Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Monday, March 26, 2012

Penyokong Fanatik



Seorang peminat fanatik Pulau Pinang datang ke Stadium Bandaraya untuk menyaksikan perlawanan antara Harimau Kumbang melawan pasukan Kelantan.


Kerana masuk agak lewat, dia melilau mencari tempat duduk kosong, tetapi malangnya semua tempat penuh di limpahi penyokong setia kedua-dua pasukan.


Nasibnya agak baik, ada tempat kosong yang diletakkan sebuah beg di sebelah seorang lelaki tua.


Dia melangkah ke arah lelaki tua itu dan bertanya, “pak cik, kerusi ini ada orang tak?


Lelaki tua itu memandang ke arahnya sambil berkata, “kerusi ini biasanya untuk isteri pak cik, dia minat sangat dengan pasukan Pulau Pinang ini. Tapi tak apalah, awak boleh duduk sebab isteri saya dah meninggal.


Lelaki itu terkejut, lalu cepat-cepat menyuarakan rasa simpatinya. “Tapi,”   sambungnya,“kenapa pak cik tak beri sahaja tiket ini pada anak atau kawan pak cik?


“Tak boleh,” jawab lelaki tua itu, “mereka semua menghadiri upacara pengebumian isteri saya itu.


 Mutiara Kata: Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW, "Malapetaka itu akan terus menimpa orang Mukmin lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya ataupun hartanya sehingga dia menemui Allah Taala dalam keadaan bersih daripada segala kesalahan."

No comments:

Post a Comment