Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Tuesday, March 1, 2011

Manager Bank


Ada seorang pak cik yang bernama Pak Di yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya.

Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh manager bank. Manager bank itu pun memanggilnya ke office untuk menyelidik tentang kekayaan Pak Di.

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?.

Pak Di : Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Oh! ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Di : Betul ka? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Di : Macam ni. Dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Ha! ha! ha. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa saya setuju.

Setelah kedua-duanya bersetuju, mereka pun beredar. Esoknya bila bangun pagi manager tu pun meraba telurnya, beliau berasa lega kerana telurnya masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh manager bank itu mendapati telurnya masih lagi ada.

Dengan suka hatinya manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Di.

Manager : Pak cik sorrylah ya. Telur saya masih lagi ada.

Pak Di : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang.

Lalu dipegangnya anu Manager itu. Sambil tersenyum Pak Di pun berkata,

Pak Di : Okaylah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

Pak Di pun 'menghariakan' RM1000 kepada manager bank.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi .

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya kepada Pak Di.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?.

Pak Di : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?.

Pak Di : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur manager bank.

Manager : Tak guna punya orang tua.

No comments:

Post a Comment