Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, March 22, 2011

Tiga Abdul


Tiga orang anak duduk di sisi bapa mereka yang sedang nazak. Sewaktu menunggu detik berakhirnya nyawa si bapa, ketiga-tiga beradik itu berbincang tentang upacara pengebumian yang perlu dijalankan.

Abdul Wahab abang yang sulung berkata, "bapa kita ni kaya, kita perlu gunakan sepuluh kereta besar untuk majlis pengebumiannya. Dengan cara itu kita boleh bawa saudara-mara dan kawan-kawan ayah untuk sama-sama mengiringi jenazahnya ke kubur".

Adiknya, Abdul Wahib tidak bersetuju.

"Tak payah. Kita sewa dua buah kereta sahaja. Biar saudara-mara, jiran dan kawan-kawan ayah pergi ke kubur naik kereta masing-masing".

Kedua-dua cadangan itu tidak dipersetujui oleh si anak yang bongsu, Abdul Wahub.

Kata lelaki itu, "apa kata kalau kita sewa sebuah station wagon saja untuk kita bertiga dan keranda ayah? Kan jimat sikit".

Mereka terus bertengkar, hinggalah tiba-tiba si ayah, Ismeth Ulam Raja yang tengah nazak itu bersuara, "daaahhh. Berhenti bertengkar. Ayah akan berjalan sendiri ke kubur".

No comments:

Post a Comment