Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, March 26, 2012

Senyum Kambing


Cikgu pengakap memangil lima orang muridnya dan bertanya apakah kerja kebajikan yang telah mereka lakukan pada hari tersebut.


“Kami membantu orang tua melintas jalan, cikgu,” jawab kelima-lima anggota pengakap tersebut.


Cikgu pengakap itu tercengang, dia pandang murid-muridnya. “Sampai lima orang?”


“Betul, cikgu. Sebab orang tua itu tak nak melintas," kelima-lima murid jawab serentak.






Dalam satu temu duga di Negeri Sembilan, pengurus besar bertanya kepada pemuda yang memohon kerja sama ada dia mempunyai sebarang kebolehan luar biasa.


Pemuda : Ado, tuan. Ese selalu monang pertandingan toko silang kato, slogan terbaik dongan cari perbezaan gamba.


Pengurus besar : Bagus tu. Tapi, maksud saya ialah yang dilakukan dalam waktu bekerja.


Pemuda : Jangan risau tuan, memang semuo silang kato, slogan dongan cari perbezaan gamba tu ese buek maso time kojo.






Suatu hari Kaliapan disuruh oleh bossnya untuk mengecat garisan putih di tengah jalan raya. Hari pertama Kaliapan berjaya mengecat sejauh lima kilometer.


Tapi keesokan harinya, dan hari-hari berikutnya , boss Kaliapan jadi pelik sebab jaraknya semakin pendek. Hari kedua, Kaliapan cat sejauh tiga kilometer. Hari ketiga, satu kilometer. Hari keempat, setengah kilometer sahaja.


Kaliapan dipanggil ke pejabat dan bossnya bertanya, “Dey, tambi, kenapa makin lama makin sikit lu cat itu jalan?”


“Susahlah boss. Sebab makin lama saya makin jauhlah dari itu tong cat.”





Seorang cikgu sedang mengajar Bahasa Melayu dan menyuruh anak muridnya membuat ayat berkenaan dedikasi. 

Cikgu : Ajoi, sila buat ayat berkenaan dedikasi.

Ajoi : Baik, cikgu.

Ajoi : Pagi tadi "dedi kasi" dua ringgit sebagai belanja sekolah.

Cikgu : !@#$%&*



 Mutiara Kata: Daripada Abu Muhammad Al-Hasan Bin Ali Bin Abu Talib R.A katanya, Aku hafaz daripada Rasulullah SAW katanya: "Tinggalkanlah perkara yang engkau ragui dan ambil perkara yang engkau tidak ragui kerana sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan dusta itu adalah keraguan."

Penyokong Fanatik



Seorang peminat fanatik Pulau Pinang datang ke Stadium Bandaraya untuk menyaksikan perlawanan antara Harimau Kumbang melawan pasukan Kelantan.


Kerana masuk agak lewat, dia melilau mencari tempat duduk kosong, tetapi malangnya semua tempat penuh di limpahi penyokong setia kedua-dua pasukan.


Nasibnya agak baik, ada tempat kosong yang diletakkan sebuah beg di sebelah seorang lelaki tua.


Dia melangkah ke arah lelaki tua itu dan bertanya, “pak cik, kerusi ini ada orang tak?


Lelaki tua itu memandang ke arahnya sambil berkata, “kerusi ini biasanya untuk isteri pak cik, dia minat sangat dengan pasukan Pulau Pinang ini. Tapi tak apalah, awak boleh duduk sebab isteri saya dah meninggal.


Lelaki itu terkejut, lalu cepat-cepat menyuarakan rasa simpatinya. “Tapi,”   sambungnya,“kenapa pak cik tak beri sahaja tiket ini pada anak atau kawan pak cik?


“Tak boleh,” jawab lelaki tua itu, “mereka semua menghadiri upacara pengebumian isteri saya itu.


 Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW, "Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan."

Saturday, March 17, 2012

Mencari Kunci Yang Hilang



“Hmm, ke mana pulalah hilangnya kunci aku ini?” Nasrettin Hoca mengeluh.


Puas dicari  tetapi tidak ketemu.


“Mana mungkin aku menemuinya. Rumah ini sangat gelap,” beliau bermonolog.


Nasrettin Hoca ke luar rumah. Terbongkok-bongkok beliau mencari. Terus mencari.


Dalam suasana yang serba meletihkan itu, Nasrettin Hoca ditegur oleh seorang jirannya.


“Apa yang tuan cari itu?” tanya beliau.


“Aku mencari kunciku yang hilang,” jawab Nasrettin Hoca.


“Boleh aku bantu?” tanya si jiran yang baik hati.


“Ayuh,” beliau bersetuju.


Si jiran tadi turut sama berusaha mencari kunci yang hilang. Terbongkok-bongkok menguis rumput dan kerikil di halaman. Setelah lama berusaha, terlintas di hati jiran bertanya, “di mana tuan kehilangan kunci itu?”


“Aku kehilangannya di dalam rumah,” jawab Nasrettin Hoca.


Si jiran kaget. Ada sesuatu yang tidak kena.


“Kalau hilang di dalam rumah, mengapa tuan mencarinya di luar rumah?” tanya si jiran yang kehairanan.


“Oh, itulah masalahnya. Di dalam rumah saya keadaannya terlalu gelap. Sebab itu saya mencarinya di luar rumah,” balas Nasrettin Hoca, penuh yakin.



 Mutiara Kata: Daripada Muaz Bin Anas r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka."  

Sunday, March 11, 2012

Orang Buta Membawa Obor Di Malam Hari



Di suatu malam yang gelap, 3 orang pemuda sedang berjalan menuju ke sebuah desa. Di tengah perjalanan mereka bertemu dengan orang buta yang membawa obor.

Melihat hal tersebut ketiga-tiga orang pemuda itu ketawa terbahak bahak.

"Hai orang buta, buat apa kamu membawa obor, sedangkan kamu tidak dapat melihat. Ternyata bukan hanya matamu saja yang buta ternyata otakmu juga bodoh."

Orang buta itu menjawab sambil tersenyum, "aku membawa obor ini untuk kalian supaya tidak melanggar aku di perjalanan."



 Mutiara Kata: Daripada Anas r.a katanya, "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, "Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak." Yang Rasulullah maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

Friday, March 9, 2012

Kisah Pak Haji Dan Bulu Kemaluan


Ada seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan di tepi jalan. Kebetulan melintas Pak Haji dan terpandang budak di atas pokok rambutan yang tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan RM5. 

"Nah ambil duit ini, balik rumah tak payah panjat lagi."

Apabila sampai di rumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika anak boleh dapat RM5 mungkin dia akan dapat RM10. 

Keesokkan hari si  ibunya pula memanjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu ke arah situ.

Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.

"Nah, Jah. Ambil RM1.50," tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji kenapa dia hanya dapat RM1.50 sahaja sedangkan anaknya dapat RM5.

"Ambil duit ini beli pisau cukur."

Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana si ibu tak pernah cukur pun.



 Mutiara Kata: Diriwayatkan oleh Anas Bin Malik r.a bahawa: "Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puluh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari." [HR Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad, Tirmidzi, Nasai Dan Abu Daud]

Faedah Sudu




Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.


Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoran baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoran ini letak sudu dalam poket baju mereka. 


Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, “kenapa dengan sudu tu?”


“Sebenarnya,” dia menerangkan, “bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam seorang setiap syif.”


Dah nak jadi cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. 


“Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang.”


Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. 


Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, “tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?”


“Boleh, apa salahnya.” Selepas itu dia merendahkan suaranya. “Tak semua orang perasan benang ni.”


“Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.


Aku bertanya lagi, “lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?”


“Sebenarnya,” dia membisik, “saya tak tahu orang lain, tapi saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.”



Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, "tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga."

Tuesday, March 6, 2012

Buat Seorang Kawan



Di sebuah bar di kotaraya Kuala Lumpur, selalu aku lihat seorang lelaki tua bertopi duduk di sudut yang agak terperosok dengan dua gelas besar bir di depannya. Hairan juga, dia duduk seorang diri agak lama menghabiskan dua gelas bir. Akhirnya pada suatu hari, aku beranikan diri bertanya padanya.


"Maaf pak cik, saya perhatikan pak cik selalu minum dua gelas bir sendirian di sini," tanya aku ramah.


Jawabnya, "Oh! Ceritanya panjang nak. Dulu pak cik selalu minum berdua dengan kawan pak cik di sini. Tapi kawan pak cik meninggal tiga bulan yang lalu. Untuk mengenangnya, pak cik selalu pesan 2 gelas bir. Satu untuk pak cik, satu lagi pak cik minum sebagai kenangan untuk dia."


Hebat juga rasa persahabatan pak tua ini fikirku.

Setahun kemudian, di bar aku lihat pak cik tua masih duduk di sudut yang sama. Yang menghairankan hanya sebuah gelas yang ada di depannya. Aku sapa dia.


"Hai, pak cik. Apa khabar, kenapa hanya minum segelas?"

"Oh! pak cik sering diserang sakit dada, doktor melarang pak cik minum bir lagi, jadi yang segelas ini pak cik minum untuk mengenang kawan yang sudah menin
ggal dulu."



Mutiara Kata: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya." (Al-Maidah: 90)

Monday, March 5, 2012

Doa Sebelum Makan



Nenek Sabtuyah selalu mengajarkan kepada cucu-cucunya untuk berdoa sebelum tidur, bangun tidur termasuk doa seusai makan dan sebagainya. Setiap lafaz doa antara yang satu dengan yang lainnya selalu berlainan bunyinya. Untuk menerapkan peratuan doa-mendoa tersebut maka si cucu, Udin pada setiap kesempatan tertentu harus membaca doa khusus tersebut secara nyaring agar si nenek dapat mendengarnya.

Pada suatu hari, sayup-sayup si nenek mendengar cucunya sedang berdoa di bilik mandi. Betapa terkejutnya si nenek sebab doanya yang dilantunkan oleh sang cucu adalah doa khusus acara seusai makan.


"Udin, mengapa di bilik mandi kamu baca doa sesudah makan?," tanya sang nenek dengan penuh rasa ingin tahu.


Setelah hening seketika terdengar suara dari bilik mandi, "sebenarnya nek, saya baru tertelan sabun mandi." 



Mutiara Kata: Dari Amru Bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

Mencelupkan Jari ke 'Kolam' Isteri



Sepasang suami isteri yang baru saja menikah sedang berbaring-baring. Si isteri telah bersiap-siap untuk tidur sedangkan suaminya menyalakan lampu bacaan untuk membaca sebuah buku.

Dalam keasyikan membaca, si suami berhenti sejenak, memasukkan tangannya ke dalam kain isterinya dan meraba-raba 'kolam' isterinya. Lantas dia meneruskan bacaannya. Dia kembali melakukan hal ini berkali-kali sehingga lama kelamaan isterinya menjadi terangsang. Tak lama kemudian isterinya bangun, duduk pada badan suaminya serta mula membuka baju dan kainnya.

Suaminya menjadi hairan dengan perbuatan isterinya ini dan bertanya, "kenapa ini? Panaskah londeh semua baju dan kain?"

Jawab isterinya, "abang memasukkan jari berkali-kali. Saya fikir itu adalah acara pemanasan dan abang ingin 'mengajakku' malam ini."

"Ah, mana ada," jawab suaminya.

"Tapi, kenapa abang melakukan secara berterusan?"

"Abang cuma membasahkan jari agar dapat membalik halaman pada buku yang sedang abang baca ini."

"Kurang asam!!"




Mutiara Kata: Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah SAW tentang kemuliaan berprasangka baik kepada Pencipta: "Sesungguhnya Allah azza wa jalla berfirman, Aku menurut prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam kesendirian, Aku akan mengingatnya dalam kesendirian-Ku." 
"Jika ia mengingat-Ku dalam keramaian, Aku akan mengingatnya dalam keramaian  yang lebih baik daripada keramaiannya. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari."
[Riwayat Bukhari Dan Muslim]