Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Friday, March 9, 2012

Faedah Sudu




Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.


Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoran baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoran ini letak sudu dalam poket baju mereka. 


Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, “kenapa dengan sudu tu?”


“Sebenarnya,” dia menerangkan, “bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam seorang setiap syif.”


Dah nak jadi cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. 


“Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang.”


Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. 


Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, “tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?”


“Boleh, apa salahnya.” Selepas itu dia merendahkan suaranya. “Tak semua orang perasan benang ni.”


“Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.


Aku bertanya lagi, “lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?”


“Sebenarnya,” dia membisik, “saya tak tahu orang lain, tapi saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi.”



Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud, "tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya di dunia, kemudian dia mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan (orang itu akan mendapat balasan) syurga."

No comments:

Post a Comment