ni. Asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang. Tak adillah macam ni. Asyik-asyik abang saja.

Suami : La. Habis ayang nak cakap macam mana.

Isteri : Abang cakap la rumah kita, kereta kita, TV kita, sofa kita. Bukankah semua harta benda ni hak milik kita bersama.

Suami : Ah! Iyalah, iyalah.

Isteri : Hmm. Abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?.

Suami : Haa, ada awak nampak seluar dalam KITA?.

Isteri : %#@**^&%#@.

Dialog Dua Orang Lelaki

Mamat : Aku peliklah. Tiap kali aku pergi bercuti mesti bini aku mengandung punya. 3 tahun dulu aku bercuti ke Bali, dia mengandung. Tahun lepas aku bercuti ke Phuket pun dia mengandung jugak.

Din : Laaa. Baguih dok ada la tu. Kali ni kau pergi la tempat-tempat sejuk pula macam Paris ke, sah bini kau boleh mengandung lagi. Ha! ha! ha.

Tiba-tiba Mamat senyap pulak. Muka pun serius saja. Suspen pulak si Din rasa.

Mamat bersuara semula.

Mamat : Tak boleh jadi ni. Cuti kali ni aku kena bawa bini aku bercuti sekali nampaknya. Tak boleh tinggal lagi.

Din tergamam. La, macam tu ka.

Mak Cik Dan Pil Perancang

Seorang mak cik yang sudah berusia memasuki bilik doktor. Ketika doktor bertanya maksud kedatangannya, makcik itu menjawab, "doktor, saya ingin membeli beberapa pil perancang keluarga".

Sambil menahan tawa, doktor itu bertanya, "mak cik kan sudah lanjut usia, untuk apa mak cik membeli pil perancang lagi?".

"Oh, pil-pil itu dapat membuat mak cik tidur dengan nyenyak di malam hari".

"Macam mana boleh jadi begitu?".

"Betul, doktor. Setiap pagi saya mencampurkan pil itu ke dalam jus oren anak perempuan saya yang sudah dewasa. Dan di malam hari, saya dapat tidur dengan nyenyak".

Ke'Jujur'an


Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang.

Si gadis berbisik pada kekasihnya, "sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa".

Si pemuda mengangguk.

Gadis berkata, "sesungguhnya dada saya rata, seperti papan. Kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.

Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "itu tidak menjadi masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih".

Gadis pun lega mendengarkannya.

"Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu", jelas pemuda.

Gadis mengangguk tersenyum.

"Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi", kata pemuda.

"Sstt, sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih", sahut si gadis.

Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang sememang-memang dan sebenar-benar rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya.

Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya. Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "kau katakan 'anu'mu seperti bayi?".

"Ya la memang seperti bayi, panjang 50 cm dan berat 3.2 kg".

Perompak Bas Kilang

Suatu hari sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung.

Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas. Hendak dijadikan cerita ada seorang lelaki di tepi jalan menahan bas tersebut, nak mintak tumpang.

Jadi bas itu pun berhenti. Tiba-tiba lebih kurang 6 orang perompak keluar untuk merompak bas tersebut.

Salah seorang perompak berkata, "keluarkan dan bagi semua barang kemas yang hampa ada. Cepat".

Seorang pekerja kilang itu membalas, " tapi kami tak bawa barang kemas kalau pi kerja. Duit pun sikit saja".

Perompak berfikir seketika,"ha, begini la. Sebab hampa tak ada barang kemas dan duit kami rogol hampa semua. Ha! ha! ha! ha!".

Pekerja kilang yang muda berkata, "alaa, takkan la mak cik yang kat belakang tu nak rogol juga. Tak kesian ka?".

Tiba-tiba mak cik itu berdiri, " weh, hang ni tak paham ka. Kalau dia cakap semua. Semua la".

Bil Telefon Melambung

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh! sorry. Saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Pembantu rumah : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya.

Malam Pertama


Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.

Pengantin perempuan berkata, “bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?”.

“Seks itu senang saja, kita ni macam penjara, yang sayang punya itu selnya dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel”, terang pengantin lelaki.

Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .

Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring untuk memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, “bang, penjahatnya terlepas”.

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan ‘penjahatnya’. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini dia rasakan. Setiap kali selesai, dia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali terjadi perkara sebegitu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, “sayang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup”.

Gadis Bogel

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut. Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata, "kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?".

"Bukan begitu cik adik, pak cik cuma tertanya-tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan", jawab tukang beca tu selamba.

Lampu Merah

Ismael Ibrahim kena tahan polis kerana melanggar lampu merah.

Koperal Zaidi : Awak nampak lampu merah?.

Ismael Ibrahim : Nampak tuan.

Koperal Zaidi : Kenapa kamu tak berhenti?.

Ismael Ibrahim : Masalahnya saya tak nampak tuan. Kalau nampak tuan confirm saya berhenti.

Ibu Yang Pintar

Suatu hari John mengundang ibunya makan malam di apartemennya bersama dengan teman seapartmennya.

Sewaktu makan, ibunya selalu memperhatikan betapa cantiknya teman seapartmen John ini.

Sang ibu sudah lama memendam kecurigaan adanya hubungan istimewa antara John dan teman seapartmennya dan oleh sebab itu menambah keingintahuan sang ibu tentang hubungan anaknya itu.

Hingga malam hari, sang ibu memperhatikan bagaimana kedua insan itu berinteraksi. Sang ibu mulai bertanya-tanya dalam hatinya ada apa di balik hubungan John dan temannya itu.

Membaca fikiran sang ibu, John berkata, "saya tahu apa yang ada dalam fikiran ibu, tetapi saya jamin, Julie dan saya hanyalah teman biasa saja".

Satu minggu kemudian , Julie mengatakan pada John, "sejak ibumu datang makan malam, saya tidak dapat lagi menemukan senduk perak kuah itu. Kau tidak akan mengagak jika ibumu yang membawanya bukan?".

John berkata, "aku meragukan hal itu, tetapi untuk memastikannya aku akan menulis e-mail padanya."

Lalu John menulis e-mail seperti berikut:

Ibu yang tercinta,

Saya tidak mengatakan ibu "mengambil" senduk kuah dari apartmenku, dan saya juga tidak mengatakan ibu "tidak mengambil" senduk kuah itu. Tetapi faktanya adalah bahawa senduk kuah itu 'ghaib' sejak ibu datang makan malam di sini.

Beberapa hari kemudian John menerima e-mail dari ibunya yang berbunyi:

Puteraku sayang,

Ibu tidak mengatakan kau "tidur" dengan Julie, dan ibu juga tidak mengatakan kau "tidak tidur" dengannya.

Tetapi faktanya adalah, bila dia tidur di tempat tidurnya sendiri, ia akan menemukan senduk kuah itu di sana.

Ibumu tercinta.

Dua Minggu Sahaja

Tan Hock Lye baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk, “Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja”.

Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya, “satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”.

“Ohh tidak, saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.

Manager Bank


Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh manager bank. Manager bank itu pun memanggilnya ke office untuk menyelidik tentang kekayaan Pak Di.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?.

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Oh! ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Betul ka? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni. Dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Ha! ha! ha. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Esoknya bila bangun pagi manager tu pun meraba telurnya, beliau berasa lega kerana telurnya masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh manager bank itu mendapati telurnya masih lagi ada.

Dengan suka hatinya manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ya. Telur saya masih lagi ada.

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang.

Lalu dipegangnya anu Manager itu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata,

Pak Di : Okaylah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak Di pun 'menghariakan' RM1000 kepada manager bank.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi .

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya kepada Pak Di.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?.

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?.

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur manager bank.

Manager : Tak guna punya orang tua.

Miss Universe

It is the final round of the Miss Universe Pageant and the 3 finalists, Miss USA , Miss Malaysia and Miss Singapore are being asked 3 simple questions.

MC : The first question is name me an electrical appliance starting with 'L'.

Miss USA : Lamp.

Miss Malaysia : Light bulb.

Miss Singapore : Ladio.

Judge : No, no, radio does not start with the letter 'L'.

MC : I am going to give you 3 more chances. Now, name me an animal starting with the letter 'L'.

Miss USA : Lion.

Miss Malaysia : Leopard.

Miss Singapore : Labbit.

Judge : No, no, no.

MC : Your next chance. The name of a famous car that starts with 'L'.

Miss USA : Lexus.

Miss Malaysia : Lamborgini.

Miss Singapore : Lolls-Loyce.

Judge : Oh my God.

MC : I am going to give you one last chance. Name me a fruit starting with the letter 'L'.

Miss USA : Lemon.

Miss Malaysia : Lychee.

Miss Singapore (with full of confidence, smiles and says) : Liewlian (durian).

This is not the end of the story, the judge consulted the board of judges to determine if Miss Singapore should really be disqualified and they decided that since Miss Singapore was having so many problems with the letter 'L', they decided to give her another chance.

Judge : Okey, the final question is, name me a human anatomy starting with the letter 'L'.

Miss USA : Lung (applause).

Miss Malaysia : Liver (even more applause).

Miss Singapore : Lan Ciau.

The Judges fainted.