Pengikut Terbaik

Agar Suami Sayang

Agar Suami Sayang

Sebelum Senyum, Klik Ya

Pages

Saturday, December 31, 2011

Dibicarakan Mencuri Di GAMA





Sehari sebelum menyambut tahun baru seorang hakim sedang dalam suasana hati yang gembira saat dia bertanya kepada tahanan, "awak didakwa atas tuduhan apa?"

"Shopping sempena tahun baru terlalu awal," jawab terdakwa.

"Itu bukan suatu kesalahan," kata hakim. 



"Seberapa awal anda melakukan belanja?"

"Sebelum shopping complex dibuka."


Monday, December 26, 2011

Soalan Licik, Jawapan Cerdik






Seorang guru, Cikgu Murni yang berumur dalam lingkungan 22 tahun menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya, Abu. 


Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut, "apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "saya terlalu cerdik untuk berada dalam darjah 3, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga."

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal dalam darjah 3 dan berkelakuan
baik. 



Abu di bawa masuk ke pejabat pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua : Apa 3 x 3?


Abu : 9


Pengetua : Apa 6 x 6?


Abu : 36

Pengetua terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid-murid UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. 



Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "saya rasa murid ini sepatutnya berada dalam
darjah 6." 



Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?"


Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu : (berfikir) Kaki.

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu : Saku.

Cikgu Murni : Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu : Kelapa.

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu : Gula-gula getah (Bubblegum).

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata pengetua sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu : Bersalaman.

Cikgu Murni : Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu : Baik, cikgu.

Cikgu Murni : Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu : Khemah.

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in 1.

Abu : Cincin perkahwinan.

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung.

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu : Anak panah.

Cikgu Murni : Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu : Okay.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?


Abu : Firetruck.

Cikgu Murni : What word starts with a 'F' and ends in 'K', if you don't get it you have to use your hand.


Abu : Fork.

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?



Abu : Surname.

Cikgu Murni : What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu : Heart.

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata, "baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah."



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning. He!he!he!

   

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Menangis?


Pada suatu hari di sebuah sekolah rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.


“Kenapa menangis?”


“Duit saya hilang sepuluh ringgit cikgu,” jawab pelajar itu sambil menangis.


“Sudahlah jangan menangis lagi. Nah, cikgu beri sepuluh ringgit.”


Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
“Aik! menangis semakin kuat? Kan cikgu sudah ganti sepuluh ringgit.”
 “Iya, cikgu tapi kalau tadi duit saya tidak hilang, kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit.”


Guru : :P

Ibu Lebih Penting Daripada Isteri



Cerita ini sebagai bukti bahawa ibu lebih penting dari segala apa pun. Di sebuah lapangan terbang, ada seorang lelaki yang kehilangan isterinya. Dia bertemu dengan seorang budak kecil yang sedang menangis kerana terpisah dari ibunya. Akhirnya mereka sepakat untuk sama-sama mencari.

Lelaki itu bertanya, "cuba kamu sebutkan ciri-ciri ibumu agar senang kita mencari?"

Jawab si anak, "ibu saya tingginya 172 cm, wajah dan dadanya sexy seperti Angelina Jolie, badannya langsing seperti gitar Sepanyol, kulitnya putih, pakai mini skirt dan kasut tumit tinggi seperti Jennifer Lopez..."

Lelaki itu terperanjat, "Haaaaah, lagi?"

Si anak bertanya kembali, "Kalau isteri uncle ciri-cirinya seperti apa?"

"Sudahlah, lupakan dulu isteriku, kita cari dulu ibumu saja."




Friday, December 23, 2011

Tipah Menipu


Satu hari, Tipah telah tersesat di dalam hutan semasa mengikuti program jungle trekking yang dianjurkan oleh syarikatnya. Setelah beberapa lama, dia sampai ke sebuah kampung orang asli.

Oleh kerana rupanya yang lawa dan kulitnya yang putih, Tok Batin di situ menyatakan hasrat untuk menjadikan Tipah isterinya. Tipah, merasakan jika dia menolak hasrat Tok Batin akan membuatkan Tok Batin marah dan kemungkinan menjadikan dia makanan tengahari. Dia memikirkan cara untuk melepaskan diri dari kemelut tersebut dengan cara yang baik.
 
"Saya boleh jadi isteri tok tapi dengan 3 syarat," kata Tipah.

"3 syarat? Aku sanggup, aku sanggup," jawap Tok Batin selamba.
 
"Syarat pertama, Tok mesti buatkan banglo 3 tingkat dalam hutan ni untuk kita tinggal," kata Tipah sambil senyum meleret.

"Boleh, boleh, aku buat aku buat," kata Tok Batin separuh gelojoh.
 
"Okey. Syarat kedua, Tok kena pasang lif dari emas untuk saya turun naik ke banglo ini," terang Tipah walaupun berasa cemas setelah Tok Batin yakin mampu merealisasikan syarat pertama Tipah tadi.
 
"Boleh, boleh, aku pasang," kata Tok Batin setelah bertanya kepada penasihat 25 persen apa sebenarnya lif.
 
"Alamak, sanggup lagi, mampus aku kali ni, apa lagi aku nak letakkan syarat ni," Tipah bermonolog sendiri dalam hati.

"Okey Tok, syarat ketiga. Saya hanya akan jadi isteri kepada lelaki yang mempunyai kemaluan sepanjang 15 inci," kata Tipah sambil tersenyum tanda kemenangan.

Tok Batin terdiam, wajahnya muram dan sesekali menggeleng-gelengkan kepala. Digaru-garu kepalanya beberapa kali sambil matanya memandang sayu. Akhirnya berkata Tok Batin, "Okey! Boleh, boleh, aku kasi potong. Aku potong 6 inci."

Mata Tipah berpinar lalu rebah.

Wednesday, December 21, 2011

Rahsia Umur


Seorang perempuan baru saja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya.


Wanita itu membelanjakan lebih kurang RM5,000.00 dan berasa sangat puas hati dengan hasilnya. Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan itu, dia singgah sekejap di sebuah kedai mamak untuk beli surat khabar.

Semasa membayar duit surat khabar, dia bertanya kat mamak tuan punya kedai itu.

"Mamak, boleh tanya tak? Awak agak-agak berapa umur saya sekarang?" tanya wanita tu.


"Lebih kurang 30 tahun," mamak itu menjawab.


"Takdalah, sebenarnya saya dah 50 tahun," jawab wanita itu riang kerana orang menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu.


Tidak lama kemudian, dia singgah pula kat McDonald's. Semasa memesan burger, wanita itu mencelah dan bertanya pada awek yang menjaga kaunter dengan soalan yang sama macam dia tanya kat mamak tadi.


Awek itu menjawab selamba, "entah la, rasanya dalam 29 tahun."


Wanita tu pun menjawab, "takde la dik, akak dah 50 tahun dah."


Wanita itu bertambah-tambah happy, dan menyambung perjalanan balik ke rumah. Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pak cik tua kat satu bus stop.


Kerana boring tunggu bas lambat sangat, wanita itu pun bertanya kepada pak cik tadi dengan soalan yang sama.


Pakcik itu pun menjawab, "pak cik dah tua dah. Umur pun dah 75 tahun. Mata pak cik dah kabur, uban dah berterabur, gigi dah gugur, kulit dah kendur, makan sayur dan bubur tapi pak cik boleh tau berapa umur seseorang wanita dengan satu cara. Dulu masa muda-muda dulu pak cik ada belajar."

"Macam mana caranya?" tanya wanita itu ingin tahu.

"Pak cik kena rasa dan kaji bahagian sulit wanita tu, baru pakcik boleh bagi tau dengan tepat."


Mereka berdua diam seketika. Wanita itu pula rasa ingin tahu sangat-sangat apa cara yang digunakan oleh orang tua tu.


Akhirnya wanita itu berkata, "Ah! tak kisah lah pak cik, pak cik buleh rasa bahagian sulit saya, saya nak tau macam mana pakcik boleh tahu umur saya."


"Baiklah,"' kata pak cik tua itu. Mereka berdua pun pergi ke bahagian belakang bangunan di mana tiada orang. Kemudian pak cik tua menarik ke bawah seluar dalam wanita tersebut dan meraba alat sulit wanita tersebut.

Selepas beberapa minit, wanita tu pun berkata, "Okay! Okay! cukup tu pak cik, sekarang saya nak pak cik bagi tahu berapa umur saya."

Pak cik itu berhenti meraba dan menjawab, "umur awak dah 50 tahun."


Mendengar jawapan pak cik itu, maka terkejut beruk wanita itu.


"Fuiyooo macam magic sahaja, macam mana pak cik boleh tahu?" tanya wanita tersebut.


Pak cik tua dengan tersenyum lebar menjawab, "pak cik beratur belakang awak tadi kat McDonald's, he! he! he! he!"

"Lagi satu pak cik lupa sebut tadi. Rumah kata pergi mari sini kata kubur," kata perempuan itu dalam hati. 

Lambat Ke Sekolah





Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah. Di hadapan pintu gurunya sudah menunggu dengan muka garang.

“Abu, kenapa kamu selalu terlambat?”

“Err! err! err! tadi saya dah bangun awal, pukul lima tapi tertidur semula akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai.”

“Sudah, sudah kamu pulak Milah kenapa terlambat juga?”

“Saya tumpang Abu naik motor tadi.”

Topi Baru Nenek



Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin.

Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata, "maaf nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap di tiup angin kencang ni?"

"Ya, nenek tahu," jawab wanita tua itu, "tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini."

"Tapi nenek, semua orang memandang nenek. Tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni," tegur lelaki itu.

Akhirnya wanita tua itu melihat ke bawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, "nak, apapun yang anak lihat di bawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini baru nenek beli kemarin."


Kisah 20 Tahun Lalu





Sepasang suami isteri sedang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 20 tahun. Malam itu si isteri yang terjaga dari tidur mendapati suaminya tiada di katil. Dia lalu turun ke bawah dan melihat suaminya duduk termenung di tepi tingkap memandang keluar, kelihatan air mata suaminya mengalir perlahan.

"Kenapa ni bang, kita kan baru saja sambut anniversary 20 tahun perkahwinan," tanya isteri.

"Kamu ingat tak 20 tahun dulu masa aku termengandungkan kau, bapak kau cakap kalau aku tak nak kahwin dengan kau, dia akan bawak kes aku rogol kau dan pastikan aku kena penjara 20 tahun."

"Ingat," kata isteri ringkas.

"Kamu tau tak, kalau dulu aku masuk penjara, hari ini aku dah bebas dah."


Tuesday, December 13, 2011

Tikus Membunuh Rottweiler


Seorang lelaki masuk ke sebuah bar dan bertanya, "apakah ada orang di sini yang memiliki Rottweiler di luar?"

"Ya! aku," kata seorang biker, sambil berdiri, "kenapa?"
 
Lelaki itu berkata, "begini, kelihatan ada seekor tikus besar yang membunuhnya ..."

"Apa yang kau merepek?" kata biker seperti tidak percaya. "Bagaimana mungkin tikus kerdil kecil membunuh Rottweiler saya?"
 
Lelaki itu berkata, "kelihatan tikus itu tersekat di kerongkong anjing awak."