Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, March 1, 2011

Mummy, Sex Tu Apa?

Alkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya, "mummy, mummy? sex tu apa mi?".

Terkedulah si ibu. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan dan bertanya.

Si anak menjawab dalam tangisan, "jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni", seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

No comments:

Post a Comment